"
puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Macam-macam lagi kita kena
jaga, iman dengan mulut tu kena selevel baru la kita tak ada cakap benda-benda
yang lagho ni.. "
Penconteng dengan sorang puaka dah terkebil-kebil. Tak pasal-pasal belum seminggu puasa dah kena
sekolah dengan pakcik entah mana-mana. Tapi silap puaka sebelah peconteng
jugak, bukan nak ingat puasa ke tidak, mulut nak laju je mencarut. Tapi pakcik
ni boleh tahan juga power, berani dia sound penconteg dengan puaka yang dua
kali tinggi dari dia. Penconteng syak kalau bukan bekas polis, mesti pakcik ni
bekas jaga bank.
Kalau tak ingat puasa, penconteng dah sound balik pakcik pendek
ni. Tapi sebab hari ni penconteng real punya puasa, nak menjawab pon macam tak
larat. Dalam kepala dah terbayang air ribena. Puaka dekat sebelah pon pura-pura
sopan sama. Kagum jugak penconteng dibuatnya.
Bila pakcik tu pandang je tempat lain, penconteng dengan puaka
terus lesapkan diri. Misi puaka tadi nak tengok lengan makwe kat bazar ramadhan
mesti diteruskan. Silap-silap boleh dapat partner puaka tadi untuk beraya
sama-sama nanti. Bila sampai je bazar
ramadhan, penconteng dengan puaka dah rasa nak mencarut sekali lagi. apa kemain
ramai sangat orangnya ni. Penconteng syak orang sekarang dah tak pandai
guling-guling depan tivi sementara tunggu azan maghrib.
Puaka sibuk nak beli murtabak. Nak beli murtabak dekat bazar
ramadhan pulak bukan kerja senang, silap-silap nyawa boleh melayang sebab
berebut dengan abang-abang badan ketak. Puas penconteng nasihat suruh beli apam
balik je, puaka tak nak dengar. Nak jugak beli murtabak. Katanya kalau takde
murtabak, buka puasa nanti tak berapa happening. Kadang-kadang dengar ayat ni
keluar dari mulut orang yang pukul 2 petang dah kunyah chewing gum menyirap
jugak rasanya.
Sementara tunggu puaka beratur beli murtabak, mata pencoteng
lincah tengok sekeliling. Betul-betul seberang jalan mengadap bazar ramadhan tu
ada kedai toto. Orang dekat dalam kedai toto tu sama ramai dengan orang kat
bazar ramadhan. Susah jugak kalau ramai sangat pakar matematik ni ye dak ? Asyik
nak tengok nombor je kerjanya.
Bila penconteng nampak satu muka yang familiar, terus penconteng
tepuk bahu puaka. Puaka yang beratur dari tadi sekarang dah sampai depan. Lagi
dua orang sampailah turn dia dapat murtabak. Bila dia tengok je jari penconteng
tuding ke kedai toto, puaka terus berlari ke jalan.
" pakcik
bonsai oi !! Iman dengan otak tu kena selevel jugak ! Tak kan la nak beli lauk
buka puasa nanti guna duit toto !! ", jerit puaka takde fikir
dah perasaan orang tua. Penconteng senyum nipis. Puaka senyum jugak tanda puas.
Sekelip mata je, pakcik tadi terus hilang. Entah ilmu apa dia guna.
Bila penconteng tengok je puaka menghala balik ke gerai murtabak tadi,
penconteng dah mula asah lutut. Macam jahanam punya perangai.
Ada dekat 30 orang nak kena tunggu sampai turn dia balik.
No comments:
Post a Comment