Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Songsang woii..!! songsang.. !!




*** Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Pengawasan ibu bapa diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun ***

Penconteng lelaki tulen, dibesarkan dalam sebuah keluarga bahagia yang serba sederhana. Dari kecik penconteng dididik orang tua suruh hormat kat orang lebih dewasa, " nanti hidup engko orang lebih berkat dan dihormati orang sekeliling ". 

Sebab orang tua penconteng, penconteng dapat hidup 24 tahun di muka bumi ni. Dari sesuap bubur, dari sebotol susu, dari selibas rotan, dari penampor cap tangan ( okay. yang ni tipu ), penconteng membesar jadi manusia. Minta saja apa pun, seboleh mungkin orang tua penconteng cuba penuhi. 

Akhirnya, berkat kesabaran dan pengorbanan orang tua penconteng, penconteng dapat masuk IPTA. Pung pang pung pang study, makan tahun lama dia, dapatlah penconteng segulung ijazah. Dari ilmu yang orang tua penconteng hantar penconteng belajar, dari pengalaman yang penconteng sauk selama bertahun-tahun hidup, penconteng berjaya dapat kerja bagus. 

Bertahun curi pengalaman kerja sana-sini, penconteng dipelawa untuk menjadi Personal Assistance kepada seorang menteri. Tak fikir banyak, penconteng sebat pelawaan tu, gaji pun lebat. Boleh berkelana merata tempat ikut boss. Tak ada apa yang boleh dibanggakan sangat, tapi penconteng bangga boleh buat orang tua  penconteng bangga. Pada mereka, berbaloi segala penat lelah membesarkan penconteng. 

Hari makan hari, bulan makan bulan, kesungguhan penconteng buat kerja membuatkan penconteng makin diyakini oleh boss. Segala apa kerja yang diberi, penconteng buat tanpa banyak songeh, iya, penconteng memang handal. Orang tua penconteng juga yang ajar penconteng semua benda ni. Buat apa benda sekalipun, biar berjaya, jadi yang terbaik dalam apa benda yang dibuat.

Boss penconteng ke Amerika, penconteng ikut sama. Boss penconteng ke Arab Saudi, penconteng pun ada sekali. Pendek kata, mana boss penconteng ada, situ jugalah penconteng ada. Boss penconteng masuk tv, penconteng pun tumpang sekaki enter frame. Pergi meninggal la orang nak cakap apa, yang penting orang tua  penconteng boleh cerita kat orang kampung nanti anak dia masuk tv. 

Makin lama penconteng kerja dengan boss penconteng, makin rapat penconteng dengan beliau. Dalam 24 jam sehari, boleh kata lebih separuh hari penconteng bersama boss penconteng. Penconteng pun dah anggap dia macam bapak penconteng sendiri, umur dia pun baya-baya bapak penconteng.

Satu hari yang kelam, boss penconteng panggil pergi rumah dia, ada hal urgent katanya. Sesampai penconteng di sana, boss penconteng jemput penconteng masuk. Anak bini dia tak ada kat rumah. Boss penconteng bagi kerja suruh siapkan, tak ada la banyak manapun. Penconteng buat kerja kat bilik boss penconteng. 

Tiba-tiba, boss penconteng datang dekat dengan penconteng, tanya benda pelik-pelik, penconteng pun jadi pelik. " Apa sangap sangat ke boss ni ? ", hati penconteng tertanya-tanya. Tak semena-mena boss penconteng cuba meraba kelelakian penconteng. Penconteng tepis dengan tangkas, jangan main-main, kecik-kecik dulu penconteng belajar silat cangkuk. Silat ni, sekali leher kena cangkuk, seminggu teleng pergi dia.

Boss penconteng tolak penconteng ke dinding, cuba lucut seluar penconteng. Penconteng kerah tenaga muda  penconteng melawan. Bukan susah mana pun. Mendenye badan muda kuat-kuat dengan orang tua pun tak boleh nak lawan ? Penconteng anak jantan woiii.!! Hari tu baru penconteng tahu yang boss penconteng ni agak songsang. Dulu penconteng dengar orang cakap saja, sekarang penconteng dah kena sendiri.

Penconteng hulur tangan kat boss penconteng nak angkat dia, dia bangun. Penconteng cakap kat boss penconteng, jangan main gila dengan penconteng. 

Penconteng ada cik ampang, penconteng ada impian besar. 

Kalau diri sendiri penconteng tak boleh nak pertahankan, macam mana penconteng nak jaga cik ampang penconteng, bakal bini penconteng ? 

Tak sekali-kali penconteng akan hanyut dengan benda-benda tak lurus macam tu. 

Penconteng ada hak nak pertahankan diri penconteng dari dinodai makhluk sama jantina. 

Penconteng ada mak bapak lagi, maruah dan air muka diorang penconteng nak kena jaga juga. Malu orang tua  penconteng kalau tahu penconteng kena tala dengan orang tua, sumpah malu.

Apa guna badan penconteng kuat-kuat, sikit punya tegap, dengan orang tua pun penconteng tak boleh lawan ? 

Boss penconteng tu dah la tak berapa sihat. Kadang-kadang bila sakit, nak jalan pun bini dia tolong pimpin. So mana logiknya kalau penconteng dinodai oleh boss penconteng yang uzur tu?

Penconteng anak jantan woii, penconteng muda, penconteng masih kuat. Segala kelebihan ada kat penconteng. Mana mungkin hidup penconteng digelapkan oleh peristiwa hitam macam dinodai boss sendiri ?

Otak letak kat kepala, bukan kat kepala lutut wooiiii...!! Faking !!

Apa macam ? Macam Kisah Benar kat TV3 ye dak ? keh keh keh..

P/s : Ingat !!! Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Sila percaya. Lu orang tak percaya lu orang boleh pergi meninggal. 

Tuesday, March 20, 2012

Lu orang nak kaya dengan cepat ?? sila baca..

Okay, penconteng macam dah sihat sikit dari accident hari tu.Penconteng syak puaka yang bawak motor dengan penconteng aritu noob lagi pesen budak baru nak naik. Baru belajar dua tiga kali corner dah bersepahsekali dengan penconteng. Jadi penconteng rasa penconteng tangguhkan dulu niat penconteng nak pergi berubat kat himalaya tu. Lagipon penconteng makin tawar hati bila dengar citer yang makwe-makwe Himalaya ni takdela cantik sangat. Tak comel macam makwe Ampang.

Kembali pada tajuk, penconteng yakin semua orang dalam dunia ni nak kaya. Siapa tak nak kaya dia bodoh. Senang citer, dengan bantuan encik gugel, penconteng dah berjaya temui rahsia untuk jadi kaya dalam jangkamasa yang pendek. Dekat bawah ni penconteng senaraikan cara-cara terunggul untuk lu orang menjadi kaya dengan sekelip mata.



  1. Join MLM
  2. Main Nombor Ekor
  3. Rompak Bank
  4. Kahwin dengan orang kaya
  5. Jadi ahli politik
  6. Login facebok tiap-tiap minit ( ok, yang ni memang faker !! )

Selepas dianalisis, penconteng amat pasti yang cara no 1 adalah mitos semata-mata. Kekayaan yang ditunjukkan budak-budak MLM ni hanya fiction semata-mata. Dalam senarai 10 orang paling kaya dalam dunia hatta di Malaysia sekali pon takde sorang pon dari diaorang ni yang penconteng tengok ada business MLM. So, sape yang join benda jadah ni sila rase loser sekarang.

Cara no 2 pulak tidak begitu praktikal melainkan jika lu orang mempunyai tuah tanpa tolok banding nya. Tapi jika lu orang selalu jatuh longkang, kene kejar dengan anjing, hari-hari kene rejek, sila abaikan cara ni. Lagipon penconteng dengar sape makan duit dengan cara no 2 ni hidup dia tak tenang.

  Penconteng mencadangkan cara no 3 ni hanya kepada sesiapa yang memiliki hati kering. Kalau dengar bunyi anjing melolong malam-malam pon dah goyang, sila cuba cara lain. Cara ini juga mempunyai kelemahan iaitu lu org terpaksa berkongsi dengan partner in crime lu org. Kalau duit rompakan tu 100K pastu nak bahagi pulak dengan 2-3 orang sangat la cilakenye. Ape jadah gertak-gertak cashier, elak-elak peluru senapang patah, kejar-kejar dengan polis pastu dapat 30K lebih sorang je ye dak ?

Cara no 4 sedikit taktikal. Lu orang memerlukan skill yang tinggi jika mahu cuba menjadi kaya. Dengan cara ni, nak goda orang kaya bukan senang, Pastu nak pujuk-pujuk suruh kahwin dengan lu orang pulak. Ape lu orang ingat orang kaya ni bodoh ke nak kahwin senang-senang macam tu je ? Kalau diaorang bodoh takde la diaorang kaya ye dak ?

Ok, cara no 5 adalah cara yang penconteng rasa paling berkesan untuk kaya dengan cepat. Nak jadi ahli politik takde la susah sangat sebenarnya. Lu orang hanya perlu tahu membodek, menipu, bercakap dengan lantang, pandai carut-carut sikit dan mencari kelemahan atau 3gp pihak lawan. Itu saje. Senang bukan ?

Cara no 6 dan last sekali tu penconteng malas nak cakap banyak. Tengok pon penconteng dah menyirap. Ape jadah cara ni boleh keluar kat gugel pon penconteng tak tahu. Orang pertama yang keluarkan idea tentang cara ni memang genius dan orang-orang yang terpedaya pulak memang bangang. Pustop !!
 
Penconteng nak ucapkan tahniah kepada Amir kechik dan Madihah kerana berjaya melansungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. Lu orang bernasib baik woii puaka macam penconteng tak dapat datang.

Friday, January 13, 2012

Kesian pon ade nak carut pon ade .. !!


I

Ada seorang pakcik ni penconteng tengok tengah terkebil-kebil pasang sticker 1 Malaysia dekat motor dia. Entah hantu mana yang sampuk orang tua ni suruh lekat sticker tu pon penconteng tak tahu. Sekejap-sekejap dia mencangkung, sekejap-sekejap berdiri pula pastu mencangkung balik. Penconteng usha pakcik tu pekat sambil tangan masuk dalam poket seluar, biar nampak bergaya dan matang.

Bila dah puas hati dengan hasil tampalan dia, pakcik tu undur dalam lima langkah ke belakang. Tengok motor dia macam pengarah tengah cari angle camera. Tiba-tiba pakcik ni tadi pergi balik dekat moto, cabut sticker tu terus letak dalam bakul moto. Penconteng dah start nak ketawa.

" terbalik pula ", kata pakcik tu sambil tersengih kat penconteng.

Sambil tersenyum, penconteng cakap dalam hati, " memang lah terbalik pakcik oi. pergi pasang sticker kereta dekat moto apesal ? "


II

" kau tahu sarang burung tempua ? ", tanya seorang pakcik ni dengan muka serius. penconteng angguk kepala. " kalau tahu bagus, nanti kalau kau nak kaya, kau cari sarang burung tempua tu. Kalau kau leraikan satu-satu sarang burung tempua tu nanti kau akan jumpa jarum emas ", terang pakcik tu sambil teguk air kopi pekat.

" syaratnya kau kena leraikan sarang burung tu satu-satu tak boleh putus ", sambung pakcik muka macam S.Kadarisman tu lagi.

" setakat jarum emas apa sangat la pakcik, saya tahu cara lagi bagus, terus boleh dapat batang emas besar pokok pinang ", puaka sebelah penconteng tiba-tiba menyampuk. " macam mana tu nak ? ", soal pakcik tadi. " pakcik cari gajah seekor, putuskan leher dia nanti pakcik akan jumpa batang emas tu ", jawab puaka yakin.

" tapi syaratnya pakcik kena putuskan leher gajah tu hidup-hidup ", sambung si puaka separa tersenyum.

Pakcik tadi terus pura-pura kuis semut dalam air kopi.


III

" pakcik dulu bawa lori pusing satu Malaysia, setakat jumpa pocong, jumpa beruang, jumpa pontianak tengah jalan tu pakcik dah biasa sangat ", kata pakcik Syuib sambil buat gaya tangan macam tengah pulas stereng lori. Penconteng dan puaka-puaka lain dengar dengan teliti. Orang lama bila tengah cakap ni jangan buat main-main, kita salah bersin pon boleh kecil hati orang tua tu.

" ada sekali masa pakcik pergi Gua Musang, pakcik pecut lori pakcik sampai rasa macam tayar tak cecah jalan. Itu jalan bukan double lines tu, kalau jalan double lines kau orang bayang je la macam mana pakcik boleh pecut.. ", kata pakcik Syuib sambil angkat-angkat kening..tangan buat thumbs up. Berlagak haram betul.

" bukan double lines pon pakcik main cilok-cilok potong kereta lain, kalau double lines lagi la.. ",sambung pakcik Syuib bongkak. Penconteng dah mula pelik.

" wei pakcik, pakcik nak cakap double lines ke double lanes sebenarnya ni ? ", soal penconteng garang.

Bila tengok pakcik Syuib senyum nipis. penconteng terus terajang tiang letrik sampai patah dua.





Cakap orang lama ni kadang-kadang bukan boleh pakai sangat ye dak ?

Monday, December 19, 2011

Perempuan Separa Cool

Penconteng pernah tengok macam-macam keganasan yang orang lelaki lakukan bila putus cinta. Kawan penconteng pernah baling molotov cocktail kat tepi laman umah ex dia. Serius tak tipu. Setakat bertumbuk, pukul sana pukul sini, karate sana karate sini lagi la banyak kali penconteng tengok..

Selama ni penconteng ingat kalau orang pompuan pulak bila clash diaorang akan nangis-nangis lima enam tujuh minggu sambil jerit-jerit "jantan penipu!! jantan dayus!! jantan lahanat!! (sila baca dengan feels macam drama swasta) pastu baru gedik-gedik cari pakwe lain pulak. Lagipon jarang penconteng tengok orang pompuan yang cool bila clash atau kena tipu dengan pakwe diaorang melainkan dia sendiri buat hal.

Tapi tadi penconteng dah tengok seorang pompuan yang cool. Pompuan yang penconteng cakapkan ni kawan penconteng, Dila ( bukan nama dalam ic ). Penconteng, Dila dengan puaka A, puaka B dan puaka C pergi jalan-jalan sebab puaka A dah janji nak belanja kitaorang kepsi.

" kalau duit lu jual penutup longkang gua taknak ", sound penconteng awal-awal pada puaka A.." takdelah, gua mana buat dah kerja tu. Ni duit ubat nenek gua la", jawab puaka A sambil senyum menunjukkan sepasang gigi yang berterabur.

" kalau macam tu takpe ", kata penconteng sambil ketawa beramai-ramai. Sebijik macam ketawa menteri baru lepas keluar mahkamah. Dila ni pulak baru je clash dengan pakwe dia dua tiga hari lepas. Sebab diaorang clash mak pakwe dia tak suka budak Dila ni. Terlalu amerika Dila ni mak dia kata. Macam cilake punya alasan.

Bila penconteng tanya Dila apa perasaan dia selepas solo kembali ni." sedih memangla sedih tapi gua steady je. Kesian pulak dia tak cium bau syurga lawan cakap mak dia pulak kang. Tapi kalau sebab pompuan lain dah lama gua tikam rusuk dia", jawab Dila dengan muka bersungguh-sungguh.


Masuk-masuk je kepsi, bersusun orang beratur kat kaunter. Penconteng ingat kat kedai toto je orang beratur panjang camni, kat kepsi pon sama rupanya. Kalau tak sebab orang belanja dah lama penconteng blah. Tengah-tengah penconteng fokus usha makwe line sebelah, puaka C tepuk bahu penconteng dari belakang. Macam nak suruh penconteng jadi imam pon ada.

Penconteng angkat kening. puaka C bisik kat penconteng," kat depan tu bukan ex Dila ke dow? ". Penconteng palingkan muka. Kompem! Memang sah yang tengah berdiri sambil peluk makwe tu ex budak Dila ni tadi. Tapi makwe yang dia tengah peluk tu penconteng rasa lagi Amerika dari Dila.

" buat-buat tak nampak, kang kecoh pulak ", kata penconteng pada puaka C. Puaka C angguk tanda faham sambil buat muka serius. Tiba-tiba, " wei Dila, tu ex lu kan ? ", puaka B dah separuh menjerit bagitahu Dila. Penconteng geleng kepala. Puaka C pon geleng kepala. Puaka A je wat muka blur.

Nampak je, si Dila ni dah terus meluru pergi depan. Penconteng dah boleh imagine sesi tarik-tarik rambut akan bermula kejap lagi. " nanti lu pegang Dila, lu pulak pegang ex Dila, makwe ex dia tu biar gua yang pegang ", kata penconteng memberi arahan pada puaka B dan puaka C. " gua ? ", tanya puaka A tiba-tiba. " lu pegang la sapa-sapa yang lu suka ", jawab penconteng sambil puaka A terus aim amoi kat belakang.

Dila ni sampai je kat depan tu terus cuit makwe yang ex dia tengah peluk tu. Dengan puaka-puaka lain dah redi bukak kekuda masing-masing. Senang nak berlari pergi leraikan nanti. Dahla orang tengah ramai, dalam dua tiga orang jugak penconteng kena rempuh sebelum boleh sampai kat Dila tu penconteng syak.

" Pakwe lu muka macam babi! pandai lu pilih ", cakap Dila kuat.kuat tak kuat la sampai jadi sunyi sepi terus dalam kepsi tu.

Dila pandang pula muka ex dia. Bila penconteng tengok Dila dah angkat tangan penconteng dah yakin kompem mamat tu kena lempang punya tapi penconteng silap. Dila bukan lempang tapi pegi buat you can't see me macam john cena selalu buat tu. kahkahkah. Bapak cool !!

Lepas tu Dila terus blah. Penconteng masih rasa kagum bila puaka B tiba-tiba tepuk tangan. Tak sangka habis satu kepsi tepuk tangan jugak. Giler punya happening. Dila sampai je kat kitaorang terus puaka C cakap," perghh.. lu cool giler la Dila..saspek gua ".






" Saspek saspek jugak, jom balik. Gua tak tahan nak menangis dah ni "







" ahhh. Kalau dah pompuan tu pompuan jugak ", kata penconteng dalam hati.


Monday, December 5, 2011

Besar.

Ada suatu petang,penconteng bawa anak buah penconteng pergi main kat taman permainan,nak bawa pergi main kat tengah highway nampak sangat kerja gila ye dak? Tangan kanan pegang anak buah penconteng ,tangan kiri pula pegang layang-layang. Ni kalau ada makcik-makcik tengok kompem berebut nak buat penconteng menantu..

Sambil tengok anak buah penconteng cuit-cuit bahu sorang makwe dalam lingkungan umur dia jugak,Penconteng minum air tin yang ada ditangan. Setakat budak darjah satu dua ni apa je la yang diaorang pikirkan,lagipun tak pernah lagi penconteng dengar budak perempuan darjah dua mengandung lepas kena cuit bahu.


Sambil minum air tin,penconteng usha persekitaran. Petang ni takde sorang makwe pun yang keluar bawa adik pergi taman permainan,gamaknya semua makwe sekarang ni lagi suka layan tv kat rumah sambil lunjur kaki. Penconteng mengeluh hampa. Tengah penconteng ralit menenangkan fikiran,ada dua orang budak kecik dah buat hal tepi penconteng.

Budak dua orang ni penconteng syak kalau tak tadika mesti darjah satu. Kemain lagi tengah bergaduh mulut,sambil cekak-cekak pinggang dibuatnya..Penconteng masih kekalkan gaya duduk penconteng,kalau sampai berguling-guling baru penconteng ingat nak rejam dengan batu dua orang budak ni..


"Semalam ayah kita dapat ikan besar ni",kata budak botak baju biru sambil mendepangkan tangannya.

"Alaaa,ayah kita hari tu dapat ikan lagi besar,besar kereta",jawab budak baju oren taknak kalah.

Penconteng dah geleng-geleng kepala,ingatkan takde dah budak-budak main permainan "ayah siapa lagi power" ni.

"Ayah kita punya ikan lagi besar la,besar dunia!",balas budak botak baju biru sambil buat muka bengis. Penconteng dah mula rasa budak baju oren ni akan mengalami kekalahan. Tapi bila penconteng dengar apa yang dibalas budak baju oren ni,air tin penconteng tadi sikit lagi nak terlepas ke tanah.

"Ikan ayah kita besar infiniti! Awak tak boleh lawan dah,kakak kita kata infiniti yang paling kuat sekali!",balas budak baju oren yakin. Penconteng dah start berdebor,bukan calang-calang budak baju oren ni rupanya. Pesen main kakak tapi kalau penconteng jadi budak botak baju biru ni penconteng tahu apa balasan paling power sekali nak guna. 

"Tak kisah,ikan ayah kita besar Tuhan. Boleh lawan,boleh lawan?",balas budak botak baju biru sambil naik ke atas papan gelongsor. Budak baju oren diam sambil air mata bergenang.



Sambil tersenyum,penconteng tahu budak botak baju biru ni akan jadi lelaki yang steady bila besar nanti.. Hanya membaca dikala otak sedang sebu.

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad.
                                                                                   

Tuesday, November 29, 2011

Sumpah pengakap penconteng lupa !!

"Woi lu ade kat mane?dtg kedai bob,gua ade hal nak story",jerit kawan penconteng dalam telepon..Macam biase, Takde nak bagi salam dulu ke,ckp hello ke,terus main ckp je..Perangai sebijik mcm komunis.."5 minit gua smpai",balas penconteng ringkas smbil tekan butang end call..Malas nk dgr die merepek dh..Penconteng masuk bilik,tukar seluar jeans..sarung sweater..tengok kat luar, hujan renyai-renyai air bergelora, tapi bulan penuh, So malam tak nampak gelap sangat..Penconteng capai kunci kereta..

Nak ke kedai kawan penconteng tu tak jauh mane..Penconteng syak tak abes sebatang rokok dah sampai..Seperti biase, penconteng drive dengan berhemahnye..Bawak 40kmj,kawasan perumahan kan..kang bawak laju-laju terlanggar makcik-makcik tgh bergosip dpn umah naya jugak..Baru suku perjalanan penconteng drive,satu motor selisih..bagi lampu tinggi..Penconteng hulur kepala kat luar,bagi renungan makrifat kat budak bawak moto tu..Die menikus. Penconteng senyum nipis..

Lepas tu penconteng selisih pulak dengan sebijik proton saga..dari jauh die dah bagi high beam..pastu bagi hon pulak.Penconteng dh panas.Kalau hon skali takpe,Ni stok jenis hon panjang.Bingit tahu tak ?..Penconteng bukan setakat hulur kepala,dengan tangan sekali penconteng dah hulur dah. Bile makin dekat,penconteng tengok makcik yg drive. Penconteng masukkan tangan balik, Tak jadi nak tunjuk fak. Malas nak biadab dengan makcik-makcik. Bile proton makcik tu betul-betul sebelah kereta penconteng, nampak makcik tu menjeling. Pastu makcik tu siap gerak-gerakkan jari telunjuk, Macam nak bagi warning kt penconteng..

Penconteng geleng kepala. Makcik-makcik sekarang ni makin gengster. Pengaruh tv agaknye. Penconteng ingat satu hari nanti kerajaan Malaysia kene haramkan jugak televisyen, banyak sangat buruk dari baiknye. Dari side mirror,bayang kereta proton makcik tu pon tak hilang lg,penconteng dah selisih dengan sebijik lagi kereta. Kali ni Myvi pulak. Konfirm orang muda yang bawak sebab dari jauh penconteng dah dengar bunyi lagu disko dari speaker cikai kereta tu. Jenis yang pasang lagu kuat-kuat dalam kereta. Yang jenis camni penconteng tak faham. Dengar lagu disko dalam kereta pon nak eksyen ke pasang kuat-kuat. Menyirap btol penconteng..

Dah la pasang lagu kuat-kuat pastu die pon bagi high beam jugak kat penconteng. Abes sume org nak bagi lampu tinggi kat penconteng mlm ni. Ape salah penconteng pon penconteng tak tahu. Panas penconteng dengan makcik tadi pon tak hilang lagi,mangkuk ni pulak buat tambah panas. Bile dah makin dekat,penconteng jerit.."woiii,nak penampor!!!???"..terus berdesup kereta myvi tu pergi..tahu pon goyang,tadi bukan main lagi..

Penconteng mengeluh. Banyak sangat pemandu kat Malaysia sekarang ni tak bermutu. Korupsi melampau sangat.Bayar lebih sikit dah boleh dapat lesen. Bebal pon same jugak, Ambil ujian statik 10 kali pon boleh lagi ambil lesen. Pasni penconteng cadangkan sape tak lepas ujian statik 3 kali terus banned name die. Pastu mak ayah pon same salah gak, Senang sangat bagi kereta kat anak. Anak baru mengadu penat jalan kaki pergi kuliah,dah dpt kereta. Pastu dapat kereta bawak macam orang giler, Langgar sana langgar sini. Penconteng ingat kat Malaysia,tinggal dua orang je pemandu yang bermutu tinggi. Penconteng dengan Alex Yoong. Tu pon,die dah kene tinggal jauh dgn penconteng..

Sambil-sambil mengeluh,tengok-tengok penconteng dah sampai kedai kawan penconteng. Ramai jugak yang lepak, Sampai 6 meja sambung. Gelap mase depan budak-budak ni, kata penconteng dalam hati. Penconteng matikan enjin. Baru separuh badan penconteng keluar kereta, dengar kawan penconteng jerit..


"woii..save battery pon agak-agak la..tak kan la lampu kereta pon lu tak pasang.." penconteng tunduk malu sambil diketawakan beramai-ramai. Ada yang muntahkan apa yg dimakan, ada yang terguling-guling bawah meja, ada yang jelir lidah. Penconteng diam.

Sunday, November 27, 2011

Jangan Berperikebabian !!


Salam sejahtera semua. Penconteng baru sahaja abis berborak bersama seorang kenalan dan teringat akan gaya dan gelak ketawanya diiringi dengan perkataan kebiasaan iaitu ‘babi’. Tapi penconteng bukan nak cerita pasal itu, yang penconteng mahu ketengahkan adalah…..

Mari mulakan…

Tahukah anda babi selalu disebut bila manusia marah, mengejek, geram, dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya? Tahukah anda babi yang selalu manusia sebut itu juga punya rasa sayang pada anak kandung mereka? Tahukah anda babi tak pernah campak anak mereka ke dinding bila mereka marah atau bergaduh suami dan isteri? Tahukah anda manusia lebih kejam daripada babi yang selalu dicemuh itu? Tahu ke tak ni? Lantak korang la ye dak ??? wakakaka..
 
Akibat perbalahan dan tekanan rumahtangga antara suami isteri, seorang bayi malang berumur enam bulan dicekik, dipukul dan dicampak ke dinding. Babi gila kan perangai? Emaknya, penconteng ulang, emak bayi itu sendiri yang campak anaknya ke dinding dan yang pastinya emak bayi tu adalah mak manusia, bukan babi. Penconteng ulang sekali lagi. Bukan babi.

Nampak tak? Di sini babi menang. Babi lebih berperikemanusiaan daripada manusia sedangkan manusia pula bersikap berperikebabian! Emak bayi itu adalah 100% sihat akal, normal macam lu orang semua. Sihat otak dan tiada masalah hilang akal atau tidak waras. Hasil bedah siasat, ada 16 kesan cekik dan pukul sebelum bayi malang itu dicampak ke dinding. Babi gila kan perangai?

Apapun, walau bayi tersebut bernasib malang di dunia, tetapi syurga juga tempat beliau. Itu jaminan tuhan pencipta kita, tuhan sekalian alam. Al-Fatihah.


Lu orang nak tahu cerita lanjut, bacalah akhbar harian. Ini mak penconteng yang cerita, Berita disampaikan kepada mak penconteng oleh rakan beliau yang tinggal berhampiran dengan keluarga mangsa.

Catatan penconteng : Tahukah anda, ada 12 kali perkataan babi disebut dalam entri ini. Kepada babi, penconteng minta maaf banyak-banyak. Ya, sekarang dah ada 13 perkataan babi. Itu yang ke-14. Sekian.

Friday, October 28, 2011

Cerpen - Rokok Basah ku salai Jua. Contengan = Penconteng




(hak cipta tak dipelihara.. nak ciplak boleh ciplak.. nak rompak boleh rompak..)

-Oleh kerana ketika di sekolah, cikgu sering membulatkan tatabahasa dan memberi komen seperti “banyakkan membaca” “lebihkan isi” “jangan meleret-leret”. Jadi penconteng mengambil keputusan untuk menulis cerpen ketika sudah tua Bangka ini dengan gaya yang tidak layak dimasukkan dalam peperiksaan.. Apahal? Nak semak jugak? Bagi la E.. penconteng pedulik apa.. eheheh sorry.. penconteng sayang cikgu2 sumer.. cikgu2 pun sayang penconteng..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sinaran lampu tandas menyakitkan mata kamal. Terkebil-kebil mata kamal menahan silau. Perutnya menderita sakit perut yang amat sangat. Kalakatu semakin banyak bermain-main di lampu kalimantang, menari-nari mabuk dan cuba mengelak dari menjadi mangsa cicak yang dari tadi menanti dengan tenang. Masih terdengar bunyi katak memanggil hujan dari luar rumah. Apa lagi yang katak-katak itu mahu panggilkan, baru setengah jam yang lepas hujan berenti. Sejuknya masih terasa hingga ke tulang kamal yang tidak berbaju. Hanya sehelai tuala kusam yang pendek menutupi tubuh badannya. Pehanya sangat putih seperti tidak pernah merasai sentuhan lembut cahaya matahari. 

  Kamal duduk sahaja di mangkuk tandas duduk berwarna hijam daun pisang itu. Kecewanya tidak dapat dibendung dengan kata-kata.

“sial!!! Kenapa taknak keluar ni..” kamal menumbuk dinding batu tandasnya itu. Darah memercik keluar dari buku lima tangannya. 

Kamal memandang kebawah sambil tangannya meraut muka menahan kekecewaan. Darah  dari tangannya kini melekat di pipi kamal. Hujung jari hantu kamal tersentuh telinga kiri. Maka terjatuhlah sebatang rokok yang diselit dengan kemas ditelinga kiri ke atas tempat bekas meletak sabun. 

  Sedetik masa berlalu, rokok itu dibasahi dengan lembapan. Menangis mata kamal melihat rokok yang terakhir itu bertukar warna. Dadanya tiba-tiba merasa gelisah memerlukan asap rokok. Ketagihannya menjadi-jadi apabila memikirkan kedai yang paling dekat dibuka pada pukul 3 pagi ini berada 3 kilometer jauh dari rumahnya. Kedai di hujung taman ini hanya akan dibuka pada pukul 8 pagi nanti. 

  “ahh.. alang-alang tangan ku luka.. rokok basah ku salai jua” sambil menekadkan semangat untuk mengeringkan rokok itu dengan mengunakan pemetik api.

  Sudah jatuh ditimpa tangga. Pemetik api tidak dibawa masuk ke tandas. 

 Dengan menahan sakit tangan, perutnya yang memulas dan ketagihan rokok yang melampau. Kamal menggigil sejuk dan sedih. Terlihat di hujung mata kamal sekotak mancis terletak sopan di para meletak syampu dan berus gigi. Dia cuba bangun dan menggapai kotak itu, tetapi terjatuh akibat lututnya yang semakin lemah. 

 Mengesot dia di lantai. Dari dinding sebelah kiri untuk ke dinding sebelah kanan yang terletaknya para tersebut. Jarak antara kedua dinding itu tidak kurang dari 4 meter jaraknya. Lantai itu dilapik dengan getah keselamatan berlubang untuk mengelakkan kegelinciran. Seperti menggeselkan badan ke jalan tar.

  Melecet peha kiri Kamal. Sedikit demi sedikit dia menghampiri para tersebut. Apabila tiba sahaja di dinding yang menampung berat para, kamal mencapai singki lalu menarik badannya sekuat hati ke atas. 

 “pang!!!!” tangan kamal terlepas dari genggaman dan atas kepalanya terhantuk kuat ke mangkuk singki. 

  Setelah meraba-raba atas kepalanya, dan yakin tiada tanda-tanda pendarahan berlaku kamal mencuba sekali. Dia berjaya mendapatkan mancis itu. Secepat mungkin di bergerak semula ke mangkuk tandas dengan memapah dinding atau apa sahaja yang boleh dipegangnya untuk ke mangkuk tandas tadi.

 Dia dapat tiba ke mangkuk tandas tadi dengan selamat. Mengangkat rokok yang basah tadi dan dipegangnya dengan penuh kelembutan. Tangan kanannya pula mengambil batang mancis didalam kotak mancis. Hanya 3 batang sahaja yang belum digunakan.

  Batang mancis yang pertama, dengan hanya menggunakan sebelah tangan dia mengores mancis dan berhati-hati mensalai batang rokok tadi untuk mengeringkannya kembali.  Jika terlalu jauh, tiada apa yang dikeringkan. Jika terlampau dekat api dengan batang rokok, rokok akan terbakar di tengah-tengah dan menyebabkan kebocoran. Belum setengah batang mancis terbakar, api terpadam secara tiba-tiba. Mungkin kerana angin dari nafasnya, getus hati kecewa dan sakit kamal.

Perut kamal semakin teruk bergelora. Ibarat gunung berapi yang menanti waktu meletuskan lava-lava panas cair.  Seluruh badannya menggigil ketagihan rokok. Tanggannya berdarah kerana menumbuk dinding akibat menahan kemarahan. Pehanya pula merah menyala akibat bergesel dengan getah pelapik lantai. Kepalanya benjol, sekeras-keras kepala kamal keras lagi mangkuk singki.

  Batang mancis yang kedua di gores dengan selamba, diulangi lagi langkah menyalai rokok kerana masih terdapat beberapa kebasahan terdapat pada batang rokok itu. Kali ini dia berhati-hati untuk bernafas, badannya menjadi kaku seperti patung kerana dikhuatiri setiap pergerakan yang banyak akan menyebabkan api itu terpadam. Batang mancis itu sudah hampir ke hujungnya, kepanasan mula dirasai di jari kamal. Kamal menahan kesakitan, demi menjaga api mancis tersebut. Sehinggalah jarinya melecur terbakar, baru dia melepaskan batang mancis itu.

  Batang mancis yang terakhir. Senyuman pramatang muncul di muka kamal. Dia mengakui, atas segala penderitaan yang dilalui dan kerja kerasnya dia layak menghisap rokok tersebut. Kamal menggores batang mancis yang terakhir…

“prakk!” batang mancis itu patah dan terus jatuh ke lubang jamban.

 ***********************************************************



  Pada pukul 6.00 pagi, Zamri membuka pintu tandas. Terkejut dia melihat rakan serumahnya seperti dipukul oleh perompak. Muka rakannya tercalit darah, dan keadaan kamal sangat menyedihkan. Risau dengan keadaan rakannya itu dia memeriksa nadi kamal. Masih hidup.

  Dalam van ambulan, Zamri hanya menangis ketika bercakap dengan ibunda kamal melalui panggilan telefon bimbit mengkhabarkan keadaan Kamal yang disamun ketika sedang membuang air besar. 

  Tangan Kamal masih memegang erat rokok basah. Walaupun ketika Doktor sedang memeriksan keadaan dirinya di bilik kecemasan, tangannya masih memegang erat sebatang rokok basah.

Tamat..
 
hahahaha lantak korang lah.. menconteng tanpa berpikir apa. Sekadar menghiburkan hati mereka-mereka yang mengantuk di depan pc ditempat kerja. =) senyum..

-bro, boleh pinjam lighter tak? .. terima kasih..

Wednesday, October 5, 2011

escape - teachers day...

What can I remember about my teachers? 

(close my eyes and deeply inhale drink some cold water – fuhhhhhh~)

Emm… nothing much.. just a glimpse of my not so wonderful story of my life.. penconteng = Fahsha Muhammad.. so sad and boring..

Lets start with Arwah tuk atan.. I remember kissing his hand every time I finish learning to recite Quran. How he used to wave his magic wand (bamboo cane) then smashed to the floor each time I misspelled or pronounced it wrong. Making a really loud sound.. Like a thunder. And every time I heard that sound, my reading is getting better (for a few moments until I got distracted again). What was I? 6 or 7 years old maybe.  I don’t quite remember.. Then I continued to learned from Wak.. Wak have a different way of teaching, he is funny and great at taking attention from kids. Now, arwah Tuk Atan is no longer in my neighborhood. I cried the day when my mom said “go and recite yaasin to atuk.. He is the one who teach you how.”  With nozzle sound (I’m trying not to cry), sit in front of his dead body I recite yaasiin the way he always wanted me to (slow and take your time). Even though by that time I am already a teenager, when I sat in front of his body I felt like I’m a kid back. So much I can learn from him but I only realized it after he cannot teach me. He is not my real grandfather, but for a kid who never seeing his real grandfather, he is my real atuk. He is always wanted me to be an Ustaz or something, but you know where I ended up. 

I don’t remember anything about teacher in my kindergarten, so let’s skip that part. 

Primary school.  I wouldn’t give name, but there is few teachers who thinks highly of me. They think I will be a scientist one day. Sorry to say, I’m letting you down dear teachers. But still, I can blow up a balloon using dried ice.  Haha . =) my dads sometimes say a teacher from primary school asking about me, when I asked my dad the teacher name. Man, I don’t know who she is. World work in strange way, I remember a few teachers name (I can bet they don’t remember me) but a teacher who remember me I don’t even know the existence of her in my life story.  Maybe she teaches at sekolah agama.

My world is getting weird. Form1 to form3.  my life at all boy school. Kick out of class (a lot times), skipping last period class (almost everyday), sleeping in class (you don’t want to know).  I remember a lot of teachers from this part of my life, the all seeing bad things in student type, the slap slap slap and slap type, the very dedicated teacher who never give up on their student type. One thing for sure, none of them remember me. Hey, I’m a very low profile type of person.  When the pmr result come out, all of my teachers shocked. They thought I will be failing few, sorry to say I’m letting you down. Then there is teachers who shock that I don’t get more A`s, yup.. I’m letting them down again. I keep letting teachers down. 

   I’m getting older, wiser and more rebellious.  All I can think is having fun. My first oral test for form4 is titled “I hate this school” . I remember that English teacher. I hope she remember me. The last time I saw her all I heard from his mouth is “amir!!! What happen to you?” seeing me with long hair and thin to the skin. That is few years back. Technical school. I can remember every single one who teaches me those years. Some of those teachers we call abah, mak , or just a datin.  Slap? Come on.  We are 17. I got knee onto my stomach from a teacher. And then, there is teachers who don’t know what to do with boys. If they don’t let the boys went to toilet to smoke, none of them will be awake in class. If they let the boys go to smoke and those boys got caught, they (teacher) will be in big trouble. 

I wouldn’t call lecturer a teacher, they more to guidance, self experience and mentor to me. Just like friends, peers, family and colleague. If I have to call a lecturer a teacher, then I will claim all the people who influence me in my life as my teacher.  Indeed, they are. 
Today is teachers day.. I never say this loudly, but I’m sorry I’m not turn out to be what you expected me to be dear teachers. I’m not ended up be an engineer, scientist or have a degree on engineering but now i'm a journalist at MalayMail.  And miss N, sorry to say I’m not interested to be an actor or a comedian or model. En. X, I’m not being a lecturer but I did help few of friends who needs idea for their thesis or solve a few problems that need a twisted mind like me to think. Pn.Z, I don’t write. But I do keep conteng-conteng at this neglected blog.  Puan.F, I ashamed to tell you this but I still suck when it come to ur paper. That 4 flat is just something I did because I took that paper 2 times.

Give me some time.. Just a few years.. yup.. im just a little writer now, but when im succeed in everything that I planned, that’s will be the right time to thanks you guys.. Not today.. For today all I can say is i`m sorry.

Tuesday, October 4, 2011

Yang tersurat dan tersirat (pepatah melayu) - mengikut pemahaman Fahsha Muhammad

Nama pun menconteng, jadi tiada merujuk mana-mana teks. Haha memang dah lama nak berkongsi benda ini.. Namun mungkin kerana terasa diri agak rendah tahapnya berbanding pakar-pakar di luar sana jadi dibiarkan sahaja.. Saya hanya penconteng, melepaskan tinta dakwat ke meja dan buku-buku latihan kawan sekolah..

Apa yang dapat anda perhatikan setiap kali mendengar pepatah melayu?  Ya, anda paham semua  maksud nya.. yang tersirat lebih dulu anda pahami.. Tetapi yang anda sebut itu anda tidak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin kerana itu remaja dan muda mudi sekarang sukar  berkias atau berbual lama dengan pakcik2.. mereka tidak memahami gaya bahasa pakcik-pakcik. Kita hidup di dunia yang sangat berbeza dengan mereka.. Sezaman, namun dekad yang lain. 

Zaman kini terlampau berbeza sehinggakan kita tidak akan cuba untuk merungkaikan yang tersurat itu. Jangan salahkan diri anda, dan jangan salahkan orang tua kerana tidak mengajar.  Seringkali orang akan cuba menerangkan yang tersirat (kerana yang tersurat sgt mudah dipahami), tetapi penconteng akan beritahu anda yang tersurat.. Yang anda rajin sebut. =) hahahaha agak pelik bukan.. Jangan jadikan ini sebagai rujukan anda.. Nak buat assignment pergi lar library, blog penconteng tetap mengekalkan konsep “sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu  untuk berfikir”.  Kerana saya bukan ilmuan, hanya penconteng picisan.

Ini salah satu perkataan yang seringkali anda gunakan. LANGKAH BENDUL. Bermaksud kahwin dulu sebelum kakak/abang anda. Sesuatu yang tidak wajar bg sesetengah keluarga. Pikirkan! Apa itu bendul? Kenapa tak boleh langkah? Erkkk…. Pening? Hahahaha.. ambik kau.. ok.. kosongkan cawan, dan terimalah air fikiran dari hamba.. apa yang penconteng tahu, rumah bertangga (rumah tinggi) seringkali mempunyai satu kayu di lantai pintu masuk rumah. Kayu itu agak tinggi sedikit. Bayangkan anda menaiki rumah lama, memijak tangga satu persatu. Di pintu masuk ada kayu besar..anda pijak atau langkah kayu tersebut? .. pada zaman dahulu, wanita dididik dgn kesopanan. Jadi mereka akan menggunakan langkah yang kecil, maka mereka akan memijak kayu bendul tersebut. Jadi perbuatan langkah bendul ialah sesuatu yang agak tidak manis dipandang orang.. paham? Ok itu pandangan penconteng, mungkin ada lebih mengetahui dari penconteng jadi saya hormati pandangan anda.. 

Halnya sama juga dengan pepatah DITEBUK TUPAI. Bermaksud sudah tidak lagi suci (perghh.. sopan sungguh ayat penconteng).. senang cerita dah takde dara lagi sebab Korang main dengan jantan lain sblm suami.. hhahaha kasar sangat pulak.. paperhal pun korang tau kan maksud dia?.. ok. Kenapa ditebuk tupai. Banyak lagi binatang boleh dipilih seperti monyet, kerengga, dan manusia.  Tupai memang cool gila.. Senyap je dia gerak, lompat sana lompat sini.. Then tiba-tiba kelapa, buah durian dan macam2 lagi kena makan.. they make a hole, eat some and go away.  Buah itu still Nampak elok, bila dah jatuh atau korang petik. Ekeleh.. dah berlubang lah. Kecewa yang besar bagi yang berhak, si peladang yang sabar membaja.. memelihara kebun.. 

Alam berfungsi  dangan cara yang tersendiri. Jika kita tidak menganggu mereka, hidupan bumi mempunyai cara tersendiri untuk teruskan hidup. ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING. Yang bermaksud penduduk yang buat hal masing-masing, tiada kerja sama.  Pertama sekali pokok enau ialah pokok kabung.. Enau lebih biasa disebut di Indonesia (zaman dulu tiada Malaysia-indonesia.. kita semua berada dalam empayar melayu). Ok.. pokok kabung pun tak pernah tengok, korang pergi google.. Dari perbualan dengan mereka yang pergi sendiri mencari buah kabung. Enau akan cuba untuk melepaskan diri daripada lalang, pokok2 semak yang lain untuk menjadi tinggi.. Sekali mereka dah tinggi, akan perasan dari jauh enau itu lebih tinggi dari pokok-pokok semak yang lain. Untuk selamat, enau akan cuba untuk naik secepat mungkin.. Dan dalam proses membesar itu, semua pokok akan ditinggalkan termasuk pokok2 enau kecik yang lain.. dan yang kecil tertinggal akan menjadi bantut dan akhirnya mungkin mati.. hahahah ni brother yang jual buah kabung yang bagitahu.. dia tipu gua, gua tipu lu orang.. cam sial.. pokok enau pun aku tak pernah pegang.. nak ajar orang konon.

Hah.. AUR DENGAN TEBING. Bermaksud kerjasama yang padu. Atau bergantung antara satu sama lain. Chop! Mungkin ada yang teringat dulu belajar kat sekolah rendah air dengan tebing bukan. Penconteng tidak mahu komen pasal itu. Penconteng menconteng mengikut pemahaman sendiri semata-mata.  Ok.. pertama sekali, Aur ialah sejenis pokok seperti buluh (orang tua yang bagitau, aku malas check). Tebing sungai merupakan tempat membiak yang sesuai untuk pokok ini jadi pokok aur amat memerlukan tebing berada dalam keadaan yang kukuh. Halnya sama dengan tebing sungai itu sendiri, kadang-kala hujan lebat akan menyebabkan air deras melanggar tebing.. Untuk teruskan berada dalam keadaan kukuh, mereka bergantung kepada akar-akar pokok aur.  

 --- cukuplah setakat ini kolum tersurat dan tersirat. Dunia kita lain, jadi dari dulu kita diajar untuk menggunakan pepatah supaya warisan itu tidak hilang. Dipaksa memahami maksud yang tersirat. Walhal kita tidak disuruh untuk mengunakan keupayan kita berkias untuk menghuraikannya dari yang tersurat, mungkin  kerana kita tidak tahu apa benda kita sebut itu. =) sama juga kalau kita beri pepatah ini “tidak dicucuk kabel audio, watak berkata tanpa suara” yang mungkin bermaksud kalau kita tak berusaha nak bagitahu orang apa yang kita nak sampaikan, dia tak perasan pun kita sedang tegur dia. Atau bukan. Hahahha =) cuba sebut pepatah itu kepada nek oyang anda semua? Rasa-rasa dia paham tak?  Tenang semua..sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.

Nenek anda mungkin  berkata  “ehhh ko ni, maner  ler oyang tau cakap dak-dak sekarang..  lorat nau~~.serupe hawau  punya cucu”  dengan tangan yang menggigil dia menunjukkan penumbuk.