Sunday, January 22, 2012

Ragut


Dalam setahun dua tiga kali je penconteng keluar makan sorang-sorang. Bukan penconteng nak takbur atau lupa diri tapi lelaki kacak macam penconteng ni memang janggal kalau keluar makan sorang-sorang. Paling tidak pun kena la ada dua-tiga orang makwe temankan ye dak?

Tapi malam tadi, penconteng terpaksa jugak makan sorang-sorang. Lapar punya pasal terpaksa penconteng tolak tepi prinsip. Sampai kedai makan,semua orang dah usha penconteng semacam. Tak biasa tengok selebriti gamaknya diaorang ni.

Penconteng ambil port dekat hujung-hujung sikit,malas nak kena terjah dengan wartawan. Betul-betul depan meja penconteng ada sorang makcik dengan anak perempuan tengah menjamu selera. Makcik tu punya dressing ala-ala datin, kalau tak datin pun kompem Ketua Wanita Cawangan ni. Anak perempuan dia pulak Jerman habis dia punya rupa paras.

Marah betul penconteng bila kedai makan ni pasang game Chelsea lawan Norwish City. Jenis tak respek Majalah 3. Kalau game Manchester United takpa la jugak sebab game Manchester United memang sedap ditonton pun. Tengah penconteng membebel sorang-sorang, budak waiter datang ambil order jadi penconteng diamkan diri sekejap. Tak sedap pula kalau dia tengok penconteng cakap sorang-sorang serupa watak sinetron indonesia.

Tengah penconteng sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam, kedai yang tadi bukan main bising terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.

Sambil buat satu larian padu penconteng buat satu slide betul-betul tepat kena betis kiri kutu tu. Kalau masa tu ada refree kompem-kompem penconteng dah kena red card. Bila kutu tu bangun je, terus dia bangun semula pecut mengalahkan pelesit sambil tinggalkan handbag atas tanah. Penconteng syak dia pun tahu tak guna nak melawan dengan orang macam penconteng.

Penconteng bawak balik handbag ke kedai makan tadi dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah selalu sangat jadi hero sampai penconteng tak rasa eksaited dah. Makcik tadi terus meluru ke penconteng sambil terima kasih 4-5 kali. Anak perempuan dia dah main-main rambut tengok penconteng.

Bila makcik tu hulurkan not RM50 2-3 keping penconteng tolak dengan bersahaja. Mana nak cari dah orang macam penconteng ni woi! Bila tengok penconteng tolak duit, makcik tu hulur pulak business card dia sambil pelawa makan nasik kat rumah dia esok. Anak perempuan dia makin ligat main rambut bila tengok penconteng ambil business card mak dia.

Kahkahkah! Apa lu orang ingat ni cerita Gila-Gila Remaja ke ape? Macam ni cerita sebenar dia....

Tengah penconteng sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam,kedai yang tadi bukan main bising terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.

Baru penconteng ambil lajak nak buat satu larian deras, budak waiter tiba-tiba sampai hantar nasi goreng penconteng. Penconteng dah mula berbelah bagi, nak- nak pulak bila penconteng teringat kata-kata mama penconteng iaitu jangan buat kerja dengan perut kosong.




Sambil mengeluh penconteng duduk semula dan baca bismillah dengan perlahan.




P/s : Kalau nasi goreng penconteng tak sampai lagi tadi memang ada dua je kesan dia, kalau tak kutu tu teruk penconteng kerjakan atau blog ni lama tak berupdate.

No comments: