Tuesday, November 29, 2011

Penconteng dan Pain Killer


Masuk je bilik doktor,penconteng dah rasa debar semacam..Lagi debar bila tengok doktor ni perempuan.Bila penconteng terangkan serba sedikit tentang kronologi yang membawa kepada kesakitan pinggang penconteng,doktor tersebut terus suruh buka baju.Penconteng beristghifar dalam hati sambil buka butang baju pelan-pelan.

Tangan puan doktor mula menyentuh pinggang dan penconteng terpaksa merelakannya.Memang selalu penconteng diambil kesempatan oleh doktor-doktor yang pernah merawat penconteng.Baik doktor perempuan mahupon lelaki.

Bila sentuhan tersebut berlaku agak lama,penconteng berbisik perlahan,"hentikanlah sebelum terlambat".doktor tersebut terus tarik tangan sambil merah-merah pipi. Penconteng senyum nipis ala-ala Bradd Pitt.

Keluar dari klinik penconteng dibekalkan dengan ubat-ubatan dan juga resit pembayaran. Nasihat doktor supaya makan pain killer bila rasa sakit sahaja penconteng semat dalam hati sambil buka pintu kereta.

Belum sempat masuk gear reverse sakit pinggang penconteng kembali lagi. Teringat nasihat yang penconteng semat dalam hati tadi,tanpa berlengah terus penconteng telan sebijik pain killer. Makan ubat tanpa air ni tak semua orang boleh buat tapi sikit pon penconteng tak buat muka riak.

Sampai di rumah,sakit yang penconteng alami tiba-tiba hilang.Penconteng pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk thumbs up. Pain killer ni punya champion sampai penconteng rasa bertenaga. Tak kurang juga rasa muda belia.

Penconteng try kemaskan laman belakang rumah.Lincah.Try pulak bakar sampah.Api membakar sampah dengan bergaya.Tak puas hati lagi,Penconteng  try pulak basuh kereta abah dekat depan rumah.Berjaya dengan cemerlangnya.Dan akhir sekali penconteng try ngorat makwe-makwe yang lalu lalang.makwe-makwe tersenyum manja.

Kalau macam ni, menjelang tengah malam nanti mesti penconteng sihat seratus persen.Tapi bila penconteng baru je nak naik tangga pergi ruang tamu,muke penconteng dah berkerut semacam. Lagi cilake bila rase tu dua kali ganda.

Mengenangkan nasihat yang penconteng semat dalam hati, terus penconteng makan sebijik lagi. Penconteng pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk jari tengah.


Pain killer ni punya jin boleh tahan champion jugak rupanya.

No comments: