Tuesday, February 28, 2012

7 bulan mengenal cinta.

Kali ni penconteng nak kasi ayat paling sweet, paling meruntun jiwa, paling jiwang, paling melankolik, paling melodrama, paling cerekarama, paling manis, paling lembut, paling muka...eh.. paling muka kepala bana engko orang !!. kakaka.

Dah hampir tujuh bulan  penconteng kenal dengan Cik Ampang dan hampir tujuh bulan jugak hidup penconteng bizi dengan macam-macam benda. Tentang kerja, tentang perasaan, tentang macam mane nak lempang puaka-puaka yang rapat dengan penconteng.

Kalau diikutkan penconteng memang dah nak sangat pergi jumpa mak Cik Ampang bagitahu ke beliau penconteng nak ke anak dia tu. Tapi penconteng kene ikut adat orang kita. Kenal-kenal dulu dengan orang tua Cik Ampang, buat muka malu-malu sikit, buang sikit rupa kutu dan puaka penconteng dulu.Buang sikit cukup la woiii, buang banyak karang tak brader-brader pulak nanti.

Tapi memandangkan 27 Feb 2012, bulan ini, masa ini dan ketika ini lah penconteng baru jadi gentlemen kasi tahu ke Cik Ampang apa yang terpendam. jadi penconteng nak kasi tahu ke lu orang fasa pertama penconteng baru saja selesai dengan Cik Ampang kita. Jadi lu orang nantikan lah fasa-fasa yang seterusnya kalau nak tengok penconteng buat muka malu-malu. Tapi penconteng syak Cik Ampang pon mesti malu-malu jugak ye dak ?

Tapi sebelum-sebelum ni pon penconteng selalu pergi kenduri kahwin member penconteng hanya sorang diri dan berbekalkan kamera disisi. Rupanya kenduri kahwin ni memang tak seronok kalau pergi sorang-sorang je. Kalau pergi berdua lain cerita.

Nak-nak pulak orang yang datang bersama dengan kita tu jenis orang yang kita idamkan untuk tua bersama-sama, untuk gaduh tentang hal yang remeh-temeh, untuk lihat anak-anak jadi puaka atau berguna dan untuk kenal apa itu bahagia. Cilake, ni apesal ayat penconteng tiba-tiba jadi camni ni..kahkahkah..

Tapi orang-orang tua kata tak elok simpan impian tinggi-tinggi ni, nanti entah kemana-mana impian tu pergi. Jadi bersandarkan kata orang-orang tua ni, penconteng tak nak aim tinggi sangat. Penconteng cuma harap satu je, tujuh bulan yang ada sekarang boleh bertahan hingga Cik ampang dan penconteng abis study. Sebab penconteng rasa kalau penconteng mampu kekalkan sampai 3 atau 4 tahun, takde apa yang penconteng perlu risaukan dah kecuali ajal.

Jatuh cinta itu perkara biasa, putus cinta juga perkara biasa tapi untuk mengekalkan cinta, perlu ada suatu benda yang luar biasa. Kakakaka. Deep dan tahap neraka jugak ayat penconteng. kahkahkah !


p/s : Ok,penconteng dah redi menerima kutukan. tapi siapalah penconteng untuk menahan perasaan..hikhik..

Wednesday, February 22, 2012

Dari berbual - Kalau nak hisap dadah, biar macam orang pandai sikit.




Masa penconteng buat keputusan nak pergi North Carolina itu hari, ada dua tiga orang puaka ni dah merayu-rayu suruh penconteng pikir balik keputusan penconteng tu, bukan setakat merayu, yang blacmail nak sebarkan gambar-gambar penconteng pon ada. Punyalah diaorang tak nak kehilangan penconteng. So selepas ditolak-tolak, dilambung-lambung, dijentik-jentik, dicubit-cubit, diaikido aikido, penconteng telah buat keputusan untuk menangguhkan dulu niat penconteng untuk ke hutan North Carolina. Harap semua dapat menarik balik ugutan-ugutan yang telah dilemparkan.




Berbalik pada entri sebenar penconteng, penconteng selalu cakap jangan hisap dadah, jangan hisap dadah. Tapi ada jugak yang degil. Jadi pada sesiapa yang masih degil untuk menghisap dadah, penconteng ada sedikit pesanan untuk lu orang.yang hisap dadah boleh teruskan pembacaan,yang tak hisap dadah pergi la buat apa-apa.. Masak-masak ke, tengok tivi ke, jahit langsir ke, bela atap rumah ke, tak kisah la apa-apa.. Jangan lu orang pergi hisap dadah jugak sudah.

Jangan hisap dadah kat rumah flat atau apa-apa rumah yang mempunyai ketinggian melebihi setingkat.lu orang hisap dadah kompem-kompem lu orang 'high' kan. Tak 'high' tak pulak namanya dadah ye dak.? Bila badan lu dah luar kawalan secara automatiknya lu akan jadi manusia paling bengap. Rumah flat 30 tingkat pon lu orang nampak macam kat padang je. Untuk mengelakkan badan lu berkecai jatuh dari bangunan, sila hisap dadah cuma di kawasan yang berparas rendah.

Jangan hisap dadah di kawasan berair seperti lombong, paya, sungai, laut, longkang maha dalam atau tab mandi. Sekali lagi penconteng cakap bila lu jadi manusia paling bengap, ikan sekilau pon lu orang nampak macam ikan duyung. Pastu sorang-sorang terjun tiruk. Apa lu orang ingat kutip penagih dadah dah kembung-kembung satu pengalaman indah ke ?

Jangan hisap dadah dalam rumah yang ada family lu orang. Cilake apa lu nak hisap dadah lu hisap la sorang-sorang, jangan babitkan family pulak. Bila matbond jumpa dadah dalam rumah semua orang yang ada dalam rumah tu akan jadi saspek. Tak kesian ke kat mak ayah lu dah tua-tua nak kene gari lagi ? Macam mane air muka diaorang ? Kesianla bapak lu tak boleh keluar mengeteh lagi dah.

Jangan hisap dadah pastu bawa kenderaan. Tak kisah la kereta ke motor ke teksi ke bas ke asalkan nama kenderaan jangan bawak. Jangan sampai habis anak-anak, bapak-bapak, mak-mak, suami-suami, makwe-makwe, pakwe-pakwe orang habis lu langgar. Lu nak jahanam biar sorang-sorang. Penconteng harap takkan ade penagih dadah yang bawak kereta kebal. Penconteng harap sangat ni.

Jangan hisap dadah pastu berkeliaran di khalayak ramai. Cilake camni memang ramai. Lu ingat communication skill lu orang di tahap maksima ke kalau tengah high ? Dah tahu tengah lalok duduk diam-diam. Orang tengok orang mengumpat. " eh tu bukan anak polan si polan ke ?  " tak ke dah dapat dosa orang tu..Faking betul !!.

Last sekali, jangan hisap dadah bila lu tak ade apa-apa sebab untuk hisap dadah. Cari satu sebab yang tak boleh dipertikaikan orang pastu baru hisap dadah. Macam tu tak ada sape yang nak larang pon. Kalau boleh penconteng nak cakap jangan hisap dadah terus, tak ke banyak lagi benda lain yang boleh hisap. Lollipop ke sugus yang panjang-panjang tu ke, choki-choki ke, rokok ke. Ok cukup sampai situ sebelum orang boleh salah faham..


Penconteng pernah tanya sorang puaka, kalau hisap dadah selalunya nampak apa ? Dia kata kalau hisap dadah boleh nampak gajah kaler pink..







Beli dadah mahal-mahal pastu boleh tengok gajah kaler pink je ? Lu orang memang genius !!!

Saturday, February 18, 2012

Penconteng Tak Faham

Penconteng tak paham banyak benda kat dunia ni. Kadang-kadang bila penconteng tengok satu-satu benda ni naik musykil jugak penconteng jadinya. Kadang-kadang ada sesetengah benda genius macam penconteng pon angkat bendera putih.

Tadi penconteng tengok tivi, ada iklan kartun bodoh. Penconteng syak iklan ni Kementerian Penerangan yang buat.citer pasal demam denggi apa suma bagai. Paling penconteng tak faham bila diaorang ketawa lepas sebut " tiada aedes, tiada denggi ". Cilake betul !!.Apa yang lawaknya kat ayat tu sampai kena ketawa last skali ? Berima pulak ketawa tu..

Tak lama pastu, penconteng tengok ada satu iklan pesen sama. Kartun bodoh jugak, citer pasal beli barangan buatan Malaysia. Sekali lagi penconteng tak faham apesal mesti nak kena ketawa last sekali. Sumpah penconteng nak jumpa orang yang buat iklan tu pastu tanya dia dengan lebih mendalam. Kalau penconteng tak puas hati dengan jawapan dia memang penconteng tendang skrotum dia laju-laju. Penconteng serius. Jangan gelak woiii. !!

Penconteng tak faham la woi. penconteng tak faham kenapa dalam drama melayu mesti ada orang miskin hina dina tapi watak perempuan miskin tu boleh pulak cukur kening. Penconteng tak faham kenapa dalam drama diaorang pakai rambut palsu yang jelas sangat rambut palsu. Apa jadah motif diaorang ni ?

Penconteng tak faham apesal orang suka sangat tengok sinetron Indonesia padahal cerita dia sumpah merepek. Penconteng tak paham bukan sebab cerita dia merepek, tapi dalam cerita Indonesia ni banyak sangat monolog. Cakap sorang-sorang serupa haram.


Tapi bab Arsenal kena bantai 4-0, yang tu penconteng faham. Team sayur lawan team power kompem-kompem la tahu sapa menang ye dak? Tu nasib baik kena 4 bijik je, kalau Arsenal jumpa Menyu mahu kene 2-"40".




p/s : Jangan tanya apa motif penconteng tulis entri ni. Penconteng sendiri pon tak faham apa penconteng tulis.

Monday, February 6, 2012

Merekalah Kakak.

Kadang-kadang penconteng tak suka jadi orang yang angkuh. Alter ego yang penconteng cipta ni kadang-kadang makan diri. Pernah sampai satu tahap penconteng dah tak kenal diri penconteng. Penconteng terlalu leka dengan pesona Ryoema Echizen. Oleh sebab itu, hari ni penconteng nak tulis entri tentang diri penconteng yang real. Tak ada unsur tokok tambah yang membuatkan penconteng nampak power.

Penconteng jarang cerita pasal kakak penconteng. Yup, penconteng ada dua orang kakak dan beza umur kitaorang hanya tiga dan empat tahun je. Tapi entah kenapa penconteng dengan dua orang kakak penconteng tak pernah ngam, tak pernah sekepala. Penconteng dengan kakak penconteng tak ubah macam minyak dengan air, tak ubah macam spongebob dengan squidward, tak ubah macam batman dengan joker.

Kalau nak cerita pasal bergaduh, dah banyak sangat, dah selalu sangat. Dulu waktu masih remaja memang mudah kitaorang nak bergaduh dan selalunya kak long akan beri cubitan di perut diam-diam sampai keluar air mata. Cilake ! Memandangkan penconteng seorang yang kemas dan berpegang pada rahsia, penconteng hanya diamkan diri bila dicubit oleh kakak sendiri. Tapi nasib baik la sejak masing-masing dah tua ni kitaorang dah mula matang (sedikit) dan kalau bergaduh pun cuma sampai ke tahap bertekak mulut.

Daripada kecil sampai besar, penconteng dan dua orang kakak penconteng bersaing dalam macam-macam benda. Dan akhirnya penconteng sedar penconteng dah tak layak bersaing dengan mereka. Puaka macam penconteng memang patut kalah dengan orang macam mereka. .

Walau ayat mereka kadang-kadang mencengkam sampai ke hati, walau layanan mereka kadang-kadang dingin macam air tasik Chini, penconteng tahu mereka sayang penconteng. Penconteng tak pernah kasitahu sape-sape pun tapi dari dulu sampai sekarang mereka sentiasa jadi idola penconteng dalam beberapa hal.

Orang lelaki susah nak luahkan rasa sayang dia sebab ego. Tapi hari ni penconteng campak ego penconteng jauh-jauh sampai Papua New Guinea dan penconteng cuma nak cakap satu benda je, penconteng tahu penconteng puaka, penconteng tahu perangai penconteng kadang-kadang macam celaka tapi penconteng sentiasa sayang mereka berdua.

Walau kita macam minyak dan air tapi kalau takde dua benda ni macam mana suatu masakan tu nak rasa sedap ye dak?



P/s : buatnya penconteng dah berjaya pakai mini cooper, baik lu orang redi tengok keangkuhan paling power..kehkehkeh..

Sunday, February 5, 2012

Bila hari panas, hati penconteng ikut panas.

Hello you all!!

Pergh..tak pernah-pernah penconteng buat permulaan entri macam ni..hahaha..oh ye, pasal cerita cik ampang, penconteng rehatkan dulu sekejap..Sebab penconteng dengar ada orang nak saman penconteng pasal entri Cik ampang tu. Jadi kalau penconteng rasa penconteng boleh fight balik saman tu Isnin depan entri Cik Ampang akan keluar. Lagipon penconteng ingat nak buat style macam drama bersiri. Isnin sampai Rabu je.


Malaysia makin panas. Dua tiga hari ni lu orang perasan tak yang cuaca macam panas semacam. Penconteng syak suhu dah smpai takat didih. Dalam hati penconteng fikir, kalau pergi mandi sungai ke air terjun ke style jugak ni. Penconteng terus ambil henset, text sorang mangkuk ni.

(PERBUALAN SMS)

Penconteng : Panas gila la. Jom gi mandi ?

Kawan penconteng : Sorry, gua nak jadi straight.

Penconteng : Cilake.! Gua ajak lu gi mandi sungai la, bukan gi mandi dalam toilet.

Kawan penconteng : Oh. Siapa lagi yang join ?

Penconteng : Budak-budak lain tak ada. Kita pergi dua je la.

Kawan penconteng : Oh. Sorry, gua still nak jadi straight.



Terus penconteng campak henset ke dinding.

Saturday, February 4, 2012

Salah siapa ??

Kita selalu salahkan banyak benda dalam hidup. Penconteng tak percaya kalau ada puaka yang mengaku tak pernah salahkan apa-apa atau siapa-siapa dalam hidupnya. Percaya atau tak,kita sebagai orang melayu sangat profesional dalam menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri.

Dalam percintaan,setiap kali kita gagal menemui kegagalan kita akan menyalahkan semua benda,semua orang dan bukan kita.

" Faking punya ex gua, dia pergi dating dengan jantan lain !! "( makwe keluar dengan jantan lain sebab perangai lu macam jahanam )

" Cilake punya lelaki, perangai macam buaya Twitter !! "( kalau tahu buaya pergi suka buat apa? )

" Ayah makwe gua tak suka gua, tak guna punya orang tua !! ( kalau penconteng jadi ayah dia pon penconteng tak hingin puaka macam lu jadi menantu !! )

Dalam suasana kerja, benda yang sama akan berlaku. Tak kisah la lu kuli ke, lu bos ke lu tetap suka salahkan orang atas satu benda yang lu tak tahu nak beri alasan apa.

" Sori bos, jalan jem ".( keluar pukul 8 memang la jem )

" Lahanat punya bos, kasi kerja banyak bayar gaji sikit !! "( main fesbuk je macam mana nak siap kerja, lu SPM pon takde nak penconteng kasi lu gaji 5 ribu ?? )

"Maaf ,bonus tahun ni takde sebab prestasi syarikat kita tak memuaskan " ( lu handle syarikat macam orang bangang macam mana nak dapat prestasi bagus )

Dalam satu masalah, punyalah hebat orang kita sampai kita dapat lihat satu circle di mana semua orang pon salah, semua orang pon tak betul dek kerana sikap suka menyalahkan orang ni.

Bila harga ayam jadi mahal, rakyat akan salahkan kedai, kedai akan salahkan pembekal, pembekal akan salahkan penternak, penternak akan salahkan kerajaan, kerajaan akan salahkan penternak sebab salah gunakan subsidi, penternak akan salahkan pembekal sebab beli murah sangat, pembekal salahkan kedai sebab jual mahal sangat. Apa gila semua ni ?

Sampai satu tahap bila takde orang boleh dipersalahkan, Tuhan pon kita salahkan.

Penconteng tahu kadang-kadang memang bukan salah kita pon, takkan kita tak buat salah kita nak mengaku salah ye dak ? Tapi power sangat ke kita ni sampai setiap kali pon bukan salah kita ?

Tak salah mengaku salah. Mengaku salah ialah cara terbaik kita menerima kelemahan kita dan bila kita menerima kelemahan automatik kita akan perbaikinya. Penconteng mengaku penconteng pon banyak salahkan orang lain, salahkan benda lain atas ketidaksempurnaan penconteng sendiri tapi penconteng cuba mengaku setiap kali penconteng salah, penconteng memang salah dan bukan siapa-siapa yang salah.

Setiap kali kita menyalahkan orang lain kita paksa orang yang kita salahkan tu buat benda yang sama iaitu salahkan orang lain.Apa salahnya kita mengaku kita salah dan benda tu henti setakat tu saja. Tapi janganlah pulak lu orang buat kerja bangang pergi mengaku salah atas kesalahan yang memang kompem orang lain salah. Jangan nak jadi sweet sangat la pergi berkorban untuk orang lain.

Penconteng harap lepas ni kita ramai-ramai boleh mengaku kita buat silap setiap kali kita salah.

" Ya, saya salah dan saya mintak maaf "

" Gua mengaku gua silap,gua janji tak buat lagi "

" Semua masalah ni aku puncanya, boleh tolong aku selesaikan ? "

" Semua ni salah i, u nak marah marah la "



Agak-agak berapa ramai antara kita yang berani cakap camni setiap kali kita buat salah?




P/s : Bila fikir-fikir tak semua orang sempurna dan semua orang pon ada chance buat salah.

23rd



Penconteng boleh kasi ayat paling sweet, paling jiwang, paling meruntun perasaan, paling melodrama untuk lu tapi kali ni penconteng takkan buat. Apa yang penconteng ada cuma sepuluh nasihat untuk lu.




1. Berani mengatakan tak. Jawapan "ya" tak semestinya akan menyenangkan lu.

2. Jangan terlalu mainstream, lu kan jadi plastik. Jangan terlalu indie, lu kan jadi puaka.

3. Jaga kesihatan dan lu akan dapat lakukan apa saja yang lu inginkan.

4. Lu kena tahu apa yang lu nak walau ia sekecil hama sekali pun.

5. Sangat susah jaga perasaan orang tapi lagi susah jaga perasaan sendiri.

6. Bila orang mengatakan kita buruk tak semestinya kita buruk,bila orang mengatakan kita cantik tak semestinya kita cantik.

7. Jadi apa adanya diri lu dan bukan jadi apa yang orang lain mahukan.

8. Masa ialah penyembuh yang terbaik tetapi masa juga pembunuh paling tak dapat dikesan.

9. Menangis mampu melegakan tetapi menangis juga mampu mengusutkan.

10. Jangan takut pada malam,malam juga ciptaan Tuhan.




Umur hanya angka,
Umur juga bukan apa-apa,
Untuk tahun yang mendatang,
Bangi dan Ampang penconteng satukan.