Sebut pasal cikgu, mesti dalam otak dah imagine lelaki buncit
pakai kemeja, seluar slack, rambut sikat tepi, pakai spec. Kalau pompuan pulak
pakai baju kurung bunga2, jubah kalau ustazah, tudung satu tone, bawak buku 2-3
bijik. Kenderaan tipikal bagi cikgu ialah Toyota Unser. Kalau yang jenis save sikit
tu drive kancil ex650 je.
Jarang kita tengok muka cikgu jenis barua. Diaorang semua boleh
kata sepaten, semua muka budak baik. Cikgu displin pon muka skema jugak
sebenarnya cuma diaorang terpaksa berpura-pura kental. Tapi penconteng tak nak
cerita pasal cikgu sekolah sebab penconteng rasa dah ramai yang wish terima
kasih kat golongan ni.
Penconteng nak ucap terima kasih kepada golongan cikgu yang mungkin
dilupai dalam sambutan hari guru ni. Pertama sekali penconteng nak ucap terima
kasih kat cikgu driving school penconteng, Pakcik Atan. Terima kasih sebab
jadikan penconteng seorang pemandu kereta yang berkaliber yang tidak pernah
lupa memberi signal ketika masuk simpang, tidak pernah menggunakan henset
semasa memandu dan tidak pernah makan jalan orang lain.
Kedua, terima kasih kepada cikgu cinta penconteng iaitu
imaginary friends penconteng sendiri, Bob. Tanpa beliau penconteng syak
penconteng akan jadi seperti loser-loser yang lain yang tak pernah menikmati
percintaan. Ok, ayat penconteng dah macam cilake. Walaupon penconteng solo sebelum
ni tak bermakna Bob tidak menjalankan tugasnya, cuma penconteng rasa belum
datang seru je lagi masa tu. Bob selalu cakap, persamaan kuantum, tarikan
molekul dan timing adalah 3 perkara yang diperlukan dalam menjayakan siri cinta
dan penconteng tak kan lupa tu smpai bila-bila.
Ketiga, cikgu fesyen penconteng. Dengan berkat tunjuk ajar
mereka, penconteng tidak lagi memakai baju melayu dan berseluar jeans ke
masjid. Terlalu kampung kata mereka. Dan penconteng jugak tidak berbaju melayu
sepersalinan siap dengan samping. Terlalu poyo kata mereka.. Cukuplah
bertrack-suit dan berbaju t-shirt kosong. ringkas dan mudah.
Keempat, terima kasih cikgu kejahatan penconteng. Cikgu
kejahatan penconteng agak ramai dan diaorang ada pengkhususan masing-masing
.Penconteng belajar hisap rokok dengan cikgu lain, belajar buat dapur dengan
cikgu lain, belajar terajang orang dengan cikgu lain dan belajar cilok air tin
di pasaraya dengan cikgu yang lain pulak. Benda ni penting sebab lu orang tak kan
tahu betapa durjananya satu-satu perkara itu selagi lu orang tak buat sendiri.
Yang penting hati kena kental.
Kelima, cikgu idea buruk. Yang ni memang bersepah keliling penconteng.
Bila penconteng dalam sesuatu situasi yang memerlukan idea yang bernas, diaorg
akan datang memberikan idea-idea jahanam diaorang dan menyebabkan benda yang
patot jadi A dah jadi K.. Tapi penconteng percaya kita tak akan belajar sesuatu
selagi kita tak buat silap dan terima kasih pada diaorang..
Penconteng juga nak ucapkan terima kasih pada cikgu masak-masak,
cikgu laman sosial, cikgu lawak macam haram, cikgu catur, cikgu redtube dan
banyak lagi. Cikgu yang penconteng tak sebutkan di sini. Dan penconteng juga
nak buat pengakuan sebelum penconteng akhiri entri kali ini iaitu….
Penconteng tak tulis pasal cikgu sekolah sebab satu nama cikgu
pon penconteng dah tak ingat.
Maafkan kederhakaan saya cikgu. Selamat Hari Guru !!!