Saturday, December 17, 2011

Kena dajal dengan budak kecik akhir-akhir tahun ni memang tak cool.

Gambar hiasan ( anak buah penconteng yang sgt cool )


Tahun pon nak berubah angka dah ye dak ? Setakat penconteng tulis entri baru ni, satu azam baru penconteng pon takde yang tertunai lagi tapi apedehal setahun ade 365 hari  ye dak? lagipon azam baru ni kite tak boleh fokus sangat, makin kita fokus makin lari benda tu.

Baru-baru ni penconteng mendapat permintaan dari seorang puaka untuk menjenguknya di rumah. Suara dalam telefon macam biasa-biasa je kalau suara dah semput-semput tu risau jugak penconteng takut dia tengah nazak sorang-sorang kat rumah. Tapi kawan punya pasal penconteng gagahkan juga diri penconteng pergi rumah dia, scene nampak mayat tergantung depan mata bila buka je pintu rumah dah terbayang-bayang kat kepala.

Puaka ni duduk rumah flat,tingkat 20 iaitu tingkat yang paling atas sekali. Oleh sebab itu penconteng terpaksa menggunakan lif, kalau kenang-kenang balik memang malu orang gagah macam penconteng ni guna lif. Badan tengah sedap tapi guna lif memang tak elok kalau diketahui umum.

Penconteng naik juga lif sebab dua benda. Satu sebab faktor kerisauan, cuba bayangkan kalau penconteng sampai je tengok dia dah berbuih mulut,sampai je hospital dah terlambat, nak-nak pula kalau doktor tu keluarkan ayat, "kalaulah awak hantar dia ke hospital awal 5 minit, mungkin dia boleh selamat". Mahu tiap-tiap malam dia datang kacau penconteng. Tak sanggup, tak sanggup.

Sebab kedua ialah kerana penconteng menahan kencing dari dalam kereta lagi. Tahan kencing ni lagi seksa dari tahan tunggu turn pergi haji. Time ni memang satu benda pon tak pikir, kalau makwe ajak bermesra pon ada chance kena sergah saje-saje.

Masuk je pintu lif, ada sorang budak dalam umur 5-6 tahun masuk sekali dengan penconteng. Boleh tahan comel dan sebab penconteng memang pesen lelaki yang penuh sifat kasih sayang dan kebapaan penconteng passing satu senyuman manis pada budak tu.

Tanpa berlengah penconteng tekan butang tingkat 20, budak tu pulak sambil melompat tekan butang tingkat 18. Baru je lif panjat naik setingkat, budak tu tekan pulak butang tingkat 3, penconteng biarkan saje, mungkin nak pergi rumah kawan dia kot.

Sampai je tingkat 3, budak tu tak keluar jugak. Bila penconteng pandang dia, dia buat muka paling inesen kat dunia. Pintu lif tutup je, budak ni dah tekan butang tingkat 5 pulak. Penconteng dah mula tak sedap hati, dia tak tahu ke penconteng ni tengah tahan kencing? Dem betul !!

Sampai tingkat 5 sekali lagi dia tak keluar, muka wat bodoh je. Penconteng dah mula menggelabah bila dia tekan pula butang tingkat 8. Pencontng urut dada sambil cakap," all is well, all is well". Kalau dia tak keluar juga kat tingkat 8 ni memang penconteng plan nak hentak kepala budak ni kat dinding lif.

Sampai tingkat 8, budak ni keluar. Penconteng dah mula tarik nafas lega, tapi belum sempat pintu lif tutup dia dah masuk balik semula. Penconteng kasi satu jelingan makrifat yang cukup real kat dia dan dia senyum sambil balas pendek," salah tingkat pulak ". Kali ni dia tekan pula butang tingkat 14.

Time ni penconteng dah tak nampak raut comel dah kat budak ni melainkan wajah yang cukup sesuai untuk penconteng carut dan campak keluar dari pintu lif. Sampai je tingkat 14 penconteng dah berdebar lain macam, berdebar tahan kencing satu perkara, berdebar tengok perangai nirojimm budak ni satu perkara lagi.

Penconteng dah mula pasrah bila sekali lagi dia buat muka rileks dan buat satu lompatan ringkas tekan butang tingkat 17. Bila sampai je tingkat 17 dan dia still tak keluar lagi penconteng dah mula meletup dan keluarkan dialog," woi, ni nak naik tingkat baper ni? tingkat neraka jahannam? "

Paling penconteng tak boleh percaya dia boleh ketawa sambil pura-pura betulkan selipar. Memang dari tadi pon penconteng perasan dia pakai selipar terbalik. Bongok punya budak.

Lif panjat naik setingkat lagi, penconteng dah mula rasa tak keruan. Ni buatnya dia tak keluar jugak memang penconteng jadi pembunuh hari tu. Penconteng akhirnya lega lepas dia betul-betul keluar kat tingkat 18.

Bila pintu lif tertutup tak sampai separuh, penconteng mula tak percaya dengan cara ibubapa didik anak diaorang sekarang bila penconteng lihat satu tangan kecil masuk dari celah pintu lif


 dan tekan butang loceng kecemasan.


No comments: