Sunday, October 30, 2011

Selangkah Ke Alam Termenung. ( Fahsha Muhammad dan Penconteng )


Khas sempena Ulang tahun blog fahsha-radhio.blogspot.com.

Kilat sabung menyabung. Fahsha Muhammad sedang membuat kira-kira perbelanjaan sehariannya dan mengasingkan sedikit duit untuk dimasukkan ke dalam tabung simpanan masa hadapannya. Sejuk yang amat sangat diluar rumah teres dua tingkat yang didiami. Semakin lama semakin kuyu mata Fahsha Muhammad, kepenatan akibat dari awal pagi memerah keringat. Ketika rakan sebaya sedang asyik tidur,.Sehinggalah dia merasakan dirinya berada di suatu tempat yang sangat asing. Terdapat buku-buku tersusun di rak yang tersangat tinggi hingga tidak kelihatan puncaknya dan deretan rak-rak itu hingga ke penghujung bilik yang sangat jauh dari mata. Di hadapan Fahsha Muhammad terdapat sebuah meja kopi dan dua kerusi yang kelihatan tersangat empuk. Fahsha Muhammad menghampiri cermin sebesar 5meter persegi. Sangat cantik paras rupa jejaka didalam cermin itu, bisik hati dia. Dia memejamkan matanya buat seketika, dengan harapan apabila dia membuka matanya nanti dia kembali tersedar daripada mimpi itu. Perlahan-lahan dia membuka mata, dia masih berada didalam bilik putih itu. Semuanya masih sama, yang berbeza hanya jejaka didalam cermin tadi menjadi dua. Tiapa apa yang berbeza antara mereka. Sangat serupa.

Penconteng              : Bos! Lama tak Nampak .. Jemput duduk.. hahaha 

Fahsha Muhammad : kau Penconteng.. aku banyak kerja lah.. Lain kali lar borak.

Penconteng              : hahahaha.. Rileklah bos, penconteng lama pulak tak jumpa bos. Amacam? Tiga tahun sudah berlalu, blog fahsha-radhio.blogspot.com masih berdiri kukuh.

Fahsha Muhammad : Blog ni aku buat sebab kau suka berkongsi. Aku pulak suka diam-diam je tahan perasaan. Bukan dapat duit pun blog ni.

Penconteng              : Alar.. Bos ni acah-acah la.. bagi ar penconteng satu interview ngan bos.

Fahsha Muhammad : Apa-apa jerlah.

Penconteng              : Hah! Macam tu la.. Ok.. Soalan Pertama, Siapakah anda?

Fahsha Muhammad : Saya Fahsha Bin Muhammad. Seorang yang tak bekerjaya. Miskin.

Penconteng              : hahahah bos ni asyik emo jerlah.

Fahsha Muhammad : Dah kau asyik nak happy je, aku jadi emo lah.

Penconteng              : Dengan cik akak  boleh lak happy2..

Fahsha Muhammad : amboiiii.. main kasar Nampak.. syhh.. jangan cerita kat orang..

Penconteng              : hah. kalau macamtu, sila beri kerjasama.

Fahsha Muhammad : Baik Bos!

Penconteng              : haha. Penconteng pulak jadi bos?.. macam-macam hal lah bos ni.. Ok. Soalan kedua. Apa perasaan anda bila blog ini dibaca orang?..

Fahsha Muhammad : Saya berlaku jujur disini. Sebenarnya saya tak berapa suka orang tahu saya reti menulis dan merapu merepek. Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana semua benda itu keluar melalui penulisan saya. Kadang kala saya rasa ada sesuatu atau seseorang lain yang menulis semua benda itu dari dalam diri saya. Dari situ wujudnya penconteng, iaitu kau!. Penconteng dan Fahsha Muhamamd ialah split personality. Sangat berbeza dari mana-mana sudut sekalipun.

Penconteng              : penconteng  best.. bos poyo.. hahaha  Bagi lah saya peluang selalu keluar menconteng bos.

Fahsha Muhammad : Persoalannya sekarang, kenapa bila aku nak menulis kau taknak keluar? Aku boleh bagi kau lebih masa untuk menconteng, tetapi dengan syarat bila aku nak hantar ayat sweet kat cik akak je kau mesti datang. Amacam?

Penconteng              : ok .. beralih kepada soalan seterusnya.

Fahsha Muhamamd : Soalan aku kenapa taknak jawab?

Penconteng              : Penconteng hanya satu lembaga di dalam diri bos, jadi setiap apa yang penconteng conteng mestilah datang dari pengetahuan bos. Mana anda dapat banyak idea dan apa yang pengaruh anda mempunyai bakat mengolah idea tersebut?

Fahsha Muhammad : siot.. soalan aku tak jawab pun. Emm.. Idea saya banyak hadir daripada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian. Samaada dari pengalaman diri atau pengalaman orang lain. Yang pasti, saya cuba untuk menulis dengan menggunakan gaya saya sendiri. Memang kadang-kala ada gaya saya dipengaruhi oleh berbagai cara penulisan orang lain, namun saya cuba untuk lari dari gaya penulisan biasa yang seringkali membuatkan belia bosan membaca penulisan melayu.

Penconteng              : Mungkin dari situ bos freestyle kan bahasa melayu puitis kedalam tulisan bos?

Fahsha Muhammad : tepat sekali. Jadi perlahan-lahan belia melayu/bukan melayu akan membiasakan diri dengan penulisan puitis tanpa terus terjun  ke dunia sastera secara paksa.Saya hanya cuba ingin memberi mereka sedikit percikan di hati mereka untuk memahami penulisan cara yang seronok dan selanjutnya akan mereka
 pelajari sendiri.

Penconteng              : Tidakkah bos takut mereka akan terikut-ikut gaya penulisan bos dan merapu merepek bila ambik paper spm nanti? Maksud penconteng budak-budak sekolah.

Fahsha Muhammad : Pedulik apa sama dorang.. Kira okay la diorang nak jugak membaca, daripada  update status facebook selang 30 minit. Menggeletis. Berapa kerat je budak melayu habis baca novel silibus sekolah. Saya nak berikan percikan minat sahaja, selebihnya bergantung kepada mereka.

Penconteng              : Bos memang poyo.. Kita masuk ke soalan peribadi pulak bos. Rata-rata pasti ingin tahu, bila bos nak tamatkan zaman bujang?

Fahsha Muhammad : Bila cukup duit. Cukup yakin yang ilmu yang saya ada mampu melindungi keluarga saya nanti. Dan yakin mampu membuat dia bahagia. Secara jujur, bukan dalam masa yang terdekat. Paling awal  usia 26 tahun mungkin. Diulangi itu yang paling awal.

Penconteng              : Sebut pasal bahagia, apa makna kebahagiaan bagi bos sekarang?

Fahsha Muhammad : Perghh.. rimas la soalan-soalan macam ni. Bila la mimpi ni nak abes ni. Meremang bulu roma aku. Ok. Kebahagiaan bagi saya sekarang ialah membuat dia gembira. Ya, jawapan orang tengah angau. Tetapi secara realistiknya, saya masih sedih kerana saya tidak menjadi yang terbaik daripada apa yang mampu saya jadi. Jadi, kebahagian yang sejati masih jauh lagi untuk dikecapi. Bagaimana nak bahagiakan orang lain jika diri sendiri masih kosong dengan gembira.

Penconteng              : dengan selamber penconteng yakin cik akak mampu membuat bos gembira. Emm.. Apa makna kawan, sahabat dan teman kepada bos?

Fahsha Muhammad : kawan ialah kawan.. sahabat juga kawan, tetapi mereka telah melalui satu sejarah perjalanan hidup dengan kita dan berkongsi suka duka. Tetapi tak semua kawan sampai ke tahap sahabat. Teman seperti itu juga, mereka tetap kawan dan sahabat namun daripada perkataan teman itu sendiri jelas perkataan akar untuk “menemani” atau lebih jelas ialah bersama-sama. Apa-apahal pun, itu hanya perkataan. Kadang-kala gambar pun tidak dapat menerangkan suasana, inikan pula perkataan untuk menerangkan nilai seseorang didalam hati. Nenek saya pernah menunjukkan kubur suaminya yang tercinta kepada saya dan berkata “ni kubur kawan nenek”. Seorang suami yang menemani hidupnya, masih dipanggil kawan. Jadi siapa kita untuk meletakkan taraf seseorang dengan hanya suatu perkataan?.  Semuanya bergantung kepada perasaan hati atau hormat.  (berkata-kata sambil menggerak-gerakkan tangan seakan seorang professor yang gedik)

Penconteng              : Memang sah bos ni poyo. Hahahaha dahla bos.. Makin boring pulak interview bos. Baik penconteng mengarut sendiri je. Soalan terakhir untuk kali ini, apa harapan bos kepada blog ini?

Fahsha Muhammad : Saya berharap penconteng sering muncul kerana semakin ramai yang meminati blog ini. Saya mampu berlakon menjadi penconteng dan mengarut secara sendiri, tetapi tidak selancar apabila penconteng mula merasuk diri. Sebenarnya, target utama telah lama tercapai . Jadi perjalanan seterusnya ialah hanya bonus kepada blog saya ini.

Penconteng              : terima kasih bos.. bye..

Fahsha Muhammad : eh tu jer? Makan2 takde?.

  “dik oo dik~! Bangun dik, Mama dah berpuluh kali ketuk pintu bilik adik dari tadi?”
“sory mama…adik terlelap..” dengan mata kuyu Fahsha Muhammad membuka pintu yang dikunci.


   Hujan masih renyai-renyai. Fahsha Muhammad menghirup kopi panas sambil terkenangkan mimpi aneh dia berjumpa dengan seorang lagi dirinya beberapa minit yang lalu. Hatinya seperti kehilangan sesuatu. Lantas dia teringat akan handphone nya yang dicas menggunakan kabel usb pada computer. 4 unread messages.

Sms [ awak!! Update blog.]
        [come on boy.. aku boring kat ofis ni.. cepat tulis something kat blog.. aku nak layan gelak]
        [ en fahsha.. bila nak update blog?]
        [hahahah tergelak aku baca post kau.. sila conteng lagi.]

--mereka seronok membaca.. yang kena kutuk bukan mereka.

Friday, October 28, 2011

Cerpen - Rokok Basah ku salai Jua. Contengan = Penconteng




(hak cipta tak dipelihara.. nak ciplak boleh ciplak.. nak rompak boleh rompak..)

-Oleh kerana ketika di sekolah, cikgu sering membulatkan tatabahasa dan memberi komen seperti “banyakkan membaca” “lebihkan isi” “jangan meleret-leret”. Jadi penconteng mengambil keputusan untuk menulis cerpen ketika sudah tua Bangka ini dengan gaya yang tidak layak dimasukkan dalam peperiksaan.. Apahal? Nak semak jugak? Bagi la E.. penconteng pedulik apa.. eheheh sorry.. penconteng sayang cikgu2 sumer.. cikgu2 pun sayang penconteng..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sinaran lampu tandas menyakitkan mata kamal. Terkebil-kebil mata kamal menahan silau. Perutnya menderita sakit perut yang amat sangat. Kalakatu semakin banyak bermain-main di lampu kalimantang, menari-nari mabuk dan cuba mengelak dari menjadi mangsa cicak yang dari tadi menanti dengan tenang. Masih terdengar bunyi katak memanggil hujan dari luar rumah. Apa lagi yang katak-katak itu mahu panggilkan, baru setengah jam yang lepas hujan berenti. Sejuknya masih terasa hingga ke tulang kamal yang tidak berbaju. Hanya sehelai tuala kusam yang pendek menutupi tubuh badannya. Pehanya sangat putih seperti tidak pernah merasai sentuhan lembut cahaya matahari. 

  Kamal duduk sahaja di mangkuk tandas duduk berwarna hijam daun pisang itu. Kecewanya tidak dapat dibendung dengan kata-kata.

“sial!!! Kenapa taknak keluar ni..” kamal menumbuk dinding batu tandasnya itu. Darah memercik keluar dari buku lima tangannya. 

Kamal memandang kebawah sambil tangannya meraut muka menahan kekecewaan. Darah  dari tangannya kini melekat di pipi kamal. Hujung jari hantu kamal tersentuh telinga kiri. Maka terjatuhlah sebatang rokok yang diselit dengan kemas ditelinga kiri ke atas tempat bekas meletak sabun. 

  Sedetik masa berlalu, rokok itu dibasahi dengan lembapan. Menangis mata kamal melihat rokok yang terakhir itu bertukar warna. Dadanya tiba-tiba merasa gelisah memerlukan asap rokok. Ketagihannya menjadi-jadi apabila memikirkan kedai yang paling dekat dibuka pada pukul 3 pagi ini berada 3 kilometer jauh dari rumahnya. Kedai di hujung taman ini hanya akan dibuka pada pukul 8 pagi nanti. 

  “ahh.. alang-alang tangan ku luka.. rokok basah ku salai jua” sambil menekadkan semangat untuk mengeringkan rokok itu dengan mengunakan pemetik api.

  Sudah jatuh ditimpa tangga. Pemetik api tidak dibawa masuk ke tandas. 

 Dengan menahan sakit tangan, perutnya yang memulas dan ketagihan rokok yang melampau. Kamal menggigil sejuk dan sedih. Terlihat di hujung mata kamal sekotak mancis terletak sopan di para meletak syampu dan berus gigi. Dia cuba bangun dan menggapai kotak itu, tetapi terjatuh akibat lututnya yang semakin lemah. 

 Mengesot dia di lantai. Dari dinding sebelah kiri untuk ke dinding sebelah kanan yang terletaknya para tersebut. Jarak antara kedua dinding itu tidak kurang dari 4 meter jaraknya. Lantai itu dilapik dengan getah keselamatan berlubang untuk mengelakkan kegelinciran. Seperti menggeselkan badan ke jalan tar.

  Melecet peha kiri Kamal. Sedikit demi sedikit dia menghampiri para tersebut. Apabila tiba sahaja di dinding yang menampung berat para, kamal mencapai singki lalu menarik badannya sekuat hati ke atas. 

 “pang!!!!” tangan kamal terlepas dari genggaman dan atas kepalanya terhantuk kuat ke mangkuk singki. 

  Setelah meraba-raba atas kepalanya, dan yakin tiada tanda-tanda pendarahan berlaku kamal mencuba sekali. Dia berjaya mendapatkan mancis itu. Secepat mungkin di bergerak semula ke mangkuk tandas dengan memapah dinding atau apa sahaja yang boleh dipegangnya untuk ke mangkuk tandas tadi.

 Dia dapat tiba ke mangkuk tandas tadi dengan selamat. Mengangkat rokok yang basah tadi dan dipegangnya dengan penuh kelembutan. Tangan kanannya pula mengambil batang mancis didalam kotak mancis. Hanya 3 batang sahaja yang belum digunakan.

  Batang mancis yang pertama, dengan hanya menggunakan sebelah tangan dia mengores mancis dan berhati-hati mensalai batang rokok tadi untuk mengeringkannya kembali.  Jika terlalu jauh, tiada apa yang dikeringkan. Jika terlampau dekat api dengan batang rokok, rokok akan terbakar di tengah-tengah dan menyebabkan kebocoran. Belum setengah batang mancis terbakar, api terpadam secara tiba-tiba. Mungkin kerana angin dari nafasnya, getus hati kecewa dan sakit kamal.

Perut kamal semakin teruk bergelora. Ibarat gunung berapi yang menanti waktu meletuskan lava-lava panas cair.  Seluruh badannya menggigil ketagihan rokok. Tanggannya berdarah kerana menumbuk dinding akibat menahan kemarahan. Pehanya pula merah menyala akibat bergesel dengan getah pelapik lantai. Kepalanya benjol, sekeras-keras kepala kamal keras lagi mangkuk singki.

  Batang mancis yang kedua di gores dengan selamba, diulangi lagi langkah menyalai rokok kerana masih terdapat beberapa kebasahan terdapat pada batang rokok itu. Kali ini dia berhati-hati untuk bernafas, badannya menjadi kaku seperti patung kerana dikhuatiri setiap pergerakan yang banyak akan menyebabkan api itu terpadam. Batang mancis itu sudah hampir ke hujungnya, kepanasan mula dirasai di jari kamal. Kamal menahan kesakitan, demi menjaga api mancis tersebut. Sehinggalah jarinya melecur terbakar, baru dia melepaskan batang mancis itu.

  Batang mancis yang terakhir. Senyuman pramatang muncul di muka kamal. Dia mengakui, atas segala penderitaan yang dilalui dan kerja kerasnya dia layak menghisap rokok tersebut. Kamal menggores batang mancis yang terakhir…

“prakk!” batang mancis itu patah dan terus jatuh ke lubang jamban.

 ***********************************************************



  Pada pukul 6.00 pagi, Zamri membuka pintu tandas. Terkejut dia melihat rakan serumahnya seperti dipukul oleh perompak. Muka rakannya tercalit darah, dan keadaan kamal sangat menyedihkan. Risau dengan keadaan rakannya itu dia memeriksa nadi kamal. Masih hidup.

  Dalam van ambulan, Zamri hanya menangis ketika bercakap dengan ibunda kamal melalui panggilan telefon bimbit mengkhabarkan keadaan Kamal yang disamun ketika sedang membuang air besar. 

  Tangan Kamal masih memegang erat rokok basah. Walaupun ketika Doktor sedang memeriksan keadaan dirinya di bilik kecemasan, tangannya masih memegang erat sebatang rokok basah.

Tamat..
 
hahahaha lantak korang lah.. menconteng tanpa berpikir apa. Sekadar menghiburkan hati mereka-mereka yang mengantuk di depan pc ditempat kerja. =) senyum..

-bro, boleh pinjam lighter tak? .. terima kasih..

Tuesday, October 25, 2011

Editor - Wahh ! Ulang tahun lah...Gila !

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia dan pembaca yang tersangkut disini akibat tertipu dengan search engines yang cuba membantu. Sumpah, tidak sedikitpun kejadian blog ini untuk mencari duit-duit tabung daripada kehadiran anda ke blog ini (jika anda tersangkut, bukan atas kehendak penconteng). Tiga tahun sudah, blog ini masih berdiri tanpa wang saguhati. Sekadar bermodal keihklasan dihati, dengan niat ingin berkongsi.

  Beberapa pembaca yang mengenali penconteng secara dekat ada yang menegur, sudah lama tiada post-post yang panjang lebar dan membawa mereka ke dunia angan-angan. Jika mereka semakin serius membaca post-post dari penconteng, maka penconteng akan semakin serius menconteng pada tahun kedua blog ini. Terima kasih di atas feedback yang diberi, tidaklah penconteng terasa seperti bercakap dengan cawan. =) 

  Blog ini sebenarnya belum memasuki fasa kedua lagi, tahun-tahun sebelum ini hanya sekadar percubaan. Cuma geli-geli sebelum melakukan yang lebih dahsyat. Muahahaha.. =) Penconteng masih cuba untuk tidak menyakiti mana-mana pihak dalam contengan blog ini, tetapi isu-isu yang  akan disentuh penconteng selepas ini lebih kepada hal peringatan dan isu semasa yang agak panas. Penconteng akan cuba menulis dengan cara mudah dan ringkas serta poyo santai yang akan membuatkan anda terasa “hahahaha.. siallah mamat ni.. gila poyo..” … 

  Langkah pertama memang yang paling berat. Tahun pertama kejadian blog ini juga terlampau penat. Banyak yang mengeji, menghina dan mencaci. Walaupun hanya sekadar blog yang santai dan tidak cuba menyakitkan mana-mana pihak, sesetengah orang memang tidak mampu menerima penconteng seorang yang mampu menulis. Blog ini boleh diibaratkan seperti seekor anjing yang ditepian jalan, dia hanya duduk disitu memerhatikan sekeliling, sesekali dia menyalak kecil sekadar ingin memberitahu anda dia berada disitu. Lantas anda menyinsingkan seluar, memandang hina kepada anjing itu. Terlampau hebat diri anda hingga anda merasakan kejadian anjing itu terlampau jijik, Anjing itu tidak berhak untuk bersuara. Lantas ada seorang bijak pandai dan berilmu serta baik amalannya, melihat anjing itu dan tersenyum. Kerana yang tahu itu tahu, walaupun najis itu najis, dia disitu ada sebabnya. Tiada hak bagi dirinya untuk menghina anjing itu. Apa hak mereka untuk menghina blog ini? Terlampau hebatkah diri mereka? 

  Hahahaha =) semakin garang bukan gaya bahasa penconteng?

  Selamat ulang tahun fahsha-radhio.blogspot.com.  Kita mulakan tahun-tahun ke depan ini dengan langkah berani, namun masih menunduk sopan. Kita suarakan dengan lantang, tanpa memotong perbualan orang yang lebih berumur/berilmu.. Kita akan cuba mencium bau puncak, tanpa melupakan butiran pasir pantai yang masih melekat di tapak capal. Siapa kita? Ya.. penconteng tidak lagi bersendirian. Kini, anda semua mampu mempengaruhi penulisan penconteng. Email la penconteng idea dan ulasan anda di boy_mirazys@yahoo.com akan penconteng cuba ketengahkan.
 
Pada tahun kedua ini, beberapa kolum baru akan dikeluarkan. Penconteng akan memilih untuk menconteng tentang apa sahaja yang bermain di fikiran. Samaada contengan mengenai pengalaman diri, cerita tokok tambah , fiksyen, perbincangan, angan-angan dan lain-lain. Yang penting, kita ambil peluang untuk memahami dan menghormati jalan orang lain. Memang ada sesetengah jalan itu tidak sepatutnya mereka lalui, tetapi dengan tidak memahami apa dan mengapa mereka lalui jalan itu bagaimana sesuatu itu dapat diubah.  Teruskan tersenyum semua sahabatku, jangan bersedih. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir. =)

Penconteng..... lets roll !!!


Sudah berkelana hamba bertatih-tatih mengaji..berdarah-darah luka berjalan. Ke hutan mencari damai,ke laut mencari tenang. Dagang hamba sekupang dua, upah cik puan berganda-ganda. Nak diluah mati teman, ditelan mati rakan. hamba sepakkan sahaja cawan dimeja, sebelum terseksa kemam rahsia.

Masih lagi berguru,segan malu tersipu.Hamba berjiwa muda adakala marah membara.Buah cempedak diluar pagar,biarlah ia disana. Jika tidak,akan hamba pergi berlayar. Pisang emas pula ditinggalkan di sebelah galah. Apa lagi nak dijolokkan ???

Wahahahahaahahahah!!!!! takyah pening-pening fikir.. aku pun tak paham apa aku tulis.. 

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad

Sunday, October 9, 2011

hahaha... nah ambik - Part3 ( serius last aku bagi tip tulis ayat sweet )

Nah ambik part3. Metafora dan acah-acah spontan..

-BOSAN!!!!!! Ingat dah taknak sambung kolum ni, ramai pula email suruh sambung.. macam la penconteng  tak tau valentine day dah dekat..=) takperlah.. Itu maknanya  anda nak jugalah cuba menulis ayat sendiri  daripada  forward balik sms ntah sape-sape.. bila tulis sendiri, anda sebenarnya meletakkan sebahagian daripada diri anda dalam ucapan itu..

Kenapa part3? Sebab ada part 1 dan part2 ler.. sila semak pada archive bulan September.

Kepada mereka yang membaca, penconteng tidak akan klasifikasi kan post ini sebagai v-day special,. Penconteng sambung kolum kerana dulu dah berjanji, jadi kena tunaikan. Kalau nak sambut pun, apa kata sehari lewat atau awal, geli lar tiru bulat-bulat mat saleh.. hehehe Cinta konon.. ptuih~ heahehahah

Sekarang kita menghampiri kepada "Pikir sendiri".. Anda perlu memerah keringat otak anda untuk menulis dan membentuk ayat sweet anda sendiri, tapi jangan anda cakap anda cipta pula yer.. Berjuta-juta orang dah pandai menulis sebelum kita, mungkin ayat tu dah ada anak petani di zimbabwe guna buat ngorat anak gadis ketua puak 100 tahun yang lalu. =)  siapa tahu?

Teknik metafora..

Cakap pasal benda lain untuk menerangkan pasal benda lain. Hahaha.. Amacam? Kembali ke zaman sekolah?  Tenang.. mulakan dengan teknik yang mudah. Lepastu cuba tulis untuk bacaan yang lebih ramai orang.. ayat unsur jenaka atau sekadar menggamit memori kawan-kawan tentang kisah lama. Yang penting anda tak copy ayat movie beramai-ramai.

Anda gunakan metafora dalam kehidupan harian anda. Lagi-lagi pula dalam budaya melayu, kiasan lagi membunuh dari maki hamun (dulu, sekarang dah ramai yang tak paham kalau orang berkias). Sedangkan cara mengikat sampin pun memberi makna.  Ada berjuta-juta objek anda terpandang dalam seharian membuka mata, pilih satu dan olahkannya. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan persamaan dengan orang lain. Bila dah sama objek sekalipun, tidak semestinya olahan nya sama. Walaupun peratus olahannya sama sangat kecil, mungkin dah ada orang tulis juga namun maksud disebaliknya mungkin berlainan dengan orang lain. Jadi ini dapat membuatkan anda terasa “perghh,,aku dah jadi ahli sastera lah. Gubah ayat sendiri”. =)

Mari mulakan.. Tengok sekeliling anda.. Jadi sedikit Psiko. Kalau tengah angau lagi senang, semua benda buat anda terkenang kat si dia. Pikir di luar tingkap perbualan seharian. Dan mula mengarut~!!!


Contoh teknik metafora (ni dah femes gila babi , tapi masih ramai quote benda ni)

Dari filem forest gump “life is like a box of chocolate, u never know what you`ll get inside”                           -dia menerangkan tentang hidup dengan bercakap tentang sekotak coklat. Senang dipahami kerana siap ada maksud metafora dia selepas itu. Bagus juga dia terangkan, kalau tak takde lah fames sampai sekarang. (walaupun penconteng kurang berminat nak quote ayat movie, ayat ni antara ayat yang mula-mula membuatkan penconteng cuba belajar bahasa inggeris selain kartun tv1).

Ok, anda sekarang dah paham apa itu berkata tentang sesuatu tetapi cuba menerangkan pasal benda lain. Sekarang kita tengok contoh ringkas yang lain pula.

Contoh pertama,

Kononnya anda tengah bosan, tapi tiada mood nak keluar. Tiada awek untuk bergayut. Pusing kepala Nampak pulak gitar sangkut kat dinding.
feel  like my guitar didn’t make any sound  -simple. Tak payah nak bunga-bunga sakura ayat nya. Siapa yang paham akan terasa seperti “perghh.. dah tersumbat sangat bosan kawan aku ni”

Contoh kedua,

Anda dalam kereta, hubungan cinta dah hujung-hujung dan mungkin tak dapat diselamatkan.
our journey is nearing the end, I can feel this car running out of fuel – car diterangkan sebagai hubungan, dan fuel itu ialah cinta.

Contoh ketiga,

Nampak batu tepi jalan, nak ngorat seorang awek ni asyik gagal jer. Keras macam batu hati minah tu. Anda dah malas nak teruskan usaha.
Slowly, even rock will change its shape by the touch of flowing water, I don’t have that much time. Goodbye –emm macam ada pengaruh pepatah melayu jer, pedulik apa! Hahaha

Contoh keempat,

Nampak orang makan burger  melawis (serius sedap, rindu sangat dindong cair diorang ni), Konon-konon anda tengah bahagia tahap sakan.
a lil bit of chillies, a lil bit of maryounies, well done patty, with soft hot bun. Wrap it all out with a love paper. This is what I call a happy burger – burger itu mungkin di maksudkan dengan hubungan cinta, dan bahan-bahan tadi sebagai susah-senang yang ditanggung bersama. Tapi kalau ada yang terlebih bijak, akan terdengar macam ayat lucah jer.. hahahaha. Lain orang lain cara pemahaman nya.. =)

Baik~! Sekarang anda pula cuba menulis ayat sendiri. Contoh tadi sebagai memberi anda pandangan awal tentang metafora. Selami jiwa anda dan tulis sendiri ayat anda.. =) Tidak mengapa kalau dia tidak memahami maksud ayat anda, tak semua orang boleh menerima maklumat yang tersirat. 

Kepada yang terasa geli geleman baca benda-benda ni, diharap bertenang. Kalau menyampah jangan baca dan sila beredar ke kolum lain dengan sopan. (serius saya paham geli anda, penconteng juga benci cerita-cerita korea. Highscool musical. Dan lain-lain perkara yang agak ke sissy`an) Penconteng tak berniat nak menggentel barang anda, sekadar  membalas permintaan mereka yang ingin belajar. Saya tak pernah mintak tahu benda-benda ni, dah membesar tiba-tiba pula makin kuat pulak kebolehan ini. Pesan orang tua, kalau taknak tertekan. Sebarkan ia kepada yang ingin belajar

Teknik Acah-acah spontan.
Acah-acah dalam slanga belia sekarang bermaksud “berlagak, berpura-pura, berlakon dan mengacah”. Jadi acah-acah spontan memerlukan anda berlagak seperti anda seorang yang mampu mengeluarkan ayat sweet secara spontan, walhal dah berzaman dah benda itu korang tulis.

Tahukah anda, kebanyakan rapper dan penulis lirik mempunyai buku conteng mereka. Mereka akan tulis apa saja yang terlintas diotak mereka supaya selepas itu mereka akan cuba pecahkan idea itu bila ada masa lapang. Bila nak guna, idea itu datang macam air mengalir. Apa? Ingat semua freestyle rapper ada kebolehan cari ayat sama ritma dalam masa sedetik. Mereka pun acah-acah spontan, dah pikir lama cuma tak kena situasi nak gunakan ayat tersebut.

Kita permudahkan teknik mereka ke tahap yang paling memalukan. Dah siap tulis, situasi pun kita yang pengaruh dan hantar ayat tersebut. Kemudian pura-pura spontan. Hahahaha =) *jika anda tiada idea cuba olah teknik-teknik yang telah kita bincangkan sebelum ini. Dan untuk teknik ini, anda nak olah ayat movie pun tidak mengapa. Lagi bagus, kerana rata-rata orang akan paham apa yang anda maksudkan.

Contoh pertama ;     

Beli coklat sebagai hadiah. Lepastu hantar ayat manis, macam awak.  –simple, mudah dan tiada maksud tersirat.
*paham kan?  Anda dah tau nak cakap/hantar ayat apa, tetapi anda acah-acah macam benda itu spontan keluar dari mulut. Jalang? Ehehe no komen.. =) dah ramai buat benda ni, aku saja tulis balik. Amboiiiii~ nak yang best je, bila nak belajar sendiri..

Contoh kedua;

Tumpang kereta kawan anda. Sampai umah, anda sms tanya ada Nampak barang tinggal dalam kereta  atau tidak. Kemudia dia akan reply, “barang apa?” sila reply dengan “I left a piece of my heart there, take a good care of it. Don’t break it
 *jiwang tahap spoon dah ni.. wahahaha pernah buat sekali lepastu dia reply “puxxmak kau boy.wahahaha. gay ke  apa? Fxxk! Gie cari awek lar” hehehehe sekadar bergurau dengan rakan-rakan seperjuangan, penconteng tak ada g.f..

Mudah dan poyo bukan? Anda set situasi dan tulis sendiri. Be original.. Tiada masalah jika ada pengaruh mana-mana tapi jangan lar copy bulat-bulat.

Baik. Penconteng dah tunaikan janji pada keluaran kolum “Nah Ambik” yang lepas. Huhuhu. =) Sila email jika ada sebarang persoalan. Jangan tulis untuk menumbangkan perempuan ke katil, tulis untuk memelihara hati dan perasaan mereka.  Ada banyak lagi tips yang boleh diberikan, tetapi rasanya lebih baik anda cari jalan sendiri untuk menulis. Masing-masing ada gaya, pergilah cari.  Pergilah ke kedai buku lama beli buku-buku tulisan klasik, cari gaya mereka menerangkan perasaan dengan menyatakan pasal benda lain.. 

Cari bagaimana mereka menerangkan tentang kebuluran dengan bercerita pasal tikus yang kurus. Macam-macam lagi. kat luar sana semua orang ialah penulis yang baik (eropah).. Freelance writer di Indonesia sangat-sangat hebat pusing ayat mereka . Kita start dengan ucapan-ucapan mudah dulu~
 Selamat mencuba.. Ya anda dibenarkan untuk share post ini dan post2 kolum "hahaha..nah ambik" yang lain, tetapi kalau ada yang mengutuk sila delete balik yer..  saya pun nak jaga air muka saya.. =(

Wednesday, October 5, 2011

escape - teachers day...

What can I remember about my teachers? 

(close my eyes and deeply inhale drink some cold water – fuhhhhhh~)

Emm… nothing much.. just a glimpse of my not so wonderful story of my life.. penconteng = Fahsha Muhammad.. so sad and boring..

Lets start with Arwah tuk atan.. I remember kissing his hand every time I finish learning to recite Quran. How he used to wave his magic wand (bamboo cane) then smashed to the floor each time I misspelled or pronounced it wrong. Making a really loud sound.. Like a thunder. And every time I heard that sound, my reading is getting better (for a few moments until I got distracted again). What was I? 6 or 7 years old maybe.  I don’t quite remember.. Then I continued to learned from Wak.. Wak have a different way of teaching, he is funny and great at taking attention from kids. Now, arwah Tuk Atan is no longer in my neighborhood. I cried the day when my mom said “go and recite yaasin to atuk.. He is the one who teach you how.”  With nozzle sound (I’m trying not to cry), sit in front of his dead body I recite yaasiin the way he always wanted me to (slow and take your time). Even though by that time I am already a teenager, when I sat in front of his body I felt like I’m a kid back. So much I can learn from him but I only realized it after he cannot teach me. He is not my real grandfather, but for a kid who never seeing his real grandfather, he is my real atuk. He is always wanted me to be an Ustaz or something, but you know where I ended up. 

I don’t remember anything about teacher in my kindergarten, so let’s skip that part. 

Primary school.  I wouldn’t give name, but there is few teachers who thinks highly of me. They think I will be a scientist one day. Sorry to say, I’m letting you down dear teachers. But still, I can blow up a balloon using dried ice.  Haha . =) my dads sometimes say a teacher from primary school asking about me, when I asked my dad the teacher name. Man, I don’t know who she is. World work in strange way, I remember a few teachers name (I can bet they don’t remember me) but a teacher who remember me I don’t even know the existence of her in my life story.  Maybe she teaches at sekolah agama.

My world is getting weird. Form1 to form3.  my life at all boy school. Kick out of class (a lot times), skipping last period class (almost everyday), sleeping in class (you don’t want to know).  I remember a lot of teachers from this part of my life, the all seeing bad things in student type, the slap slap slap and slap type, the very dedicated teacher who never give up on their student type. One thing for sure, none of them remember me. Hey, I’m a very low profile type of person.  When the pmr result come out, all of my teachers shocked. They thought I will be failing few, sorry to say I’m letting you down. Then there is teachers who shock that I don’t get more A`s, yup.. I’m letting them down again. I keep letting teachers down. 

   I’m getting older, wiser and more rebellious.  All I can think is having fun. My first oral test for form4 is titled “I hate this school” . I remember that English teacher. I hope she remember me. The last time I saw her all I heard from his mouth is “amir!!! What happen to you?” seeing me with long hair and thin to the skin. That is few years back. Technical school. I can remember every single one who teaches me those years. Some of those teachers we call abah, mak , or just a datin.  Slap? Come on.  We are 17. I got knee onto my stomach from a teacher. And then, there is teachers who don’t know what to do with boys. If they don’t let the boys went to toilet to smoke, none of them will be awake in class. If they let the boys go to smoke and those boys got caught, they (teacher) will be in big trouble. 

I wouldn’t call lecturer a teacher, they more to guidance, self experience and mentor to me. Just like friends, peers, family and colleague. If I have to call a lecturer a teacher, then I will claim all the people who influence me in my life as my teacher.  Indeed, they are. 
Today is teachers day.. I never say this loudly, but I’m sorry I’m not turn out to be what you expected me to be dear teachers. I’m not ended up be an engineer, scientist or have a degree on engineering but now i'm a journalist at MalayMail.  And miss N, sorry to say I’m not interested to be an actor or a comedian or model. En. X, I’m not being a lecturer but I did help few of friends who needs idea for their thesis or solve a few problems that need a twisted mind like me to think. Pn.Z, I don’t write. But I do keep conteng-conteng at this neglected blog.  Puan.F, I ashamed to tell you this but I still suck when it come to ur paper. That 4 flat is just something I did because I took that paper 2 times.

Give me some time.. Just a few years.. yup.. im just a little writer now, but when im succeed in everything that I planned, that’s will be the right time to thanks you guys.. Not today.. For today all I can say is i`m sorry.

Tuesday, October 4, 2011

Yang tersurat dan tersirat (pepatah melayu) - mengikut pemahaman Fahsha Muhammad

Nama pun menconteng, jadi tiada merujuk mana-mana teks. Haha memang dah lama nak berkongsi benda ini.. Namun mungkin kerana terasa diri agak rendah tahapnya berbanding pakar-pakar di luar sana jadi dibiarkan sahaja.. Saya hanya penconteng, melepaskan tinta dakwat ke meja dan buku-buku latihan kawan sekolah..

Apa yang dapat anda perhatikan setiap kali mendengar pepatah melayu?  Ya, anda paham semua  maksud nya.. yang tersirat lebih dulu anda pahami.. Tetapi yang anda sebut itu anda tidak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin kerana itu remaja dan muda mudi sekarang sukar  berkias atau berbual lama dengan pakcik2.. mereka tidak memahami gaya bahasa pakcik-pakcik. Kita hidup di dunia yang sangat berbeza dengan mereka.. Sezaman, namun dekad yang lain. 

Zaman kini terlampau berbeza sehinggakan kita tidak akan cuba untuk merungkaikan yang tersurat itu. Jangan salahkan diri anda, dan jangan salahkan orang tua kerana tidak mengajar.  Seringkali orang akan cuba menerangkan yang tersirat (kerana yang tersurat sgt mudah dipahami), tetapi penconteng akan beritahu anda yang tersurat.. Yang anda rajin sebut. =) hahahaha agak pelik bukan.. Jangan jadikan ini sebagai rujukan anda.. Nak buat assignment pergi lar library, blog penconteng tetap mengekalkan konsep “sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu  untuk berfikir”.  Kerana saya bukan ilmuan, hanya penconteng picisan.

Ini salah satu perkataan yang seringkali anda gunakan. LANGKAH BENDUL. Bermaksud kahwin dulu sebelum kakak/abang anda. Sesuatu yang tidak wajar bg sesetengah keluarga. Pikirkan! Apa itu bendul? Kenapa tak boleh langkah? Erkkk…. Pening? Hahahaha.. ambik kau.. ok.. kosongkan cawan, dan terimalah air fikiran dari hamba.. apa yang penconteng tahu, rumah bertangga (rumah tinggi) seringkali mempunyai satu kayu di lantai pintu masuk rumah. Kayu itu agak tinggi sedikit. Bayangkan anda menaiki rumah lama, memijak tangga satu persatu. Di pintu masuk ada kayu besar..anda pijak atau langkah kayu tersebut? .. pada zaman dahulu, wanita dididik dgn kesopanan. Jadi mereka akan menggunakan langkah yang kecil, maka mereka akan memijak kayu bendul tersebut. Jadi perbuatan langkah bendul ialah sesuatu yang agak tidak manis dipandang orang.. paham? Ok itu pandangan penconteng, mungkin ada lebih mengetahui dari penconteng jadi saya hormati pandangan anda.. 

Halnya sama juga dengan pepatah DITEBUK TUPAI. Bermaksud sudah tidak lagi suci (perghh.. sopan sungguh ayat penconteng).. senang cerita dah takde dara lagi sebab Korang main dengan jantan lain sblm suami.. hhahaha kasar sangat pulak.. paperhal pun korang tau kan maksud dia?.. ok. Kenapa ditebuk tupai. Banyak lagi binatang boleh dipilih seperti monyet, kerengga, dan manusia.  Tupai memang cool gila.. Senyap je dia gerak, lompat sana lompat sini.. Then tiba-tiba kelapa, buah durian dan macam2 lagi kena makan.. they make a hole, eat some and go away.  Buah itu still Nampak elok, bila dah jatuh atau korang petik. Ekeleh.. dah berlubang lah. Kecewa yang besar bagi yang berhak, si peladang yang sabar membaja.. memelihara kebun.. 

Alam berfungsi  dangan cara yang tersendiri. Jika kita tidak menganggu mereka, hidupan bumi mempunyai cara tersendiri untuk teruskan hidup. ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING. Yang bermaksud penduduk yang buat hal masing-masing, tiada kerja sama.  Pertama sekali pokok enau ialah pokok kabung.. Enau lebih biasa disebut di Indonesia (zaman dulu tiada Malaysia-indonesia.. kita semua berada dalam empayar melayu). Ok.. pokok kabung pun tak pernah tengok, korang pergi google.. Dari perbualan dengan mereka yang pergi sendiri mencari buah kabung. Enau akan cuba untuk melepaskan diri daripada lalang, pokok2 semak yang lain untuk menjadi tinggi.. Sekali mereka dah tinggi, akan perasan dari jauh enau itu lebih tinggi dari pokok-pokok semak yang lain. Untuk selamat, enau akan cuba untuk naik secepat mungkin.. Dan dalam proses membesar itu, semua pokok akan ditinggalkan termasuk pokok2 enau kecik yang lain.. dan yang kecil tertinggal akan menjadi bantut dan akhirnya mungkin mati.. hahahah ni brother yang jual buah kabung yang bagitahu.. dia tipu gua, gua tipu lu orang.. cam sial.. pokok enau pun aku tak pernah pegang.. nak ajar orang konon.

Hah.. AUR DENGAN TEBING. Bermaksud kerjasama yang padu. Atau bergantung antara satu sama lain. Chop! Mungkin ada yang teringat dulu belajar kat sekolah rendah air dengan tebing bukan. Penconteng tidak mahu komen pasal itu. Penconteng menconteng mengikut pemahaman sendiri semata-mata.  Ok.. pertama sekali, Aur ialah sejenis pokok seperti buluh (orang tua yang bagitau, aku malas check). Tebing sungai merupakan tempat membiak yang sesuai untuk pokok ini jadi pokok aur amat memerlukan tebing berada dalam keadaan yang kukuh. Halnya sama dengan tebing sungai itu sendiri, kadang-kala hujan lebat akan menyebabkan air deras melanggar tebing.. Untuk teruskan berada dalam keadaan kukuh, mereka bergantung kepada akar-akar pokok aur.  

 --- cukuplah setakat ini kolum tersurat dan tersirat. Dunia kita lain, jadi dari dulu kita diajar untuk menggunakan pepatah supaya warisan itu tidak hilang. Dipaksa memahami maksud yang tersirat. Walhal kita tidak disuruh untuk mengunakan keupayan kita berkias untuk menghuraikannya dari yang tersurat, mungkin  kerana kita tidak tahu apa benda kita sebut itu. =) sama juga kalau kita beri pepatah ini “tidak dicucuk kabel audio, watak berkata tanpa suara” yang mungkin bermaksud kalau kita tak berusaha nak bagitahu orang apa yang kita nak sampaikan, dia tak perasan pun kita sedang tegur dia. Atau bukan. Hahahha =) cuba sebut pepatah itu kepada nek oyang anda semua? Rasa-rasa dia paham tak?  Tenang semua..sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.

Nenek anda mungkin  berkata  “ehhh ko ni, maner  ler oyang tau cakap dak-dak sekarang..  lorat nau~~.serupe hawau  punya cucu”  dengan tangan yang menggigil dia menunjukkan penumbuk.