Penconteng tak paham banyak benda kat dunia ni. Kadang-kadang bila penconteng tengok
satu-satu benda ni naik musykil jugak penconteng jadinya. Kadang-kadang ada
sesetengah benda genius macam penconteng pon angkat bendera putih.
Tadi penconteng tengok tivi, ada iklan kartun bodoh. Penconteng syak iklan ni Kementerian Penerangan yang buat.citer pasal demam denggi apa suma
bagai. Paling penconteng tak faham bila diaorang ketawa lepas sebut " tiada
aedes, tiada denggi ". Cilake betul !!.Apa yang lawaknya kat ayat tu sampai
kena ketawa last skali ? Berima pulak ketawa tu..
Tak lama pastu, penconteng tengok ada satu iklan pesen sama. Kartun bodoh
jugak, citer pasal beli barangan buatan Malaysia. Sekali lagi penconteng tak faham apesal mesti nak kena ketawa last sekali. Sumpah penconteng nak jumpa
orang yang buat iklan tu pastu tanya dia dengan lebih mendalam. Kalau penconteng tak puas hati dengan jawapan dia memang penconteng tendang skrotum dia
laju-laju. Penconteng serius. Jangan gelak woiii. !!
Penconteng tak faham la woi. penconteng tak faham kenapa dalam drama melayu mesti ada
orang miskin hina dina tapi watak perempuan miskin tu boleh pulak cukur
kening. Penconteng tak faham kenapa dalam drama diaorang pakai rambut palsu
yang jelas sangat rambut palsu. Apa jadah motif diaorang ni ?
Penconteng tak faham apesal orang suka sangat tengok sinetron Indonesia padahal
cerita dia sumpah merepek. Penconteng tak paham bukan sebab cerita dia
merepek, tapi dalam cerita Indonesia ni banyak sangat monolog. Cakap
sorang-sorang serupa haram.
Tapi bab Arsenal kena bantai 4-0, yang tu penconteng faham. Team sayur
lawan team power kompem-kompem la tahu sapa menang ye dak? Tu nasib baik kena 4
bijik je, kalau Arsenal jumpa Menyu mahu kene 2-"40".
p/s : Jangan tanya apa motif penconteng tulis entri ni. Penconteng sendiri pon tak faham apa penconteng tulis.
No comments:
Post a Comment