" Enam tahun !! '', kata puaka di
sebelah penconteng tiba-tiba. Penconteng dah mula rasa tak sedap hati. Selalunya kalau
puaka ni cakap pesen macam tu maksudnya adalah hikayat yang dia nak
ceritakan.
"Apa enam tahun ? ", kata peconteng melayankan saja puaka yang sedang membaling-baling batu ke pasir.
"Enam tahun gua tunggu
dia. Sabar tak sabar la gua. Lu cakap mana nak cari lelaki macam gua
ni ? Sabar, kuat agama, hensem, banyak duit pulak tu. ", kata puaka sambil
menepuk-nepuk dada. Penconteng rasa macam nak mencarut tapi penconteng tahankan
dulu. Takut-takut si puaka terus merajuk balik rumah..
" Lu dengar nasihat gua
ni, kalau lu minat mana-mana makwe, lu cari dulu rentak cinta tu dulu. Nak
cari rentak ni bukan kerja senang, mahu makan tahun-tahun jugak. ", sambung puaka serius sambil melukis-lukis di atas pasir dengan ranting kayu. Dia mula melukis gambar love yang agak besar.
Penconteng angguk perlahan..
" Benda ni lebih kurang sama
macam nyanyi lagu karaoke. Kali pertama, kali kedua mungkin lu nyanyi tak
ikut rentak lagi. Tapi percaya cakap gua, kalau lu teruskan nyanyi
mungkin dalam percubaan keseratus ke keseribu ke lu dah dapat nyanyi dengan
rentak yang betul. Lagi padu dari penyanyi asal lagu tu sendiri, " kata puaka dengan berspirit.
" Penting sangat ke benda rentak-rentak ni ? ", tanya penconteng sambil menahan rasa nak mencarut sebab puaka ni mengaku hensem sebentar tadi.
" Haah, lu jangan ambil mudah pasal rentak ni. Gua serius nak bagi nasihat kat lu ", jawab puaka sambil tiba-tiba berdiri dan melepaskan keluhan.
" Ok, gua dengar nasihat
lu. Tapi apa-apahal pon gua nak tahu, lu cari-cari rentak sampai 6 tahun
ni sekarang makwe tu dah suka kat lu la ek ? ", soal penconteng dengan hati membuak-buak dengan perasaan ingin tahu.
" Haram. !! ", jawab puaka ringkas.
Malam itu dengan bersaksikan awan biru di langit, seorang lagi puaka tewas dalam percintaan.
No comments:
Post a Comment