Showing posts with label Dari Berbual. Show all posts
Showing posts with label Dari Berbual. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Dari Berbual - Lady Of Jalan Bangi.




Penconteng dah perati lama sorang makcik dekat area rumah penconteng ni. Hari-hari dia buat kerja macam biasa, isnin membawak ke selasa, selasa membawak ke rabu, rabu membawak ke khamis dan begitulah seterusnya. Tujuh hari seminggu, tak pernah cuti. Pukul 6 pagi dia dah standby duduk kat port biasa dia dengan sebijik meja. Kadang-kadang dia pakai baju kaler kuning, kadang-kadang kaler merah biji kundang, kadang-kadang kaler hijau pucuk pisang. Pendek kata, ikut dia la nak pakai baju kaler apa pun.

Driver teksi, budak sekolah, brader kerja gomen, abang polis, abang askar, kutu rayau, pekerja mekdi, makwe kilang, kakak cikgu sekolah semua berhenti dekat dia tiap-tiap hari. Pilih-pilih, kasi duit lepas tu jalan. Penconteng syak makcik ni dah banyak berjasa dekat ramai orang. Kalau takde dia kompem ramai orang pergi kerja dengan perut kosong. Bila kerja dengan perut kosong ni, kerja pun jadi tak power sangat. 

Bila kurang power, kurang la produktiviti. Bila produktiviti menurun, sesuatu syarikat itu akan dilanda masalah. Itu kalau pekerja syarikat swasta, kalau pekerja kerajaan macam mana ? Lagilah haru biru, mana yang nak buat kad pengenalan berjam-jam kena tunggu sebab kakak kaunter kerja dengan perut kosong jadi kerja dia tak solid macam biasa. Mana yang nak apply geran tanah pun begitu jugak. 

Budak sekolah belajar dengan perut kosong memang satu ilmu pun tak masuk. Driver bas pulak mulalah drive bas macam celaka sebab lapar sangat. Abang polis tak makan punya pasal mulalah jadi baran semacam. Dekat sini kita boleh tengok betapa pentingnya peranan seorang makcik penjual nasik lemak.

Sekarang ni penconteng nak tanya satu je. Agak-agak boleh ke tidak kita start buat fanpage untuk makcik tu tadi kat fesbuk. Lepas tu kasi la satu title kat dia, baru sedap sikit ye dak ? Kalau tak dapat title " lady of liberty " pun, dapat title  " lady of jalan bangi " pun dah kira ok.


Penconteng harap lu orang boleh pikir serius tentang hal ni..

Saturday, April 7, 2012

Dari Berbual - Rentak

" Enam tahun !! '', kata puaka di sebelah penconteng tiba-tiba. Penconteng dah mula rasa tak sedap hati. Selalunya kalau puaka ni cakap pesen macam tu maksudnya adalah hikayat yang dia nak ceritakan.

"Apa enam tahun ? ", kata peconteng melayankan saja puaka yang sedang membaling-baling batu ke pasir.

"Enam tahun gua tunggu dia. Sabar tak sabar la gua. Lu cakap mana nak cari lelaki macam gua ni ? Sabar, kuat agama, hensem, banyak duit pulak tu. ", kata puaka sambil menepuk-nepuk dada. Penconteng rasa macam nak mencarut tapi penconteng tahankan dulu. Takut-takut si puaka terus merajuk balik rumah..

" Lu dengar nasihat gua ni, kalau lu minat mana-mana makwe, lu cari dulu rentak cinta tu dulu. Nak cari rentak ni bukan kerja senang, mahu makan tahun-tahun jugak. ", sambung puaka serius sambil melukis-lukis di atas pasir dengan ranting kayu. Dia mula melukis gambar love yang agak besar.

Penconteng angguk perlahan..

" Benda ni lebih kurang sama macam nyanyi lagu karaoke. Kali pertama, kali kedua mungkin lu nyanyi tak ikut rentak lagi. Tapi percaya cakap gua, kalau lu teruskan nyanyi mungkin dalam percubaan keseratus ke keseribu ke lu dah dapat nyanyi dengan rentak yang betul. Lagi padu dari penyanyi asal lagu tu sendiri, " kata puaka dengan berspirit.

" Penting sangat ke benda rentak-rentak ni ? ", tanya penconteng sambil menahan rasa nak mencarut sebab puaka ni mengaku hensem sebentar tadi.

" Haah, lu jangan ambil mudah pasal rentak ni. Gua serius nak bagi nasihat kat lu ", jawab puaka sambil tiba-tiba berdiri dan melepaskan keluhan.

" Ok, gua dengar nasihat lu. Tapi apa-apahal pon gua nak tahu, lu cari-cari rentak sampai 6 tahun ni sekarang makwe tu dah suka kat lu la ek ? ", soal penconteng dengan hati membuak-buak dengan perasaan ingin tahu.




" Haram. !! ", jawab puaka ringkas.


Malam itu dengan bersaksikan awan biru di langit, seorang lagi puaka tewas dalam percintaan.

Friday, April 6, 2012

Dari Berbual - god of cookery.




Bila sebut pasal makanan dan masakan, kita akan terbayang golongan mak, chef yang kebanyakannya lelaki, pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Penconteng bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat, jangan risau, penconteng bukan ultras lelaki cuma penconteng nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.

Penconteng percaya golongan makwe terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan makwe sibuk membelek buku resipi, golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka. 

Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.

Fokus ketika memasak. Penconteng sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur, mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri. 

Berlainan dengan golongan makwe yang selalu melakukan kesilapan kedua, tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe, tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi, tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.

Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu, pisau, penapis, blender, bawang, periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.

Cuba bayangkan golongan makwe memasak. Lepas guna piring sebijik basuh, lepas ambil sos tiram simpan semula dalam peti ais, lepas tapis santan, basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan makwe telah membahagikan otak mereka. 

Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka, power jugak ayat  penconteng ni..

Penconteng harap golongan makwe yang membaca entri penconteng ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak, percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika penconteng menulis entri ini, penconteng baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini, penconteng belajar sesuatu, terlalu kreatif juga boleh membunuh.



Maggi goreng asam laksa misalnya..



P/s: Kalau lu orang kata lu orang sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak, lu orang gila !!!

Wednesday, April 4, 2012

Dari berbual - Bukan.

Bukan pelangi namanya jika berwarna satu.
Bukan mentari namanya jika sinarnya gelita.
Bukan sungai namanya jika airnya tidak mengalir.
Bukan pantai namanya jika pasirnya tidak berselerak.

Bukan cinta namanya jika hati tidak terguris.
Bukan kekasih namanya jika tidak pernah cemburu.
Bukan cinta namanya jika air mata tidak menitis.
Bukan pencinta namanya jika tidak pernah merindu.

P/s : Jangan tanya penconteng kenapa tulis entri kali ni macam ni. Penconteng bizi dengan nombor sekarang woii.. Siapa tanya penconteng tendang perot lu orang sampai senak !

Thursday, March 22, 2012

Dari Berbual - Lu orang pernah putus cinta ??

Pernah putus cinta? Kalau pernah bagus. Lu orang sesuai baca entri penconteng kali ni.


Penconteng tertanya-tanya macam mana sakitnya lu orang putus cinta. Jangan tanya penconteng sebab penconteng dah kompem-kompem pernah putus cinta dan kompem-kompem tahu macam mane sakitnya putus cinta. Penconteng putus cinta macam makan nasi kerabu. Memang susah la penconteng nak makan nasi kerabu tu. Penconteng cuma nak tahu macam mane orang lain rasa ?

Ada rasa macam nak guling-guling tahan perasaan ? Ada rasa macam hidup lu orang dah kiamat ? Ada rasa macam lu orang gila-gila kumpul duit nak beli satria neo tapi bila dah cukup duit lu orang baru tahu satria neo ada dua pintu je ? Ada rasa macam nak hisap rokok punya gila tapi satu sen pon takde ?

Sekarang penconteng nak tanya apa kesan putus cinta pada lu orang ? Terus fedap dengan cinta ? Terus anggap semua lelaki or perempuan celaka macam ex lu ? Terus anggap nyawa lu yang tuhan bagi dah tak bernilai ? Terus fobia tengok model ke, lalu simpang yang ada pokok mangga ke, makan nasi lauk sambal sotong ke ? Ade ade ade ?

Rileks la. Cinta itu pinjam-pinjaman. Lu orang patut bertuah kalau pernah putus cinta sebab tak semua orang mampu putus cinta. Kalau lu baru putus cinta buat kali pertama dan terus tutup hati lu orang, macam mane lu nak dapat peluang putus cinta lagi.

Penconteng tak salahkan kalau lu orang nak rabak. Nak rabak pun rabak la tapi agak-agak boleh. Ni sampai 3-4 tahun pon rabak lagi celaka apenye ye dak ? " Not everyone heal as fast as you logan " . Yup, penconteng tahu kita semua bukan Wolverine tapi boleh kan kalau kita buat-buat kental macam Wolverine.

Rabak tu pon satu anugerah. Time kita rabak la kita akan mampu berfikir dengan tenang. Otak kita akan automatik kaji apa salah dan silap kita. Hati kita akan mula buang benda-benda yang tak sepatutnya ada.

Mana-mana yang tak berjaya melalui tempoh rabak ni akan terjun dari bangunan, terjun dari keretapi, terjun dari jambatan, terjun dari air terjun dan bermacam-macam gaya terjunan lagi. Penconteng macam boleh tahu apa yang spesies ni fikir.

Lu orang ingat kalau lu orang makan ubat nyamuk, telan ubat gegat ni ex lu akan simpati dan balik semula pada lu kan? Tak pun lu anggap kalau lu buat macam tu lu akan berjaya hukum ex lu dengan buat dia bersalah sampai mati.

Faking mendenye !! Percaya cakap penconteng, paling kuat pon dia akan rasa bersalah dalam setahun je. Tapi agak-agak macam mane perasaan family lu yang lu takde niat pon nak hukum diaorang ? Agak-agak ada tak diaorang bersedih dalam setahun je ?


Kacak macam mana pon lu, bidadari macam mana pon rupa lu, kaya macam mana pon poket lu, murni macam mana pon hati lu, lambat-laun setiap orang akan putus cinta. Cuma bezanya sama ada ajal atau benda-benda keduniaan je yang akan buat lu putus cinta.

Kepada mana-mana puaka yang masih stalk lagi ex diaorang, cukup-cukuplah,yang masih rabak tak tentu hala, sudah-sudahlah, yang terus tutup pintu hati, bukak-bukaklah, yang terus salahkan semua benda, agak-agaklah..

Jangan buat ex lu mcm hanging spirit. Lu yang buat dia menghantui lu. Lu yang buat dia tak nak pergi tinggalkan lu. Lu yang buat dia terperangkap dalam diri lu sampai bila-bila. Bebaskan sajelah diaorang. Penconteng selalu anggap ex macam saka. Senang nak dapat, susah nak buang, bahaya kalau simpan. Kakakaka

Jadi, bersedialah untuk putus cinta dan bersedialah untuk jatuh cinta lagi sebab kita tak akan pernah tahu apa akan jadi esok hari.



P/s : Hai cik Ampang !!kehkehkeh..

Thursday, March 1, 2012

Dari berbual - Kisah Darma



Time penconteng kecik-kecik dulu, nak pergi mengaji memang agak mencabar. Laluan nak ke tempat tok guru ajar mengaji tu lagi mencabar dari laluan amazing race. Sebab tu kadang-kadang penconteng lagi betah duduk kat rumah dengar radio daripada pergi mengaji ni..

Masa tu jalan bukan bertar macam sekarang ni. Aman Shah pon tengah glamer lagi. Masa tu kalau ada orang sebut fesbuk mahu penconteng ingat fesbuk tu sejenis permainan rakyat. Dalam kampung penconteng, rumah tok guru ajar mengaji tu paling hujung sekali. Pesen tak nak orang kacau dia qiamulail agaknya.

Sebelum rumah tok guru ajar mengaji tu pulak, ada sebuah rumah yang cukup buat penconteng berdebar time nak lalu. Rumah tu dihuni oleh seorang brader yang cukup misteri. Penconteng kasi nama Darma la kat brader ni bagi menambahkan lagi elemen misterinya. Kang kasi nama daniel tak kena pulak dengan cerita.

Masa penconteng umur 7-8 tahun, Darma ni dah berumur 30-an penconteng agak. Pesen hidup sorang-sorang, Tak banyak bergaul. Muka memang barai habis, masa tu kalau orang guna simpulan bahasa buruk macam Darma memang takde sape-sape pon boleh bangkang..

Tapi satu keistimewaan Darma ni, suara dia sangat sedap Kalau penconteng yang taste tinggi ni cakap sedap memang betul-betul sedap la maknanya tu. Kalau dengar dia mengaji boleh meleleh air mata dibuatnya.

Ada satu masa tu, Darma ni dah hilang time masuk dalam hutan cari buluh. Orang kampung masa tu dah puas cari tak jumpa-jumpa jugak. Masa tu kalau Harian Metro dah ada mahu masuk page depan kes kehilangan Darma ni. Dua tiga minggu jugak la dia hilang dan tiba-tiba muncul balik..

Comeback yang Darma ni buat memang jadi buah mulut orang kampung. Darma dah mula berperangai lain macam. Cakap sorang-sorang, menyanyi sorang-sorang dan bila tengah berjalan pulak tangan dia tu dah macam gaya tengah pegang tangan orang..

Orang kampung kata Darma dah termasuk kampung bunian sebab tu jadi sewel macam tu. Kesian Darma, dah la sewel, buruk pulak tu. Oleh sebab itu, kecut perutnya jadinya bila nak melintas rumah Darma tu time nak pergi mengaji.

Kadang-kadang tengah lintas rumah Darma tu, terdengarlah Darma macam tengah cakap seseorang dalam rumah. Kadang-kadang dengar die menyanyi. Tapi lagu yang dia selalu nyanyi tu memang penconteng kasi double thumbs up.
Tak pernah penconteng dengar lagu sedap macam tu. Dia punya melodi tak macam melodi tipikal komposer melayu. Penconteng syak kalau bagi intro lagu tu je kat edry kru mahu dia givap terus buat buat lagu. Sedih sebab baru tahu lagu dia buruk rupanya kalau nak dibandingkan dengan lagu yang Darma nyanyi tu.

Suatu hari tu, baru penconteng dan budak-budak kampung penconteng nak melintas rumah Darma, kitaorang nampak Darma tengah elok duduk kat serambi rumah dia. Sorang pon tak jadi lintas, masing-masing menyorok belakang pokok puding. Mana yang ingat Tuhan tu terus baca muqaddam pelan-pelan.

Darma yang tengah elok duduk termenung pandang ke hutan depan rumah tiba-tiba berdiri tegak. Penconteng dan yang lain-lain mula berdebor. Darma mula turun dari tangga rumahnya dan kitaorang makin tak keruan..

" tunggu !!!!!!!!!!!! "

Dengar je jeritan Darma tu, semua pakat lari menyelamatkan diri. Tapi penconteng tak rasa takut sangat sebab kawan penconteng ramai lagi yang gemuk, kelajuan pon mestilah tak boleh lawan penconteng ye dak? Sambil berlari penconteng sempat menoleh ke belakang dan melihat Darma berlari tanpa memakai selipar masuk ke dalam hutan.

Malam tersebut merupakan malam terakhir penconteng melihat Darma. Sampai sekarang tak seorang pon yang tahu nasib Darma. Rumah dia pon dah lama runtuh. Penconteng syak dia dah berlari sampai ke hutan North Carolina nun.

Tapi malam tadi, tengah penconteng minum air tiba-tiba penconteng tersentak. Peluh dingin jatuh berderai-derai. Dada berdebar-debar satu lain macam. Spirit brader-brader hilang sama sekali.




Bila penconteng terdengar lagu yang Darma pernah nyanyi dulu sayup-sayup dibawak angin.




P/s: Darma, jangan gurau kasar dengan penconteng boleh ?

Wednesday, February 22, 2012

Dari berbual - Kalau nak hisap dadah, biar macam orang pandai sikit.




Masa penconteng buat keputusan nak pergi North Carolina itu hari, ada dua tiga orang puaka ni dah merayu-rayu suruh penconteng pikir balik keputusan penconteng tu, bukan setakat merayu, yang blacmail nak sebarkan gambar-gambar penconteng pon ada. Punyalah diaorang tak nak kehilangan penconteng. So selepas ditolak-tolak, dilambung-lambung, dijentik-jentik, dicubit-cubit, diaikido aikido, penconteng telah buat keputusan untuk menangguhkan dulu niat penconteng untuk ke hutan North Carolina. Harap semua dapat menarik balik ugutan-ugutan yang telah dilemparkan.




Berbalik pada entri sebenar penconteng, penconteng selalu cakap jangan hisap dadah, jangan hisap dadah. Tapi ada jugak yang degil. Jadi pada sesiapa yang masih degil untuk menghisap dadah, penconteng ada sedikit pesanan untuk lu orang.yang hisap dadah boleh teruskan pembacaan,yang tak hisap dadah pergi la buat apa-apa.. Masak-masak ke, tengok tivi ke, jahit langsir ke, bela atap rumah ke, tak kisah la apa-apa.. Jangan lu orang pergi hisap dadah jugak sudah.

Jangan hisap dadah kat rumah flat atau apa-apa rumah yang mempunyai ketinggian melebihi setingkat.lu orang hisap dadah kompem-kompem lu orang 'high' kan. Tak 'high' tak pulak namanya dadah ye dak.? Bila badan lu dah luar kawalan secara automatiknya lu akan jadi manusia paling bengap. Rumah flat 30 tingkat pon lu orang nampak macam kat padang je. Untuk mengelakkan badan lu berkecai jatuh dari bangunan, sila hisap dadah cuma di kawasan yang berparas rendah.

Jangan hisap dadah di kawasan berair seperti lombong, paya, sungai, laut, longkang maha dalam atau tab mandi. Sekali lagi penconteng cakap bila lu jadi manusia paling bengap, ikan sekilau pon lu orang nampak macam ikan duyung. Pastu sorang-sorang terjun tiruk. Apa lu orang ingat kutip penagih dadah dah kembung-kembung satu pengalaman indah ke ?

Jangan hisap dadah dalam rumah yang ada family lu orang. Cilake apa lu nak hisap dadah lu hisap la sorang-sorang, jangan babitkan family pulak. Bila matbond jumpa dadah dalam rumah semua orang yang ada dalam rumah tu akan jadi saspek. Tak kesian ke kat mak ayah lu dah tua-tua nak kene gari lagi ? Macam mane air muka diaorang ? Kesianla bapak lu tak boleh keluar mengeteh lagi dah.

Jangan hisap dadah pastu bawa kenderaan. Tak kisah la kereta ke motor ke teksi ke bas ke asalkan nama kenderaan jangan bawak. Jangan sampai habis anak-anak, bapak-bapak, mak-mak, suami-suami, makwe-makwe, pakwe-pakwe orang habis lu langgar. Lu nak jahanam biar sorang-sorang. Penconteng harap takkan ade penagih dadah yang bawak kereta kebal. Penconteng harap sangat ni.

Jangan hisap dadah pastu berkeliaran di khalayak ramai. Cilake camni memang ramai. Lu ingat communication skill lu orang di tahap maksima ke kalau tengah high ? Dah tahu tengah lalok duduk diam-diam. Orang tengok orang mengumpat. " eh tu bukan anak polan si polan ke ?  " tak ke dah dapat dosa orang tu..Faking betul !!.

Last sekali, jangan hisap dadah bila lu tak ade apa-apa sebab untuk hisap dadah. Cari satu sebab yang tak boleh dipertikaikan orang pastu baru hisap dadah. Macam tu tak ada sape yang nak larang pon. Kalau boleh penconteng nak cakap jangan hisap dadah terus, tak ke banyak lagi benda lain yang boleh hisap. Lollipop ke sugus yang panjang-panjang tu ke, choki-choki ke, rokok ke. Ok cukup sampai situ sebelum orang boleh salah faham..


Penconteng pernah tanya sorang puaka, kalau hisap dadah selalunya nampak apa ? Dia kata kalau hisap dadah boleh nampak gajah kaler pink..







Beli dadah mahal-mahal pastu boleh tengok gajah kaler pink je ? Lu orang memang genius !!!

Sunday, January 15, 2012

Dari Berbual - Lampu Aladin




" If, kalau tibe-tibe lu jumpa lampu aladdin, lu nak mintak hajat ape ? ", tanya seorang puaka yang berlainan jantina pada penconteng suatu waktu dahulu.

" Lu percaya tak kalau gua kata gua nak mintak gua bahagia tak kisahla apa pon keadaan gua ? ", kata penconteng sambil merenung tepat ke arah matanya, nak kasi nampak ayat penconteng tu macam ada jiwa..

" Yes, gua percaya tapi kenapa bahagia ? Kenapa tak minta jadi kaya je, bahagia juga ", jawab puaka tersebut sambil mengalihkan pandangan matanya.

"Sebenarnya jadi kaya ni tak bahagia, gua kenal ramai orang kaya tapi tak pernah gua jumpa sorang yang betul-betul bahagia. Hari-hari stress fikir macam mana nak tambah duit, hari-hari stress fikir hal business, diaorang mungkin kaya lahiriah tapi gua tak syak diaorang kaya batiniah ", kata penconteng berfalsafah.

" Mintak la jadi femes kalau camtu ? Jadi femes kan macam bahagia ? ", tanya puaka tersebut sambil menghirup milo panas.

"Tak bahagia jugak jadi femes ni. Apa lu ingat bahagia ke hari-hari fikir macam mana nak maintain femes. Pergi mana-mana orang kenal, tak ada privacy langsung. Satu tahun dua tahun mungkin ok. Tapi kalau bertahun-tahun akan sampai satu masa diaorang akan fedap juga jadi femes ", jawab penconteng sambil menjeling makwe meja sebelah.

"Ingat apa yang gua nak cakap ni. Lu minta jadi kaya, bila-bila masa lu boleh jatuh muflis. Lu minta jadi femes, bila-bila masa ada orang akan sabotaj lu sampai semua orang akan lupakan lu. Lu minta jadi cantik ke kacak ke benda tu tak kan kekal lama. Buatnya hari ni lu minta jadi cantik pastu esok ada orang curah asid kat muka lu, nak buat macam mana ? Ingat hari-hari ke boleh jumpa jin Aladdin ? Tapi kalau lu mintak jadi bahagia, tak ada sorang pon boleh rampas kebahagiaan lu. Lu miskin la macam mana pon, buruk macam mana pon lu tetap akan steady. Sebab apa ? Sebab lu dah memang-memang bahagia " , tambah penconteng lagi bersemangat.

Ayat yang penconteng kasi tadi buat puaka di sebelah penconteng terdiam tiba-tiba. Penconteng pon turut terdiam sama. Tapi penconteng tahu apa yang puaka tersebut sedang fikirkan. Kompem sama dengan apa yang berada di kotak pemikiran penconteng. Kat mana nak dapat menatang lampu aladdin tu ?

Thursday, January 5, 2012

Dari berbual - Anakmu penuh angkara.


Penconteng kasi lu orang special kali ini untuk mama lu orang…..


bukan satu bukan dua,
mungkin sudah acap kali juga,
kami berlari di atas dunia,
mata terbuka, hati terlena.

kain yang kau corakkan,
sudah berubah warna-warnanya,
si kecil yang kau besarkan,
sudah menjadi terlalu dewasa..

ya!kami sudah terlalu dewasa..
terlalu matang dan bijaksana!

jalan yang kau tunjukkan,
kami elak dengan angkuhnya,
arah yang kau halakan,
degil kami menutup mata.

ya!kami sudah terlalu dewasa,
terlalu matang dan bijaksana.
mungkin mudah kami terlupa,
betapa bebalnya mengingkar kata..

bersabarlah ibu,
anakmu penuh angkara,
kami yang meniti dosa,
kami juga yang memikulnya..

Tuesday, December 27, 2011

Dari Berbual - cari lelaki kaya lepas tu upah driver ye...


Penconteng ni tak seksis. Apa orang pompuan nak buat buat la. Nak hisap rokok ? Takde masalah, penconteng boleh kasi pinjam lighter. Nak jadi evil knievel ke nak jadi pemain bola sepak ke nak jadi mekanik ke nak jadi super saiya ke jadi la, penconteng tak kisah. Malah penconteng tak ada masalah pon kalau pompuan jadi bos, lelaki jadi kuli. Sape suruh lelaki tu bangang ye dak?

Tapi bila di atas jalan raya penconteng ada problem sikit dengan pompuan. Ape jadah diaorang bawak kereta camtu pon penconteng tak tahu. Kalau slow, slow bukan main lagi sampaikan lane kanan pon selamba bawak 40kmj. Tapi kalau laju tak payah cakap la, ada lane ke tak ada lane ke bedal semacam. Bawak kancil macam bawak ferrari. Kalau bawak Ferrari ? Penconteng harap penconteng tak ada kat jalan raya masa tu.

Kalau masuk simpang, muncung kereta memang dah wajib cover separuh jalan. Jadi satu kerja pula orang lain nak elak muncung kereta lu. Penconteng syak setahun dalam seumur hidup penconteng habis untuk elak muncung kereta je. Bagi signal pon sama. Selalunya ada dua situasi, pertama dah nak masuk simpang, tayar kereta dah nak straight balik baru bagi signal, kedua tak bagi langsung.

Tadi siang tengah penconteng ronda-ronda taman, ada sorang makwe ni nyaris tersodok budak kecik naik basikal sambil makan ice pop. Memang la budak tu salah bawa basikal tengah-tengah jalan tapi namanya pon budak kan. Cari saluran radio pon tak pandai lagi. Ni apa cilake makwe yang dah besar panjang, cerdik pandai, cantik habis pon jadi bingai sama ? Nak main sms gi main dalam bilik la. boleh guling-guling sambil sengih sorang-sorang.

Ni gi main henset sambil bawa moto buat apa. Pegang dua-dua belah handle pon penconteng tak percaya sangat inikan pula satu tangan pegang henset satu pegang handle. Tau tak fokus pemanduan tu boleh lari. Mana nak cari button send lagi, mana nak betulkan typo lagi, mana nak taip xoxo, mana nak urut dada sambil cakap omaigod lagi.

Tapi penconteng tahu bukan semua pompuan camni. Ada yang lagi ekselen dari lelaki. Penconteng pon tahu lelaki pon banyak juga yang bawa kereta, motor macam cilake. Tapi tak tahu la kenapa semua pompuan yang penconteng jumpa dekat jalan raya kebanyakannya mesti memang bawa kereta or motor macam orang gila. Pencontengkah yang bersalah atau merekakah yang bersalah? ( ni dialog dalam cerita hang tuah ni, lu orang jangan tak tahu pula )




Cilake..seksis jugak penconteng rupanya..






P/s : semua pengkomen-pengkomen tegar penconteng yang berjantina wanita tidak tergolong dalam kelompok yang penconteng ceritakan di atas. Sekian safe statement dari penconteng

Monday, December 12, 2011

Dari berbual - Seni Perkelahian


Dalam setiap benda ada seni yang tersendiri. Dari menulis entri,mengorat makwe sampailah kepada perkelahian. Jika terlibat dalam perkelahian perlu ada seni untuk mengelakkan kita dilabelkan lauk dan lubuk.

Pernah terlibat dengan perkelahian? Tak tahu apa perlu dilakukan jika lu orang tiba-tiba terpaksa berkelahi?Takpe,penconteng akan terangkan secara ringkas dan padu.Oh ye,mungkin penconteng hanya akan tumpukan pada skop bila lelaki-lelaki berkelahi saje sebab scene gaduh tarik-tarik rambut macam golongan makwe selalu buat ni penconteng tak berapa mahir sangat.

Dalam setiap benda,pasti akan ada kesalahan-kesalahan yang selalu orang buat tanpa sedar dan dalam perkelahian kesalahan paling besar sekali ialah salah memilih pihak lawan. Kalau lu orang tahu lu orang tak boleh makan lawan lu orang, jangan berlagak power melainkan lu orang ada menuntut ilmu kebal.

Pemakaian juga memainkan peranan penting. Jangan sesekali memakai kain pelikat ketika bertarung lebih-lebih lagi jika lu selalu menggunakan skill kaki. Kalau lu orang tak jatuh terlentang masa buat high kick, lu orang mungkin akan dibogelkan oleh pihak lawan.

Pakaian yang paling sesuai ketika berkelahi ialah singlet dan seluar jeans yang tidak terlalu ketat.Sebenarnya penconteng rasa boxer lagi sesuai dipakai ketika bergaduh tapi tak pernah lagi buat dek orang pakai boxer pergi berkelahi kat lorong..

Bergaduh dengan isteri dalam bilik mungkin boleh..

Pemilihan senjata juga penting,senjata yang panjang dan kukuh seperti besi paip dan spanar mungkin menjamin kepuasan ketika menghentak kepala musuh.Elakkan menggunakan senjata seperti pisau kerana pisau hanya untuk golongan mak memotong bawang.Lagipon tak brader langsung guna pisau berlawan dengan orang.

Keadaan cuaca memainkan peranan penting.Kalau hujan lebat,petir sambung menyambung duduk je dalam rumah diam-diam.Jangan nak berlagak hero filem hong kong sangat la pergi bertempur tengah hujan..Bongok tahu tak?

Skill bertempur yang paling asas ialah menggunakan tenaga yang paling kurang tapi mampu memberikan impak yang paling kuat. Penconteng selalu tengok kalau orang bergaduh mesti macam cilake,hayun tangan laju-laju macam enjin motorbot pastu tak dan 5 minit dah termengah-mengah.

Gunakan otak dalam berkelahi.Orang yang menggunakan kuasa otak biasanya akan memenangi perlawanan berbanding orang yang menggunakan kuasa badan.Kuat macam binatang pon tapi tak guna otak tak guna jugak ye dak?

Dalam minit-minit awal pertarungan,bertahan saja,lindungi muka dan badan lu orang dengan tangan.Bertahan tapi jangan sampai jatuh.Siapa jatuh dia kalah.Cari saat paling sesuai dan tampar kedua belah bahagian tepi kepala pihak lawan anda dengan kuat.Bukan pipi tapi tepi kepala,paling afdhal bahagian telinga.

Selain itu selang seli dengan pukulan curi dan tendangan ke arah kerandut zakar pihak lawan.Tapi tunggu pihak lawan leka atau kehabisan tenaga.Kalau dapat cedok perut sedas dua tu dah kira bonus.

Jika lu orang berjaya menang cepat-cepat lari dan pergi bertaubat.Jika kalah cepat-cepat bangun dan lari pergi dapatkan rawatan.

Tapi jangan mulakan perkelahian dalam situasi tertentu.

Jika lawan lu orang sampai sebuah bas ramainya dan lu cuma seorang,lari!
Jika lawan lu orang menggunakan senjata api,lari!
Jika lawan lu orang seorang pegawai polis,lari!
Jika lawan lu orang seorang pengamal santau,lari!
Jika lawan lu orang merupakan bakal ayah mertua lu orang,lari!

Percaya atau tidak,pengecut biasanya merupakan orang yang paling lama hidup.


Jadi jangan ingat melarikan diri itu tidak termasuk dalam skill perkelahian.Tapi penconteng nasihatkan kalau boleh,tak payah bergaduh la.Sakit-sakit badan je berkelahi ni,kalau lu orang Superman ke Hulk ke relevan jugak nak cari gaduh dengan orang.Banyak mana pon line lu orang,lu tetap akan mati.Kuat camne pon lu orang,kena gigit dengan aedes kena jugak denggi.



Jadi mulai sekarang bolehla mula buat lebih ramai jodoh dari musuh..

Tuesday, September 27, 2011

Dari Berbual - Sangat Jauh Dari Tanah

Tumit terasa sangat merindui benda buangan yang terbiar tak dipedulikan. Tapak kaki keluh kesah seperti belum pernah merasai keselesaan. Sakit, sangat sejuk memijak lantai setiap kali bangun dari tidur untuk ketandas. Kadang-kadang hati penconteng cemburu melihat nenek tua yang sudah mempunyai lebih dari sebelas cicit masih gagah menebas lalang didepan rumah memberi ruang kepada rumpun-rumpun tebu menunjukkan warna meriah hijau, kuning dan ada pula hitam kepada pembelanya. Hina sangat kah elemen kehidupan dipanggil tanah untuk kita hindari sekian lama.

Sudah sekian lama tapak kaki penconteng ini tidak memijak rumput segar dipadang bola, atau memijak pasir pantai yang putih, menahan kesakitan akibat terjun dari pokok, dan sekadar memijak batuan kecil didalam sungai membiarkan air sejuk meredakan semua langkah perjuangan hidup yang seringkali memberi tekanan pada kaki ini.

Bilakah kali terakhir anda memijak tanah?
 1) bangun tidur memijak mozek mahal berwarna putih jernih dengan hiasan jalur merah seperti belahan batu.
 2) Keluar dari rumah ketempat parkir kereta yang ditar hitam, menunggu tren distesen komuter yang disimen padu dengan konkrit.
 3) Bekerja dibangunan 12 tingkat atau sebuah kilang industri.
 4) Berjalan-jalan di kaki lima atau menghabiskan masa sekadar melihat-lihat gadis berkeliaran di kompleks membeli-belah.
 5) Menghentak-hentak ringan tumit kaki di pelantar besi yang dilapit dengan getah dan gentian plastik didalam kereta sambil mendengar lagu lady gaga di radio.
 6) Mengayuh basikal di lebuhraya seperti seorang atlit, meluncur di skatepark sambil berusaha menyempurnakan "kick flip masuk 50-50 keluar nolie", berpusing-pusing mencari ruang untuk melepaskan bola melalui bawah kelengkang rakan di gelanggang futsal.
 7) Duduk menonton televisyen sambil menunggu waktu masuk tidur.
 8) Bermain gitar didalam bilik.

Penconteng terlupa kali terakhir memijak tanah. Yang pasti bulan lepas penconteng ada ke rumah seorang makcik untuk mengambil barang-barang mentah dari kebun kecilnya untuk dijadikan produk makanan, dan sangat pasti ketika itu memakai selipar berjenama selipar jepun. Paling hampir tapak kaki ini merasai perasaan memijak tanah berkemungkinan sebulan yang sudah. emm.. sebulan.

Bila penconteng duduk-duduk termenung sambil mengurut tapak kaki yang sakit, hati dan perasaan mula melayang mengenang saat-saat gembira ketika kanak-kanak apabila setiap petang sebelum senja masing-masing berebut ke pili air mengambil giliran membasuh kaki yang diselubungi dengan pasir, bau lopak air, lumpur dari hujan yang membuatkan padang bola menjadi seperti kolam renang. Walaupun kadang-kadang luka akibat terpijak batu tajam, paku, serpihan kaca, duri pokok semalu dan lain-lain, kaki kanak-kanak itu terus berlari keesokan harinya. Ketika sedang sibuk membasuh kaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat . "wei, jom last!!", beramai-ramai membuat terjunan bebas keatas tanah dan membiarkan badan menggelongsor sejauh yang mungkin. Seakan meraikan sesuatu yang besar seperti menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir. Dari ingin membasuh kaki, kini terpaksa mandi di pili dan menanti masa dimarahi penjaga dirumah apabila mereka sedar ada baju berlumpur terendam didalam besen  di belakang rumah.

Setiap kali anda ke padang bola, perhatikan rakan-rakan anda ada yang sengaja membiarkan kakinya berehat diatas rumput selepas membuka kasut but berbau kepam. Jika dipantai ada yang menjinjit selipar flip-flop quiksilver dan membiarkan kakinya merasai kehalusan pasir pantai. Perkara seperti ini tidak perlu diajar, ia berlaku tanpa sedar. Yang pasti, kaki anda merindui tanah. Jangan terasa hina jika ada yang melihat anda seperti orang miskin hanya kerana anda duduk diatas selipar dan membiarkan tapak kaki anda merasai tanah ketika anda menunggu tali pancing dimakan umpannya oleh ikan ditasik rekreasi. Layanlah kaki anda dengan baik. Ia rindu dengan tanah. Bawalah ia ketempat yang mulia, kerana ia berhak berada disitu. Dan janganlah melakukan kerosakan ke muka bumi ini.

nota = oi!! bukannya aku suruh korang kaki ayam kemana-mana.. adui. lurus sangat pun tak elok lar kawan.
hahaha. selipar dan kasut itu melindungi kaki dari kotoran dan bahaya serta mengelakkan dari tergelincir. sesekali itu pijaklah tanah tanpa pakai kasut.
cereka dilhamkan dari perbualan penconteng dengan seorang wartawan lama (otai) dari Malaymail.