Friday, July 31, 2009

Orang Gaji Indon

Salam

Agak lama tidak menulis di sini, sudah bersawang blog ini hampir 3 hari lebih tanpa info terkini dan isu untuk didiskusikan (ayat mesti mau power..hahaha). Namun, saya gagahkan diri untuk menulis dan melemparkan beberapa pandangan peribadi mengenai satu isu yang kini sedang diwar-warkan di kaca televisyen, iaitu isu pengambilan orang gaji di kalangan warga Indonesia. Saya tidak pasti isu ini relevan untuk didiskusikan, tetapi saya berpendapat sedikit sebanyak, satu kesedaran harus diberikan kepada rakyat Malaysia kini yang sesetengahnya memandang sinis kerjaya orang gaji di Malaysia ini.

Kenapa saya begitu tertarik untuk membincangkan isu ini? Sebenarnya saya tertarik apabila menonton Buletin Utama 2 hari lepas yang menyatakan gaji seorang orang gaji yang boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan. Mungkin saya boleh dikatakan bagai katak di bawah tempurung, namun ikhlas saya katakan, agak terkejut saya dengan angka itu. Tidak pernah saya sangka, kerjaya orang gaji juga memberikan pendapatan yang lumayan. Mungkin juga ini disebabkan keluarga saya tidak pernah amalkan mengambil orang gaji, namun ada diantara rakan-rakan saya yang mempunyai orang gaji dirumah. Pelbagai cerita saya dengar daripada mereka, ada yang majikannya menanggung kos penerbangan untuk balik ke Indonesia dan tidak kurang yang menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.


Namun, setelah difikir-fikirkan, kenapa kita perlukan mereka daripada Indonesia? Mana pergi rakyat Malaysia? Adakah mentaliti kita terlalu sempit bagi kerjaya orang gaji ini? Melihat kepada pendapatan yang diterima, sememangnya kerjaya ini memberikan gaji yang lumayan. Orang gaji di rumah rakan-rakan saya juga adalah diantara warga Indonesia. Kenapa tidak rakyat Malaysia sendiri yang mengambil alih kerjaya ini? Sudahlah dalam bidang pembinaan pun dimonopoli oleh mereka daripada Indonesia, jangan sampai semuanya mereka monopoli semua bidang kerja di Malaysia sudahlah. Walaupun nampak mustahil, namun masih ada kemungkinan. Pendapat peribadi saya, tak perlu kita hentikan seketika. Sepatutnya, kita hentikan terus dan cuba kita buka minda rakyat tempatan mengenai peluang-peluang kerjaya sebegini.


Bukanlah saya tidak setuju pengambilan pekerja asing, tapi saya merasakan, kita terlampau ramai mengambil pekerja asing sehinggakan lambakkan (ayat skema) pekerja asing yang tanpa pekerjaan memberikan satu masalah kepada negara. Tak perlu saya perkatakan permasalahan yang mungkin berlaku, saya pasti anda faham apa yang saya maksudkan. Jadi apa kata anda? Saya hanya menyuarakan pendapat peribadi saya sahaja berkenaan isu ini, mungkin anda punyai pandangan anda sendiri.Sory la.Macam ahli-ahli politik pula kan?Hahaha. K la,sampai sini dulu. Tata


Status : Tunggu seseorang msj.Haha

No comments: