Monday, January 30, 2012

First Time.


Baru-baru ni penconteng pergi makan kat kepsi. Orang beratur punyalah panjang tapi sebab hari tu penconteng lain macam punya gengster, selamba penconteng potong semua orang. Tengah penconteng fikir nak order apa, penconteng perasan sebelah kaunter kanan penconteng ada beberapa orang budak perempuan dalam umur 13-14 tahun tengah tersipu-sipu order kat makwe kepsi. 1st time datang kepsi gamaknya kata penconteng dalam hati.

" Nak Original ke Spicy ? ", tanya makwe kepsi kat budak-budak belum sampai umur untuk dipanggil makwe tu.

Budak-budak tu berbisik-bisik sama sendiri. Nak buat pilihan original ke spicy pun bukan main lama Mengalahkan nak jawab soalan objektif subjek kimia.

" Original dah la, kang pilih Spicy kena tambah duit pulak ", kata seorang budak bertudung biru jalur-jalur pada dua orang kawannya.

Sambil senyum nipis penconteng menyampuk," Ambil je spicy dik, kalau kena tambah duit abang bayar ".

Budak-budak perempuan belum sampai umur untuk dipanggil makwe tu senyum kagum pada penconteng.

Makwe Kepsi tersenyum manis.


Alaa, lu orang jangan nak eksyen sangat la. Lu orang masa 1st time datang fast food pun macam tu jugak la. Macam la penconteng tak tahu berapa ramai yang 1st time datang terus pergi duduk kat meja, ingatkan ada orang nak ambil order ye dak?

Tapi scene 1st time paling bangang penconteng pernah dengar ialah 1st time lalu tol. Ada 3 orang puaka ni 1st time nak naik Johor guna kereta dari Kolumpo. Punyalah eksaited masing-masing. Bila sampai je tol Sungai Besi yang patutnya kena ambil tiket je, selamba puaka yang drive turunkan cermin cakap ke makwe jaga tol..


" Kak, Johor tiga orang ", sambil pegang wallet..




P/s : Siapa pernah buat kerja bangang camni baik mengaku sekarang !!

Sunday, January 29, 2012

Meletakkan gula di sudut hati.



Minggu ni penuh dengan episod kurang menyenangkan. Minggu yang agak tragik dan sadis. Kalau ini bulan Oktober memang sesuai la lagu tragedi oktober dijadikan lagu tema. banyak benda yang tak masuk akal berlaku pada minggu ni. Dan penconteng tak mampu buat apa-apa melainkan menyedapkan hati sendiri.

Hari tu masa penconteng pergi merayau-rayau mencari informasi terkini terjumpa seorang kenalan lama yang bernama Lan ( bukan nama sebenar ). Lan ni dulu masa kecil-kecil punya la jahat. Semua benda jahat dia buat. Dia lagi jahat dari Majin Buu dan lagi keji dari Tiger Woods. Penconteng syak umur 12 tahun dia dah kehilangan terunanya. Dulu kalau ada moto, basikal, duit, tabung, besi buruk, selipar siapa-siapa yang hilang mesti Lan akan jadi suspek utama. Punyala dia jahat dan ditakuti sampai kalau ada budak-budak yang menangis malam-malam akan segera diam bila mak bapak sebut " shhh, senyap..kang Lan datang kang ".

Dan sekarang Lan yang jahat itu telah bertukar profesion. Menjadi seorang cikgu. Ya, cikgu. Puas penconteng lempang pipi penconteng kiri kanan dan ternyata ia bukan mimpi. Untuk sedapkan hati penconteng berkata pada diri sendiri yang mugkin Lan jadi cikgu sebab guna kabel kot. Atau pon dia kidnap anak pengarah jabatan pendidikan untuk dapatkan jawatan itu.

Belum sempat penconteng pulih daripada kejutan itu, penconteng dikejutkan lagi. Kali ini tentang seorang kenalan penconteng lagi. Yang mempunyai kebangangan yang tiada tandingannya. Serius, penconteng rasa IQ dia 1 digit je. Kalau tidak takkan la dia pernah kata dengan yakin yang baby dilahirkan melalui pusat..hahahha..Dan baru-baru ini kelihatan dia megah memandu Toyota Camry. Mengucap panjang penconteng. Langsung tak masuk akal macam mane dia boleh ada kereta macam tu. Kot dia ada Toyota Starlet sekalipon masih tak boleh diterima akal. Sekali lagi penconteng sedapkan hati dengan mengatakan mugkin kereta tu kereta curi.

Petang tadi penconteng keluar ke bandar. Untuk memulihkan semangat yang hilang. Kali ini penconteng terjumpa sorang lagi rakan. Yang mempunyai susuk wajah paling tidak menawan. Bukan penconteng yang kata, ramai orang yang kata dia memang tak hensem. Siapa-siapa yang rasa diri tak hensem tu kalau berdiri sebelah kawan penconteng ni mesti nampak dia macam Johnny Depp dan kawan gua itu pula macam makhluk dari Mars. Kalau kawan gua tu hensem pon hensem la sikit dari lembu. Errr, yang ni penconteng yang kata..hahahha.

Tapi tadi seorang gadis berada di sampingnya. Badan macam Heidi Klum. Muka pon macam Heidi Klum. Entah-entah memang Heidi Klum. " What the hell is going on !! ", jerit hati penconteng dalam bahasa omputih. Tak logik, tak padan, tak relevan. Rasa nak jirus pompuan tu dengan air bagi dia sedar sikit. tak tahu dah macam mana penconteng nak sedapkan hati penconteng ni jadi penconteng fikir yang baik-baik saja la. Mungkin pompuan tu ada masalah rabun dekat yang kronik.

Puas penconteng fikir dan fikir sebab dan alasan benda macam tu boleh berlaku. Mungkin Tuhan nak tunjukkan pada kita yang nothing is impossible. Tak ada benda yang mustahil selagi kita berusaha kan. So, walau bagaimana jahat, bangang, buruk sekalipon kita ni masih ada sinar baru di depan yang mungkin kita tak sedar. Selagi kita berusaha selagi itulah semua benda boleh jadi kenyataan.

Teringat kata-kata cikgu pendidikan seni penconteng semasa di sekolah rendah, " tanah liat yang ada di depan kamu ini akan jadi apa sahaja bentuk yang kamu inginkan. Selagi kamu berusaha untuk membentuknya ".
  

Thursday, January 26, 2012

Niat puasa bini mengandung.


Tengah lepak-lepak dengan rakan sebaya. Err, mungkin tak sebaya sangat. Lebih kepada rakan sekepala mungkin. Terpacul satu soalan maut dari kawan penconteng yang masih baru melangkah ke alam perkahwinan. Soalan yang buat penconteng rasa ragu-ragu nak menjawabnya.

 
" Lu tahu tak niat puasa bini mengandung camne ? "

 

Dem..! Lidah penconteng kelu tiba-tiba. Nak kata penconteng ni jahil takde la sangat. Tapi tak pernah pula penconteng dengar ada puasa bini mengandung. Ingatkan ada puasa bulan ramadhan, puasa ganti, puasa sunat dengan puasa nazar je. Penconteng buat muka serius sambil jawab soalan dengan soalan.

 

" Niat puasa bini mengandung ? Cuba lu spesifik sikit. Gua tak suka jawab soalan tak complicated ", tanya penconteng sambil menuguk segelas air.

 

" Abah gua suruh gua puasa sebab bini gua baru mengandung. Lama pula tu. Gua bab-bab puasa ni lemah sikit, puasa time bulan puasa pon gua selalu kalah dengan air paip, inikan nak puasa entah berapa lama ", jawab kawan penconteng dengan dahi berkerut.

 

Penconteng ikut sama kerutkan dahi. Puasa apa pula ni, tanya hati penconteng. Nak cakap tak tahu memang boleh buat malu. Penconteng tak boleh menyerah kalah awal-awal. Penconteng kena guna talian hayat.

 

" Errr. Cuba lu ulang balik ayat abah lu ? "

 

" Nak mula dari mana ? dari abah gua cerita pasal janda anak dua tu ke atau pasal abah gua kena tindih ? ", jawabnya kondifen.

 

" Err.. Lu skip pasal cerita janda dengan kene tindih tu. Gua nak dengar ayat abah lu pasal dia suruh lu puasa bini mengandung tu je. Kang tak pasal-pasal lu pula gua tindih laju-laju ", balas penconteng agak marah.

 

" Ooo. abah gua cakap macam ni, bini kau tu mengandung. Puasa dulu sebulan dua ni, tahan sikit diri tu. " , kata kawan penconteng sambil tersengih-sengih.

 




Cilake !! Penconteng nak lempang dulu baru jelaskan cakap abah dia ke atau penconteng nak lempang pastu balik terus ni. Menyirap betul cakap dengan budak dapat BM 6 ni.

Tuesday, January 24, 2012

Lu orang pernah jadi Stalker ?

 
Pernah minat seseorang dalam diam ? Tipu la kalau lu org cakap tak pernah. Penconteng berani bet, semua orang dalam hidup mesti pernah suke sumones. Suka ketua pengawas, suka ketua kelas, suka budak paling samseng dalam sekolah, suka budak yang jaga pusat sumber, suka awek tepi rumah, suka artis-artis, suka laki orang, bini orang. Siapa-siapa je laa.

Tak salah penconteng rasa kalau suka seseorang, cuma kene tengok tahap mana stalker lu org. kalau setakat tengok profile fesbuk hari-hari, sanggup tunggu depan rumah berjam-jam nak tunggu awek tu lalu atau sanggup ambil jalan jauh semata-mata nak lalu depan rumah dia, penconteng syak takde hal sangat rasanye.

Lain la kalau stalker tu dah jadi saiko. Yang tu memang parah. Tapi penconteng rasa la kan banyak baiknya jadi stalker. Contohnya kalau lu suka sorang awek dalam senyap, sumpah semua benda pasal dia lu akan nampak yang baik-baik je. Barua macam mane pon dia tetap akan nampk elok di mata lu.

Satu lagi lu takkan rasa kecewa sebab dah kompem-kompem lu stalk je dia sebab lu tahu dalam sedar atau tak sedar, yang memang lu takkan dapat dia. Jadi kalau tiba-tiba lu tahu dia dah ada bf/gf, hati lu tak rabak sangat. So jangan risau, seorang stalker sejati hatinya sangat susah dilukai.







Kadang-kadang penconteng rasa menjadi stalker itu lagi indah dari memiliki orang itu.

Rangkap + Cinta = Perangkap

Ini bukan rangkap-rangkap biasa.
Tanpa mata,tanpa jiwa.
Rangkap ini punya rasa.

Yang paling dewa.

Rangkap tentang cinta.
Yang paling sengsara.
Rangkap tentang dia.
Yang tak tiba-tiba.

Perlahan-lahan ia menusuk.
Jauh ke dalam.terasa sahaja.
Rangkap ini sangat celaka.


Kalaulah ia boleh dihembus keluar seperti asap rokok.




P/s : 1st time penconteng rase tajuk macam tak link sangat dengan entrinya..kehkehkeh.

Monday, January 23, 2012

Puas dah penconteng cari...



Penconteng balik dari kedai dalam keadaan hari panas terik. Memandangkan kulit penconteng sudah begini, jadi penconteng tidak begitu memikirkan risiko tentang sunburn. Sampai je dekat rumah, penconteng terajang pintu dapur terus meluru pegi peti ais. Botol air berkeluasan 1.5 liter tu hampir habis penconteng gogok sekali nafas.

Penconteng berlari pula naik atas rumah dan sempat menjeling kat cermin untuk tengok susuk paras penconteng hari ni yang semakin kacak. Ok, rambut dah pendek ala-ala Daniel Bedingfield. Penconteng cari remote dalam 15 minit. Last-last jumpa bawah kusyen. Penconteng syak ada orang cuba gurau kasar main-main sorok remote. Buka je tivi terus penconteng dengar,

bila aku tak baik untukmu,
dan bila dia bahagia dirimu....

Penconteng mencarut seframe selari jari penconteng menekan remote. Alih channel lain. Anak mata penconteng lekat dua-tiga minit dan akhirnya penconteng tak dapat jugak mengawal amarah. Cilake, banyak betul cerita bohong channel ni. Penconteng alih channel lain sambil ketap bibir. Nampak marah dan comel.

Bila penconteng tukar je channel lain, penconteng dah nampak 5-6 orang budak-budak baru nak up tengah terkinja-kinja depan camera. penconteng tunjuk fak kat tivi terus tukar channel lain lagi. Semua cerita kat channel filem-filem penconteng dah tengok, channel binatang-binatang pula  tengah tunjuk pasal babi hutan. Babi punya channel.
Channel demi channel penconteng tukar tapi tak ada satu pon mampu mengklimakskan penconteng. penconteng tekan butang off kat remote agak kuat tanda penconteng tidak puas hati. Sekarang ni baik lu orang jawab betol-betol soalan penconteng ni. Jangan sampai penconteng taekwando sorang-sorang.









Citer adegan ustazah kat asrama pelajar tu lu orang tengok kat mane ? Kahkahkah

Sunday, January 22, 2012

Ragut


Dalam setahun dua tiga kali je penconteng keluar makan sorang-sorang. Bukan penconteng nak takbur atau lupa diri tapi lelaki kacak macam penconteng ni memang janggal kalau keluar makan sorang-sorang. Paling tidak pun kena la ada dua-tiga orang makwe temankan ye dak?

Tapi malam tadi, penconteng terpaksa jugak makan sorang-sorang. Lapar punya pasal terpaksa penconteng tolak tepi prinsip. Sampai kedai makan,semua orang dah usha penconteng semacam. Tak biasa tengok selebriti gamaknya diaorang ni.

Penconteng ambil port dekat hujung-hujung sikit,malas nak kena terjah dengan wartawan. Betul-betul depan meja penconteng ada sorang makcik dengan anak perempuan tengah menjamu selera. Makcik tu punya dressing ala-ala datin, kalau tak datin pun kompem Ketua Wanita Cawangan ni. Anak perempuan dia pulak Jerman habis dia punya rupa paras.

Marah betul penconteng bila kedai makan ni pasang game Chelsea lawan Norwish City. Jenis tak respek Majalah 3. Kalau game Manchester United takpa la jugak sebab game Manchester United memang sedap ditonton pun. Tengah penconteng membebel sorang-sorang, budak waiter datang ambil order jadi penconteng diamkan diri sekejap. Tak sedap pula kalau dia tengok penconteng cakap sorang-sorang serupa watak sinetron indonesia.

Tengah penconteng sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam, kedai yang tadi bukan main bising terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.

Sambil buat satu larian padu penconteng buat satu slide betul-betul tepat kena betis kiri kutu tu. Kalau masa tu ada refree kompem-kompem penconteng dah kena red card. Bila kutu tu bangun je, terus dia bangun semula pecut mengalahkan pelesit sambil tinggalkan handbag atas tanah. Penconteng syak dia pun tahu tak guna nak melawan dengan orang macam penconteng.

Penconteng bawak balik handbag ke kedai makan tadi dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah selalu sangat jadi hero sampai penconteng tak rasa eksaited dah. Makcik tadi terus meluru ke penconteng sambil terima kasih 4-5 kali. Anak perempuan dia dah main-main rambut tengok penconteng.

Bila makcik tu hulurkan not RM50 2-3 keping penconteng tolak dengan bersahaja. Mana nak cari dah orang macam penconteng ni woi! Bila tengok penconteng tolak duit, makcik tu hulur pulak business card dia sambil pelawa makan nasik kat rumah dia esok. Anak perempuan dia makin ligat main rambut bila tengok penconteng ambil business card mak dia.

Kahkahkah! Apa lu orang ingat ni cerita Gila-Gila Remaja ke ape? Macam ni cerita sebenar dia....

Tengah penconteng sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam,kedai yang tadi bukan main bising terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.

Baru penconteng ambil lajak nak buat satu larian deras, budak waiter tiba-tiba sampai hantar nasi goreng penconteng. Penconteng dah mula berbelah bagi, nak- nak pulak bila penconteng teringat kata-kata mama penconteng iaitu jangan buat kerja dengan perut kosong.




Sambil mengeluh penconteng duduk semula dan baca bismillah dengan perlahan.




P/s : Kalau nasi goreng penconteng tak sampai lagi tadi memang ada dua je kesan dia, kalau tak kutu tu teruk penconteng kerjakan atau blog ni lama tak berupdate.

Sunday, January 15, 2012

Penconteng dan Mozek yang cilake !!


Penconteng baru jatuh dalam bilik air. Dia punya sakit macam cilake. Langsung tak macam brader-brader. Penconteng syak tulang pinggul penconteng dah beralih tempat sampai ke dada. Time penconteng taip entri ni pon penconteng terpaksa baring meniarap dan sebelum ni tak pernah hayat penconteng taip entri sambil meniarap. Sebab penconteng rasa taip entri sambil meniarap ni sangat gay bunyinya dan hanya sesuai untuk makwe-makwe.

Sekarang penconteng rasa nak marah. Sebab penconteng tak suka marahkan diri sendiri jadi penconteng hamburkan rasa marah penconteng tadi pada mozek dalam bilik air. Dia punya licin mengalahkan macam orang nak main ice skating. Fakinggg punya mozek. Penconteng ingat kalau penconteng ada rumah nanti penconteng nak guna batu kerikil je dalam bilik air.

Ok, penconteng dah rasa tak tabah sangat handle kesakitan ni. Sebelum penconteng tertulis sobs sobs kat sini baik penconteng pergi berehat seframe dua. Penconteng cuma nak ingatkan kat lu orang, sila ambil langkah keselamatan semasa berada di dalam bilik air. Anda mampu mengubahnya.


P/s : Kalau lu orang lama tak nampak penconteng online maksudnya penconteng masih berada dalam proses pemulihan.

Dari Berbual - Lampu Aladin




" If, kalau tibe-tibe lu jumpa lampu aladdin, lu nak mintak hajat ape ? ", tanya seorang puaka yang berlainan jantina pada penconteng suatu waktu dahulu.

" Lu percaya tak kalau gua kata gua nak mintak gua bahagia tak kisahla apa pon keadaan gua ? ", kata penconteng sambil merenung tepat ke arah matanya, nak kasi nampak ayat penconteng tu macam ada jiwa..

" Yes, gua percaya tapi kenapa bahagia ? Kenapa tak minta jadi kaya je, bahagia juga ", jawab puaka tersebut sambil mengalihkan pandangan matanya.

"Sebenarnya jadi kaya ni tak bahagia, gua kenal ramai orang kaya tapi tak pernah gua jumpa sorang yang betul-betul bahagia. Hari-hari stress fikir macam mana nak tambah duit, hari-hari stress fikir hal business, diaorang mungkin kaya lahiriah tapi gua tak syak diaorang kaya batiniah ", kata penconteng berfalsafah.

" Mintak la jadi femes kalau camtu ? Jadi femes kan macam bahagia ? ", tanya puaka tersebut sambil menghirup milo panas.

"Tak bahagia jugak jadi femes ni. Apa lu ingat bahagia ke hari-hari fikir macam mana nak maintain femes. Pergi mana-mana orang kenal, tak ada privacy langsung. Satu tahun dua tahun mungkin ok. Tapi kalau bertahun-tahun akan sampai satu masa diaorang akan fedap juga jadi femes ", jawab penconteng sambil menjeling makwe meja sebelah.

"Ingat apa yang gua nak cakap ni. Lu minta jadi kaya, bila-bila masa lu boleh jatuh muflis. Lu minta jadi femes, bila-bila masa ada orang akan sabotaj lu sampai semua orang akan lupakan lu. Lu minta jadi cantik ke kacak ke benda tu tak kan kekal lama. Buatnya hari ni lu minta jadi cantik pastu esok ada orang curah asid kat muka lu, nak buat macam mana ? Ingat hari-hari ke boleh jumpa jin Aladdin ? Tapi kalau lu mintak jadi bahagia, tak ada sorang pon boleh rampas kebahagiaan lu. Lu miskin la macam mana pon, buruk macam mana pon lu tetap akan steady. Sebab apa ? Sebab lu dah memang-memang bahagia " , tambah penconteng lagi bersemangat.

Ayat yang penconteng kasi tadi buat puaka di sebelah penconteng terdiam tiba-tiba. Penconteng pon turut terdiam sama. Tapi penconteng tahu apa yang puaka tersebut sedang fikirkan. Kompem sama dengan apa yang berada di kotak pemikiran penconteng. Kat mana nak dapat menatang lampu aladdin tu ?

Friday, January 13, 2012

Kesian pon ade nak carut pon ade .. !!


I

Ada seorang pakcik ni penconteng tengok tengah terkebil-kebil pasang sticker 1 Malaysia dekat motor dia. Entah hantu mana yang sampuk orang tua ni suruh lekat sticker tu pon penconteng tak tahu. Sekejap-sekejap dia mencangkung, sekejap-sekejap berdiri pula pastu mencangkung balik. Penconteng usha pakcik tu pekat sambil tangan masuk dalam poket seluar, biar nampak bergaya dan matang.

Bila dah puas hati dengan hasil tampalan dia, pakcik tu undur dalam lima langkah ke belakang. Tengok motor dia macam pengarah tengah cari angle camera. Tiba-tiba pakcik ni tadi pergi balik dekat moto, cabut sticker tu terus letak dalam bakul moto. Penconteng dah start nak ketawa.

" terbalik pula ", kata pakcik tu sambil tersengih kat penconteng.

Sambil tersenyum, penconteng cakap dalam hati, " memang lah terbalik pakcik oi. pergi pasang sticker kereta dekat moto apesal ? "


II

" kau tahu sarang burung tempua ? ", tanya seorang pakcik ni dengan muka serius. penconteng angguk kepala. " kalau tahu bagus, nanti kalau kau nak kaya, kau cari sarang burung tempua tu. Kalau kau leraikan satu-satu sarang burung tempua tu nanti kau akan jumpa jarum emas ", terang pakcik tu sambil teguk air kopi pekat.

" syaratnya kau kena leraikan sarang burung tu satu-satu tak boleh putus ", sambung pakcik muka macam S.Kadarisman tu lagi.

" setakat jarum emas apa sangat la pakcik, saya tahu cara lagi bagus, terus boleh dapat batang emas besar pokok pinang ", puaka sebelah penconteng tiba-tiba menyampuk. " macam mana tu nak ? ", soal pakcik tadi. " pakcik cari gajah seekor, putuskan leher dia nanti pakcik akan jumpa batang emas tu ", jawab puaka yakin.

" tapi syaratnya pakcik kena putuskan leher gajah tu hidup-hidup ", sambung si puaka separa tersenyum.

Pakcik tadi terus pura-pura kuis semut dalam air kopi.


III

" pakcik dulu bawa lori pusing satu Malaysia, setakat jumpa pocong, jumpa beruang, jumpa pontianak tengah jalan tu pakcik dah biasa sangat ", kata pakcik Syuib sambil buat gaya tangan macam tengah pulas stereng lori. Penconteng dan puaka-puaka lain dengar dengan teliti. Orang lama bila tengah cakap ni jangan buat main-main, kita salah bersin pon boleh kecil hati orang tua tu.

" ada sekali masa pakcik pergi Gua Musang, pakcik pecut lori pakcik sampai rasa macam tayar tak cecah jalan. Itu jalan bukan double lines tu, kalau jalan double lines kau orang bayang je la macam mana pakcik boleh pecut.. ", kata pakcik Syuib sambil angkat-angkat kening..tangan buat thumbs up. Berlagak haram betul.

" bukan double lines pon pakcik main cilok-cilok potong kereta lain, kalau double lines lagi la.. ",sambung pakcik Syuib bongkak. Penconteng dah mula pelik.

" wei pakcik, pakcik nak cakap double lines ke double lanes sebenarnya ni ? ", soal penconteng garang.

Bila tengok pakcik Syuib senyum nipis. penconteng terus terajang tiang letrik sampai patah dua.





Cakap orang lama ni kadang-kadang bukan boleh pakai sangat ye dak ?