Dulu time sekolah penconteng paling
lemah bila cikgu tanya apa cita-cita penconteng. Masa darjah satu bila cikgu
penconteng nama Miss Teh tanya apa cita-cita pnconteng, selamba penconteng
jawab nak jadi Miss Teh. Mengekek-ngekek Miss Teh ketawa masa tu tapi bila penconteng
dah besar sikit baru penconteng tahu jawapan sepatutnya ialah jadi cikgu, bukan
jadi Miss Teh. Harap-harap semua budak kelas penconteng masa tu dah hilang
ingatan.
Masuk darjah 3, cikgu lain pulak
tanya penconteng soalan yang sama. Macam la tak ada soalan yang mencabar lain lagi
nak tanya. Kalau tanya soalan pasal paradoks pun penconteng boleh sengih-sengih
lagi jawab agaknya masa tu. Kali ni penconteng jawab lagi power, penconteng
kata penconteng nak jadi Flashman kaler hitam. Depan budak-budak lain
penconteng kena marah, cikgu penconteng kata penconteng nak jadi benda bukan-bukan.
Tapi penconteng tahu kalau cikgu penconteng masa tu layan cerita Flashman
kompem dia sendiri nak anak dia jadi Flashman jugak.
Bila penconteng sudah berada dalam
darjah 4, sekali lagi penconteng diaju soalan yang sama. Perasaan masa tu
memang nak memberontak, rasa nak terajang papan hitam pun ada. Tapi oleh sebab
penconteng sedar budak kelas depan macam penconteng tak boleh buat perangai
bukan-bukan, penconteng jawab jugak. Penconteng cakap nak jadi McGyver. Semua budak
diam tanda kagum. Cikgu penconteng punya kagum sampai dia cubit perut
penconteng nak cover kekaguman dia.
Pernah satu kali, penconteng tak
tahu nak jawab apa sampai penconteng jawab penconteng nak jadi pembunuh upahan.
Jarang-jarang budak darjah 6 boleh bercita-cita macam penconteng. Tapi yang tak
sedapnya bila penconteng kena masuk bilik kaunseling, konon-konon cikgu takut
penconteng betul-betul jadi pembunuh upahan bila besar nanti. Kamon la cikgu, jangan
kata nak beli pistol, nak beli peluru pistol pun penconteng tak lepas sekarang
ni.
Tapi sekarang bila dah besar,
penconteng syak penconteng dah ada jawapan yang tepat kalau ada orang tanya apa
cita-cita penconteng.
Yes, penconteng nak jadi penjual tong gas..
No comments:
Post a Comment