Semua orang ada mama. Tak kiralah siapa
mereka pon. Kontraktor, presiden, mat rempit, bangla pam minyak, indon jual
ikan, penagih dadah, budak tadika atau iron man sekalipon. Mereka tetap anak
seseorang. Siapa-siapa yang kata dia takde mama memang penconteng terajang
sampai senak.
Kalau tanya soalan sayang mama ke
tak, penconteng yakin hampir 80% akan jawab ya yang diaorang sayang mama diaorang.
Tapi sayang macam mana penconteng tak kompem. Ada yang cakap sayang tapi bila
mama marah menjawab. Ada yang cakap sayang tapi bila mama suruh buat apa-apa, macam-macam
alasan yang keluar. Ada yang cakap sayang tapi bukan sayang mama sangat, sayang
duit mama.
Cuba lu orang tanya diri sendiri
yang lu orang masuk kategori sayang mama yang macam mana ? Yang sayang mama
betul-betul tu bagus la, yang sayang mama main-main boleh la bawa-bawa belajar.
Kalau dengan bf/gf boleh cakap " i love u " belas-belas kali sehari
tak kan dengan mama cakap sekali sehari pon tak boleh kan ? Tak yah la nak save
sangat perkataan tu ngan mama.
Penconteng tahu ada yang tak suka
mama dia. Ada yang bertahun-tahun tak tegur mama dia. Tapi fikir-fikirlah jahat
manea pon dia, teruk macam mana pon sikap dia, dia tetap mama lu orang.
Beralahla sikit dengan mama. Mama dah tua, lu org muda lagi. Buatnya esok tuhan
ambil mama, lu orang juga yang menyesal.
Tak payah tunggu hari ibu baru nak
wish, hari-hari nak wish pon tak ada siapa marah. Ni penconteng ingat
penconteng nak buat group fesbuk, " SIAPA SAYANG MAMA DAPAT RM100 ".
Apa-apa pon terima kasih kepada semua yang bergelar mama, ibu, mama, mummy, umi
atau apa-apa panggilan yang lu org panggil sekalipon.
Terima kasih kerana memberikan kita
seorang Einstein. terima kasih kerana melahirkan seorang Alex Ferguson. terima
kasih kerana menyusukan berpuluh-puluh Ultraman. Terima kasih kerana melahirkan
makwe taman cahaya. Terima kasih kerana mendodoikan seorang Mariah Carey. tanpa
cinta anda siapalah kami. Terima kasih untuk melahirkan kami. Jika kami baik, ini
semua sebab anda dan jika kami jahat, kami sendiri yang mencarinya.
mama, I LOVE U !!! ngeeee..
1 comment:
tmn cahaya? umh aku!
Post a Comment