Thursday, March 22, 2012

Dari Berbual - Lu orang pernah putus cinta ??

Pernah putus cinta? Kalau pernah bagus. Lu orang sesuai baca entri penconteng kali ni.


Penconteng tertanya-tanya macam mana sakitnya lu orang putus cinta. Jangan tanya penconteng sebab penconteng dah kompem-kompem pernah putus cinta dan kompem-kompem tahu macam mane sakitnya putus cinta. Penconteng putus cinta macam makan nasi kerabu. Memang susah la penconteng nak makan nasi kerabu tu. Penconteng cuma nak tahu macam mane orang lain rasa ?

Ada rasa macam nak guling-guling tahan perasaan ? Ada rasa macam hidup lu orang dah kiamat ? Ada rasa macam lu orang gila-gila kumpul duit nak beli satria neo tapi bila dah cukup duit lu orang baru tahu satria neo ada dua pintu je ? Ada rasa macam nak hisap rokok punya gila tapi satu sen pon takde ?

Sekarang penconteng nak tanya apa kesan putus cinta pada lu orang ? Terus fedap dengan cinta ? Terus anggap semua lelaki or perempuan celaka macam ex lu ? Terus anggap nyawa lu yang tuhan bagi dah tak bernilai ? Terus fobia tengok model ke, lalu simpang yang ada pokok mangga ke, makan nasi lauk sambal sotong ke ? Ade ade ade ?

Rileks la. Cinta itu pinjam-pinjaman. Lu orang patut bertuah kalau pernah putus cinta sebab tak semua orang mampu putus cinta. Kalau lu baru putus cinta buat kali pertama dan terus tutup hati lu orang, macam mane lu nak dapat peluang putus cinta lagi.

Penconteng tak salahkan kalau lu orang nak rabak. Nak rabak pun rabak la tapi agak-agak boleh. Ni sampai 3-4 tahun pon rabak lagi celaka apenye ye dak ? " Not everyone heal as fast as you logan " . Yup, penconteng tahu kita semua bukan Wolverine tapi boleh kan kalau kita buat-buat kental macam Wolverine.

Rabak tu pon satu anugerah. Time kita rabak la kita akan mampu berfikir dengan tenang. Otak kita akan automatik kaji apa salah dan silap kita. Hati kita akan mula buang benda-benda yang tak sepatutnya ada.

Mana-mana yang tak berjaya melalui tempoh rabak ni akan terjun dari bangunan, terjun dari keretapi, terjun dari jambatan, terjun dari air terjun dan bermacam-macam gaya terjunan lagi. Penconteng macam boleh tahu apa yang spesies ni fikir.

Lu orang ingat kalau lu orang makan ubat nyamuk, telan ubat gegat ni ex lu akan simpati dan balik semula pada lu kan? Tak pun lu anggap kalau lu buat macam tu lu akan berjaya hukum ex lu dengan buat dia bersalah sampai mati.

Faking mendenye !! Percaya cakap penconteng, paling kuat pon dia akan rasa bersalah dalam setahun je. Tapi agak-agak macam mane perasaan family lu yang lu takde niat pon nak hukum diaorang ? Agak-agak ada tak diaorang bersedih dalam setahun je ?


Kacak macam mana pon lu, bidadari macam mana pon rupa lu, kaya macam mana pon poket lu, murni macam mana pon hati lu, lambat-laun setiap orang akan putus cinta. Cuma bezanya sama ada ajal atau benda-benda keduniaan je yang akan buat lu putus cinta.

Kepada mana-mana puaka yang masih stalk lagi ex diaorang, cukup-cukuplah,yang masih rabak tak tentu hala, sudah-sudahlah, yang terus tutup pintu hati, bukak-bukaklah, yang terus salahkan semua benda, agak-agaklah..

Jangan buat ex lu mcm hanging spirit. Lu yang buat dia menghantui lu. Lu yang buat dia tak nak pergi tinggalkan lu. Lu yang buat dia terperangkap dalam diri lu sampai bila-bila. Bebaskan sajelah diaorang. Penconteng selalu anggap ex macam saka. Senang nak dapat, susah nak buang, bahaya kalau simpan. Kakakaka

Jadi, bersedialah untuk putus cinta dan bersedialah untuk jatuh cinta lagi sebab kita tak akan pernah tahu apa akan jadi esok hari.



P/s : Hai cik Ampang !!kehkehkeh..

Tuesday, March 20, 2012

Lu orang nak kaya dengan cepat ?? sila baca..

Okay, penconteng macam dah sihat sikit dari accident hari tu.Penconteng syak puaka yang bawak motor dengan penconteng aritu noob lagi pesen budak baru nak naik. Baru belajar dua tiga kali corner dah bersepahsekali dengan penconteng. Jadi penconteng rasa penconteng tangguhkan dulu niat penconteng nak pergi berubat kat himalaya tu. Lagipon penconteng makin tawar hati bila dengar citer yang makwe-makwe Himalaya ni takdela cantik sangat. Tak comel macam makwe Ampang.

Kembali pada tajuk, penconteng yakin semua orang dalam dunia ni nak kaya. Siapa tak nak kaya dia bodoh. Senang citer, dengan bantuan encik gugel, penconteng dah berjaya temui rahsia untuk jadi kaya dalam jangkamasa yang pendek. Dekat bawah ni penconteng senaraikan cara-cara terunggul untuk lu orang menjadi kaya dengan sekelip mata.



  1. Join MLM
  2. Main Nombor Ekor
  3. Rompak Bank
  4. Kahwin dengan orang kaya
  5. Jadi ahli politik
  6. Login facebok tiap-tiap minit ( ok, yang ni memang faker !! )

Selepas dianalisis, penconteng amat pasti yang cara no 1 adalah mitos semata-mata. Kekayaan yang ditunjukkan budak-budak MLM ni hanya fiction semata-mata. Dalam senarai 10 orang paling kaya dalam dunia hatta di Malaysia sekali pon takde sorang pon dari diaorang ni yang penconteng tengok ada business MLM. So, sape yang join benda jadah ni sila rase loser sekarang.

Cara no 2 pulak tidak begitu praktikal melainkan jika lu orang mempunyai tuah tanpa tolok banding nya. Tapi jika lu orang selalu jatuh longkang, kene kejar dengan anjing, hari-hari kene rejek, sila abaikan cara ni. Lagipon penconteng dengar sape makan duit dengan cara no 2 ni hidup dia tak tenang.

  Penconteng mencadangkan cara no 3 ni hanya kepada sesiapa yang memiliki hati kering. Kalau dengar bunyi anjing melolong malam-malam pon dah goyang, sila cuba cara lain. Cara ini juga mempunyai kelemahan iaitu lu org terpaksa berkongsi dengan partner in crime lu org. Kalau duit rompakan tu 100K pastu nak bahagi pulak dengan 2-3 orang sangat la cilakenye. Ape jadah gertak-gertak cashier, elak-elak peluru senapang patah, kejar-kejar dengan polis pastu dapat 30K lebih sorang je ye dak ?

Cara no 4 sedikit taktikal. Lu orang memerlukan skill yang tinggi jika mahu cuba menjadi kaya. Dengan cara ni, nak goda orang kaya bukan senang, Pastu nak pujuk-pujuk suruh kahwin dengan lu orang pulak. Ape lu orang ingat orang kaya ni bodoh ke nak kahwin senang-senang macam tu je ? Kalau diaorang bodoh takde la diaorang kaya ye dak ?

Ok, cara no 5 adalah cara yang penconteng rasa paling berkesan untuk kaya dengan cepat. Nak jadi ahli politik takde la susah sangat sebenarnya. Lu orang hanya perlu tahu membodek, menipu, bercakap dengan lantang, pandai carut-carut sikit dan mencari kelemahan atau 3gp pihak lawan. Itu saje. Senang bukan ?

Cara no 6 dan last sekali tu penconteng malas nak cakap banyak. Tengok pon penconteng dah menyirap. Ape jadah cara ni boleh keluar kat gugel pon penconteng tak tahu. Orang pertama yang keluarkan idea tentang cara ni memang genius dan orang-orang yang terpedaya pulak memang bangang. Pustop !!
 
Penconteng nak ucapkan tahniah kepada Amir kechik dan Madihah kerana berjaya melansungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. Lu orang bernasib baik woii puaka macam penconteng tak dapat datang.

Sunday, March 11, 2012

Tips percintaan bersama penconteng.

Penconteng pernah bagitahu untuk menjayakan sebuah siri percintaan, lu orang perlukan tiga benda.tarikan molekul, persamaan kuantum dan timing. Atas permintaan seorang puaka, penconteng akan terangkan dengan lebih padu dan mendalam apakah 3 benda yang penconteng bagitahu tadi. Semoga lu orang dan penconteng sendiri akan mendapat moral dari apa yang penconteng akan perkatakan.


Pertama sekali ialah tarikan molekul. Lu orang mesti tertarik pada pasangan lu orang. Tak kisah la apa benda sekalipon yang  lu orang tertarik. Mata bulat ke, bibir comel ke, pipi merah-merah ke, rambut melayang ke, bijak pandai ke, sopan santun ke, gaya tulisan ke, manja macam kucing ke yang penting lu orang tertarik.

Bila lu orang tertarik pada sesuatu yang ada pada seorang makwe atau pakwe, secara autometiknya lu orang akan jadi suka. Suka tu pulak boleh jadi cinta. Tapi ada satu benda yang lu orang perlu ambil notes, makwe atau pakwe tu jugak mestilah tertarik pada lu orang, kalau lu orang je tertarik tapi makwe tu tertolak tak jadi jugak ye dak ?

Kedua, persamaan kuantum.benda ni lebih melibatkan perasaan. Perasaan lu orang mesti sama dengan perasaan makwe/pakwe tersebut. Benda ni semua perlukan kimia. Kalau benda dalam hati lu orang tak sama dengan apa yang dalam hati orang yang lu suka, lu orang akan jumpa jalan yang sukar.

Yup, maybe dia tertarik pada lu tapi soal perasaan ni subjektif. Penconteng ambil penconteng sebagai contoh, penconteng tertarik pada ramai orang. Mila Kunis, Winona Ryder, Mary Stuart Masterson, awek keje kedai henset kat Alamanda, makwe Seven-E dan banyak lagi. Tapi tak semestinya penconteng ada perasaan kat diaorang. Melainkan Cik ampang.

Cilake.. macam mane entah penconteng nak terangkan ni. Macam ni la, penconteng mungkin suka diaorang secara zahir tapi bukan secara batiniah. Lu orang tak faham lu orang loser. Habis cerita. Bila lu dengan makwe/pakwe lu sama-sama tertarik, sama-sama ada perasaan, lu orang perlukan benda yang terakhir iaitu timing.

Penconteng dapat tahu pasal timing ni dari seorang puaka atau mangkuk yang lebih jahat dari penconteng. Untuk menamatkan percintaan lu orang ke jinjang pelamin atau ke akhir nyawa lu orang perlukan timing yang maha tepat. Timing memainkan peranan penting hubungan lu orang akan berjaya atau lu orang akan rabak akhirnya. Boleh jadi jugak lu orang akan hisap dadah atau bunuh diri kalau hati lu orang tak kental.

Boleh jadi lu orang sama-sama suka tapi sekarang makwe/pakwe tu nak pikir benda lain lagi. Boleh jadi pakwe tu nak hantar mak dia naik haji dulu so lu fedap tunggu last-last tak jadi apa. Maksudnya timing lu tak betul. Atau lu dah ready tapi makwe tu tak ready lagi, sekali lagi ia takkan hasilkan apa-apa.

Seorang puaka pernah usha sorang makwe ni. Masa puaka ni betul-betul suka, makwe ni tengah belajar lagi, so diaorang takde apa-apa. Bila makwe tu dah habis belajar dan dah ready puaka tu pulak tengah rabak dengan masalah family jadi dia tak pikir pasal makwe ni tadi. Bila dah dua-dua dah ready puaka ni tikam orang pulak so sekali lagi diaorang takde chance untuk bersama. Bila puaka ni dah jadi baik, makwe ni pulak dah jadi tunang orang.

Last-last puaka ni kenal sorang makwe dekat facebook. Kenal tiga bulan terus kahwin pastu. Maksudnya kalau timing betul memang takde hal, yang susah bila timing lu orang lari. Perlukan waktu yang tepat, keadaan yang tepat, orang yang tepat dalam percintaan.

Pendek kata, lu orang perlukan ketiga-tiga benda yang penconteng cakap tadi. Kalau salah satu takde lu orang kena percaya yang jodoh takde. Penconteng berdoa yang lu orang dapat cari ketiga-tiga benda tadi dalam hubungan lu dan seterusnya bahagia. Jika tidak sampai sudahlah tiada season finale dalam hubungan lu orang.




Penconteng harap penconteng akan terus kental walaupun tak jumpa tiga benda ni.heh.


Friday, March 9, 2012

3 cerita dlm satu entri. Cool jugak ye dak ?

i
tengah penconteng asyik melayan layang-layang di udara, datang sekumpulan makwe dekat dengan penconteng." main layang-layang sorang je ke ? ", tanya salah seorang sambil buat aksi gedik. Soalan macam cilake macam ni memang tak pernah membuka selera penconteng untuk menjawabnya. Penconteng bukak cap, tunjuk rambut pendek penconteng tanda hati penconteng sudah dimiliki. Makwe-makwe tadi mengeluh. Penconteng senyum puas.


ii
Malam tadi ketika penconteng sedang menikmati nasi goreng di sebuah kedai siam, ada seorang brader ni dah bikin hati penconteng panas. Cakap dalam telefon bukan main kuat mengalahkan guna pembesar suara. Dengan muka macam orang jahat citer Bukit Kepong, badan spesies beruang dan perasan gengster dah cukup buat semua orang menjeling benci.termasuk penconteng.

" demo ghoyak jah nok setel guano ?!! " kawe boley kasi ejah dengan budak-budak kawe ", cakap mangkuk tadi tu dengan suara kuat macam ifrit utama. Penconteng bangun terus pecahkan botol sos tanda protes. Terus mangkuk tadi pura-pura habis kredit.

iii
Sedang penconteng sibuk melayan peminat di facebook, tiba-tiba hati penconteng jadi rindu. Terus penconteng layan utube bertalu-talu dengan minuman terakhir di atas meja. Penconteng turun dapur buat air ribena. Penconteng syak hanya air ribena mampu mengubat kerinduan penconteng. Sengaja penconteng letakkan beberapa kiub ais tanda rindu penconteng itu sudah bertukar menjadi rindu dendam.

Dalam perjalanan naik semula ke atas rumah, penconteng ternampak sepasangan cicak sedang memadu kasih. Hati penconteng diserang cemburu. Penconteng ambil botol bedak terus tuju tepat kena salah sekor cicak tersebut. Entah jantan entah betina yang kena penconteng kurang pasti.

Penconteng duduk semula depan laptop. Baru penconteng nak buat aksi seterusnya tiba-tiba imaginary friends penconteng menyampuk, " sudah-sudah lah tu.. Cuba tengok kat phone, dah ada mesej dah ".




Satu senyuman manis tiba-tiba terukir di wajah inesen penconteng.





P/s: penconteng nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ampang sebab review blog penconteng. Sempena hari wanita yang masih dirasai ni, penconteng bagi sedari award tokoh Hari Wanita Sedunia. Pada sape-sape nak tengok siapa Cik ampang, sila terjah facebook  Cik Ampang sebelum penconteng jerut sorang-sorang..


Thursday, March 1, 2012

Dari berbual - Kisah Darma



Time penconteng kecik-kecik dulu, nak pergi mengaji memang agak mencabar. Laluan nak ke tempat tok guru ajar mengaji tu lagi mencabar dari laluan amazing race. Sebab tu kadang-kadang penconteng lagi betah duduk kat rumah dengar radio daripada pergi mengaji ni..

Masa tu jalan bukan bertar macam sekarang ni. Aman Shah pon tengah glamer lagi. Masa tu kalau ada orang sebut fesbuk mahu penconteng ingat fesbuk tu sejenis permainan rakyat. Dalam kampung penconteng, rumah tok guru ajar mengaji tu paling hujung sekali. Pesen tak nak orang kacau dia qiamulail agaknya.

Sebelum rumah tok guru ajar mengaji tu pulak, ada sebuah rumah yang cukup buat penconteng berdebar time nak lalu. Rumah tu dihuni oleh seorang brader yang cukup misteri. Penconteng kasi nama Darma la kat brader ni bagi menambahkan lagi elemen misterinya. Kang kasi nama daniel tak kena pulak dengan cerita.

Masa penconteng umur 7-8 tahun, Darma ni dah berumur 30-an penconteng agak. Pesen hidup sorang-sorang, Tak banyak bergaul. Muka memang barai habis, masa tu kalau orang guna simpulan bahasa buruk macam Darma memang takde sape-sape pon boleh bangkang..

Tapi satu keistimewaan Darma ni, suara dia sangat sedap Kalau penconteng yang taste tinggi ni cakap sedap memang betul-betul sedap la maknanya tu. Kalau dengar dia mengaji boleh meleleh air mata dibuatnya.

Ada satu masa tu, Darma ni dah hilang time masuk dalam hutan cari buluh. Orang kampung masa tu dah puas cari tak jumpa-jumpa jugak. Masa tu kalau Harian Metro dah ada mahu masuk page depan kes kehilangan Darma ni. Dua tiga minggu jugak la dia hilang dan tiba-tiba muncul balik..

Comeback yang Darma ni buat memang jadi buah mulut orang kampung. Darma dah mula berperangai lain macam. Cakap sorang-sorang, menyanyi sorang-sorang dan bila tengah berjalan pulak tangan dia tu dah macam gaya tengah pegang tangan orang..

Orang kampung kata Darma dah termasuk kampung bunian sebab tu jadi sewel macam tu. Kesian Darma, dah la sewel, buruk pulak tu. Oleh sebab itu, kecut perutnya jadinya bila nak melintas rumah Darma tu time nak pergi mengaji.

Kadang-kadang tengah lintas rumah Darma tu, terdengarlah Darma macam tengah cakap seseorang dalam rumah. Kadang-kadang dengar die menyanyi. Tapi lagu yang dia selalu nyanyi tu memang penconteng kasi double thumbs up.
Tak pernah penconteng dengar lagu sedap macam tu. Dia punya melodi tak macam melodi tipikal komposer melayu. Penconteng syak kalau bagi intro lagu tu je kat edry kru mahu dia givap terus buat buat lagu. Sedih sebab baru tahu lagu dia buruk rupanya kalau nak dibandingkan dengan lagu yang Darma nyanyi tu.

Suatu hari tu, baru penconteng dan budak-budak kampung penconteng nak melintas rumah Darma, kitaorang nampak Darma tengah elok duduk kat serambi rumah dia. Sorang pon tak jadi lintas, masing-masing menyorok belakang pokok puding. Mana yang ingat Tuhan tu terus baca muqaddam pelan-pelan.

Darma yang tengah elok duduk termenung pandang ke hutan depan rumah tiba-tiba berdiri tegak. Penconteng dan yang lain-lain mula berdebor. Darma mula turun dari tangga rumahnya dan kitaorang makin tak keruan..

" tunggu !!!!!!!!!!!! "

Dengar je jeritan Darma tu, semua pakat lari menyelamatkan diri. Tapi penconteng tak rasa takut sangat sebab kawan penconteng ramai lagi yang gemuk, kelajuan pon mestilah tak boleh lawan penconteng ye dak? Sambil berlari penconteng sempat menoleh ke belakang dan melihat Darma berlari tanpa memakai selipar masuk ke dalam hutan.

Malam tersebut merupakan malam terakhir penconteng melihat Darma. Sampai sekarang tak seorang pon yang tahu nasib Darma. Rumah dia pon dah lama runtuh. Penconteng syak dia dah berlari sampai ke hutan North Carolina nun.

Tapi malam tadi, tengah penconteng minum air tiba-tiba penconteng tersentak. Peluh dingin jatuh berderai-derai. Dada berdebar-debar satu lain macam. Spirit brader-brader hilang sama sekali.




Bila penconteng terdengar lagu yang Darma pernah nyanyi dulu sayup-sayup dibawak angin.




P/s: Darma, jangan gurau kasar dengan penconteng boleh ?