Dalam setahun dua tiga kali je
penconteng keluar makan sorang-sorang. Bukan penconteng nak takbur atau lupa diri
tapi lelaki kacak macam penconteng ni memang janggal kalau keluar makan
sorang-sorang. Paling tidak pun kena la ada dua-tiga orang makwe temankan ye
dak?
Tapi malam tadi, penconteng
terpaksa jugak makan sorang-sorang. Lapar punya pasal terpaksa penconteng tolak
tepi prinsip. Sampai kedai makan,semua orang dah usha penconteng semacam. Tak
biasa tengok selebriti gamaknya diaorang ni.
Penconteng ambil port dekat
hujung-hujung sikit,malas nak kena terjah dengan wartawan. Betul-betul depan
meja penconteng ada sorang makcik dengan anak perempuan tengah menjamu selera.
Makcik tu punya dressing ala-ala datin, kalau tak datin pun kompem Ketua Wanita
Cawangan ni. Anak perempuan dia pulak Jerman habis dia punya rupa paras.
Marah betul penconteng bila kedai
makan ni pasang game Chelsea lawan Norwish City. Jenis tak respek Majalah 3.
Kalau game Manchester United takpa la jugak sebab game Manchester United memang
sedap ditonton pun. Tengah penconteng membebel sorang-sorang, budak waiter
datang ambil order jadi penconteng diamkan diri sekejap. Tak sedap pula kalau
dia tengok penconteng cakap sorang-sorang serupa watak sinetron indonesia.
Tengah penconteng sibuk fikir
Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah
kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana
entah. Suasana masa tu memang lain macam, kedai yang tadi bukan main bising
terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.
Sambil buat satu larian padu
penconteng buat satu slide betul-betul tepat kena betis kiri kutu tu. Kalau
masa tu ada refree kompem-kompem penconteng dah kena red card. Bila kutu tu
bangun je, terus dia bangun semula pecut mengalahkan pelesit sambil tinggalkan
handbag atas tanah. Penconteng syak dia pun tahu tak guna nak melawan dengan
orang macam penconteng.
Penconteng bawak balik handbag ke
kedai makan tadi dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah selalu sangat jadi hero
sampai penconteng tak rasa eksaited dah. Makcik tadi terus meluru ke penconteng
sambil terima kasih 4-5 kali. Anak perempuan dia dah main-main rambut tengok
penconteng.
Bila makcik tu hulurkan not RM50 2-3
keping penconteng tolak dengan bersahaja. Mana nak cari dah orang macam penconteng
ni woi! Bila tengok penconteng tolak duit, makcik tu hulur pulak business card
dia sambil pelawa makan nasik kat rumah dia esok. Anak perempuan dia makin
ligat main rambut bila tengok penconteng ambil business card mak dia.
Kahkahkah! Apa lu orang ingat ni
cerita Gila-Gila Remaja ke ape? Macam ni cerita sebenar dia....
Tengah penconteng sibuk fikir
Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk, makcik depan meja penconteng dah
kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana
entah. Suasana masa tu memang lain macam,kedai yang tadi bukan main bising
terus senyap sunyi. Penconteng terus berdiri.
Baru penconteng ambil lajak nak buat
satu larian deras, budak waiter tiba-tiba sampai hantar nasi goreng penconteng.
Penconteng dah mula berbelah bagi, nak- nak pulak bila penconteng teringat
kata-kata mama penconteng iaitu jangan buat kerja dengan perut kosong.
Sambil mengeluh penconteng duduk
semula dan baca bismillah dengan perlahan.
P/s : Kalau nasi goreng penconteng
tak sampai lagi tadi memang ada dua je kesan dia, kalau tak kutu tu teruk
penconteng kerjakan atau blog ni lama tak berupdate.
No comments:
Post a Comment