Bila sebut pasal makanan dan masakan, kita akan terbayang golongan mak, chef yang kebanyakannya lelaki, pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Penconteng bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat, jangan risau, penconteng bukan ultras lelaki cuma penconteng nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.
Penconteng percaya golongan makwe terlalu
mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika
golongan makwe sibuk membelek buku resipi, golongan lelaki telah
mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai
jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa
yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka.
Kadang-kadang golongan lelaki
turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan
hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan
bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi
sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan
dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.
Fokus ketika memasak. Penconteng sangat
yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke
dapur, mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa
hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul
yang tersendiri.
Berlainan dengan golongan makwe
yang selalu melakukan kesilapan kedua, tidak respek pada seni memasak.
Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe, tengah menumis sempat lagi
jeling ke rancangan melodi kat tivi, tunggu kuah mendidih pun sempat
belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.
Seperti yang kita tahu,keadaan
dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung
batu, pisau, penapis, blender, bawang, periuk bergelimpangan tetapi ini juga
yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang
havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.
Cuba bayangkan golongan makwe
memasak. Lepas guna piring sebijik basuh, lepas ambil sos tiram simpan
semula dalam peti ais, lepas tapis santan, basuh semula penapis. Ini
sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan
golongan makwe telah membahagikan otak mereka.
Mereka harus tahu yang bila
memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan
menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau
pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang
senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka, power jugak ayat penconteng ni..
Penconteng harap golongan makwe yang
membaca entri penconteng ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild
atau seekor Kitchen Animal ketika memasak, percayalah anda akan melihat
perbezaannya. Ketika penconteng menulis entri ini, penconteng baru sahaja lepas
memasak. Dan hari ini, penconteng belajar sesuatu, terlalu kreatif juga boleh
membunuh.
Maggi goreng asam laksa misalnya..
P/s: Kalau lu orang kata lu orang sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak, lu orang gila !!!
P/s: Kalau lu orang kata lu orang sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak, lu orang gila !!!
2 comments:
wahh great ! nak cubalah nanti memasak gaya lelaki..haha then apa hasilnye..haha XD
sila beritahu saya apakah hasil yang sedari dapat. great kan cara yang lebih wild. kakakaka
Post a Comment