Wednesday, January 4, 2012

Sayang mama tak ??


Semua orang ada mama. Tak kiralah siapa mereka pon. Kontraktor, presiden, mat rempit, bangla pam minyak, indon jual ikan, penagih dadah, budak tadika atau iron man sekalipon. Mereka tetap anak seseorang. Siapa-siapa yang kata dia takde mama memang penconteng terajang sampai senak.

Kalau tanya soalan sayang mama ke tak, penconteng yakin hampir 80% akan jawab ya yang diaorang sayang mama diaorang. Tapi sayang macam mana penconteng tak kompem. Ada yang cakap sayang tapi bila mama marah menjawab. Ada yang cakap sayang tapi bila mama suruh buat apa-apa, macam-macam alasan yang keluar. Ada yang cakap sayang tapi bukan sayang mama sangat, sayang duit mama.

Cuba lu orang tanya diri sendiri yang lu orang masuk kategori sayang mama yang macam mana ? Yang sayang mama betul-betul tu bagus la, yang sayang mama main-main boleh la bawa-bawa belajar. Kalau dengan bf/gf boleh cakap " i love u " belas-belas kali sehari tak kan dengan mama cakap sekali sehari pon tak boleh kan ? Tak yah la nak save sangat perkataan tu ngan mama.

Penconteng tahu ada yang tak suka mama dia. Ada yang bertahun-tahun tak tegur mama dia. Tapi fikir-fikirlah jahat manea pon dia, teruk macam mana pon sikap dia, dia tetap mama lu orang. Beralahla sikit dengan mama. Mama dah tua, lu org muda lagi. Buatnya esok tuhan ambil mama, lu orang juga yang menyesal.

Tak payah tunggu hari ibu baru nak wish, hari-hari nak wish pon tak ada siapa marah. Ni penconteng ingat penconteng nak buat group fesbuk, " SIAPA SAYANG MAMA DAPAT RM100 ". Apa-apa pon terima kasih kepada semua yang bergelar mama, ibu, mama, mummy, umi atau apa-apa panggilan yang lu org panggil sekalipon.

Terima kasih kerana memberikan kita seorang Einstein. terima kasih kerana melahirkan seorang Alex Ferguson. terima kasih kerana menyusukan berpuluh-puluh Ultraman. Terima kasih kerana melahirkan makwe taman cahaya. Terima kasih kerana mendodoikan seorang Mariah Carey. tanpa cinta anda siapalah kami. Terima kasih untuk melahirkan kami. Jika kami baik, ini semua sebab anda dan jika kami jahat, kami sendiri yang mencarinya.


mama,  I LOVE U !!! ngeeee..

1 comment:

Anonymous said...

tmn cahaya? umh aku!