Masa penconteng buat keputusan nak pergi North Carolina itu hari, ada dua tiga orang puaka ni dah merayu-rayu suruh penconteng pikir balik keputusan penconteng tu, bukan setakat merayu, yang blacmail nak sebarkan gambar-gambar penconteng pon ada. Punyalah diaorang tak nak kehilangan penconteng. So selepas ditolak-tolak, dilambung-lambung, dijentik-jentik, dicubit-cubit, diaikido aikido, penconteng telah buat keputusan untuk menangguhkan dulu niat penconteng untuk ke hutan North Carolina. Harap semua dapat menarik balik ugutan-ugutan yang telah dilemparkan.
Berbalik pada entri sebenar penconteng, penconteng selalu cakap jangan hisap dadah, jangan hisap dadah. Tapi ada
jugak yang degil. Jadi pada sesiapa yang masih degil untuk menghisap
dadah, penconteng ada sedikit pesanan untuk lu orang.yang hisap dadah boleh
teruskan pembacaan,yang tak hisap dadah pergi la buat
apa-apa.. Masak-masak ke, tengok tivi ke, jahit langsir ke, bela atap
rumah ke, tak kisah la apa-apa.. Jangan lu orang pergi hisap dadah jugak
sudah.
Jangan hisap dadah kat rumah
flat atau apa-apa rumah yang mempunyai ketinggian melebihi setingkat.lu
orang hisap dadah kompem-kompem lu orang 'high' kan. Tak 'high' tak
pulak namanya dadah ye dak.? Bila badan lu dah luar kawalan secara
automatiknya lu akan jadi manusia paling bengap. Rumah flat 30 tingkat
pon lu orang nampak macam kat padang je. Untuk mengelakkan badan lu
berkecai jatuh dari bangunan, sila hisap dadah cuma di kawasan yang
berparas rendah.
Jangan hisap dadah di kawasan
berair seperti lombong, paya, sungai, laut, longkang maha dalam atau tab
mandi. Sekali lagi penconteng cakap bila lu jadi manusia paling bengap, ikan
sekilau pon lu orang nampak macam ikan duyung. Pastu sorang-sorang
terjun tiruk. Apa lu orang ingat kutip penagih dadah dah kembung-kembung
satu pengalaman indah ke ?
Jangan hisap dadah dalam rumah
yang ada family lu orang. Cilake apa lu nak hisap dadah lu hisap la
sorang-sorang, jangan babitkan family pulak. Bila matbond jumpa dadah dalam
rumah semua orang yang ada dalam rumah tu akan jadi saspek. Tak kesian
ke kat mak ayah lu dah tua-tua nak kene gari lagi ? Macam mane air muka
diaorang ? Kesianla bapak lu tak boleh keluar mengeteh lagi dah.
Jangan hisap dadah pastu bawa
kenderaan. Tak kisah la kereta ke motor ke teksi ke bas ke asalkan nama
kenderaan jangan bawak. Jangan sampai habis
anak-anak, bapak-bapak, mak-mak, suami-suami, makwe-makwe, pakwe-pakwe orang
habis lu langgar. Lu nak jahanam biar sorang-sorang. Penconteng harap takkan ade
penagih dadah yang bawak kereta kebal. Penconteng harap sangat ni.
Jangan hisap dadah pastu
berkeliaran di khalayak ramai. Cilake camni memang ramai. Lu ingat
communication skill lu orang di tahap maksima ke kalau tengah high ? Dah tahu
tengah lalok duduk diam-diam. Orang tengok orang mengumpat. " eh tu bukan anak polan si polan ke ? " tak ke dah dapat dosa orang tu..Faking betul !!.
Last sekali, jangan hisap dadah
bila lu tak ade apa-apa sebab untuk hisap dadah. Cari satu sebab yang tak
boleh dipertikaikan orang pastu baru hisap dadah. Macam tu tak ada sape yang
nak larang pon. Kalau boleh penconteng nak cakap jangan hisap dadah terus, tak ke
banyak lagi benda lain yang boleh hisap. Lollipop ke sugus yang
panjang-panjang tu ke, choki-choki ke, rokok ke. Ok cukup sampai situ
sebelum orang boleh salah faham..
Penconteng pernah tanya sorang puaka, kalau hisap dadah selalunya nampak apa ? Dia kata kalau hisap dadah boleh nampak gajah kaler pink..
Beli dadah mahal-mahal pastu boleh tengok gajah kaler pink je ? Lu orang memang genius !!!
No comments:
Post a Comment