Monday, August 17, 2009

Memohon Ampun Sebelum Menjelangnya Ramadhan

Salam


Tup..Tup...Menjelma juga bulan Ramadhan tahun ini.Aku bersyukur sebab Allah masih panjangkan lagi umur ini untuk beribadat kepadanya.Sebelum kita memulakan ibadah puasa yang bakal menjelma ini,eloklah kita semua beringat bahawa puasa bukan sekadar hanya menahan makan atau lapar dan juga dahaga sahaja,tetapi menahan segala yang dianggap bole memudaratkan seseorang.

Contohnya puasa pada mata,telinga,mulut,tangan,kaki,dan sebagainya yang membolehkan seseorang itu puasanya tidak dikira.Jadi kat sini ingin diingatkan pada semuabahawa sebelum bermulanya bulan Ramadhan,malaikat Jibril telah berdoa kepada Allah S.W.T.


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


-Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
-Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
-Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu Saya terlebih dahulu memohon maaf baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja ,semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Status : Moody

No comments: