Sunday, January 29, 2012

Meletakkan gula di sudut hati.



Minggu ni penuh dengan episod kurang menyenangkan. Minggu yang agak tragik dan sadis. Kalau ini bulan Oktober memang sesuai la lagu tragedi oktober dijadikan lagu tema. banyak benda yang tak masuk akal berlaku pada minggu ni. Dan penconteng tak mampu buat apa-apa melainkan menyedapkan hati sendiri.

Hari tu masa penconteng pergi merayau-rayau mencari informasi terkini terjumpa seorang kenalan lama yang bernama Lan ( bukan nama sebenar ). Lan ni dulu masa kecil-kecil punya la jahat. Semua benda jahat dia buat. Dia lagi jahat dari Majin Buu dan lagi keji dari Tiger Woods. Penconteng syak umur 12 tahun dia dah kehilangan terunanya. Dulu kalau ada moto, basikal, duit, tabung, besi buruk, selipar siapa-siapa yang hilang mesti Lan akan jadi suspek utama. Punyala dia jahat dan ditakuti sampai kalau ada budak-budak yang menangis malam-malam akan segera diam bila mak bapak sebut " shhh, senyap..kang Lan datang kang ".

Dan sekarang Lan yang jahat itu telah bertukar profesion. Menjadi seorang cikgu. Ya, cikgu. Puas penconteng lempang pipi penconteng kiri kanan dan ternyata ia bukan mimpi. Untuk sedapkan hati penconteng berkata pada diri sendiri yang mugkin Lan jadi cikgu sebab guna kabel kot. Atau pon dia kidnap anak pengarah jabatan pendidikan untuk dapatkan jawatan itu.

Belum sempat penconteng pulih daripada kejutan itu, penconteng dikejutkan lagi. Kali ini tentang seorang kenalan penconteng lagi. Yang mempunyai kebangangan yang tiada tandingannya. Serius, penconteng rasa IQ dia 1 digit je. Kalau tidak takkan la dia pernah kata dengan yakin yang baby dilahirkan melalui pusat..hahahha..Dan baru-baru ini kelihatan dia megah memandu Toyota Camry. Mengucap panjang penconteng. Langsung tak masuk akal macam mane dia boleh ada kereta macam tu. Kot dia ada Toyota Starlet sekalipon masih tak boleh diterima akal. Sekali lagi penconteng sedapkan hati dengan mengatakan mugkin kereta tu kereta curi.

Petang tadi penconteng keluar ke bandar. Untuk memulihkan semangat yang hilang. Kali ini penconteng terjumpa sorang lagi rakan. Yang mempunyai susuk wajah paling tidak menawan. Bukan penconteng yang kata, ramai orang yang kata dia memang tak hensem. Siapa-siapa yang rasa diri tak hensem tu kalau berdiri sebelah kawan penconteng ni mesti nampak dia macam Johnny Depp dan kawan gua itu pula macam makhluk dari Mars. Kalau kawan gua tu hensem pon hensem la sikit dari lembu. Errr, yang ni penconteng yang kata..hahahha.

Tapi tadi seorang gadis berada di sampingnya. Badan macam Heidi Klum. Muka pon macam Heidi Klum. Entah-entah memang Heidi Klum. " What the hell is going on !! ", jerit hati penconteng dalam bahasa omputih. Tak logik, tak padan, tak relevan. Rasa nak jirus pompuan tu dengan air bagi dia sedar sikit. tak tahu dah macam mana penconteng nak sedapkan hati penconteng ni jadi penconteng fikir yang baik-baik saja la. Mungkin pompuan tu ada masalah rabun dekat yang kronik.

Puas penconteng fikir dan fikir sebab dan alasan benda macam tu boleh berlaku. Mungkin Tuhan nak tunjukkan pada kita yang nothing is impossible. Tak ada benda yang mustahil selagi kita berusaha kan. So, walau bagaimana jahat, bangang, buruk sekalipon kita ni masih ada sinar baru di depan yang mungkin kita tak sedar. Selagi kita berusaha selagi itulah semua benda boleh jadi kenyataan.

Teringat kata-kata cikgu pendidikan seni penconteng semasa di sekolah rendah, " tanah liat yang ada di depan kamu ini akan jadi apa sahaja bentuk yang kamu inginkan. Selagi kamu berusaha untuk membentuknya ".
  

No comments: