Tuesday, November 29, 2011

Sumpah pengakap penconteng lupa !!

"Woi lu ade kat mane?dtg kedai bob,gua ade hal nak story",jerit kawan penconteng dalam telepon..Macam biase, Takde nak bagi salam dulu ke,ckp hello ke,terus main ckp je..Perangai sebijik mcm komunis.."5 minit gua smpai",balas penconteng ringkas smbil tekan butang end call..Malas nk dgr die merepek dh..Penconteng masuk bilik,tukar seluar jeans..sarung sweater..tengok kat luar, hujan renyai-renyai air bergelora, tapi bulan penuh, So malam tak nampak gelap sangat..Penconteng capai kunci kereta..

Nak ke kedai kawan penconteng tu tak jauh mane..Penconteng syak tak abes sebatang rokok dah sampai..Seperti biase, penconteng drive dengan berhemahnye..Bawak 40kmj,kawasan perumahan kan..kang bawak laju-laju terlanggar makcik-makcik tgh bergosip dpn umah naya jugak..Baru suku perjalanan penconteng drive,satu motor selisih..bagi lampu tinggi..Penconteng hulur kepala kat luar,bagi renungan makrifat kat budak bawak moto tu..Die menikus. Penconteng senyum nipis..

Lepas tu penconteng selisih pulak dengan sebijik proton saga..dari jauh die dah bagi high beam..pastu bagi hon pulak.Penconteng dh panas.Kalau hon skali takpe,Ni stok jenis hon panjang.Bingit tahu tak ?..Penconteng bukan setakat hulur kepala,dengan tangan sekali penconteng dah hulur dah. Bile makin dekat,penconteng tengok makcik yg drive. Penconteng masukkan tangan balik, Tak jadi nak tunjuk fak. Malas nak biadab dengan makcik-makcik. Bile proton makcik tu betul-betul sebelah kereta penconteng, nampak makcik tu menjeling. Pastu makcik tu siap gerak-gerakkan jari telunjuk, Macam nak bagi warning kt penconteng..

Penconteng geleng kepala. Makcik-makcik sekarang ni makin gengster. Pengaruh tv agaknye. Penconteng ingat satu hari nanti kerajaan Malaysia kene haramkan jugak televisyen, banyak sangat buruk dari baiknye. Dari side mirror,bayang kereta proton makcik tu pon tak hilang lg,penconteng dah selisih dengan sebijik lagi kereta. Kali ni Myvi pulak. Konfirm orang muda yang bawak sebab dari jauh penconteng dah dengar bunyi lagu disko dari speaker cikai kereta tu. Jenis yang pasang lagu kuat-kuat dalam kereta. Yang jenis camni penconteng tak faham. Dengar lagu disko dalam kereta pon nak eksyen ke pasang kuat-kuat. Menyirap btol penconteng..

Dah la pasang lagu kuat-kuat pastu die pon bagi high beam jugak kat penconteng. Abes sume org nak bagi lampu tinggi kat penconteng mlm ni. Ape salah penconteng pon penconteng tak tahu. Panas penconteng dengan makcik tadi pon tak hilang lagi,mangkuk ni pulak buat tambah panas. Bile dah makin dekat,penconteng jerit.."woiii,nak penampor!!!???"..terus berdesup kereta myvi tu pergi..tahu pon goyang,tadi bukan main lagi..

Penconteng mengeluh. Banyak sangat pemandu kat Malaysia sekarang ni tak bermutu. Korupsi melampau sangat.Bayar lebih sikit dah boleh dapat lesen. Bebal pon same jugak, Ambil ujian statik 10 kali pon boleh lagi ambil lesen. Pasni penconteng cadangkan sape tak lepas ujian statik 3 kali terus banned name die. Pastu mak ayah pon same salah gak, Senang sangat bagi kereta kat anak. Anak baru mengadu penat jalan kaki pergi kuliah,dah dpt kereta. Pastu dapat kereta bawak macam orang giler, Langgar sana langgar sini. Penconteng ingat kat Malaysia,tinggal dua orang je pemandu yang bermutu tinggi. Penconteng dengan Alex Yoong. Tu pon,die dah kene tinggal jauh dgn penconteng..

Sambil-sambil mengeluh,tengok-tengok penconteng dah sampai kedai kawan penconteng. Ramai jugak yang lepak, Sampai 6 meja sambung. Gelap mase depan budak-budak ni, kata penconteng dalam hati. Penconteng matikan enjin. Baru separuh badan penconteng keluar kereta, dengar kawan penconteng jerit..


"woii..save battery pon agak-agak la..tak kan la lampu kereta pon lu tak pasang.." penconteng tunduk malu sambil diketawakan beramai-ramai. Ada yang muntahkan apa yg dimakan, ada yang terguling-guling bawah meja, ada yang jelir lidah. Penconteng diam.

Penconteng dan Pain Killer


Masuk je bilik doktor,penconteng dah rasa debar semacam..Lagi debar bila tengok doktor ni perempuan.Bila penconteng terangkan serba sedikit tentang kronologi yang membawa kepada kesakitan pinggang penconteng,doktor tersebut terus suruh buka baju.Penconteng beristghifar dalam hati sambil buka butang baju pelan-pelan.

Tangan puan doktor mula menyentuh pinggang dan penconteng terpaksa merelakannya.Memang selalu penconteng diambil kesempatan oleh doktor-doktor yang pernah merawat penconteng.Baik doktor perempuan mahupon lelaki.

Bila sentuhan tersebut berlaku agak lama,penconteng berbisik perlahan,"hentikanlah sebelum terlambat".doktor tersebut terus tarik tangan sambil merah-merah pipi. Penconteng senyum nipis ala-ala Bradd Pitt.

Keluar dari klinik penconteng dibekalkan dengan ubat-ubatan dan juga resit pembayaran. Nasihat doktor supaya makan pain killer bila rasa sakit sahaja penconteng semat dalam hati sambil buka pintu kereta.

Belum sempat masuk gear reverse sakit pinggang penconteng kembali lagi. Teringat nasihat yang penconteng semat dalam hati tadi,tanpa berlengah terus penconteng telan sebijik pain killer. Makan ubat tanpa air ni tak semua orang boleh buat tapi sikit pon penconteng tak buat muka riak.

Sampai di rumah,sakit yang penconteng alami tiba-tiba hilang.Penconteng pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk thumbs up. Pain killer ni punya champion sampai penconteng rasa bertenaga. Tak kurang juga rasa muda belia.

Penconteng try kemaskan laman belakang rumah.Lincah.Try pulak bakar sampah.Api membakar sampah dengan bergaya.Tak puas hati lagi,Penconteng  try pulak basuh kereta abah dekat depan rumah.Berjaya dengan cemerlangnya.Dan akhir sekali penconteng try ngorat makwe-makwe yang lalu lalang.makwe-makwe tersenyum manja.

Kalau macam ni, menjelang tengah malam nanti mesti penconteng sihat seratus persen.Tapi bila penconteng baru je nak naik tangga pergi ruang tamu,muke penconteng dah berkerut semacam. Lagi cilake bila rase tu dua kali ganda.

Mengenangkan nasihat yang penconteng semat dalam hati, terus penconteng makan sebijik lagi. Penconteng pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk jari tengah.


Pain killer ni punya jin boleh tahan champion jugak rupanya.

Biar rambut panjang jangan tangan panjang.

Pagi tadi lepas penconteng siap mandi,mama dah sound pasal rambut.” Bile adik nak potong rambut adik ?”.penconteng cakap kat mama dgn tegas,kalau ramli sarip potong rambut baru penconteng potong jugak. Mama jeling tajam.

tak ke nampak macam k-pop ye dak ? kahkahkah


Sebut pasal rambut,Penconteng ada pelik sikit.Apesal ramai org cop org yg rambut panjang budak jahat?? Fahaman mana yang kata orang yang rambut panjang tu jahat,penyangak,keji,suka sepak kucing sume bagai? Masa penconteng sekolah dulu takde pulak ustazah penconteng kata ciri-ciri orang yang jahat ialah berambut panjang.

Penconteng tahu sangat skrip makcik-makcik kalau tengok budak rambut panjang ni. Nak-nak kalau budak tu pakai singlet dengan jeans je. Mesti makcik-makcik tu kata,"ni mesti budak jahat ni,tengok rambut dah tau"(sambil geleng-geleng kepala pastu bisik kat geng sebelah).

Setahu penconteng kalau budak tu rambut panjang maksudnya dia tak pernah masuk pusat ke ,penjara ke. Yang rambut pendek dengan botak tu la yang baru lepas keluar pusat serenti biasanya. Betol ke idak ckp penconteng ni makcik-makcik, pakcik-pakcik oi?? penconteng tahu 1st impression tu penting tapi jangan buta sangat boleh ?kahkahkah.. (gua terbiadap dengan orang tua ) giler ke ape judge org melalui rambut?

Ape-apehal pon kalau makcik-makcik ngan pakcik-pakcik x puas hati,boleh cari penconteng kat sini ye dak ??. kita boleh fight sampai lebam.


err..tapi kalau tak tanya penconteng soalan akaun,penconteng akan cukup berterima kasih.

Sunday, November 27, 2011

Jangan Berperikebabian !!


Salam sejahtera semua. Penconteng baru sahaja abis berborak bersama seorang kenalan dan teringat akan gaya dan gelak ketawanya diiringi dengan perkataan kebiasaan iaitu ‘babi’. Tapi penconteng bukan nak cerita pasal itu, yang penconteng mahu ketengahkan adalah…..

Mari mulakan…

Tahukah anda babi selalu disebut bila manusia marah, mengejek, geram, dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya? Tahukah anda babi yang selalu manusia sebut itu juga punya rasa sayang pada anak kandung mereka? Tahukah anda babi tak pernah campak anak mereka ke dinding bila mereka marah atau bergaduh suami dan isteri? Tahukah anda manusia lebih kejam daripada babi yang selalu dicemuh itu? Tahu ke tak ni? Lantak korang la ye dak ??? wakakaka..
 
Akibat perbalahan dan tekanan rumahtangga antara suami isteri, seorang bayi malang berumur enam bulan dicekik, dipukul dan dicampak ke dinding. Babi gila kan perangai? Emaknya, penconteng ulang, emak bayi itu sendiri yang campak anaknya ke dinding dan yang pastinya emak bayi tu adalah mak manusia, bukan babi. Penconteng ulang sekali lagi. Bukan babi.

Nampak tak? Di sini babi menang. Babi lebih berperikemanusiaan daripada manusia sedangkan manusia pula bersikap berperikebabian! Emak bayi itu adalah 100% sihat akal, normal macam lu orang semua. Sihat otak dan tiada masalah hilang akal atau tidak waras. Hasil bedah siasat, ada 16 kesan cekik dan pukul sebelum bayi malang itu dicampak ke dinding. Babi gila kan perangai?

Apapun, walau bayi tersebut bernasib malang di dunia, tetapi syurga juga tempat beliau. Itu jaminan tuhan pencipta kita, tuhan sekalian alam. Al-Fatihah.


Lu orang nak tahu cerita lanjut, bacalah akhbar harian. Ini mak penconteng yang cerita, Berita disampaikan kepada mak penconteng oleh rakan beliau yang tinggal berhampiran dengan keluarga mangsa.

Catatan penconteng : Tahukah anda, ada 12 kali perkataan babi disebut dalam entri ini. Kepada babi, penconteng minta maaf banyak-banyak. Ya, sekarang dah ada 13 perkataan babi. Itu yang ke-14. Sekian.

Saturday, November 26, 2011

Dia tak tahu

Dia cakap penconteng  kuat membebel, penconteng buat muka steady. Penconteng tahu penconteng tak macam tu.Penconteng cuma larang dia ckp babi je. Haha. Penconteng tahu penconteng yang dulu dan penconteng yang sekarang. Penconteng lebih mengenali diri penconteng daripada orang lain mengenali diri penconteng. Sebabnya, Penconteng tak pernah berpisah dengan diri penconteng sejak lahir, itu fakta paling hebat dalam hidup penconteng.

Keindahan dia, kebaikan dia adalah benda yang penconteng terima dengan kesyukuran. Keburukan dia, kekurangan dia adalah benda yang penconteng cintai hari ke hari. 

Penconteng tak kisah kalau dia nak kentut depan penconteng, sebab pada penconteng itu sweet. Penconteng tak kisah kalau dia sendawa depan penconteng bila kenyang lepas makan, sebab pada penconteng itu juga sweet. Kalau 50 tahun lagi pun, semua tu tetap sweet. Serius.

Penconteng tak marahkan dia, bukan salah dia. Dia cuma tak mengerti. Dia mungkin tak tahu, manusia paling syaitan pun boleh jadi pak lebai. Dia tak tahu. Dia tak tahu singa pun boleh bersahabat baik dengan beruk. Dia tak tahu.


Dia tak tahu penconteng  simpan semua SMS dia dari yang 1st sampai yang terkini. Dia tak tahu.

Dia tak tahu ice-cream mekdi yang 1st penconteng belikan dia dulu penconteng beratur sangat panjang di drive-thru. Dia tak tahu.

Dia tak tahu penconteng suka bila dia makan chewing gum sama-sama dengan penconteng dalam kereta. Dia tak tahu.

Dia tak tahu choclate 1st yang dia belikan penconteng, sebulan lebih baru penconteng habiskan sebab penconteng sayang nak makan semua. Dia tak tahu.

Dia tak tahu penconteng tak pernah marah bila dia mendiam secara tiba-tiba dan menyepi. Bila penconteng cakap penconteng ada kerja nak buat pon, penconteng fikir dua kali, penconteng ulang cakap sepuluh kali pun penconteng tak marah. Dia tak tahu.

Dia tak tahu hari-hari dia call kejut penconteng bangun pagi memang penconteng harapkan tanpa dia bertanya. Dia tak tahu.

Dia tak tahu yang penconteng serius bila penconteng cakap bila dah jadi atok nenek nanti, setiap hari minggu penconteng nak bawak dia pusing taman naik basikal. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia pening, penconteng rasa macam nak picit kepala dia sambil sedut sakit tu masuk dalam kepala penconteng. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia senggugut (perkataan tu penconteng belajar dari dia.. sumpah pengakap !!), penconteng tanya mak penconteng tips nak hilangkan sakit. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia resah, penconteng pun sama-sama gundah. Dia tak tahu.

Dia tak tahu dia dah banyak buat penconteng berubah. Dia tak tahu.



Semuanya sedang berlaku, dan dia masih tak tahu.Penconteng tulis ini pon sebab dia tak tahu.

Dengan cinta...
Fahsha Muhammad


Arghhh ! Siapa Kentut ??


Kisah benar yang berlaku pada penconteng baru-baru ini……Sumpah pengakap !!!
Dari kejauhan penconteng lihat seorang lelaki segak berkemeja hijau memegang sebuah fail melangkah menghala ke arah penconteng. Kasut beliau berkilat-milat.

" Muka nak ketat saja kau mat ", kutuk penconteng kepada beliau dalam hati. Gayanya macam nak datang untuk interview. Makin ke depan penconteng berjalan, makin hampir penconteng dengan mamat muka ketat tersebut. Ingin saja penconteng hulurkan screwdriver untuk longgarkan sikit keketatan muka beliau. " Takpela, cuak nak interview agaknya ", hati penconteng berprasangka baik.

Tiba-tiba seorang gadis menyapa penconteng..

Awak Fahsha? "

Ya, saya Fahsha ".

"Hye, saya Alia. Ada interview pagi ni kan? "

Penconteng mengangguk diiringi senyuman manis umpama gula.

" Ok, awak ikut saya. Kita ke bilik HR dulu untuk isi borang "

Penconteng senyum saja tengok kesopan-santunan Alia. Lemah-lembut orangnya. Sambil itu gua toleh ke kiri, usha mamat muka ketat tadi. Penconteng tengok dia pun sedang berborak dengan gadis yang sama...Alia.

Dalam kesejukan pagi hari, dalam kemamaian tak cukup tidur, baru penconteng sedar mamat muka ketat segak berkemeja tadi adalah diri penconteng sendiri. Penconteng geleng kepala tiga kali.

***

Penconteng berjalan seiringan dengan Alia menuju ke lif untuk ke tingkat atas. Daripada bau yang penconteng hidu, penconteng rasa Alia pakai perfume Issey Miyaki, baunya sungguh seksi. Elok saja sampai depan lif, pintu lif terbuka. Beberapa gadis lain masuk sama ke dalam lif untuk ke tingkat atas. Penconteng pandang sekeliling penconteng dalam lif, semuanya gadis. Penconteng kejang sekejap.

Sebelah kanan depan sikit, amoi comel berskirt pendek. Sebelah kiri penconteng, Alia. Kat depan Alia, gadis melayu bertudung. Sebelah kanan penconteng, makcik cleaner. Kat belakang penconteng ada 2 lagi gadis. Semua sekali ada 6 perempuan dalam lif. Penconteng tengok butang ke tingkat 8, 9 dan 10 yang menyala.

" Slow nak mati lif ni ", bisik penconteng perlahan.

" Apa dia awak cakap tadi ? ", Alia bertanya pelik.

" Oh, tak ada apa. Saya lapar roti, tak sarapan lagi hari ni ", menipu hanya mengambil masa tak sampai sesaat. Ini fakta. Alia senyum manis. Penconteng lega. “Tercalar imej gua nanti kalau gua tak cover ayat gua tadi, mau terjejas peluang nak dapat kerja baru.” Bisik penconteng sendirian.

Sampai tingkat 6, gadis melayu bertudung keluar dari lif. Tinggal lagi 5 perempuan bersama penconteng dalam lif. Lif meneruskan pendakian ke tingkat lebih atas.

Tiba-tiba penconteng terbau sesuatu. Baunya sungguh perit. Masam-masam manis. Busuk. Bulu-bulu hidung pun boleh keguguran dengan bau seperti itu. Tapi daripada pengalaman penconteng yang dah hidup selama 23 tahun di muka bumi ni, penconteng boleh klasifikasikan bau tu adalah bau kentut. Macam-macam bau kentut yang hidung penconteng dah rasa sepanjang hidup ni. Ada bau pisang. Ada bau kari mamak. Ada bau milo tabur. Kalau masa bulan puasa, bau kentut yang popular adalah bau murtabak.

Penconteng pening sekejap dalam lif tu. Penconteng tunduk pandang ke lantai lif. Dari ekor mata penconteng, penconteng tengok Alia menggosok-gosok hidungnya. Makcik cleaner tutup hidung pakai sapu tangan. 2 gadis belakang berdehem, tak sedap tekak agaknya. Amoi yang berdiri kat depan Alia pula dengan sangat yakin, toleh pandang penconteng. Penconteng dongakkan kepala penconteng semula, iya, memang dia sedang pandang ke arah penconteng.

" Apa lancut lu pandang gua, nak tuduh gua kentut la tu..", penconteng tak puas hati, namun sekadar mengomel dalam hati.

Durjana. Iya, manusia penuh dengan prasangka. Terutama bila terjadinya kejadian kentut di tempat awam, lelaki yang akan menjadi suspek utama. Ditambah pula jika adunan bau yang pelbagai rasa. Macam cilake. Penconteng pakai kemeja sikit punya segak, kasut berkilat boleh buat cermin, rambut pun belah tepi, tapi masih jadi suspek utama kejadian.

Loceng lif berbunyi, sampai ke tingkat 9.

" Come, follow me ", ajak Alia sambil melangkah keluar dari lif. Penconteng masih diam seribu bahasa. Penconteng masih terkejut dengan kejadian tadi. Alia melangkah laju ke depan. Penconteng membontoti Alia dari belakang. (View cantik juga itu jam).Kahkahkah… Pintu ke tangga dibuka Alia.

" Kita nak ke mana ni Cik Alia? ", tanya penconteng.

" Nak naik ke tingkat 10 ", balas Alia.

Tengok, Alia tak tahan bau kentut tadi yang serupa haram bau dia sampai ajak penconteng naik tingkat 10 ikut tangga. Tapi dari gaya Alia yang tak berapa mahu layan dan berborak dengan penconteng, penconteng rasa beliau pun nak tuduh kentut tadi penconteng yang punya. Penconteng rasa terhina sekejap. Sebagai suspek yang tak bersalah, penconteng rasa marah. Tapi biarlah, penconteng ada misi penting itu hari ye dak ??..nak dapatkan kerja baru.

Cukup, penconteng malas cerita lagi. Penconteng mangsa keadaan itu hari. Dunia kadang-kadang sangat prejudis.

Pengakuan benar dan luahan hati Penconteng: Kentut tu bukan penconteng punya. Sumpah Penconteng tak tipu! Penconteng syak tu kentut Alia. Makcik cleaner pun mungkin juga. Arghh, 2 gadis belakang penconteng pun sama, bukan boleh percaya sangat.

Ermm...mungkin juga gadis bertudung tu..


Thursday, November 17, 2011

Penconteng Dan Choki-Choki

Salam diucapkan kepada pembaca semua. Cium pipi kanan, cium pipi kiri. Muahx3 ! kahkahkah.. Soryyy ! Penconteng bukan orang yang menggeletis serupa orang tak berfikir . Haha. Kembali lagi ke segmen bersama penconteng pada kali ini. Maaf lama mendiamkan diri disebabkan penconteng terlalu busy dengan hal duniawi. Kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak membaca blog ini, penconteng sekali lagi mengulangi perkataan ini “saya tak pandai, tapi tahulah sikit. orang nak baca takkan kita nak kedekut pulak” ..

Mari kita mulakan…..

Cerita ini bermula pada tahun 1998, waktu itu penconteng masih lagi berumur 11 tahun. Semangat nak jumpa Farah memuncak tak tentu hala. Penconteng tebalkan muka beberapa inci lebih daripada biasa.Bontot dilabuhkan atas kerusi empuk bas sekolah yang dah carik-carik kesan kena toreh dengan pisau lipat. Penconteng diam, pandang ke kasut. Cuak juga.

Penconteng pandang Farah, Farah pandang penconteng. Penconteng senyum, Farah balas semula. Pehhhh ! Itu jam juga penconteng cair macam ais . kahkahkah. Itulah pertama kali penconteng dicairkan dalam hidup. Tak sia-sia penconteng berlatih senyum depan cermin malam sebelumnya. Ikut kira-kira ada hampir 25 kali juga penconteng buat latih tubi senyum depan cermin malam tu.

‘ Sejarah mungkin berulang…. Walau engkau ku lepaskan oh kekasih… tapi mungkin hanya sementara… ‘

Lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang” yang tengah top bukan main masa tu berkumandang dalam bas, sangat kena dengan situasi dan betul-betul buat semangat penconteng jadi lain macam pergi dia. Penconteng buka  zip beg galas, choki-choki penconteng bawa keluar. Si Farah sengih manis pandang penconteng.

“Abang pon makan choki-choki ?” tanya Farah . Suara manja-manja Farah buat penconteng makin geram. Kelopak- kelopak bunga mula mekar dalam hati. Sungguh pheeeewwwiiittt sekali saat dan masa itu.

“Mesti. Sedap gila benda alah ni. Awak nak satu ?” penconteng hulur sebatang choki-choki pada Farah.

“Saya Fahsha,” penconteng hulur salam. Farah buat muka pesen orang nerves.

Itu jam penconteng rasa macam nak menggulupur bawah seat bas sekolah. Sumpah penconteng ingat babi saja yang haram dipegang. Tapi masa tu dan ketika tu, penconteng rasa penconteng dengan babi dah level-level. Kahkahkah.

Choki-choki penconteng telan rasa kelat.

-Nah… amik korang!!. Penconteng dapat email dan msj suruh cerita pasal cinta. Itu penconteng puya cerita cinta zaman muda-muda dahulu. Xpayah pikir-pikir. Hanya membaca di kala otak sedang sebu.

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad.