Thursday, November 17, 2011

Penconteng Dan Choki-Choki

Salam diucapkan kepada pembaca semua. Cium pipi kanan, cium pipi kiri. Muahx3 ! kahkahkah.. Soryyy ! Penconteng bukan orang yang menggeletis serupa orang tak berfikir . Haha. Kembali lagi ke segmen bersama penconteng pada kali ini. Maaf lama mendiamkan diri disebabkan penconteng terlalu busy dengan hal duniawi. Kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak membaca blog ini, penconteng sekali lagi mengulangi perkataan ini “saya tak pandai, tapi tahulah sikit. orang nak baca takkan kita nak kedekut pulak” ..

Mari kita mulakan…..

Cerita ini bermula pada tahun 1998, waktu itu penconteng masih lagi berumur 11 tahun. Semangat nak jumpa Farah memuncak tak tentu hala. Penconteng tebalkan muka beberapa inci lebih daripada biasa.Bontot dilabuhkan atas kerusi empuk bas sekolah yang dah carik-carik kesan kena toreh dengan pisau lipat. Penconteng diam, pandang ke kasut. Cuak juga.

Penconteng pandang Farah, Farah pandang penconteng. Penconteng senyum, Farah balas semula. Pehhhh ! Itu jam juga penconteng cair macam ais . kahkahkah. Itulah pertama kali penconteng dicairkan dalam hidup. Tak sia-sia penconteng berlatih senyum depan cermin malam sebelumnya. Ikut kira-kira ada hampir 25 kali juga penconteng buat latih tubi senyum depan cermin malam tu.

‘ Sejarah mungkin berulang…. Walau engkau ku lepaskan oh kekasih… tapi mungkin hanya sementara… ‘

Lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang” yang tengah top bukan main masa tu berkumandang dalam bas, sangat kena dengan situasi dan betul-betul buat semangat penconteng jadi lain macam pergi dia. Penconteng buka  zip beg galas, choki-choki penconteng bawa keluar. Si Farah sengih manis pandang penconteng.

“Abang pon makan choki-choki ?” tanya Farah . Suara manja-manja Farah buat penconteng makin geram. Kelopak- kelopak bunga mula mekar dalam hati. Sungguh pheeeewwwiiittt sekali saat dan masa itu.

“Mesti. Sedap gila benda alah ni. Awak nak satu ?” penconteng hulur sebatang choki-choki pada Farah.

“Saya Fahsha,” penconteng hulur salam. Farah buat muka pesen orang nerves.

Itu jam penconteng rasa macam nak menggulupur bawah seat bas sekolah. Sumpah penconteng ingat babi saja yang haram dipegang. Tapi masa tu dan ketika tu, penconteng rasa penconteng dengan babi dah level-level. Kahkahkah.

Choki-choki penconteng telan rasa kelat.

-Nah… amik korang!!. Penconteng dapat email dan msj suruh cerita pasal cinta. Itu penconteng puya cerita cinta zaman muda-muda dahulu. Xpayah pikir-pikir. Hanya membaca di kala otak sedang sebu.

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad.

No comments: