Sunday, October 30, 2011

Selangkah Ke Alam Termenung. ( Fahsha Muhammad dan Penconteng )


Khas sempena Ulang tahun blog fahsha-radhio.blogspot.com.

Kilat sabung menyabung. Fahsha Muhammad sedang membuat kira-kira perbelanjaan sehariannya dan mengasingkan sedikit duit untuk dimasukkan ke dalam tabung simpanan masa hadapannya. Sejuk yang amat sangat diluar rumah teres dua tingkat yang didiami. Semakin lama semakin kuyu mata Fahsha Muhammad, kepenatan akibat dari awal pagi memerah keringat. Ketika rakan sebaya sedang asyik tidur,.Sehinggalah dia merasakan dirinya berada di suatu tempat yang sangat asing. Terdapat buku-buku tersusun di rak yang tersangat tinggi hingga tidak kelihatan puncaknya dan deretan rak-rak itu hingga ke penghujung bilik yang sangat jauh dari mata. Di hadapan Fahsha Muhammad terdapat sebuah meja kopi dan dua kerusi yang kelihatan tersangat empuk. Fahsha Muhammad menghampiri cermin sebesar 5meter persegi. Sangat cantik paras rupa jejaka didalam cermin itu, bisik hati dia. Dia memejamkan matanya buat seketika, dengan harapan apabila dia membuka matanya nanti dia kembali tersedar daripada mimpi itu. Perlahan-lahan dia membuka mata, dia masih berada didalam bilik putih itu. Semuanya masih sama, yang berbeza hanya jejaka didalam cermin tadi menjadi dua. Tiapa apa yang berbeza antara mereka. Sangat serupa.

Penconteng              : Bos! Lama tak Nampak .. Jemput duduk.. hahaha 

Fahsha Muhammad : kau Penconteng.. aku banyak kerja lah.. Lain kali lar borak.

Penconteng              : hahahaha.. Rileklah bos, penconteng lama pulak tak jumpa bos. Amacam? Tiga tahun sudah berlalu, blog fahsha-radhio.blogspot.com masih berdiri kukuh.

Fahsha Muhammad : Blog ni aku buat sebab kau suka berkongsi. Aku pulak suka diam-diam je tahan perasaan. Bukan dapat duit pun blog ni.

Penconteng              : Alar.. Bos ni acah-acah la.. bagi ar penconteng satu interview ngan bos.

Fahsha Muhammad : Apa-apa jerlah.

Penconteng              : Hah! Macam tu la.. Ok.. Soalan Pertama, Siapakah anda?

Fahsha Muhammad : Saya Fahsha Bin Muhammad. Seorang yang tak bekerjaya. Miskin.

Penconteng              : hahahah bos ni asyik emo jerlah.

Fahsha Muhammad : Dah kau asyik nak happy je, aku jadi emo lah.

Penconteng              : Dengan cik akak  boleh lak happy2..

Fahsha Muhammad : amboiiii.. main kasar Nampak.. syhh.. jangan cerita kat orang..

Penconteng              : hah. kalau macamtu, sila beri kerjasama.

Fahsha Muhammad : Baik Bos!

Penconteng              : haha. Penconteng pulak jadi bos?.. macam-macam hal lah bos ni.. Ok. Soalan kedua. Apa perasaan anda bila blog ini dibaca orang?..

Fahsha Muhammad : Saya berlaku jujur disini. Sebenarnya saya tak berapa suka orang tahu saya reti menulis dan merapu merepek. Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana semua benda itu keluar melalui penulisan saya. Kadang kala saya rasa ada sesuatu atau seseorang lain yang menulis semua benda itu dari dalam diri saya. Dari situ wujudnya penconteng, iaitu kau!. Penconteng dan Fahsha Muhamamd ialah split personality. Sangat berbeza dari mana-mana sudut sekalipun.

Penconteng              : penconteng  best.. bos poyo.. hahaha  Bagi lah saya peluang selalu keluar menconteng bos.

Fahsha Muhammad : Persoalannya sekarang, kenapa bila aku nak menulis kau taknak keluar? Aku boleh bagi kau lebih masa untuk menconteng, tetapi dengan syarat bila aku nak hantar ayat sweet kat cik akak je kau mesti datang. Amacam?

Penconteng              : ok .. beralih kepada soalan seterusnya.

Fahsha Muhamamd : Soalan aku kenapa taknak jawab?

Penconteng              : Penconteng hanya satu lembaga di dalam diri bos, jadi setiap apa yang penconteng conteng mestilah datang dari pengetahuan bos. Mana anda dapat banyak idea dan apa yang pengaruh anda mempunyai bakat mengolah idea tersebut?

Fahsha Muhammad : siot.. soalan aku tak jawab pun. Emm.. Idea saya banyak hadir daripada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian. Samaada dari pengalaman diri atau pengalaman orang lain. Yang pasti, saya cuba untuk menulis dengan menggunakan gaya saya sendiri. Memang kadang-kala ada gaya saya dipengaruhi oleh berbagai cara penulisan orang lain, namun saya cuba untuk lari dari gaya penulisan biasa yang seringkali membuatkan belia bosan membaca penulisan melayu.

Penconteng              : Mungkin dari situ bos freestyle kan bahasa melayu puitis kedalam tulisan bos?

Fahsha Muhammad : tepat sekali. Jadi perlahan-lahan belia melayu/bukan melayu akan membiasakan diri dengan penulisan puitis tanpa terus terjun  ke dunia sastera secara paksa.Saya hanya cuba ingin memberi mereka sedikit percikan di hati mereka untuk memahami penulisan cara yang seronok dan selanjutnya akan mereka
 pelajari sendiri.

Penconteng              : Tidakkah bos takut mereka akan terikut-ikut gaya penulisan bos dan merapu merepek bila ambik paper spm nanti? Maksud penconteng budak-budak sekolah.

Fahsha Muhammad : Pedulik apa sama dorang.. Kira okay la diorang nak jugak membaca, daripada  update status facebook selang 30 minit. Menggeletis. Berapa kerat je budak melayu habis baca novel silibus sekolah. Saya nak berikan percikan minat sahaja, selebihnya bergantung kepada mereka.

Penconteng              : Bos memang poyo.. Kita masuk ke soalan peribadi pulak bos. Rata-rata pasti ingin tahu, bila bos nak tamatkan zaman bujang?

Fahsha Muhammad : Bila cukup duit. Cukup yakin yang ilmu yang saya ada mampu melindungi keluarga saya nanti. Dan yakin mampu membuat dia bahagia. Secara jujur, bukan dalam masa yang terdekat. Paling awal  usia 26 tahun mungkin. Diulangi itu yang paling awal.

Penconteng              : Sebut pasal bahagia, apa makna kebahagiaan bagi bos sekarang?

Fahsha Muhammad : Perghh.. rimas la soalan-soalan macam ni. Bila la mimpi ni nak abes ni. Meremang bulu roma aku. Ok. Kebahagiaan bagi saya sekarang ialah membuat dia gembira. Ya, jawapan orang tengah angau. Tetapi secara realistiknya, saya masih sedih kerana saya tidak menjadi yang terbaik daripada apa yang mampu saya jadi. Jadi, kebahagian yang sejati masih jauh lagi untuk dikecapi. Bagaimana nak bahagiakan orang lain jika diri sendiri masih kosong dengan gembira.

Penconteng              : dengan selamber penconteng yakin cik akak mampu membuat bos gembira. Emm.. Apa makna kawan, sahabat dan teman kepada bos?

Fahsha Muhammad : kawan ialah kawan.. sahabat juga kawan, tetapi mereka telah melalui satu sejarah perjalanan hidup dengan kita dan berkongsi suka duka. Tetapi tak semua kawan sampai ke tahap sahabat. Teman seperti itu juga, mereka tetap kawan dan sahabat namun daripada perkataan teman itu sendiri jelas perkataan akar untuk “menemani” atau lebih jelas ialah bersama-sama. Apa-apahal pun, itu hanya perkataan. Kadang-kala gambar pun tidak dapat menerangkan suasana, inikan pula perkataan untuk menerangkan nilai seseorang didalam hati. Nenek saya pernah menunjukkan kubur suaminya yang tercinta kepada saya dan berkata “ni kubur kawan nenek”. Seorang suami yang menemani hidupnya, masih dipanggil kawan. Jadi siapa kita untuk meletakkan taraf seseorang dengan hanya suatu perkataan?.  Semuanya bergantung kepada perasaan hati atau hormat.  (berkata-kata sambil menggerak-gerakkan tangan seakan seorang professor yang gedik)

Penconteng              : Memang sah bos ni poyo. Hahahaha dahla bos.. Makin boring pulak interview bos. Baik penconteng mengarut sendiri je. Soalan terakhir untuk kali ini, apa harapan bos kepada blog ini?

Fahsha Muhammad : Saya berharap penconteng sering muncul kerana semakin ramai yang meminati blog ini. Saya mampu berlakon menjadi penconteng dan mengarut secara sendiri, tetapi tidak selancar apabila penconteng mula merasuk diri. Sebenarnya, target utama telah lama tercapai . Jadi perjalanan seterusnya ialah hanya bonus kepada blog saya ini.

Penconteng              : terima kasih bos.. bye..

Fahsha Muhammad : eh tu jer? Makan2 takde?.

  “dik oo dik~! Bangun dik, Mama dah berpuluh kali ketuk pintu bilik adik dari tadi?”
“sory mama…adik terlelap..” dengan mata kuyu Fahsha Muhammad membuka pintu yang dikunci.


   Hujan masih renyai-renyai. Fahsha Muhammad menghirup kopi panas sambil terkenangkan mimpi aneh dia berjumpa dengan seorang lagi dirinya beberapa minit yang lalu. Hatinya seperti kehilangan sesuatu. Lantas dia teringat akan handphone nya yang dicas menggunakan kabel usb pada computer. 4 unread messages.

Sms [ awak!! Update blog.]
        [come on boy.. aku boring kat ofis ni.. cepat tulis something kat blog.. aku nak layan gelak]
        [ en fahsha.. bila nak update blog?]
        [hahahah tergelak aku baca post kau.. sila conteng lagi.]

--mereka seronok membaca.. yang kena kutuk bukan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

citer cinta mana..baru sedap nak kutuk..he..he