Friday, December 16, 2011

Power, power, power.


Dua tiga hari ni kepoweran penconteng semakin menjadi-jadi. Semua benda penconteng lakukan secara kemas dan power. Mandi dengan power, Zip seluar dengan power, makan nasi dengan power, usha makwe dengan power, dikejar anjing dengan power dan mencarut dengan power.

Pendek kata,power,power,power..

Sejajar dengan diri penconteng yang power, penconteng menyedari sesuatu yang ganjil berlaku di taman perumahan penconteng. Kutu-kutu yang selalu bersembang dari petang sampai ke subuh dah tak nampak batang hidung masing-masing. Yang masih setia dengan scene bersembang hanyalah makcik-makcik di depan rumah taman perumahan.

Kalau nak diikutkan, memang penconteng boleh masuk korum join bersembang dengan hanya membawa bekal cerita Sinetron Indonesia pukul 3 petang, tapi masalahnya penconteng khuatir penconteng akan kelihatan tidak power jika melepak bersama makcik-makcik. Ini tak boleh jadi, penconteng terlalu power untuk duduk diam tanpa buat sesuatu!

Penconteng ambil keputusan untuk melepak seorang diri. Ini memang kerja power! Sambil duduk melepak depan laman rumah, penconteng patahkan ranting-ranting kayu yang bersepah di atas tanah depan laman rumah penconteng. Selepas dipatahkan penconteng membaling pula ranting itu dengan begitu power. Alangkah powernya jika penconteng mempunyai seekor anjing, sudah tentu penconteng dah boleh arah anjing penconteng ambil semula ranting tu.

Baru sahaja penconteng nak melepak secara power, penconteng dikejutkan dengan kedatangan sesuatu. Datangnya seperti awan putih yang berkepul-kepul menusuk hati. Senyumannya pula membawa maksud yang penuh erti. Ucapannya pula tak patut penconteng nanti-nanti. Dengan power, penconteng melesapkan diri dengan segera.




Barulah penconteng sedar rupa-rupanya penconteng tak berapa power lagi nak handle geng tabligh..

No comments: