Saturday, December 31, 2011

editor - entri hujung tahun


- 2011 ialah tahun yang biasa-biasa saja bagi penconteng.

- tahun ni penconteng masih memegang jawatan kutu secara steady dan tenang.

- tahun ni juga penconteng dah dapat kawan baru yang sangat ego.

- tahun ni level kepuakaan penconteng biasa-biasa saja, benda paling puaka penconteng pernah buat tahun ni pon setakat baling batu kat penampal poster ceramah parti keadilan je.

- penconteng masih bankrap pada kadar yang serius tahun ini.

- seperti tahun-tahun yang lepas, azam penconteng masih tidak berjaya ditunaikan dan akan dibawa ke tahun hadapan..

- hubungan dengan family masih di tahap yang mesra dan tidak sampai kepada scene curah-curah asid atau tikam-tikam perut sesama family.

- jadi sempena tahun baru yang akan menjelang tak sampai beberapa jam lagi, penconteng akan sertakan azam penconteng pada tahun hadapan.

- azam baru penconteng ialah tanggungjawab penconteng sendiri.

- penconteng berhak menukar atau menunda azam penconteng tanpa memberitahu terlebih dahulu.

- segala kelewatan menunaikan azam tidak akan dibayar ganti rugi.

- azam-azam tersebut ialah :

  1. berhenti mencarut
  2. menjadi pakwe yang lebih steady
  3. menjadi seorang puaka yang bertoleransi
  4. memegang jawatan penting seperti pemungut cukai dan penjual laser
  5. tidak terpengaruh dengan dunia mainstream
  6. memukul siapa-siapa saje yang bernama azam


p/s : harap-harap semua kedai gunting rambut tutup sepanjang tahun depan.




Friday, December 30, 2011

Boleh penconteng cakap "cukup" ?


Orang-orang tua dulu pesan bab perasaan ni jangan dilayan sangat. Nanti tak pasal-pasal gila.
Penconteng syak betul juga apa orang-orang tua kata tu. Tak kan la diaorg saja-saja pesan camtu kalau tak ada maksud ye dak ? Lagipon orang-orang tua dulu xtak terpengaruh lagi dengan anasir-anasir luar mcm orang tua sekarang. Zaman tu diaorg cekap lagi baca tulisan jawi, sama cekap macam orang-orang tua sekarang baca tulisan sms.

Tapi pencoteng risau juga la kalau penconteng terlayan bab hati dengan perasaan ni. Tak ke naya kalau tiba-tiba penconteng dengar macam-macam suara suruh penconteng buat macam-macam. Kalau setakat suruh penconteng penggal orang, tetak orang tu macam boleh diterima akal lagi. Kalau dibuatnya suara tu suruh penconteng berhenti menulis macam mana ? Jangan nak buat pasal woii!!

Penconteng nak pesan sesuatu la pada mana-mana orang yang berkenaan. Bab-bab cerita yang kita boleh postponed lain hari tu kita postponed la. Lagipon kita hidup bukan untuk sehari dua. Kita hidup selagi kita boleh hidup. Kalau hari-hari asyik cerita pasal perasaan rabak juga. Sama la macam kalau hari-hari kita hadap lauk yang sama, mahu juga ayat sumpah seranah keluar.

Kita fokus benda lain dulu la. Pasal area 51 ke, pasal teori Big Bang ke, pasal kes pemerdagangan manusia ke, apa-apa je la yang kita selesa. Kalau lu selesa ckp pasal perparitan sekalipon, penconteng syak penconteng boleh tahan lagi dengar. Apa-apa hal pon penconteng ingat mulai hari esk penconteng macam nak fikir pasal benda yang lebih serius sikit. Penconteng tak nak dah pikir yang catdog tu jantan ke betina, bukannya boleh menguntungkan negara pon.

Kepada mana-mana individu yang tahu tentang impian kuda padi penconteng, dengan ini penconteng ingin mengumumkan yang impian itu ditamatkan serta merta. Tak payah la ek. Penconteng bagi notis 24 jam, penconteng tak tahu format notis macam mana. Penconteng dah ada impian baru, kumpul duit banyak-banyak dalam jangka masa 10 tahun, pastu habiskan duit tu dalam jangka masa 10 hari. Selepas tu barulah penconteng buat keputusan sama ada nak pergi cari bigfoot atau loch ness. Penconteng syak bigfoot macam peluang cerah sikit sebab penconteng malas nak basah-basah harung tasik ni.

Ok, penconteng habiskan entri kali ni dengan pantun 4 kerat..


tersenyum gundik pada si raja
melihat mahkota dari tembaga
tidaklah perlu bermuram durja
kalaulah jodoh kan jadi juga







Perghh..dengan otak berkecamuk pon penconteng still boleh karang pantun lagi. Boleh tahan genius jugak kan penconteng ?

Lawak pedih


Penconteng sekarang tulis entri dengan rokok menyala di bibir. Selagi tak habis entri ni penconteng tak nak petik abu dia. Menulis dengan rokok kat bibir baru la macam brader ye dak?


Petang tadi tengah penconteng cuci kereta depan rumah, penconteng dapat satu panggilan telefon.."helluu", penconteng jawab dengan nada macam tan sri-tan sri. " boy,datang balairaya jap, mama tak tau camne nak pasang mikrofon ni ", terdengar suara lantang mama penconteng di talian. " jap, orang pakai baju ", penconteng jawab sambil tekan butang end call. Penconteng syak habis je perkataan baju tu tak sampai sesaat penconteng dah tekan butang end call tu. Lincah kan penconteng ?

Penconteng berlari ambil baju kat penyidai terus lompat atas motor. Sambil tekan gear satu, penconteng sarung masuk lengan belah kiri. Masuk gear dua, lengan belah kanan pulak. Tengah penconteng dalam keadaan macam tu, penconteng terdengar ada makwe naek kereta kenari kat belakang dah feewitt feewitt penconteng. Penconteng pandang belakang sambil cakap fakap tapi tak keluar bunyi. Kalau makwe tu pandai baca gerak bibir, penconteng syak kalau dia tak teka fakap, dia teka gagap.

Bila penconteng dah berada di gear tiga, penconteng stabilkan motor sambil sarung kolar baju pulak. Sambil sarung penconteng angkat tangan sapa pak abu teksi yang tengah bakar sampah depan rumah. Skill macam ni penconteng agak pelagak ngeri pon fikir dua tiga kali nak tiru. Bila masuk gear empat baru penconteng angkat dua-dua belah kaki sarung selipar cepat-cepat.

Bila dah sampai je balairaya, penconteng rasa macam nak menangis. Penconteng baru teringat yang mama penconteng tengah prektis nasyid kat balairaya tu. Apa jadah penconteng masuk sesi prektis nasyid pakai short je. Habis la kaliberiti penconteng nanti. Kurang manis pula rasanya diaorg nyanyi nasyid sambil jamu peha penconteng.

Penconteng masuk je dalam balairaya tu terus penconteng cakap," tengah basuh kereta tadi ". sambil cakap sambil bagi senyuman manis. Penconteng harap makcik-makcik tu faham kenapa penconteng lontarkan dialog macam tu. Penconteng garu kepala bila nampak makwe baru balik study dari Mesir pon ada kat dalam tu. Khadijah ke apa entah nama dia.

Nak buat muka macam calon imam muda nampak sangat tak kena dengan pakai short. Jadi penconteng buat muka malu-malu je. Penconteng pergi buat kerja penconteng. Pasang microfon apa semua bagai sambil jeling-jeling Khadijah tengah prektis nasyid. Rasa satu perasaan sebak tiba-tiba datang. Dah lama sangat penconteng jadi puaka ni..

Untuk pengetahuan korang, selain champion dalam menghasilkan kutu, taman penconteng juga champion dalam nasyid ni. Kira kalau masuk bertanding tak dapat no 1, no 2 mesti dalam tangan. Cuma ada sekali je taman penconteng tak dapat no langsung. Penconteng dengar cerita taman penconteng kalah masa tu sebab pengadil dah kena sogok dengan batik Terengganu. Tapi dengan adanya Khadijah dan mama penconteng dalam team kali ni kalau tak menang memang saje nak penconteng riot satu Bangi.

Lepas siap-siap, baru penconteng nak keluar dari balairaya penconteng dengar Khadijah borak-borak dengan mama penconteng.."abang Fahsha buat apa sekarang makcik Faizah?". Penconteng dah mula senyum lebar. Lama mama penconteng diam, suspens juga rasanya.."abang Fahsha kau sekarang ni dah kerja besar, tahun depan nak jadi Gabenor Bank Negara dah", mama penconteng cakap sambil jeling-jeling penconteng. Khadijah pula ketawa kecil sambil tutup mulut..





Kalau penconteng tahu penconteng biar diaorang nyanyi tak ada microfon sampai sakit-sakit tekak !

Tuesday, December 27, 2011

wetoriyaayaa..wetoriyaayaa.. dadadiidudu..dadadididudu



Penconteng tengah bosan. Selongkar-selongkar draft tengok bersepah entri penconteng yang tak publish lagi. Penconteng memang jenis tulis ikut mood, publish pon ikut mood. Draft yang lain-lain je dah berbelas. Tu belom entri-entri merepek penconteng yang lain lagi. Lepas timbang tolak ukur bahagi semua, penconteng pilih untuk publish entri ni. Ok. Proceed.

Beberapa minit lepas, budak sebelah rumah penconteng ajak penconteng layan dia main gitar sambil backup dia dengan melodi-melodi sumbang penconteng. Sebab penconteng kesian, penconteng akur. Bila penconteng keluar je rumah, Penconteng tengok dia dah sengih-sengih sambil pegang gitar. Pakai jacket kulit dengan boxer. Penconteng syak budak ni mangsa fesyen. Ikutkan hati nak je penconteng suruh dia masuk rumah tukar pakai singlet pagoda je tapi penconteng malas nak rosakkan mood dia bermain gitar. Sekali lagi penconteng akur.

Penconteng ambil posisi duduk yang sesuai. " nak main lagu ape ? ", tanya penconteng serius. " lagu My Chemical Romance boleh ? ",jawab beliau dengan soalan sambil tersengih-sengih. Penconteng musykil jugak apesal budak ni dari tadi dok tersengih-sengih. Penconteng syak mungkin penconteng nampak kacak malam ni. " apa-apa pon boleh, gua semua lagu gua main ", jawab penconteng konpiden.

Lagu 1st . Helena ke apa benda entah tajuk dia. Penconteng malas nak ingat. Dia start main. Cantik. Boleh pergi jauh budak ni. Sampai part penconteng, dia bagi isyarat mata suruh penconteng masuk. Penconteng masuk cantik jugak. Haah. Cantik macam cilake. Dia dah bagi jelingan tajam ala-ala makrifat. Penconteng balas dengan senyuman menggunakan mata. Perghh. Penconteng syak dalam dunia ni penconteng sorang je boleh senyum tak payah guna mulut, guna mata je. Lu orang boleh imagine tak ?

Dia gagahkan diri jugak main sampai habis walaupon penconteng tengok mata dia dah start bergenang. Masuk lagu kedua, I dont love kot tajuk dia. Sebab penconteng dengar lirik tu je yang dia asyik sebut. Dia main cantik seperti biase. Feels tu ada. Penconteng syak lagu tu ada kena mengena dengan dia. Dengar dia nyanyi pon boleh buat hati sebak. Sama macam kalau dengar lagu Anang.

Penconteng tunggu signal dia. Dia tak bagi-bagi. Nak kata dia lupa penconteng betol-betol depan dia. Lagi sikit dah boleh French kiss dah. Fedap nak tunggu dia punya signal, terus penconteng masuk. Tak sampai berapa detik dia stop. Usung gitar masuk dalam rumah. Penconteng mengeluh. Kalau main dengan budak-budak macam ni laa, cepat sangat emonye. Tak boleh kena overshadow sikit. Penconteng masuk dalam rumah jugak.

Masuk-masuk je rumah, henset penconteng bunyi. Ada mesej masuk. Budak tadi tu yang hantar mesej.
" babi ape gua main lagu My Chemical Romance lu bantai bekap lagu korea ?? "

Penconteng balas.
" gua bab-bab eksperimental music ni mmg dahsyat..hahhaha. "

Sampai sekarang dia tak contact-contact penconteng dah.

Dari Berbual - cari lelaki kaya lepas tu upah driver ye...


Penconteng ni tak seksis. Apa orang pompuan nak buat buat la. Nak hisap rokok ? Takde masalah, penconteng boleh kasi pinjam lighter. Nak jadi evil knievel ke nak jadi pemain bola sepak ke nak jadi mekanik ke nak jadi super saiya ke jadi la, penconteng tak kisah. Malah penconteng tak ada masalah pon kalau pompuan jadi bos, lelaki jadi kuli. Sape suruh lelaki tu bangang ye dak?

Tapi bila di atas jalan raya penconteng ada problem sikit dengan pompuan. Ape jadah diaorang bawak kereta camtu pon penconteng tak tahu. Kalau slow, slow bukan main lagi sampaikan lane kanan pon selamba bawak 40kmj. Tapi kalau laju tak payah cakap la, ada lane ke tak ada lane ke bedal semacam. Bawak kancil macam bawak ferrari. Kalau bawak Ferrari ? Penconteng harap penconteng tak ada kat jalan raya masa tu.

Kalau masuk simpang, muncung kereta memang dah wajib cover separuh jalan. Jadi satu kerja pula orang lain nak elak muncung kereta lu. Penconteng syak setahun dalam seumur hidup penconteng habis untuk elak muncung kereta je. Bagi signal pon sama. Selalunya ada dua situasi, pertama dah nak masuk simpang, tayar kereta dah nak straight balik baru bagi signal, kedua tak bagi langsung.

Tadi siang tengah penconteng ronda-ronda taman, ada sorang makwe ni nyaris tersodok budak kecik naik basikal sambil makan ice pop. Memang la budak tu salah bawa basikal tengah-tengah jalan tapi namanya pon budak kan. Cari saluran radio pon tak pandai lagi. Ni apa cilake makwe yang dah besar panjang, cerdik pandai, cantik habis pon jadi bingai sama ? Nak main sms gi main dalam bilik la. boleh guling-guling sambil sengih sorang-sorang.

Ni gi main henset sambil bawa moto buat apa. Pegang dua-dua belah handle pon penconteng tak percaya sangat inikan pula satu tangan pegang henset satu pegang handle. Tau tak fokus pemanduan tu boleh lari. Mana nak cari button send lagi, mana nak betulkan typo lagi, mana nak taip xoxo, mana nak urut dada sambil cakap omaigod lagi.

Tapi penconteng tahu bukan semua pompuan camni. Ada yang lagi ekselen dari lelaki. Penconteng pon tahu lelaki pon banyak juga yang bawa kereta, motor macam cilake. Tapi tak tahu la kenapa semua pompuan yang penconteng jumpa dekat jalan raya kebanyakannya mesti memang bawa kereta or motor macam orang gila. Pencontengkah yang bersalah atau merekakah yang bersalah? ( ni dialog dalam cerita hang tuah ni, lu orang jangan tak tahu pula )




Cilake..seksis jugak penconteng rupanya..






P/s : semua pengkomen-pengkomen tegar penconteng yang berjantina wanita tidak tergolong dalam kelompok yang penconteng ceritakan di atas. Sekian safe statement dari penconteng

Monday, December 19, 2011

Perempuan Separa Cool

Penconteng pernah tengok macam-macam keganasan yang orang lelaki lakukan bila putus cinta. Kawan penconteng pernah baling molotov cocktail kat tepi laman umah ex dia. Serius tak tipu. Setakat bertumbuk, pukul sana pukul sini, karate sana karate sini lagi la banyak kali penconteng tengok..

Selama ni penconteng ingat kalau orang pompuan pulak bila clash diaorang akan nangis-nangis lima enam tujuh minggu sambil jerit-jerit "jantan penipu!! jantan dayus!! jantan lahanat!! (sila baca dengan feels macam drama swasta) pastu baru gedik-gedik cari pakwe lain pulak. Lagipon jarang penconteng tengok orang pompuan yang cool bila clash atau kena tipu dengan pakwe diaorang melainkan dia sendiri buat hal.

Tapi tadi penconteng dah tengok seorang pompuan yang cool. Pompuan yang penconteng cakapkan ni kawan penconteng, Dila ( bukan nama dalam ic ). Penconteng, Dila dengan puaka A, puaka B dan puaka C pergi jalan-jalan sebab puaka A dah janji nak belanja kitaorang kepsi.

" kalau duit lu jual penutup longkang gua taknak ", sound penconteng awal-awal pada puaka A.." takdelah, gua mana buat dah kerja tu. Ni duit ubat nenek gua la", jawab puaka A sambil senyum menunjukkan sepasang gigi yang berterabur.

" kalau macam tu takpe ", kata penconteng sambil ketawa beramai-ramai. Sebijik macam ketawa menteri baru lepas keluar mahkamah. Dila ni pulak baru je clash dengan pakwe dia dua tiga hari lepas. Sebab diaorang clash mak pakwe dia tak suka budak Dila ni. Terlalu amerika Dila ni mak dia kata. Macam cilake punya alasan.

Bila penconteng tanya Dila apa perasaan dia selepas solo kembali ni." sedih memangla sedih tapi gua steady je. Kesian pulak dia tak cium bau syurga lawan cakap mak dia pulak kang. Tapi kalau sebab pompuan lain dah lama gua tikam rusuk dia", jawab Dila dengan muka bersungguh-sungguh.


Masuk-masuk je kepsi, bersusun orang beratur kat kaunter. Penconteng ingat kat kedai toto je orang beratur panjang camni, kat kepsi pon sama rupanya. Kalau tak sebab orang belanja dah lama penconteng blah. Tengah-tengah penconteng fokus usha makwe line sebelah, puaka C tepuk bahu penconteng dari belakang. Macam nak suruh penconteng jadi imam pon ada.

Penconteng angkat kening. puaka C bisik kat penconteng," kat depan tu bukan ex Dila ke dow? ". Penconteng palingkan muka. Kompem! Memang sah yang tengah berdiri sambil peluk makwe tu ex budak Dila ni tadi. Tapi makwe yang dia tengah peluk tu penconteng rasa lagi Amerika dari Dila.

" buat-buat tak nampak, kang kecoh pulak ", kata penconteng pada puaka C. Puaka C angguk tanda faham sambil buat muka serius. Tiba-tiba, " wei Dila, tu ex lu kan ? ", puaka B dah separuh menjerit bagitahu Dila. Penconteng geleng kepala. Puaka C pon geleng kepala. Puaka A je wat muka blur.

Nampak je, si Dila ni dah terus meluru pergi depan. Penconteng dah boleh imagine sesi tarik-tarik rambut akan bermula kejap lagi. " nanti lu pegang Dila, lu pulak pegang ex Dila, makwe ex dia tu biar gua yang pegang ", kata penconteng memberi arahan pada puaka B dan puaka C. " gua ? ", tanya puaka A tiba-tiba. " lu pegang la sapa-sapa yang lu suka ", jawab penconteng sambil puaka A terus aim amoi kat belakang.

Dila ni sampai je kat depan tu terus cuit makwe yang ex dia tengah peluk tu. Dengan puaka-puaka lain dah redi bukak kekuda masing-masing. Senang nak berlari pergi leraikan nanti. Dahla orang tengah ramai, dalam dua tiga orang jugak penconteng kena rempuh sebelum boleh sampai kat Dila tu penconteng syak.

" Pakwe lu muka macam babi! pandai lu pilih ", cakap Dila kuat.kuat tak kuat la sampai jadi sunyi sepi terus dalam kepsi tu.

Dila pandang pula muka ex dia. Bila penconteng tengok Dila dah angkat tangan penconteng dah yakin kompem mamat tu kena lempang punya tapi penconteng silap. Dila bukan lempang tapi pegi buat you can't see me macam john cena selalu buat tu. kahkahkah. Bapak cool !!

Lepas tu Dila terus blah. Penconteng masih rasa kagum bila puaka B tiba-tiba tepuk tangan. Tak sangka habis satu kepsi tepuk tangan jugak. Giler punya happening. Dila sampai je kat kitaorang terus puaka C cakap," perghh.. lu cool giler la Dila..saspek gua ".






" Saspek saspek jugak, jom balik. Gua tak tahan nak menangis dah ni "







" ahhh. Kalau dah pompuan tu pompuan jugak ", kata penconteng dalam hati.


Saturday, December 17, 2011

Kena dajal dengan budak kecik akhir-akhir tahun ni memang tak cool.

Gambar hiasan ( anak buah penconteng yang sgt cool )


Tahun pon nak berubah angka dah ye dak ? Setakat penconteng tulis entri baru ni, satu azam baru penconteng pon takde yang tertunai lagi tapi apedehal setahun ade 365 hari  ye dak? lagipon azam baru ni kite tak boleh fokus sangat, makin kita fokus makin lari benda tu.

Baru-baru ni penconteng mendapat permintaan dari seorang puaka untuk menjenguknya di rumah. Suara dalam telefon macam biasa-biasa je kalau suara dah semput-semput tu risau jugak penconteng takut dia tengah nazak sorang-sorang kat rumah. Tapi kawan punya pasal penconteng gagahkan juga diri penconteng pergi rumah dia, scene nampak mayat tergantung depan mata bila buka je pintu rumah dah terbayang-bayang kat kepala.

Puaka ni duduk rumah flat,tingkat 20 iaitu tingkat yang paling atas sekali. Oleh sebab itu penconteng terpaksa menggunakan lif, kalau kenang-kenang balik memang malu orang gagah macam penconteng ni guna lif. Badan tengah sedap tapi guna lif memang tak elok kalau diketahui umum.

Penconteng naik juga lif sebab dua benda. Satu sebab faktor kerisauan, cuba bayangkan kalau penconteng sampai je tengok dia dah berbuih mulut,sampai je hospital dah terlambat, nak-nak pula kalau doktor tu keluarkan ayat, "kalaulah awak hantar dia ke hospital awal 5 minit, mungkin dia boleh selamat". Mahu tiap-tiap malam dia datang kacau penconteng. Tak sanggup, tak sanggup.

Sebab kedua ialah kerana penconteng menahan kencing dari dalam kereta lagi. Tahan kencing ni lagi seksa dari tahan tunggu turn pergi haji. Time ni memang satu benda pon tak pikir, kalau makwe ajak bermesra pon ada chance kena sergah saje-saje.

Masuk je pintu lif, ada sorang budak dalam umur 5-6 tahun masuk sekali dengan penconteng. Boleh tahan comel dan sebab penconteng memang pesen lelaki yang penuh sifat kasih sayang dan kebapaan penconteng passing satu senyuman manis pada budak tu.

Tanpa berlengah penconteng tekan butang tingkat 20, budak tu pulak sambil melompat tekan butang tingkat 18. Baru je lif panjat naik setingkat, budak tu tekan pulak butang tingkat 3, penconteng biarkan saje, mungkin nak pergi rumah kawan dia kot.

Sampai je tingkat 3, budak tu tak keluar jugak. Bila penconteng pandang dia, dia buat muka paling inesen kat dunia. Pintu lif tutup je, budak ni dah tekan butang tingkat 5 pulak. Penconteng dah mula tak sedap hati, dia tak tahu ke penconteng ni tengah tahan kencing? Dem betul !!

Sampai tingkat 5 sekali lagi dia tak keluar, muka wat bodoh je. Penconteng dah mula menggelabah bila dia tekan pula butang tingkat 8. Pencontng urut dada sambil cakap," all is well, all is well". Kalau dia tak keluar juga kat tingkat 8 ni memang penconteng plan nak hentak kepala budak ni kat dinding lif.

Sampai tingkat 8, budak ni keluar. Penconteng dah mula tarik nafas lega, tapi belum sempat pintu lif tutup dia dah masuk balik semula. Penconteng kasi satu jelingan makrifat yang cukup real kat dia dan dia senyum sambil balas pendek," salah tingkat pulak ". Kali ni dia tekan pula butang tingkat 14.

Time ni penconteng dah tak nampak raut comel dah kat budak ni melainkan wajah yang cukup sesuai untuk penconteng carut dan campak keluar dari pintu lif. Sampai je tingkat 14 penconteng dah berdebar lain macam, berdebar tahan kencing satu perkara, berdebar tengok perangai nirojimm budak ni satu perkara lagi.

Penconteng dah mula pasrah bila sekali lagi dia buat muka rileks dan buat satu lompatan ringkas tekan butang tingkat 17. Bila sampai je tingkat 17 dan dia still tak keluar lagi penconteng dah mula meletup dan keluarkan dialog," woi, ni nak naik tingkat baper ni? tingkat neraka jahannam? "

Paling penconteng tak boleh percaya dia boleh ketawa sambil pura-pura betulkan selipar. Memang dari tadi pon penconteng perasan dia pakai selipar terbalik. Bongok punya budak.

Lif panjat naik setingkat lagi, penconteng dah mula rasa tak keruan. Ni buatnya dia tak keluar jugak memang penconteng jadi pembunuh hari tu. Penconteng akhirnya lega lepas dia betul-betul keluar kat tingkat 18.

Bila pintu lif tertutup tak sampai separuh, penconteng mula tak percaya dengan cara ibubapa didik anak diaorang sekarang bila penconteng lihat satu tangan kecil masuk dari celah pintu lif


 dan tekan butang loceng kecemasan.


Friday, December 16, 2011

Power, power, power.


Dua tiga hari ni kepoweran penconteng semakin menjadi-jadi. Semua benda penconteng lakukan secara kemas dan power. Mandi dengan power, Zip seluar dengan power, makan nasi dengan power, usha makwe dengan power, dikejar anjing dengan power dan mencarut dengan power.

Pendek kata,power,power,power..

Sejajar dengan diri penconteng yang power, penconteng menyedari sesuatu yang ganjil berlaku di taman perumahan penconteng. Kutu-kutu yang selalu bersembang dari petang sampai ke subuh dah tak nampak batang hidung masing-masing. Yang masih setia dengan scene bersembang hanyalah makcik-makcik di depan rumah taman perumahan.

Kalau nak diikutkan, memang penconteng boleh masuk korum join bersembang dengan hanya membawa bekal cerita Sinetron Indonesia pukul 3 petang, tapi masalahnya penconteng khuatir penconteng akan kelihatan tidak power jika melepak bersama makcik-makcik. Ini tak boleh jadi, penconteng terlalu power untuk duduk diam tanpa buat sesuatu!

Penconteng ambil keputusan untuk melepak seorang diri. Ini memang kerja power! Sambil duduk melepak depan laman rumah, penconteng patahkan ranting-ranting kayu yang bersepah di atas tanah depan laman rumah penconteng. Selepas dipatahkan penconteng membaling pula ranting itu dengan begitu power. Alangkah powernya jika penconteng mempunyai seekor anjing, sudah tentu penconteng dah boleh arah anjing penconteng ambil semula ranting tu.

Baru sahaja penconteng nak melepak secara power, penconteng dikejutkan dengan kedatangan sesuatu. Datangnya seperti awan putih yang berkepul-kepul menusuk hati. Senyumannya pula membawa maksud yang penuh erti. Ucapannya pula tak patut penconteng nanti-nanti. Dengan power, penconteng melesapkan diri dengan segera.




Barulah penconteng sedar rupa-rupanya penconteng tak berapa power lagi nak handle geng tabligh..

Thursday, December 15, 2011

Hikmat seruan.


 Okay, Ni entri hari Jumaat hari tu..jangan tanya kenapa penconteng publish hari ni kalau taknak kene lempang.


Penconteng sedar-sedar dah dekat pukul 1. Penconteng makan nasi cepat-cepat,mandi cepat-cepat,pakai baju cepat-cepat. Tapi penconteng kompemkan dulu yang seluar penconteng tak koyak macam minggu lepas. Nasib baik penconteng tak sempat naik masjid, member penconteng dah sound. Kalau tak abesla orang jamu mata tengok peha penconteng dari belakang. Lepas penconteng siap-siap semua, penconteng terus rushing pergi masjid. Takut tak sempat dengar khutbah. Kalau kat bangi,alhamdullilah solat jumaat penconteng jarang miss..tapi kalau kat shah alam, kadang-kadang penconteng lalai jugak. Ok, Bukan kadang-kadang , penconteng memang selalu lalai pon. Harap-harap penconteng boleh ubah sikit-sikit perangai puaka penconteng tu lepas ni.

Sampai je masjid, penconteng terus cari port sesuai parking kereta. Cari punya cari penconteng nampak ada satu park kosong betul-betul depan masjid. Nak cepat punya pasal,keluar je dari kereta penconteng terus naik masjid. Nasib baik penconteng dah ambil air sembahyang awal-awal kat rumah. Masuk je masjid, cantik-cantik imam baru nak start baca khutbah. Habis je solat sume, penconteng ready nak balik.

Turun tangga masjid, anak mata penconteng melilau cari mana selipar penconteng. Tengok punya tengok selipar penconteng dah takde. Sah, Selipar penconteng dah kene roket entah dengan kutu mana. Selipar buruk pon nak ambil ke, Lain la penconteng pergi masjid pakai but bola. Sedap jugak nak curi ye dak. ? Nak mencarut penconteng betul-betul depan masjid,goyang jugak takut kena petir tetiba. Jadi penconteng batalkan niat penconteng tu. Dalam otak masa tu ada dua pilihan je,roket pulak selipar sapa-sapa atau kaki ayam masuk dalam kereta.

Mengenangkan yang kereta tak jauh sangat dan penconteng macam berhati murni hari ni,penconteng ambil pilihan masuk kereta dengan berkaki ayam. Masa tu kalau ada makcik-makcik nampak,kompem-kompem penconteng jadi bakal menantu pilihan. Nak pergi main snooker dengan tak pakai selipar memang tak bape nak in sgt. Jadi penconteng ambil keputusan terus balik rumah je.

Petang tadi, penconteng nak keluar jumpa kawan penconteng. Tengok hari mendung semacam, penconteng ingat nak bawak keta je. Kalau hujan takde la basah kuyup, awek-awek tengok pon tak malu. Tapi bila penconteng masuk je kereta, penconteng nampak selipar penconteng yang hilang kat masjid tadi ada kat dalam. Penconteng dah musykil. Pesen apa curi selipar orang pastu tak  sampai berapa jam dah pulangkan balik. Letak dalam kereta pulak tu. Tapi macam tak logik jugak sebab kereta penconteng kunci. Penconteng syak penconteng dah capai level tertinggi dalam hikmat menyeru benda sampai selipar pon penconteng boleh seru sekarang ni. Tanpa gua sedar pulak tu.

Persoalannya sekarang, macam mane selipar penconteng boleh ada balik dalam kereta? Sape-sape yang boleh bagi penjelasan logik tentang misteri ni, penconteng janji akan promot dia dalam blog penconteng. Penconteng janji betul-betul ni. Takde main-main punya. Sape rase nak glamour baik cepat fikir sebelum penconteng sendiri dapat cari jawapannya.

Wednesday, December 14, 2011

Penconteng syak penconteng kena belajar bahasa Kelantan.


 Tadi penconteng pergi beli barang kedai dengan mama. Balik dari beli barang mama ajak singgah makan. Sampai-sampai je kedai makan tu terus penconteng dengan mama pilih meja yang penconteng boleh tengok tivi tanpa terkehel leher. Makan sambil tengok tivi ni boleh kata nikmat jugak. Informasi dan makanan sama-sama masuk jadi feel dia lain macam punya best.

Bila penconteng dengan mama duduk je,datang satu brader Kelantan nak ambil order. Jangan tanya macammana penconteng tahu dia Kelantan. Kat kepala penconteng mcm ada gps yang boleh detect orang tu Kelantan ke tak. Takyah cakap pon xpe..Hebat tak hebat la penconteng.

Brader Kelantan tu tanya,"oda?"..penconteng terus lincah jawab,"bandung cincau satu,air barli satu..pastu makan nasi goreng kampung dengan kuetiaw goreng"..bila penconteng tengok brader tadi tu terkial-kial nak tulis, penconteng ulang balik order penconteng tadi. Kuat sikit. lain macam punya lama dia nak tulis dalam kertas tu. Penconteng syak dia tulis guna tulisan greek kuno..

Brader tu blah. Tak sampai seminit dia datang balik."air barli xda",tergagap-gagap. Macamlah penconteng nak ngorat dia sangat yang dia cakap pon malu-malu camtu sampai tergagap-gagap."lai chee kang ada?",tanya mama penconteng. Dia angguk kepala sambil tulis laju-laju. Ok,kali ni penconteng syak dia guna tulisan rumi.

Mama penconteng tanya lagi,"dah tu dalam lai chee kang nanti tak letak barli la ek?"."ada.ada buah2",brader Kelantan tadi tu jawab balik. Pastu terus dia blah semula. Mama dah angkat-angkat kening tengok penconteng. Penconteng dah bantai ketawa dengar jawapan brader tu tadi. Jenis jawab tak ikut soalan. Penconteng rasa brader ni patut ada twitter ke,baru dia boleh practice camna nak jawab soalan ye dak ?

Tengah penconteng borak-borak dengan mama,kuetiaw goreng dengan nasi goreng kampung sampai. Air tak tahu apa cerita. Brader tu buat air teliti sangat agaknya. Tak lama lepas tu,lai chee kang pulak sampai. Penconteng dengan mama dah mula pelik. Ada pulak barli dalam lai chee kang tu. Bukan tak boleh ambil barli tu buat air barli. Pergi bantai cakap takde apesal.

Dari jauh penconteng tengok dia tengah on the way nak hantar air penconteng pulak. Bila dekat penconteng dah start carut-carut. Dalam hati je la sebab mama ada. Kang mama starlite pulak dahi penconteng. Yakin je brader tu letak air pastu blah,mama pulak bantai ketawa. Penconteng dah ketap-ketap bibir. Rasa macam nak terbalikkan meja pon ada.





Bandung cincau la fakap!! Sejak bila bandung cincau ngan barli cincau tu same?!!