Monday, July 19, 2010

Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa

1. Untuk membentuk bibir yang
menawan, ucapkan kata-kata
kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata
yang indah, carilah kebaikan
pada setiap orang yang anda
jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk
badan yang langsing,
berbagilah makanan dengan
mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut
yang indah, mintalah seorang
anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap
tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala
ilmu pengetahuan, dan anda
tidak akan pernah berjalan
sendirian. Manusia, jauh
melebihi segala ciptaan lain,
perlu senantiasa berubah,
diperbaharui, dibentuk
kembali, dan diampuni.
6. Jadi, jangan pernah kecilkan
seseorang dari hati anda
apabila anda sudah
melakukan semuanya itu,
ingatlah senantiasa, jika
suatu ketika anda
memerlukan pertolongan,
akan senantiasa ada tangan
terulur.
7. Dan dengan bertambahnya
usia anda, anda akan
semakin mensyukuri telah
diberi dua tangan, satu untuk
menolong diri anda sendiri,
dan satu lagi untuk
menolong orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan
terletak pada pakaian yang
dikenakannya, bukan pada
bentuk tubuhnya, atau cara
dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat
pada matanya, cara dia
memandang dunia. Kerana di
matanyalah terletak gerbang
menuju ke setiap hati
manusia, di mana cinta dapat
berkembang.
10. Kecantikan wanita, bukan
pada kehalusan wajahnya,
tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya, yang
dengan penuh kasih
memberikan perhatian dan
cinta yang dia berikan dan
kecantikan itu akan tumbuh
sepanjang waktu.