Wednesday, February 22, 2012

Dari berbual - Kalau nak hisap dadah, biar macam orang pandai sikit.




Masa penconteng buat keputusan nak pergi North Carolina itu hari, ada dua tiga orang puaka ni dah merayu-rayu suruh penconteng pikir balik keputusan penconteng tu, bukan setakat merayu, yang blacmail nak sebarkan gambar-gambar penconteng pon ada. Punyalah diaorang tak nak kehilangan penconteng. So selepas ditolak-tolak, dilambung-lambung, dijentik-jentik, dicubit-cubit, diaikido aikido, penconteng telah buat keputusan untuk menangguhkan dulu niat penconteng untuk ke hutan North Carolina. Harap semua dapat menarik balik ugutan-ugutan yang telah dilemparkan.




Berbalik pada entri sebenar penconteng, penconteng selalu cakap jangan hisap dadah, jangan hisap dadah. Tapi ada jugak yang degil. Jadi pada sesiapa yang masih degil untuk menghisap dadah, penconteng ada sedikit pesanan untuk lu orang.yang hisap dadah boleh teruskan pembacaan,yang tak hisap dadah pergi la buat apa-apa.. Masak-masak ke, tengok tivi ke, jahit langsir ke, bela atap rumah ke, tak kisah la apa-apa.. Jangan lu orang pergi hisap dadah jugak sudah.

Jangan hisap dadah kat rumah flat atau apa-apa rumah yang mempunyai ketinggian melebihi setingkat.lu orang hisap dadah kompem-kompem lu orang 'high' kan. Tak 'high' tak pulak namanya dadah ye dak.? Bila badan lu dah luar kawalan secara automatiknya lu akan jadi manusia paling bengap. Rumah flat 30 tingkat pon lu orang nampak macam kat padang je. Untuk mengelakkan badan lu berkecai jatuh dari bangunan, sila hisap dadah cuma di kawasan yang berparas rendah.

Jangan hisap dadah di kawasan berair seperti lombong, paya, sungai, laut, longkang maha dalam atau tab mandi. Sekali lagi penconteng cakap bila lu jadi manusia paling bengap, ikan sekilau pon lu orang nampak macam ikan duyung. Pastu sorang-sorang terjun tiruk. Apa lu orang ingat kutip penagih dadah dah kembung-kembung satu pengalaman indah ke ?

Jangan hisap dadah dalam rumah yang ada family lu orang. Cilake apa lu nak hisap dadah lu hisap la sorang-sorang, jangan babitkan family pulak. Bila matbond jumpa dadah dalam rumah semua orang yang ada dalam rumah tu akan jadi saspek. Tak kesian ke kat mak ayah lu dah tua-tua nak kene gari lagi ? Macam mane air muka diaorang ? Kesianla bapak lu tak boleh keluar mengeteh lagi dah.

Jangan hisap dadah pastu bawa kenderaan. Tak kisah la kereta ke motor ke teksi ke bas ke asalkan nama kenderaan jangan bawak. Jangan sampai habis anak-anak, bapak-bapak, mak-mak, suami-suami, makwe-makwe, pakwe-pakwe orang habis lu langgar. Lu nak jahanam biar sorang-sorang. Penconteng harap takkan ade penagih dadah yang bawak kereta kebal. Penconteng harap sangat ni.

Jangan hisap dadah pastu berkeliaran di khalayak ramai. Cilake camni memang ramai. Lu ingat communication skill lu orang di tahap maksima ke kalau tengah high ? Dah tahu tengah lalok duduk diam-diam. Orang tengok orang mengumpat. " eh tu bukan anak polan si polan ke ?  " tak ke dah dapat dosa orang tu..Faking betul !!.

Last sekali, jangan hisap dadah bila lu tak ade apa-apa sebab untuk hisap dadah. Cari satu sebab yang tak boleh dipertikaikan orang pastu baru hisap dadah. Macam tu tak ada sape yang nak larang pon. Kalau boleh penconteng nak cakap jangan hisap dadah terus, tak ke banyak lagi benda lain yang boleh hisap. Lollipop ke sugus yang panjang-panjang tu ke, choki-choki ke, rokok ke. Ok cukup sampai situ sebelum orang boleh salah faham..


Penconteng pernah tanya sorang puaka, kalau hisap dadah selalunya nampak apa ? Dia kata kalau hisap dadah boleh nampak gajah kaler pink..







Beli dadah mahal-mahal pastu boleh tengok gajah kaler pink je ? Lu orang memang genius !!!

Saturday, February 18, 2012

Penconteng Tak Faham

Penconteng tak paham banyak benda kat dunia ni. Kadang-kadang bila penconteng tengok satu-satu benda ni naik musykil jugak penconteng jadinya. Kadang-kadang ada sesetengah benda genius macam penconteng pon angkat bendera putih.

Tadi penconteng tengok tivi, ada iklan kartun bodoh. Penconteng syak iklan ni Kementerian Penerangan yang buat.citer pasal demam denggi apa suma bagai. Paling penconteng tak faham bila diaorang ketawa lepas sebut " tiada aedes, tiada denggi ". Cilake betul !!.Apa yang lawaknya kat ayat tu sampai kena ketawa last skali ? Berima pulak ketawa tu..

Tak lama pastu, penconteng tengok ada satu iklan pesen sama. Kartun bodoh jugak, citer pasal beli barangan buatan Malaysia. Sekali lagi penconteng tak faham apesal mesti nak kena ketawa last sekali. Sumpah penconteng nak jumpa orang yang buat iklan tu pastu tanya dia dengan lebih mendalam. Kalau penconteng tak puas hati dengan jawapan dia memang penconteng tendang skrotum dia laju-laju. Penconteng serius. Jangan gelak woiii. !!

Penconteng tak faham la woi. penconteng tak faham kenapa dalam drama melayu mesti ada orang miskin hina dina tapi watak perempuan miskin tu boleh pulak cukur kening. Penconteng tak faham kenapa dalam drama diaorang pakai rambut palsu yang jelas sangat rambut palsu. Apa jadah motif diaorang ni ?

Penconteng tak faham apesal orang suka sangat tengok sinetron Indonesia padahal cerita dia sumpah merepek. Penconteng tak paham bukan sebab cerita dia merepek, tapi dalam cerita Indonesia ni banyak sangat monolog. Cakap sorang-sorang serupa haram.


Tapi bab Arsenal kena bantai 4-0, yang tu penconteng faham. Team sayur lawan team power kompem-kompem la tahu sapa menang ye dak? Tu nasib baik kena 4 bijik je, kalau Arsenal jumpa Menyu mahu kene 2-"40".




p/s : Jangan tanya apa motif penconteng tulis entri ni. Penconteng sendiri pon tak faham apa penconteng tulis.

Monday, February 6, 2012

Merekalah Kakak.

Kadang-kadang penconteng tak suka jadi orang yang angkuh. Alter ego yang penconteng cipta ni kadang-kadang makan diri. Pernah sampai satu tahap penconteng dah tak kenal diri penconteng. Penconteng terlalu leka dengan pesona Ryoema Echizen. Oleh sebab itu, hari ni penconteng nak tulis entri tentang diri penconteng yang real. Tak ada unsur tokok tambah yang membuatkan penconteng nampak power.

Penconteng jarang cerita pasal kakak penconteng. Yup, penconteng ada dua orang kakak dan beza umur kitaorang hanya tiga dan empat tahun je. Tapi entah kenapa penconteng dengan dua orang kakak penconteng tak pernah ngam, tak pernah sekepala. Penconteng dengan kakak penconteng tak ubah macam minyak dengan air, tak ubah macam spongebob dengan squidward, tak ubah macam batman dengan joker.

Kalau nak cerita pasal bergaduh, dah banyak sangat, dah selalu sangat. Dulu waktu masih remaja memang mudah kitaorang nak bergaduh dan selalunya kak long akan beri cubitan di perut diam-diam sampai keluar air mata. Cilake ! Memandangkan penconteng seorang yang kemas dan berpegang pada rahsia, penconteng hanya diamkan diri bila dicubit oleh kakak sendiri. Tapi nasib baik la sejak masing-masing dah tua ni kitaorang dah mula matang (sedikit) dan kalau bergaduh pun cuma sampai ke tahap bertekak mulut.

Daripada kecil sampai besar, penconteng dan dua orang kakak penconteng bersaing dalam macam-macam benda. Dan akhirnya penconteng sedar penconteng dah tak layak bersaing dengan mereka. Puaka macam penconteng memang patut kalah dengan orang macam mereka. .

Walau ayat mereka kadang-kadang mencengkam sampai ke hati, walau layanan mereka kadang-kadang dingin macam air tasik Chini, penconteng tahu mereka sayang penconteng. Penconteng tak pernah kasitahu sape-sape pun tapi dari dulu sampai sekarang mereka sentiasa jadi idola penconteng dalam beberapa hal.

Orang lelaki susah nak luahkan rasa sayang dia sebab ego. Tapi hari ni penconteng campak ego penconteng jauh-jauh sampai Papua New Guinea dan penconteng cuma nak cakap satu benda je, penconteng tahu penconteng puaka, penconteng tahu perangai penconteng kadang-kadang macam celaka tapi penconteng sentiasa sayang mereka berdua.

Walau kita macam minyak dan air tapi kalau takde dua benda ni macam mana suatu masakan tu nak rasa sedap ye dak?



P/s : buatnya penconteng dah berjaya pakai mini cooper, baik lu orang redi tengok keangkuhan paling power..kehkehkeh..