I
Ada seorang pakcik ni penconteng
tengok tengah terkebil-kebil pasang sticker 1 Malaysia dekat motor dia. Entah
hantu mana yang sampuk orang tua ni suruh lekat sticker tu pon penconteng tak tahu.
Sekejap-sekejap dia mencangkung, sekejap-sekejap berdiri pula pastu mencangkung
balik. Penconteng usha pakcik tu pekat sambil tangan masuk dalam poket seluar, biar
nampak bergaya dan matang.
Bila dah puas hati dengan hasil
tampalan dia, pakcik tu undur dalam lima langkah ke belakang. Tengok motor dia
macam pengarah tengah cari angle camera. Tiba-tiba pakcik ni tadi pergi balik
dekat moto, cabut sticker tu terus letak dalam bakul moto. Penconteng dah start
nak ketawa.
" terbalik pula ",
kata pakcik tu sambil tersengih kat penconteng.
Sambil tersenyum, penconteng cakap
dalam hati, " memang lah terbalik
pakcik oi. pergi pasang sticker kereta dekat moto apesal ? "
II
" kau tahu sarang burung tempua ? ", tanya seorang pakcik ni dengan muka serius. penconteng
angguk kepala. " kalau tahu
bagus, nanti kalau kau nak kaya, kau cari sarang burung tempua tu. Kalau kau
leraikan satu-satu sarang burung tempua tu nanti kau akan jumpa jarum emas ",
terang pakcik tu sambil teguk air kopi pekat.
" syaratnya kau kena leraikan sarang burung tu satu-satu tak boleh putus
", sambung pakcik muka macam S.Kadarisman
tu lagi.
" setakat jarum emas apa sangat la pakcik, saya tahu cara lagi bagus, terus
boleh dapat batang emas besar pokok pinang ", puaka sebelah penconteng tiba-tiba menyampuk. " macam mana tu nak ? ", soal
pakcik tadi. " pakcik cari gajah
seekor, putuskan leher dia nanti pakcik akan jumpa batang emas tu ",
jawab puaka yakin.
" tapi syaratnya pakcik kena putuskan leher gajah tu hidup-hidup ", sambung si puaka separa tersenyum.
Pakcik tadi terus pura-pura kuis
semut dalam air kopi.
III
" pakcik dulu bawa lori pusing satu Malaysia, setakat jumpa pocong, jumpa
beruang, jumpa pontianak tengah jalan tu pakcik dah biasa sangat ", kata pakcik Syuib sambil buat gaya tangan macam tengah
pulas stereng lori. Penconteng dan puaka-puaka lain dengar dengan teliti. Orang
lama bila tengah cakap ni jangan buat main-main, kita salah bersin pon boleh
kecil hati orang tua tu.
" ada sekali masa pakcik pergi Gua Musang, pakcik pecut lori pakcik
sampai rasa macam tayar tak cecah jalan. Itu jalan bukan double lines tu, kalau
jalan double lines kau orang bayang je la macam mana pakcik boleh pecut.. ", kata pakcik Syuib sambil angkat-angkat kening..tangan buat
thumbs up. Berlagak haram betul.
" bukan double lines pon pakcik main cilok-cilok potong kereta lain, kalau
double lines lagi la.. ",sambung
pakcik Syuib bongkak. Penconteng dah mula pelik.
" wei pakcik, pakcik nak cakap double lines ke double lanes sebenarnya ni
? ", soal penconteng garang.
Bila tengok pakcik Syuib senyum
nipis. penconteng terus terajang tiang letrik sampai patah dua.
Cakap orang lama ni kadang-kadang bukan boleh pakai sangat ye dak ?
No comments:
Post a Comment