Dah 2013, semua orang sibuk pasang azam.
Mana yang tengok orang sibuk pasang azam tu pulak kucar-kacir reka
azam mengarut sebab nak ikut trend. Mana yang tak ada azam dan steady tak
ada azam terus rileks cucuh rokok sambil pekena sembang politik. Mana yang geng
Najib, sembang kutuk Anwar, mana yang geng Anwar, sembang kutuk Najib,
mana yang mengaku neutral, sembang kutuk Anwar dan Najib. Yang kaki
konsert pekena pergi konsert, mana yang kaki romen cari port beromen,
mana yang hisap dadah, hisap dadah macam biasa, mana yang
mabuk terus mabuk macam badan kalis api neraka, mana yang tak rosak
sangat pergi dengar ceramah agama. Maka bertempiaranlah semua mengikut cara
masing-masing.
Penconteng nak sembang pasal dua benda je,
bahagia dan kemaafan. Dia punya bunyi dah macam deep kan ? Sabar,
bunyi ja deep, isi dia belum tentu lagi. Dari 2012 membawak ke
2013, penconteng sibuk cari bahagia. Bahagia tu pulak tak datang
percuma. Kalau penconteng bahagia, orang lain belum tentu bahagia.
Kalau orang lain bahagia, penconteng pulak belum tentu
bahagia. Nak buat semua bahagia pun boleh masuk kategori kerja gila.
Ok, penconteng kejar bahagia penconteng dulu. Tapi kat
sini, orang lain dah tak bahagia. Ni kompem salah penconteng. Jadi penconteng
nak mintak maaf kalau ada yang tak bahagia disebabkan penconteng. Tak
kisahlah keluarga, makwe atau sahabat handai, rakan taulan. Bila ada yang
tak maafkan penconteng pun, penconteng boleh terima. Yelah, kalau
memaafkan orang tu tak membahagiakan bagi pihak dia, takkan penconteng
nak paksa ye dak ? Lagipun sebagai orang yang salah, penconteng
kena terima apa jua keputusan orang lain sebab orang lain berhak. Tapi
percayalah, sebagai manusia biasa, kadang-kadang penconteng terlanjur ikut kata
hati dari ikut logik otak.
Sekali lagi penconteng mintak maaf dan untuk tahun
2013 ni dan tahun-tahun yang mendatang, harap bahagia tu milik kita semua.