Tuesday, October 25, 2011

Editor - Wahh ! Ulang tahun lah...Gila !

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia dan pembaca yang tersangkut disini akibat tertipu dengan search engines yang cuba membantu. Sumpah, tidak sedikitpun kejadian blog ini untuk mencari duit-duit tabung daripada kehadiran anda ke blog ini (jika anda tersangkut, bukan atas kehendak penconteng). Tiga tahun sudah, blog ini masih berdiri tanpa wang saguhati. Sekadar bermodal keihklasan dihati, dengan niat ingin berkongsi.

  Beberapa pembaca yang mengenali penconteng secara dekat ada yang menegur, sudah lama tiada post-post yang panjang lebar dan membawa mereka ke dunia angan-angan. Jika mereka semakin serius membaca post-post dari penconteng, maka penconteng akan semakin serius menconteng pada tahun kedua blog ini. Terima kasih di atas feedback yang diberi, tidaklah penconteng terasa seperti bercakap dengan cawan. =) 

  Blog ini sebenarnya belum memasuki fasa kedua lagi, tahun-tahun sebelum ini hanya sekadar percubaan. Cuma geli-geli sebelum melakukan yang lebih dahsyat. Muahahaha.. =) Penconteng masih cuba untuk tidak menyakiti mana-mana pihak dalam contengan blog ini, tetapi isu-isu yang  akan disentuh penconteng selepas ini lebih kepada hal peringatan dan isu semasa yang agak panas. Penconteng akan cuba menulis dengan cara mudah dan ringkas serta poyo santai yang akan membuatkan anda terasa “hahahaha.. siallah mamat ni.. gila poyo..” … 

  Langkah pertama memang yang paling berat. Tahun pertama kejadian blog ini juga terlampau penat. Banyak yang mengeji, menghina dan mencaci. Walaupun hanya sekadar blog yang santai dan tidak cuba menyakitkan mana-mana pihak, sesetengah orang memang tidak mampu menerima penconteng seorang yang mampu menulis. Blog ini boleh diibaratkan seperti seekor anjing yang ditepian jalan, dia hanya duduk disitu memerhatikan sekeliling, sesekali dia menyalak kecil sekadar ingin memberitahu anda dia berada disitu. Lantas anda menyinsingkan seluar, memandang hina kepada anjing itu. Terlampau hebat diri anda hingga anda merasakan kejadian anjing itu terlampau jijik, Anjing itu tidak berhak untuk bersuara. Lantas ada seorang bijak pandai dan berilmu serta baik amalannya, melihat anjing itu dan tersenyum. Kerana yang tahu itu tahu, walaupun najis itu najis, dia disitu ada sebabnya. Tiada hak bagi dirinya untuk menghina anjing itu. Apa hak mereka untuk menghina blog ini? Terlampau hebatkah diri mereka? 

  Hahahaha =) semakin garang bukan gaya bahasa penconteng?

  Selamat ulang tahun fahsha-radhio.blogspot.com.  Kita mulakan tahun-tahun ke depan ini dengan langkah berani, namun masih menunduk sopan. Kita suarakan dengan lantang, tanpa memotong perbualan orang yang lebih berumur/berilmu.. Kita akan cuba mencium bau puncak, tanpa melupakan butiran pasir pantai yang masih melekat di tapak capal. Siapa kita? Ya.. penconteng tidak lagi bersendirian. Kini, anda semua mampu mempengaruhi penulisan penconteng. Email la penconteng idea dan ulasan anda di boy_mirazys@yahoo.com akan penconteng cuba ketengahkan.
 
Pada tahun kedua ini, beberapa kolum baru akan dikeluarkan. Penconteng akan memilih untuk menconteng tentang apa sahaja yang bermain di fikiran. Samaada contengan mengenai pengalaman diri, cerita tokok tambah , fiksyen, perbincangan, angan-angan dan lain-lain. Yang penting, kita ambil peluang untuk memahami dan menghormati jalan orang lain. Memang ada sesetengah jalan itu tidak sepatutnya mereka lalui, tetapi dengan tidak memahami apa dan mengapa mereka lalui jalan itu bagaimana sesuatu itu dapat diubah.  Teruskan tersenyum semua sahabatku, jangan bersedih. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir. =)

Penconteng..... lets roll !!!


Sudah berkelana hamba bertatih-tatih mengaji..berdarah-darah luka berjalan. Ke hutan mencari damai,ke laut mencari tenang. Dagang hamba sekupang dua, upah cik puan berganda-ganda. Nak diluah mati teman, ditelan mati rakan. hamba sepakkan sahaja cawan dimeja, sebelum terseksa kemam rahsia.

Masih lagi berguru,segan malu tersipu.Hamba berjiwa muda adakala marah membara.Buah cempedak diluar pagar,biarlah ia disana. Jika tidak,akan hamba pergi berlayar. Pisang emas pula ditinggalkan di sebelah galah. Apa lagi nak dijolokkan ???

Wahahahahaahahahah!!!!! takyah pening-pening fikir.. aku pun tak paham apa aku tulis.. 

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad

1 comment:

Anonymous said...

syif malam...makin ngantuk aku baca..