Showing posts with label cik ampang. Show all posts
Showing posts with label cik ampang. Show all posts

Friday, March 9, 2012

3 cerita dlm satu entri. Cool jugak ye dak ?

i
tengah penconteng asyik melayan layang-layang di udara, datang sekumpulan makwe dekat dengan penconteng." main layang-layang sorang je ke ? ", tanya salah seorang sambil buat aksi gedik. Soalan macam cilake macam ni memang tak pernah membuka selera penconteng untuk menjawabnya. Penconteng bukak cap, tunjuk rambut pendek penconteng tanda hati penconteng sudah dimiliki. Makwe-makwe tadi mengeluh. Penconteng senyum puas.


ii
Malam tadi ketika penconteng sedang menikmati nasi goreng di sebuah kedai siam, ada seorang brader ni dah bikin hati penconteng panas. Cakap dalam telefon bukan main kuat mengalahkan guna pembesar suara. Dengan muka macam orang jahat citer Bukit Kepong, badan spesies beruang dan perasan gengster dah cukup buat semua orang menjeling benci.termasuk penconteng.

" demo ghoyak jah nok setel guano ?!! " kawe boley kasi ejah dengan budak-budak kawe ", cakap mangkuk tadi tu dengan suara kuat macam ifrit utama. Penconteng bangun terus pecahkan botol sos tanda protes. Terus mangkuk tadi pura-pura habis kredit.

iii
Sedang penconteng sibuk melayan peminat di facebook, tiba-tiba hati penconteng jadi rindu. Terus penconteng layan utube bertalu-talu dengan minuman terakhir di atas meja. Penconteng turun dapur buat air ribena. Penconteng syak hanya air ribena mampu mengubat kerinduan penconteng. Sengaja penconteng letakkan beberapa kiub ais tanda rindu penconteng itu sudah bertukar menjadi rindu dendam.

Dalam perjalanan naik semula ke atas rumah, penconteng ternampak sepasangan cicak sedang memadu kasih. Hati penconteng diserang cemburu. Penconteng ambil botol bedak terus tuju tepat kena salah sekor cicak tersebut. Entah jantan entah betina yang kena penconteng kurang pasti.

Penconteng duduk semula depan laptop. Baru penconteng nak buat aksi seterusnya tiba-tiba imaginary friends penconteng menyampuk, " sudah-sudah lah tu.. Cuba tengok kat phone, dah ada mesej dah ".




Satu senyuman manis tiba-tiba terukir di wajah inesen penconteng.





P/s: penconteng nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ampang sebab review blog penconteng. Sempena hari wanita yang masih dirasai ni, penconteng bagi sedari award tokoh Hari Wanita Sedunia. Pada sape-sape nak tengok siapa Cik ampang, sila terjah facebook  Cik Ampang sebelum penconteng jerut sorang-sorang..


Tuesday, February 28, 2012

7 bulan mengenal cinta.

Kali ni penconteng nak kasi ayat paling sweet, paling meruntun jiwa, paling jiwang, paling melankolik, paling melodrama, paling cerekarama, paling manis, paling lembut, paling muka...eh.. paling muka kepala bana engko orang !!. kakaka.

Dah hampir tujuh bulan  penconteng kenal dengan Cik Ampang dan hampir tujuh bulan jugak hidup penconteng bizi dengan macam-macam benda. Tentang kerja, tentang perasaan, tentang macam mane nak lempang puaka-puaka yang rapat dengan penconteng.

Kalau diikutkan penconteng memang dah nak sangat pergi jumpa mak Cik Ampang bagitahu ke beliau penconteng nak ke anak dia tu. Tapi penconteng kene ikut adat orang kita. Kenal-kenal dulu dengan orang tua Cik Ampang, buat muka malu-malu sikit, buang sikit rupa kutu dan puaka penconteng dulu.Buang sikit cukup la woiii, buang banyak karang tak brader-brader pulak nanti.

Tapi memandangkan 27 Feb 2012, bulan ini, masa ini dan ketika ini lah penconteng baru jadi gentlemen kasi tahu ke Cik Ampang apa yang terpendam. jadi penconteng nak kasi tahu ke lu orang fasa pertama penconteng baru saja selesai dengan Cik Ampang kita. Jadi lu orang nantikan lah fasa-fasa yang seterusnya kalau nak tengok penconteng buat muka malu-malu. Tapi penconteng syak Cik Ampang pon mesti malu-malu jugak ye dak ?

Tapi sebelum-sebelum ni pon penconteng selalu pergi kenduri kahwin member penconteng hanya sorang diri dan berbekalkan kamera disisi. Rupanya kenduri kahwin ni memang tak seronok kalau pergi sorang-sorang je. Kalau pergi berdua lain cerita.

Nak-nak pulak orang yang datang bersama dengan kita tu jenis orang yang kita idamkan untuk tua bersama-sama, untuk gaduh tentang hal yang remeh-temeh, untuk lihat anak-anak jadi puaka atau berguna dan untuk kenal apa itu bahagia. Cilake, ni apesal ayat penconteng tiba-tiba jadi camni ni..kahkahkah..

Tapi orang-orang tua kata tak elok simpan impian tinggi-tinggi ni, nanti entah kemana-mana impian tu pergi. Jadi bersandarkan kata orang-orang tua ni, penconteng tak nak aim tinggi sangat. Penconteng cuma harap satu je, tujuh bulan yang ada sekarang boleh bertahan hingga Cik ampang dan penconteng abis study. Sebab penconteng rasa kalau penconteng mampu kekalkan sampai 3 atau 4 tahun, takde apa yang penconteng perlu risaukan dah kecuali ajal.

Jatuh cinta itu perkara biasa, putus cinta juga perkara biasa tapi untuk mengekalkan cinta, perlu ada suatu benda yang luar biasa. Kakakaka. Deep dan tahap neraka jugak ayat penconteng. kahkahkah !


p/s : Ok,penconteng dah redi menerima kutukan. tapi siapalah penconteng untuk menahan perasaan..hikhik..

Saturday, February 4, 2012

23rd



Penconteng boleh kasi ayat paling sweet, paling jiwang, paling meruntun perasaan, paling melodrama untuk lu tapi kali ni penconteng takkan buat. Apa yang penconteng ada cuma sepuluh nasihat untuk lu.




1. Berani mengatakan tak. Jawapan "ya" tak semestinya akan menyenangkan lu.

2. Jangan terlalu mainstream, lu kan jadi plastik. Jangan terlalu indie, lu kan jadi puaka.

3. Jaga kesihatan dan lu akan dapat lakukan apa saja yang lu inginkan.

4. Lu kena tahu apa yang lu nak walau ia sekecil hama sekali pun.

5. Sangat susah jaga perasaan orang tapi lagi susah jaga perasaan sendiri.

6. Bila orang mengatakan kita buruk tak semestinya kita buruk,bila orang mengatakan kita cantik tak semestinya kita cantik.

7. Jadi apa adanya diri lu dan bukan jadi apa yang orang lain mahukan.

8. Masa ialah penyembuh yang terbaik tetapi masa juga pembunuh paling tak dapat dikesan.

9. Menangis mampu melegakan tetapi menangis juga mampu mengusutkan.

10. Jangan takut pada malam,malam juga ciptaan Tuhan.




Umur hanya angka,
Umur juga bukan apa-apa,
Untuk tahun yang mendatang,
Bangi dan Ampang penconteng satukan.

Tuesday, January 10, 2012

Hapy Birthday Cik Ampang.


Malam ni tepat pukul 12, penconteng syak nak ucap Selamat Hari Kejadian kat Cik Ampang. Nak bagi hadiah, itu tak kan penconteng nak post kat sini tunjuk kat lu orang ye dak ? Macam bangang jadinya nanti. Memang tak urban la kalau penconteng memalukan diri dekat sini  depan lu orang semua. Nak-nak depan puaka dan syaitan yang kenal penconteng macam Amir, Khalid, Fik, Razi. Itu baru puaka di tempat kerja. Kalau puaka dekat rumah pula memang jahanam dibuatnya nanti.

Jadi, penconteng nak kasi ni kat Cik Ampang. Kalau gaya dan bunyi penconteng taip nanti dah lain macam, lu orang buat steady je la. Tak kan birthday orang pon penconteng nak buat macam cilake jugak. Kalau ada yang muntah, memang penconteng harapkan. Penconteng pedulik apa. Kahkahkah. Penconteng buat khas ni untuk Cik Ampang. Sape gelak memang nak kene terajang sorang-sorang.



Kau bilang tak punya apa-apa,
Aku fikir kita masih punya masa,
Untuk kau merasa sesuatu adanya,
Selamat Hari Lahir yang ke dua puluh tiga.

Jika kau hidup enam puluh tahun lamanya,
Berikan aku tiga puluh tujuh tahun bersama,
Untuk kau merasa gembira,
Merasa bahagia.

Tapi jika kau hanya punya lusa,
Ku pastikan hari esok,
Kau merasa bagai hidup,seribu tahun kiranya.



P/s :Penconteng serius, sape gelak dia bangang ! Agak-agak bila cik Ampang dapat mesej macam ni daripada penconteng apa respon dia ?

Wednesday, January 4, 2012

Cik Ampang


hi peeps!

Ok, cubaan untuk penconteng rasa macam omputih dengan buat intro camtu gagal rasanya. Penconteng ada satu pengumuman penting untuk diberitahu.

Berita baik orang kata tak elok sorok-sorok. Jadi penconteng ambil keputusan untuk hebah-hebahkan berita baik penconteng. Penconteng anggap berita baik penconteng kali ni baru fasa pertama. Kalau dah masuk fasa kedua ke ketiga ke nanti barulah penconteng ikut cara beradat sikit, panggil lu orang makan-makan sambil tengok penconteng buat muka malu-malu.

Penconteng nak kenalkan secara detail pon macam tak boleh jugak sebab penconteng pon baru proses nak kenal-kenal. Jadi buat masa ni cukuplah kalau lu orang kenal dia sebagai cik ampang je. Jadi mana-mana makwe yang pernah ada niat nak tackle penconteng tu cepat-cepatlah cancelkan niat tu. Lagipon iman penconteng ni bukannya padu sangat, takut jugak goyang pada pujuk rayu lu orang.

Oleh sebab kisah penconteng bukanlah kisah penculikan atau pembunuhan, jadi penconteng rasa tak payahlah penconteng kasitahu kronologi cerita yang membawa kepada berita baik penconteng ni. Cukuplah sekadar lu orang tahu yang atmosfera penconteng tengah berbunga-bunga. Ok, ayat penconteng dah mula lain macam.

Tapi lu orang jangan risau, penconteng masih ala-ala brader dan penconteng akan cuba sedaya upaya mengekang elemen jiwang dalam entri penconteng yang boleh menyebabkan lu orang terasa loya. Tapi kalau sesekali penconteng terlepas tu lu orang anggap je la penconteng cuma puaka biasa.

cik ampang


Penconteng terpaksa kaburkan muka cik ampang atas tujuan keselamatan penconteng terutama dari puaka-puaka seperti amir dan khalid..Penconteng akhiri entri kali ni dengan serangkap pantun untuk cik ampang..Cewaahhh..
 
hujan rintik-rintik,
air bergelora,
sejak bila hati dijentik,
sejak rasa jatuh ke jiwa.



p/s : Penconteng syak kalau cik ampang baca ni kalau tak muntah mesti gelak guling-guling tengok gambar dia yang macam hantu nek nak pon ada. kekehkeh

 

Saturday, November 26, 2011

Dia tak tahu

Dia cakap penconteng  kuat membebel, penconteng buat muka steady. Penconteng tahu penconteng tak macam tu.Penconteng cuma larang dia ckp babi je. Haha. Penconteng tahu penconteng yang dulu dan penconteng yang sekarang. Penconteng lebih mengenali diri penconteng daripada orang lain mengenali diri penconteng. Sebabnya, Penconteng tak pernah berpisah dengan diri penconteng sejak lahir, itu fakta paling hebat dalam hidup penconteng.

Keindahan dia, kebaikan dia adalah benda yang penconteng terima dengan kesyukuran. Keburukan dia, kekurangan dia adalah benda yang penconteng cintai hari ke hari. 

Penconteng tak kisah kalau dia nak kentut depan penconteng, sebab pada penconteng itu sweet. Penconteng tak kisah kalau dia sendawa depan penconteng bila kenyang lepas makan, sebab pada penconteng itu juga sweet. Kalau 50 tahun lagi pun, semua tu tetap sweet. Serius.

Penconteng tak marahkan dia, bukan salah dia. Dia cuma tak mengerti. Dia mungkin tak tahu, manusia paling syaitan pun boleh jadi pak lebai. Dia tak tahu. Dia tak tahu singa pun boleh bersahabat baik dengan beruk. Dia tak tahu.


Dia tak tahu penconteng  simpan semua SMS dia dari yang 1st sampai yang terkini. Dia tak tahu.

Dia tak tahu ice-cream mekdi yang 1st penconteng belikan dia dulu penconteng beratur sangat panjang di drive-thru. Dia tak tahu.

Dia tak tahu penconteng suka bila dia makan chewing gum sama-sama dengan penconteng dalam kereta. Dia tak tahu.

Dia tak tahu choclate 1st yang dia belikan penconteng, sebulan lebih baru penconteng habiskan sebab penconteng sayang nak makan semua. Dia tak tahu.

Dia tak tahu penconteng tak pernah marah bila dia mendiam secara tiba-tiba dan menyepi. Bila penconteng cakap penconteng ada kerja nak buat pon, penconteng fikir dua kali, penconteng ulang cakap sepuluh kali pun penconteng tak marah. Dia tak tahu.

Dia tak tahu hari-hari dia call kejut penconteng bangun pagi memang penconteng harapkan tanpa dia bertanya. Dia tak tahu.

Dia tak tahu yang penconteng serius bila penconteng cakap bila dah jadi atok nenek nanti, setiap hari minggu penconteng nak bawak dia pusing taman naik basikal. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia pening, penconteng rasa macam nak picit kepala dia sambil sedut sakit tu masuk dalam kepala penconteng. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia senggugut (perkataan tu penconteng belajar dari dia.. sumpah pengakap !!), penconteng tanya mak penconteng tips nak hilangkan sakit. Dia tak tahu.

Dia tak tahu bila dia resah, penconteng pun sama-sama gundah. Dia tak tahu.

Dia tak tahu dia dah banyak buat penconteng berubah. Dia tak tahu.



Semuanya sedang berlaku, dan dia masih tak tahu.Penconteng tulis ini pon sebab dia tak tahu.

Dengan cinta...
Fahsha Muhammad