Korang pernah putus cinta ? kompem
semua orang pernah kan. Sape tipu mati nanti seksa. Seingat penconteng
pengalaman pertama putus cinta dalam hidup penconteng terjadi semasa penconteng
berumur 4-5 tahun. kalau tak silap, budak tu nama dia Suri..Tapi lu org jangan
ingat suri anak Tom Cruise pulak. Penconteng terajang sorang-sorang karang.
Masa tu Suri ni memang menjadi
kegilaan ramai sebab Suri ni putih orangnya, rambut panjang, pastu pergi
mana-mana usung kucing dia. pemikiran penconteng masa tu anggap orang putih ni
semua cantik. Tak kisah la buruk macam mane pon asal kulit putih kire dah menepati
piawaian penconteng untuk jatuh cinta masa tu.
Zaman penconteng membesar scene main
petang-petang ni meriah lagi. Tak macam sekarang, budak-budak semua lepak kat rumah.
Kalau tak mengadap playstation, diaorang akan main binatang farmville dalam
fesbuk. Sebab tu penconteng syak budak-budak sekarang cepat jadi gemuk, tak fit
mcm budak-budak dulu.
Masa tu segala jenis permainan
penconteng mesti nak bergandingan dengan Suri. Main polis entri penconteng
kejar Suri dulu. Main sorok-sorok penconteng cari Suri dulu. Sanggup buat-buat
tak nampak budak-budak lain selagi tak jumpa Suri. Cakap pasal main sorok-sorok
ni penconteng kira handal jugak. Sekali penconteng menyorok bukan senang nak
jumpa, tambahan pula dengan kaler kulit penconteng yang memang sesuai untuk
aktiviti penyamaran.
Tapi sehandal-sehandal penconteng
tetap tak boleh lawan sorang budak nama Mior ni. Skill menyorok dia dah capai tahap
abadi. Penconteng syak tak ada sapa boleh pecah rekod Mior ni. Punya la terer
dia menyorok sampai sekarang orang tak jumpa-jumpa lagi. Penconteng dengar mak
dia siap suruh polis cari. Polis pon surrender.
Mior, kalau lu baca blog ni, bawa-bawa
la keluar, penconteng mengaku lu memang champion. Sudah-sudah la tu menyorok, budak-budak
yang sekali main dengan kita dulu tu pon ramai yang dah kahwin. Sambung cerita
pasal Suri, pendek kata masa tu memang penconteng berjaya bergandingan dengan Suri
dalam apa jenis permainan sekalipon kecuali satu permainan ni.
Main kawen-kawen. Tak tahu apa dosa
penconteng. Hari-hari penconteng offer biarlah penconteng jadi ayah, Suri jadi
mak. Tapi Suri mesti tak nak, dia nak juga budak nama Amat yang jadi ayah. Masa
tu Amat ni baru lagi pindah area umah penconteng dari mane entah. Jenis pakai baju ade poket banyak-banyak,
lengan panjang pastu rambut cacak-cacak lagi. Tang mana yang hensem pon
penconteng tak tahu.
Tak macam penconteng, setiap kali
kuar main mesti tak pakai baju pastu muka penuh bedak. Buta tak buta la Suri, sexy
dengan menjaga keterampilan macam penconteng ni pon die boleh tak nak.
Penconteng cakap kat Suri kalau tak dapat jadi ayah pon tak apala, biarlah
penconteng jadi orang jahat, boleh kidnap Suri. Dia tak nak juga, dia kata dia
tahu penconteng sesuai jadi apa.
Bila penconteng tanya penconteng
sesuai jadi apa, dia terus muncungkan bibir tunjuk kucing die. Penconteng terus
menyirap. Cilake apa penconteng jadi kucing, budak Amat tu pulak sedap-sedap
jadi ayah. Last-last penconteng ambil keputusan break dengan Suri terus balik
rumah. Tapi diaorang ingat senang penconteng nak balik macam tu je. Sebelum
balik, penconteng ambil batu baling kat Amat. Dengan Suri pon penconteng baling
sekali. Biar diaorang tahu betapa remuknya hati penconteng masa tu.
Dalam perjalanan balik penconteng
dah imagine Suri pujuk penconteng..
1 comment:
haha..kejam gile. Nampak sangat bengang sampai tahap baling batu..HAHAHA. Best!
Post a Comment