Tuesday, November 3, 2009

Suatu Kisah Yang Diceritakan oleh Seorang Lecturerku Di sebuah IPTA



Salam

Hari ini adalah hari yang agak membosankan dan membingungkan keadaan ku.Jadi di sebabkan kebingungan yang x dapat ku tahankan (ayat yang agak menggerunkan.hahaha),aku terfikir sesuatu cerita yang aku rasa nak tulis kat blog ni.Rasa-rasanya korang pon mungkin dah tau akan cerita ini tapi padaku cerita ini sgt memberi iktibar walaupon ianya melucukan padaku.(kat korang tak tau la.)

Sewaktu aku belajar di sebuah institusi IPTA yang tidak jauh dari rumah aku,aku bgun di pagi hari untuk ke kelas.Sampai di kelas aku ditegur beberapa rakan dan aku menjawab sapaan mereka lalu bergurau senda sebelum menjejakkan kaki ke kelas seperti hari hari sebelumnya.Kami masuk ke kelas bersama dan aku duduk di tempat aku seperti biasa untuk menunggu lecturer ku sampai.Haha.Senyap!Senyap!Tiba- tiba kelasku yang agak riuh tadi bertukar menjadi sunyi seketika.Haha.(itulah jeritan kawanku sewaktu nampak lecturer ku berjalan ke kelas kami).

So,bila my lecturer dah masuk,kelas pon bermula lah untuk hari itu.Sedang aku sibuk untuk memahami subjek yang diajar nya,aku dikejutkan dengan satu lagi jeritan oleh classmate ku,"cik,cik,kita take five bleh??pening lah cik."Cik aku pon menjawab ok dan semua boleh Take Five.(Take Five bermaksud rehatkan diri atau pon tenangkan fikiran sebelum menyambung pelajaran yang diajar hari itu supaya student tidak stress.Hahaha)

Ketika kami satu kelas berehat,cik aku bertanya kepada kami,"kamu semua pernah dgr cerita tentang tiga budak hitam x?"kami menjawab tidak lalu cik aku pon memulakan lah penceritaannya.(wahhh...ayat mesti power rite???Peace!)dibawah adalah cerita tentang tiga budak hitam.Layan ya.Hahaha

Suatu hari berjalanlah tiga budak hitam yang sangat berkawan baik berjalan disebuah hutan.Mereka bergurau senda seperti adik beradik yang sangat rapat tanpa memikirkan masalah.Sedang mereka berjalan sambil bergurau,tiba-tiba salah seorang dari budak hitam ini memberitahu kepada kedua-dua sahabatnya,sekiranya mereka terjumpa lampu ajaib yang boleh menunaikan permintaan mereka,alangkah bagusnya.Lalu mereka meneruskan perjalan mereka.

Tiba-tiba salah seorang budak hitam menjerit kepada kedua-dua sahabatnya bahawa dia ternamapak satu lampu ajaib.Mereka membelek lampu tersebut dan dengan tidak sengaja slah seorang budak hitam tersebut menggosok lampu ajaib itu lalu keluarlah sesuatu yang menyerupai jin.Berikut adalah perbulan antara tiga budak hitam dan jin yang keluar dari lampu ajaib itu.

Jin : Siapakah yang telah mengeluarkan aku dari barang yang sudah berkurun lama aku terkurung disini???hahaha

Budak Hitam : Kami bertiga yang melepaskan tuan hamba secara tidak sengaja.Kami minta maaf sekiranya kami bersalah.

Jin : Oh.tidak mengapa,kamu bertiga tidak perlu berasa takut kerana sepatutnya aku yang mengucapkan terima kasih kepada kamu bertiga kerana telah mepaskan aku yang telah terkurung lama di dalam botol itu.Oleh kerana kamu bertiga sudah melepaskan aku,aku akan tunaikan permintaan kamu sebanyak tiga kali.

Apabila ketiga-tiga budak hitam itu mendengar jin tersebut berkata begitu,mereka bertiga berasa gembira dan membuat satu keputusan mereka akan membuat satu permintaan setiap mereka.

Budak Hitam 1 :
Hamba telah berfikir,adakah tuan hamba boleh memberi hamba berkulit putih?

Jin : Boleh.

Lalu jin tersebut mengubah budak hitam tersebut menjadi putih dan rupanya telah berubah menjadi budak yang amat kacak.

Jin :
Bagaimana?Adakah ini yang kau mahu?jadi,apakah permintaan seterusnya???

Budak Hitam 1 : Ya,inilah yang hamba mahukan.Terima kasih.

Budak hitam yang 1 tadi sudah gembira kerana permintaannya sudah dipenuhi.Tinggal lagi dua permintaan.Jin itu bertanya apakah permintaan seterusnya kepada budak hitam.

Budak Hitam 2 :
Hamba mahukan seperimana tuan hamba mengubah kulit kawan hamba.

Jin : Baiklah,aku akan menunaikan permintaan kau.Nahh!jerit jin tersebut.

Lalu jin tersebut mengubah budak hitam yang kedua dan menunaikan permintaan budak hitam tersebut.Budak hitam yang kedua sungguh gembira.Dan mengucapkan terima kasih kepada jin tersebut.

Jin :
Jadi,apakah permintaan terakhir kamu?cepat,aku mahu beredar dari sini.Selepas ini kamu tidak boleh membuat permintaan lagi.

Tinggal seorang lagi budak hitam yang belum membuat apa-apa permintaan lagi.Budak hitam yang ketiga itu senyap dan terus berfikir apakah permintaan yang hendak dibuatnya kerana dua permintaan yang rakanya minta adalah sama dan dia berfikir sekiranya dia meminta permintaan yang sama,maknanya mereka akan sama sampai bila-bila.Jadi,setelah budak hitam ketiga habis berfikir,dia pon membritahu apakah permintaanya kepada jin tersebut.


Budak Hitam 3 :
Bolehkah tuan hamba yang bijaksana ini menghitamkan kembali kedua-dua rakan hamba???

Jin : Boleh,tiada masalah.Aku akan tunaikan permintaan kau.

Jadi ketiga-tiga budak hitam tersebut kembali menjadi seperti apa yang ada pada diri mereka sebelum ini.Haha.Menarik kan cerita ni.So,kesimpulannya anda lah kena tentukan.haha.Poyo gila mamat sorang nie.nanti aku akan ceritakan benda yang menarik lagi ya.Tata

p/s : moral of the story is dont believe ur friends.

No comments: