Penconteng pernah bagitahu untuk menjayakan sebuah siri percintaan, lu orang perlukan tiga benda.tarikan
molekul, persamaan kuantum dan timing. Atas permintaan seorang puaka, penconteng
akan terangkan dengan lebih padu dan mendalam apakah 3 benda yang penconteng
bagitahu tadi. Semoga lu orang dan penconteng sendiri akan mendapat moral dari
apa yang penconteng akan perkatakan.
Pertama sekali ialah tarikan
molekul. Lu orang mesti tertarik pada pasangan lu orang. Tak kisah la apa benda sekalipon yang lu orang tertarik. Mata bulat ke, bibir comel
ke, pipi merah-merah ke, rambut melayang ke, bijak pandai ke, sopan santun
ke, gaya tulisan ke, manja macam kucing ke yang penting lu orang tertarik.
Bila lu orang tertarik pada
sesuatu yang ada pada seorang makwe atau pakwe, secara autometiknya lu
orang akan jadi suka. Suka tu pulak boleh jadi cinta. Tapi ada satu benda
yang lu orang perlu ambil notes, makwe atau pakwe tu jugak mestilah
tertarik pada lu orang, kalau lu orang je tertarik tapi makwe tu tertolak
tak jadi jugak ye dak ?
Kedua, persamaan kuantum.benda ni
lebih melibatkan perasaan. Perasaan lu orang mesti sama dengan perasaan
makwe/pakwe tersebut. Benda ni semua perlukan kimia. Kalau benda dalam
hati lu orang tak sama dengan apa yang dalam hati orang yang lu suka, lu
orang akan jumpa jalan yang sukar.
Yup, maybe dia tertarik pada lu
tapi soal perasaan ni subjektif. Penconteng ambil penconteng sebagai contoh, penconteng
tertarik pada ramai orang. Mila Kunis, Winona Ryder, Mary Stuart Masterson, awek keje kedai henset kat Alamanda, makwe Seven-E dan banyak
lagi. Tapi tak semestinya penconteng ada perasaan kat diaorang. Melainkan Cik ampang.
Cilake.. macam mane entah penconteng nak
terangkan ni. Macam ni la, penconteng mungkin suka diaorang secara zahir tapi
bukan secara batiniah. Lu orang tak faham lu orang loser. Habis
cerita. Bila lu dengan makwe/pakwe lu sama-sama tertarik, sama-sama ada
perasaan, lu orang perlukan benda yang terakhir iaitu timing.
Penconteng dapat tahu pasal timing ni dari seorang puaka atau mangkuk yang lebih jahat dari penconteng. Untuk
menamatkan percintaan lu orang ke jinjang pelamin atau ke akhir nyawa
lu orang perlukan timing yang maha tepat. Timing memainkan peranan
penting hubungan lu orang akan berjaya atau lu orang akan rabak
akhirnya. Boleh jadi jugak lu orang akan hisap dadah atau bunuh diri
kalau hati lu orang tak kental.
Boleh jadi lu orang sama-sama
suka tapi sekarang makwe/pakwe tu nak pikir benda lain lagi. Boleh jadi
pakwe tu nak hantar mak dia naik haji dulu so lu fedap tunggu last-last
tak jadi apa. Maksudnya timing lu tak betul. Atau lu dah ready tapi makwe
tu tak ready lagi, sekali lagi ia takkan hasilkan apa-apa.
Seorang puaka pernah usha sorang
makwe ni. Masa puaka ni betul-betul suka, makwe ni tengah belajar lagi, so
diaorang takde apa-apa. Bila makwe tu dah habis belajar dan dah ready puaka
tu pulak tengah rabak dengan masalah family jadi dia tak pikir pasal
makwe ni tadi. Bila dah dua-dua dah ready puaka ni tikam orang pulak so
sekali lagi diaorang takde chance untuk bersama. Bila puaka ni dah jadi
baik, makwe ni pulak dah jadi tunang orang.
Last-last puaka ni kenal sorang
makwe dekat facebook. Kenal tiga bulan terus kahwin pastu. Maksudnya kalau
timing betul memang takde hal, yang susah bila timing lu orang
lari. Perlukan waktu yang tepat, keadaan yang tepat, orang yang tepat dalam
percintaan.
Pendek kata, lu orang perlukan
ketiga-tiga benda yang penconteng cakap tadi. Kalau salah satu takde lu orang
kena percaya yang jodoh takde. Penconteng berdoa yang lu orang dapat cari
ketiga-tiga benda tadi dalam hubungan lu dan seterusnya bahagia. Jika
tidak sampai sudahlah tiada season finale dalam hubungan lu orang.
Penconteng harap penconteng akan terus kental walaupun tak jumpa tiga benda ni.heh.
No comments:
Post a Comment