Penconteng dah perati lama sorang makcik dekat area rumah
penconteng ni. Hari-hari dia buat kerja macam biasa, isnin membawak ke selasa,
selasa membawak ke rabu, rabu membawak ke khamis dan begitulah seterusnya.
Tujuh hari seminggu, tak pernah cuti. Pukul 6 pagi dia dah standby duduk kat
port biasa dia dengan sebijik meja. Kadang-kadang dia pakai baju kaler kuning,
kadang-kadang kaler merah biji kundang, kadang-kadang kaler hijau pucuk pisang.
Pendek kata, ikut dia la nak pakai baju kaler apa pun.
Driver teksi, budak sekolah, brader kerja gomen, abang polis,
abang askar, kutu rayau, pekerja mekdi, makwe kilang, kakak cikgu sekolah semua
berhenti dekat dia tiap-tiap hari. Pilih-pilih, kasi duit lepas tu jalan.
Penconteng syak makcik ni dah banyak berjasa dekat ramai orang. Kalau takde dia
kompem ramai orang pergi kerja dengan perut kosong. Bila kerja dengan perut
kosong ni, kerja pun jadi tak power sangat.
Bila kurang power, kurang la produktiviti. Bila produktiviti
menurun, sesuatu syarikat itu akan dilanda masalah. Itu kalau pekerja syarikat
swasta, kalau pekerja kerajaan macam mana ? Lagilah haru biru, mana yang nak
buat kad pengenalan berjam-jam kena tunggu sebab kakak kaunter kerja dengan
perut kosong jadi kerja dia tak solid macam biasa. Mana yang nak apply geran
tanah pun begitu jugak.
Budak sekolah belajar dengan perut kosong memang satu ilmu pun
tak masuk. Driver bas pulak mulalah drive bas macam celaka sebab lapar sangat.
Abang polis tak makan punya pasal mulalah jadi baran semacam. Dekat sini kita
boleh tengok betapa pentingnya peranan seorang makcik penjual nasik lemak.
Sekarang ni penconteng nak tanya satu je. Agak-agak boleh ke
tidak kita start buat fanpage untuk makcik tu tadi kat fesbuk. Lepas tu kasi la
satu title kat dia, baru sedap sikit ye dak ? Kalau tak dapat title "
lady of liberty " pun, dapat title " lady of
jalan bangi " pun dah kira ok.
Penconteng harap lu orang boleh pikir serius tentang hal ni..
No comments:
Post a Comment