Tuesday, January 10, 2012

Hapy Birthday Cik Ampang.


Malam ni tepat pukul 12, penconteng syak nak ucap Selamat Hari Kejadian kat Cik Ampang. Nak bagi hadiah, itu tak kan penconteng nak post kat sini tunjuk kat lu orang ye dak ? Macam bangang jadinya nanti. Memang tak urban la kalau penconteng memalukan diri dekat sini  depan lu orang semua. Nak-nak depan puaka dan syaitan yang kenal penconteng macam Amir, Khalid, Fik, Razi. Itu baru puaka di tempat kerja. Kalau puaka dekat rumah pula memang jahanam dibuatnya nanti.

Jadi, penconteng nak kasi ni kat Cik Ampang. Kalau gaya dan bunyi penconteng taip nanti dah lain macam, lu orang buat steady je la. Tak kan birthday orang pon penconteng nak buat macam cilake jugak. Kalau ada yang muntah, memang penconteng harapkan. Penconteng pedulik apa. Kahkahkah. Penconteng buat khas ni untuk Cik Ampang. Sape gelak memang nak kene terajang sorang-sorang.



Kau bilang tak punya apa-apa,
Aku fikir kita masih punya masa,
Untuk kau merasa sesuatu adanya,
Selamat Hari Lahir yang ke dua puluh tiga.

Jika kau hidup enam puluh tahun lamanya,
Berikan aku tiga puluh tujuh tahun bersama,
Untuk kau merasa gembira,
Merasa bahagia.

Tapi jika kau hanya punya lusa,
Ku pastikan hari esok,
Kau merasa bagai hidup,seribu tahun kiranya.



P/s :Penconteng serius, sape gelak dia bangang ! Agak-agak bila cik Ampang dapat mesej macam ni daripada penconteng apa respon dia ?

2 comments:

Anonymous said...

aku rase bila cik ampang baca..dia pun gelak tapi ko jgn cakap dia bangang...nanti aku jugak yang susah..kahkahkah

JImmy said...

Fuh, dah macam puakau jiwang pulak kau ni. Nak rampas takhta aku ke kecik?