Selepas berjuta-juta bebelan,
beribu-ribu pandangan sinis orang, berates-ratus cakap-cakap belakang yang
penconteng terima, akhirnya hati penconteng mengalah jugak. Penconteng syak
penconteng dah tua, tak rebel macam dulu dah. Petang semalam sampai je tempat
tu penconteng tak terus masuk. Lepak atas motor dulu sambil usha-usha makwe.
Dua tiga orang makwe jugak yang tengok penconteng sambil phewwiitt-phewwiitt
penconteng. Fikir betul ke tak apa yang penconteng buat ni.
Tengah-tengah fikir, imaginary friends
penconteng tiba-tiba terpacul kat sebelah. " yela yela, nak masuk la ni
", penconteng sebut dulu sebelum sempat dia petik apa-apa ayat. Selepas
dah berapa kurun penconteng tak masuk, akhirnya penconteng masuk jugak tempat yang
golongan kutu paling takuti.
Penconteng amati sekeliling. Banyak
perubahan. Dah ada aircond, pintu pulak jenis sliding door, penataan cahaya
mantap, pakaian pakcik ni nampak kemas, seluar slack senteng, baju kemeja
kotak-kotak, kasut hitam pastu siap pakai mask lagi. Bagus-bagus, pakcik ni ada
improvement. Tak macam skuad badminton.
Tapi mata penconteng dah terperasan
satu benda yang kurang menyenangkan ni .Tivi. Pakcik tu pula tengah layan Piala
Uber. Penconteng dah mula tak sedap hati. Tak kan pakcik ni nak buat kerja sambil
layan tivi. Penconteng memang menyirap kalau dengan orang tak profesional ni.
Tapi bila terbayang muka mama dengan abah dengan sorang makwe ampang ni
penconteng terus gagahkan diri.
Bila duduk atas kerusi, rasa
berdebar semacam. Macam duduk atas kerusi elektrik pon ada. Pakcik tu pula sambil
kerjakan penconteng sempat lagi layan tivi. Mata kat tivi, tangan kat
penconteng. Cilake !!. Ingat dia multitasking power macam penconteng ke apa.
Alang-alang duduk je tak buat
apa-apa penconteng pon layan juga la Piala Uber tu sambil carut-carut dalam
hati. Sedar tak sedar tiba-tiba pakcik tu cakap, " siap !! ".
Bila penconteng tengok cermin je rasa macam nak menangis. Nak suruh alter balik
nampak macam mustahil, melainkan pakcik tu ada ilmu sambung-sambung.
Keluar je dari tempat tu, penconteng
dah tahu penconteng akan terima cabaran dan dugaan yang amat hebat. Belum sempat
penconteng panjat motor, dari jauh penconteng dah nampak sorang puaka yang
seangkatan kutu dengan penconteng ni menjerit-jerit sambil bawa moto macam orang
kene rogol. " ok ,dugaan pertama
dah sampai ", kata penconteng dalam hati.
" hahahhahahha.. lu nak masuk darjah satu balik ke potong rambut macam tu woi ? hahahahhaa "
Penconteng harap puaka ni eksiden kat
traffic light depan tu.
No comments:
Post a Comment