Friday, October 28, 2011

Cerpen - Rokok Basah ku salai Jua. Contengan = Penconteng




(hak cipta tak dipelihara.. nak ciplak boleh ciplak.. nak rompak boleh rompak..)

-Oleh kerana ketika di sekolah, cikgu sering membulatkan tatabahasa dan memberi komen seperti “banyakkan membaca” “lebihkan isi” “jangan meleret-leret”. Jadi penconteng mengambil keputusan untuk menulis cerpen ketika sudah tua Bangka ini dengan gaya yang tidak layak dimasukkan dalam peperiksaan.. Apahal? Nak semak jugak? Bagi la E.. penconteng pedulik apa.. eheheh sorry.. penconteng sayang cikgu2 sumer.. cikgu2 pun sayang penconteng..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sinaran lampu tandas menyakitkan mata kamal. Terkebil-kebil mata kamal menahan silau. Perutnya menderita sakit perut yang amat sangat. Kalakatu semakin banyak bermain-main di lampu kalimantang, menari-nari mabuk dan cuba mengelak dari menjadi mangsa cicak yang dari tadi menanti dengan tenang. Masih terdengar bunyi katak memanggil hujan dari luar rumah. Apa lagi yang katak-katak itu mahu panggilkan, baru setengah jam yang lepas hujan berenti. Sejuknya masih terasa hingga ke tulang kamal yang tidak berbaju. Hanya sehelai tuala kusam yang pendek menutupi tubuh badannya. Pehanya sangat putih seperti tidak pernah merasai sentuhan lembut cahaya matahari. 

  Kamal duduk sahaja di mangkuk tandas duduk berwarna hijam daun pisang itu. Kecewanya tidak dapat dibendung dengan kata-kata.

“sial!!! Kenapa taknak keluar ni..” kamal menumbuk dinding batu tandasnya itu. Darah memercik keluar dari buku lima tangannya. 

Kamal memandang kebawah sambil tangannya meraut muka menahan kekecewaan. Darah  dari tangannya kini melekat di pipi kamal. Hujung jari hantu kamal tersentuh telinga kiri. Maka terjatuhlah sebatang rokok yang diselit dengan kemas ditelinga kiri ke atas tempat bekas meletak sabun. 

  Sedetik masa berlalu, rokok itu dibasahi dengan lembapan. Menangis mata kamal melihat rokok yang terakhir itu bertukar warna. Dadanya tiba-tiba merasa gelisah memerlukan asap rokok. Ketagihannya menjadi-jadi apabila memikirkan kedai yang paling dekat dibuka pada pukul 3 pagi ini berada 3 kilometer jauh dari rumahnya. Kedai di hujung taman ini hanya akan dibuka pada pukul 8 pagi nanti. 

  “ahh.. alang-alang tangan ku luka.. rokok basah ku salai jua” sambil menekadkan semangat untuk mengeringkan rokok itu dengan mengunakan pemetik api.

  Sudah jatuh ditimpa tangga. Pemetik api tidak dibawa masuk ke tandas. 

 Dengan menahan sakit tangan, perutnya yang memulas dan ketagihan rokok yang melampau. Kamal menggigil sejuk dan sedih. Terlihat di hujung mata kamal sekotak mancis terletak sopan di para meletak syampu dan berus gigi. Dia cuba bangun dan menggapai kotak itu, tetapi terjatuh akibat lututnya yang semakin lemah. 

 Mengesot dia di lantai. Dari dinding sebelah kiri untuk ke dinding sebelah kanan yang terletaknya para tersebut. Jarak antara kedua dinding itu tidak kurang dari 4 meter jaraknya. Lantai itu dilapik dengan getah keselamatan berlubang untuk mengelakkan kegelinciran. Seperti menggeselkan badan ke jalan tar.

  Melecet peha kiri Kamal. Sedikit demi sedikit dia menghampiri para tersebut. Apabila tiba sahaja di dinding yang menampung berat para, kamal mencapai singki lalu menarik badannya sekuat hati ke atas. 

 “pang!!!!” tangan kamal terlepas dari genggaman dan atas kepalanya terhantuk kuat ke mangkuk singki. 

  Setelah meraba-raba atas kepalanya, dan yakin tiada tanda-tanda pendarahan berlaku kamal mencuba sekali. Dia berjaya mendapatkan mancis itu. Secepat mungkin di bergerak semula ke mangkuk tandas dengan memapah dinding atau apa sahaja yang boleh dipegangnya untuk ke mangkuk tandas tadi.

 Dia dapat tiba ke mangkuk tandas tadi dengan selamat. Mengangkat rokok yang basah tadi dan dipegangnya dengan penuh kelembutan. Tangan kanannya pula mengambil batang mancis didalam kotak mancis. Hanya 3 batang sahaja yang belum digunakan.

  Batang mancis yang pertama, dengan hanya menggunakan sebelah tangan dia mengores mancis dan berhati-hati mensalai batang rokok tadi untuk mengeringkannya kembali.  Jika terlalu jauh, tiada apa yang dikeringkan. Jika terlampau dekat api dengan batang rokok, rokok akan terbakar di tengah-tengah dan menyebabkan kebocoran. Belum setengah batang mancis terbakar, api terpadam secara tiba-tiba. Mungkin kerana angin dari nafasnya, getus hati kecewa dan sakit kamal.

Perut kamal semakin teruk bergelora. Ibarat gunung berapi yang menanti waktu meletuskan lava-lava panas cair.  Seluruh badannya menggigil ketagihan rokok. Tanggannya berdarah kerana menumbuk dinding akibat menahan kemarahan. Pehanya pula merah menyala akibat bergesel dengan getah pelapik lantai. Kepalanya benjol, sekeras-keras kepala kamal keras lagi mangkuk singki.

  Batang mancis yang kedua di gores dengan selamba, diulangi lagi langkah menyalai rokok kerana masih terdapat beberapa kebasahan terdapat pada batang rokok itu. Kali ini dia berhati-hati untuk bernafas, badannya menjadi kaku seperti patung kerana dikhuatiri setiap pergerakan yang banyak akan menyebabkan api itu terpadam. Batang mancis itu sudah hampir ke hujungnya, kepanasan mula dirasai di jari kamal. Kamal menahan kesakitan, demi menjaga api mancis tersebut. Sehinggalah jarinya melecur terbakar, baru dia melepaskan batang mancis itu.

  Batang mancis yang terakhir. Senyuman pramatang muncul di muka kamal. Dia mengakui, atas segala penderitaan yang dilalui dan kerja kerasnya dia layak menghisap rokok tersebut. Kamal menggores batang mancis yang terakhir…

“prakk!” batang mancis itu patah dan terus jatuh ke lubang jamban.

 ***********************************************************



  Pada pukul 6.00 pagi, Zamri membuka pintu tandas. Terkejut dia melihat rakan serumahnya seperti dipukul oleh perompak. Muka rakannya tercalit darah, dan keadaan kamal sangat menyedihkan. Risau dengan keadaan rakannya itu dia memeriksa nadi kamal. Masih hidup.

  Dalam van ambulan, Zamri hanya menangis ketika bercakap dengan ibunda kamal melalui panggilan telefon bimbit mengkhabarkan keadaan Kamal yang disamun ketika sedang membuang air besar. 

  Tangan Kamal masih memegang erat rokok basah. Walaupun ketika Doktor sedang memeriksan keadaan dirinya di bilik kecemasan, tangannya masih memegang erat sebatang rokok basah.

Tamat..
 
hahahaha lantak korang lah.. menconteng tanpa berpikir apa. Sekadar menghiburkan hati mereka-mereka yang mengantuk di depan pc ditempat kerja. =) senyum..

-bro, boleh pinjam lighter tak? .. terima kasih..

1 comment:

Anonymous said...

warna hijam tu warna apa ek..
warna dunhill mentol tu ke?
tulis la citer cinta...
cinta dulu2 ke
cinta terkini ke..
kawan2 ramai nak baca ni
he..he..