Tahun ni memang kompem-kompem penconteng beraya tanpa hajat yang kesampaian lagi. Nak dapat hajat tu sebelum sembahyang pagi raya nampak sangat kerja tahyul, jadi penconteng postponed je hajat penconteng tu. Harap-harap raya haji nanti bakal menantu datang bertamu..Perghh..macam cilake pulak ayat penconteng ye dak ?
Oleh kerana hajat penconteng ingin beraya di Canada tidak
kesampaian, maka seperti tahun-tahun yang lepas penconteng akan beraya di Bangi
pada tahun ini. Dan seperti juga tahun-tahun yang lepas,tahun ini juga
penconteng tidak mempunyai spirit untuk beraya..
Penconteng syak spirit raya ni hilang sejak penconteng sedar
adanya diskriminasi dalam pemberian duit raya..Tapi jangan risau, tetamu-tetamu
yang datang tetap dilayan seperti meriah dan bergaya. Jadi silalah datang kalau
tidak percaya.
Tahun ni penconteng akan menghentikan pemberian duit raya pada
budak-budak yang datang. Penconteng ingat nak bagi mercun bola je sebijik
sorang. Siapa yang cedera paling bergaya sekali baru dapat duit raya.
Pada tetamu dari generasi muda, kita akan melepak depan tivi
sambil menonton sarkas macam biasa. Elemen-elemen freemason boleh juga dikaji
mengikut minat masing-masing. Lu orang nak lepak berapa lama pon lepak lah
selagi penconteng masih mempunyai mood. Kalau mood tu hilang tiba-tiba,
pandai-pandai la cepat-cepat sarung selipar masing-masing di luar.
Pada golongan emas pula, penconteng rasa cukuplah sekadar
menjamu selera di dapur sambil berbincang pasal akhirat. Nak bincang pasal
Rozita Che Wan pon penconteng tak marah. Tapi kalau dengar dek bini
masing-masing jangan pulak nak salahkan tuan rumah.
Sempena aidilfitri ini, penconteng ingin meminta maaf sepanjang
kejahatan yang penconteng lakukan sejak raya kedua tahun lepas. Mana-mana
kejahatan yang penconteng lakukan selepas ni penconteng akan mintak maaf pada
raya tahun depan pulak.
Oh ye, pada siapa-siapa yang nak datang beraya esok jangan
datang sebelum pukul dua sebab lepas sembahyang raya esok penconteng ingat nak
stay terus kat masjid sampai sembahyang zohor. keh keh keh...
p/s : Satu baju raya pon penconteng tak beli
tahun ni.. Susah-susah, penconteng beraya pakai baju taekwando je tahun ni.