Wednesday, September 28, 2011

Hahaha. Nah .. amik.. Part 2 ! adui ! lagi….

Yup!! ini adalah bahagian kedua. kepada mereka yang baru sahaja mengikuti blog murahan dan terbuang lalu terkontang kanting ditinggalkan dunia ini, adalah digalakkan membaca bahagian pertama di archive sebelum (ingat dah..hahaha)yang dinamakan [ hahaha.. nak sangat ayat sweet. ]... saya tak pandai, tapi tahu lar sedikit.. nak berkongsi pun takkan nak kena kutuk kot. tenang ye para pengkritik.. huhu =)

Baik!! mari kita mulakan.. pada bahagian pertama penconteng telah memberikan dua idea untuk menulis ayat sweet tanpa memetik dari filem dengan 2 kaedah berbeza tetapi melalui satu jalan iaitu menukar lirik bahasa melayu ke bahasa Inggeris. Berapa ramai yang dah cuba? angkat tangan.. satu dua tiga.. emm boleh tahan.. ada gak yang sakit otak berani cuba idea tu.. wahhaha aku ingat aku sorang je bengong.. =)
 
Teknik tukar lirik itu sangat rendah tahap mencabar nya.. mari kita naikkan sikit tahap penguasaan anda dalam menulis ucapan manis melalui sms atau sekadar mencantikkan gaya bahasa penulisan anda..  Kali ini anda kena berpikir untuk menulis namun kaedah nya tahap mudah sehingga anda pun akan pelik yang anda mampu melakukannya.. Penconteng sekadar memberi idea, gaya penulisan semua terpulang kepada anda. =)

 Makna Nama
 Hampir kesemua pembaca blog ini adalah kaum melayu. Namun ada juga rakan-rakan lain kaum memberi sokongan secara diam-diam. Terima kasih diucapkan. Jadi kerana majoriti pembaca adalah bangsa melayu, nama anda biasanya ialah daripada bahasa arab. Setiap nama mempunyai makna. Kebanyakan kita tidak mengambil kisah apakah makna disebalik nama rakan anda. Jadi mulalah selidik, anda akan terpesona dengan kecantikan makna nama rakan anda. =) oit! teknik ini memerlukan rasa (feel) dan gaya fikir luar kotak. jadi sila beri perhatian.. hehe

 Fahami makna nama rakan anda, cari kaitan makna itu dengan perwatakan rakan anda dan mula menulis. "tips, gaya sopan lebih memberi impak kepada pembaca daripada pujian melambung".

contoh teknik makna nama;
Nazihah (penconteng memilih nama ini kerana seorang follower blog ini bernama nazihah, jangan gosip ehhh, ni ambik secara rawak sahaja)
Nazihah bermaksud bersih/clean. daripada maksud itu kita cuba pikir apa yang kaitan bersih dengan hubungan atau keadaan anda ketika itu. ok. kononnya penconteng dah nak putus hubungan dengan seorang gadis bernama nazihah, dan dulu penconteng seorang yang kotor/sinful tetapi setelah  mengenali nazihah penconteng menjadi baik. kira nak keluar ayat memujuk lar ni.

"i was  dirty back then, i dont wanna be dirty back again, so dont leave me dear nazihah, like your name, you are the only one can make me clean"

Wahahahahha.. ok ker? macam psiko je bunyinya.. =) oi naziha!! aku pinjam nama kau ni. jangan nak saman2 pulak yer.. kuikuikui.. para pembaca, cubalah menghantar ayat manis daripada teknik ini kepada ibu, isteri, nenek, kakak, adik perempuan, makcik dan sahabat anda. Jangan nak dibesarkan sangat awek/pakwe korang tu, naik kepala nanti. dan zina bukan cinta.  =)
-Nota penting, nama lelaki tidak sesuai digubah. Banyak sebabnya, jadi jangan cuba-cuba. Kalo anda buat juga, bukanlah dari tunjuk ajar penconteng. penconteng lepas tangan~~~

Rendahkan diri

Jatuhkan ego sikit. Asyik nak tunjuk bagus je punca ramai orang putus sillaturahim sesama saudara. Teknik rendahkan diri ya pembaca, bukan menjatuhkan maruah sendiri. Minta simpati ialah satu cara mudah untuk orang terasa, tapi itu merupakan gaya orang terdesak. Jadi jangan sampai anda ketahap itu. =)

Kajian psikologi pernah menyatakan kita akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang memuji kita dan mereka yang meletakkan diri mereka lebih rendah dari kita. contoh ringkas, kita akan memberi perhatian lebih kepada jurujual yang memanggil kita encik/cik daripada jurujual yang sekadar berkata "ya, nak apa?" di butik pakaian. --takkanlah anda tak pernah keluar ayat ni kot, "kewak nya budak, ingat aku takde duit ke buat tak layan je aku dari tadi"

Nyatakan kelemahan anda dulu, tambah bunga sikit, dan terus memuji kebaikan seorang lagi. Boleh tambah azam jika anda rajin..

Contoh teknik rendahkan diri

"i cant afford to buy you a garden of roses, not that romantic to wrote you a poem, neither that strong to bring down the moon, but till my days is end, i will keep trying to make you happy, coz you are my inspiration"  boleh tambah "happy birthday my wife" atau "happy anniversary dear husband"

Nampak tak rendahkan diri dulu, tambah bunga sikit pastu kasi pujian.. azam penconteng letak kat tengah. (korang nak rembat ayat ni pun penconteng tak kisah, sebab ayat ni ada pengaruh filem sikit).  Gua suka main bahasa, lu nak kata gua jiwang lu orang tengok kat cermin dulu. Kalau orang dalam cermin tu tak pernah ada awek/pakwe dan tak pernah gayut telefon malam2 buta, orang itu yang layak cakap penconteng jiwang.

Cuba lah, perlahan-lahan.. Main bahasa sikit. nak cepat bagus banyakkan membaca. Jangan ler beli buku novel remaja jiwang banyak-banyak. Rosak otak. cuba baca "art of war-sun tzu" atau buku buku yang ditulis pada zaman 80an pasal perjuangan nak merdeka. Penconteng bukan orang alim (tak bangga dengan penyataan ini), tapi eloklah disampaikan juga, Mengaji al-quran dan membaca tafsir nya lebih baik dari mana-mana buku tulisan manusia.

Bulan depan atau dalam masa yang terdekat  nanti kolum [hahaha.. nah ambik..] akan terus memberi sikit idea untuk menulis ayat sweet untuk dihantar melalui sms atau sekadar mencantikkan gaya penulisan anda. Pada bulan depan kita akan cuba teknik metafora dan acah-acah spontan. huhuhu teruskan melayari blog penconteng fahsha-radhio.blogspot.com.

Dari fahsha Muhammad.

Tuesday, September 27, 2011

Dari Berbual - Sangat Jauh Dari Tanah

Tumit terasa sangat merindui benda buangan yang terbiar tak dipedulikan. Tapak kaki keluh kesah seperti belum pernah merasai keselesaan. Sakit, sangat sejuk memijak lantai setiap kali bangun dari tidur untuk ketandas. Kadang-kadang hati penconteng cemburu melihat nenek tua yang sudah mempunyai lebih dari sebelas cicit masih gagah menebas lalang didepan rumah memberi ruang kepada rumpun-rumpun tebu menunjukkan warna meriah hijau, kuning dan ada pula hitam kepada pembelanya. Hina sangat kah elemen kehidupan dipanggil tanah untuk kita hindari sekian lama.

Sudah sekian lama tapak kaki penconteng ini tidak memijak rumput segar dipadang bola, atau memijak pasir pantai yang putih, menahan kesakitan akibat terjun dari pokok, dan sekadar memijak batuan kecil didalam sungai membiarkan air sejuk meredakan semua langkah perjuangan hidup yang seringkali memberi tekanan pada kaki ini.

Bilakah kali terakhir anda memijak tanah?
 1) bangun tidur memijak mozek mahal berwarna putih jernih dengan hiasan jalur merah seperti belahan batu.
 2) Keluar dari rumah ketempat parkir kereta yang ditar hitam, menunggu tren distesen komuter yang disimen padu dengan konkrit.
 3) Bekerja dibangunan 12 tingkat atau sebuah kilang industri.
 4) Berjalan-jalan di kaki lima atau menghabiskan masa sekadar melihat-lihat gadis berkeliaran di kompleks membeli-belah.
 5) Menghentak-hentak ringan tumit kaki di pelantar besi yang dilapit dengan getah dan gentian plastik didalam kereta sambil mendengar lagu lady gaga di radio.
 6) Mengayuh basikal di lebuhraya seperti seorang atlit, meluncur di skatepark sambil berusaha menyempurnakan "kick flip masuk 50-50 keluar nolie", berpusing-pusing mencari ruang untuk melepaskan bola melalui bawah kelengkang rakan di gelanggang futsal.
 7) Duduk menonton televisyen sambil menunggu waktu masuk tidur.
 8) Bermain gitar didalam bilik.

Penconteng terlupa kali terakhir memijak tanah. Yang pasti bulan lepas penconteng ada ke rumah seorang makcik untuk mengambil barang-barang mentah dari kebun kecilnya untuk dijadikan produk makanan, dan sangat pasti ketika itu memakai selipar berjenama selipar jepun. Paling hampir tapak kaki ini merasai perasaan memijak tanah berkemungkinan sebulan yang sudah. emm.. sebulan.

Bila penconteng duduk-duduk termenung sambil mengurut tapak kaki yang sakit, hati dan perasaan mula melayang mengenang saat-saat gembira ketika kanak-kanak apabila setiap petang sebelum senja masing-masing berebut ke pili air mengambil giliran membasuh kaki yang diselubungi dengan pasir, bau lopak air, lumpur dari hujan yang membuatkan padang bola menjadi seperti kolam renang. Walaupun kadang-kadang luka akibat terpijak batu tajam, paku, serpihan kaca, duri pokok semalu dan lain-lain, kaki kanak-kanak itu terus berlari keesokan harinya. Ketika sedang sibuk membasuh kaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat . "wei, jom last!!", beramai-ramai membuat terjunan bebas keatas tanah dan membiarkan badan menggelongsor sejauh yang mungkin. Seakan meraikan sesuatu yang besar seperti menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir. Dari ingin membasuh kaki, kini terpaksa mandi di pili dan menanti masa dimarahi penjaga dirumah apabila mereka sedar ada baju berlumpur terendam didalam besen  di belakang rumah.

Setiap kali anda ke padang bola, perhatikan rakan-rakan anda ada yang sengaja membiarkan kakinya berehat diatas rumput selepas membuka kasut but berbau kepam. Jika dipantai ada yang menjinjit selipar flip-flop quiksilver dan membiarkan kakinya merasai kehalusan pasir pantai. Perkara seperti ini tidak perlu diajar, ia berlaku tanpa sedar. Yang pasti, kaki anda merindui tanah. Jangan terasa hina jika ada yang melihat anda seperti orang miskin hanya kerana anda duduk diatas selipar dan membiarkan tapak kaki anda merasai tanah ketika anda menunggu tali pancing dimakan umpannya oleh ikan ditasik rekreasi. Layanlah kaki anda dengan baik. Ia rindu dengan tanah. Bawalah ia ketempat yang mulia, kerana ia berhak berada disitu. Dan janganlah melakukan kerosakan ke muka bumi ini.

nota = oi!! bukannya aku suruh korang kaki ayam kemana-mana.. adui. lurus sangat pun tak elok lar kawan.
hahaha. selipar dan kasut itu melindungi kaki dari kotoran dan bahaya serta mengelakkan dari tergelincir. sesekali itu pijaklah tanah tanpa pakai kasut.
cereka dilhamkan dari perbualan penconteng dengan seorang wartawan lama (otai) dari Malaymail.

Saturday, September 24, 2011

Hahaha. Nah amik !.. nak sangat kan ayat sweet. Part 1

Sudah pagi buta, penconteng tidak dapat melelapkan mata. Jadi dari menghabiskan masa melayari laman-laman pornografi yang bersepah di dunia maya adalah lebih baik kiranya penconteng mengarut didalam blog sendiri. Semalam penconteng mendapat sms dari kenalan lama, "bro, send ayat sweet sikit bro. birthday awek aku esok". Kawan minta tolong, walaupun tak berkenan sangat dengan perempuan tu kenalah juga memberi sesuatu dihantar untuk oleh kawan kepada temannya. Tapi apa yang penconteng nak membebel lebih lanjut bukanlah pasal ayat sweet atau apapun, tetapi benda-benda macam ni rasanya korang boleh buat sendiri. Penconteng tak membaca novel cinta ("ayat-ayat cinta" dikecualikan), tidak pula mempunyai ramai kenalan wanita. Ia datang dari melihat sesuatu dari perspektif yang lebih indah.

Penconteng tidak dapat mengajar anda bagaimana nak mengubah apa yang kita lihat dan rasa kepada bentuk penulisan. Betul, memang tak dapat. Ia seperti sesuatu yang datang dari bertahun-tahun pengalaman dan termenung. Seperti anda bukan seorang penangkap gambar profesional, tetapi di depan anda ada suatu permandangan yang sangat indah. Anda mengambil gambar, permandangan itu ada dirakam tapi suasana dan perasaan anda ketika itu seperti tidak berjaya dirakamkan kedalam gambar itu. Tetapi kadang-kadang kita boleh menangis melihat gambar yang ditangkap oleh mereka yang profesional, terdapat jiwa dan pengertian didalam sekeping gambar. Begitu juga dengan menulis ayat-ayat sweet ini.  -saya bukan bagus, bodoh pulak tu.. takkan nak mengajar anda semua pulak kan? hehe =)

Jadi bagaimana nak menulis ayat sweet tanpa perlu memetik dari filem (memang selalunya budak pompuan akan perasan korang rembat ayat kat filem mana) ?? kita boleh alih bahasa dari lagu melayu yang diorang jarang dengar. Kalau diorang selalu dengar pun pedulik apa, kita alih sampai mereka tak dapat tangkap. hahaha. opps sorry, memo ini untuk kaum wanita juga. Cuma penconteng dapat rasakan budak perempuan tiada masalah menulis ayat sweet kerana mereka dari kecik mempunyai kebolehan memujuk .

  Alih bahasa lirik lagu melayu? macamana pulak tu?.. 

Hahaha. Soalan yang baik.  Kerana kita lahir dalam dunia yang merasakan apa yang barat buat semuanya bagus, sampai segan ingin menghantar teks sms ucapan dalam bahasa melayu. Alasannya, bunyinya terlampau jiwang. emm.. bukan pendapat penconteng, itu yang dapat disimpulkan dari ucapan mulut dari belia-belia sendiri. Jadi terpaksalah segalanya ditulis dalam bahasa english supaya nampak lebih uptodate dan cool. Kita cuba ingatkan lagu yang sesuai dengan situasi anda ketika itu, dengar lirik nya dan cuba tukar kepada bahasa english. -

  Contoh pengalihan pertama, 
  -tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-   rinduan..  (contoh lar!!! korang nak yang best buat sendiri lar)

   kita dah nampak pantun diatas pasal rindu, maksud utama ialah jangan buat tak endah je bila awek ko ada, esok dah tiada sibuk misscall-misscall.. ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. mari kita memalukan diri sendiri dengan tahap bahasa english yang sangat lemah~!!
 
  - you see me but you never notice, you hear me but you never listen, make me wonder, when im gone will you ever missing me? (ayat nak hujung-hujung hubungan)

  nampak tak maksud ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. Tak best? memanglar. Sebab tidak kena ngan situasi anda sekarang. Takkan nak bagi kad raya time kenduri kahwin kot. nak best buat sendiri. Peghh.. aku tulis panjang-panjang suruh korang buat sendiri..

   Contoh pengalihan Kedua,  
-Angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu,memori silam meresap malam, kenangan bersama tersimpan selamanya. -lagu untukmu, artis Feminin

Wahahaha.. Mesti ramai tak puashati kenapa lagu ini yang dipilih penconteng. kerana ianya  contoh terbaik untuk teknik yang kedua dipanggil pusing-pusing. Dalam teknik ini anda hanya perlu menukar lirik terus ke bahasa english, pusing-pusing berlaku kerana gaya bahasa english sangat berbeza dari bahasa melayu jadi perlu memusingkan kedudukan patah perkataan ke tempat yang bersesuaian.

-  in a glance the breeze make me reminiscing you, while old memories absorb into the night and it forever  kept the story bout me and you.

 emm.. bolehlah.. malas nak pikir lama-lama.. Saya hanya ingin memberikan contoh, gaya persembahan semuanya bergantung kepada anda. hahaha. =) perghh.. kalau tiada sebab munasabah untuk gubah ayat, penconteng terasa macam menipu diri sendiri. buruk je dengar contoh diatas.

bukak minda anda.. Jangan pikir pasal lagu jiwang dan pantun. Pikir nak alih bahasa lagu-lagu Search ker, nasyid, atau cuba translate lagu m.nasir kepada poetry (sajak english).  Penconteng pun english tak A+ jugak waktu spm dulu, kita bantai jer. (Eng4scinNtech dapat, lari tajuk).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-d.j radio dah buat benda ini. Penconteng tak cakap idea sendiri pun.  Walau apapun, yang pasti kawan-kawan mempunyai sedikit pilihan untuk menulis sekarang. Takkan nak quote ayat movie jer, semua orang mampu tengok wayang sekarang. tak menarik la nanti ada 9 orang post benda sama kat status facebook .  Jadi!! jangan sms aku pasal mintak  contoh wishes ke apa ker, aku dah bosan buat benda-benda ni. Mengaji lagi bagus. bukan dapat duit pun tulis ayat bunga-bunga.

 Penconteng lagi suka menukar lirik bahasa inggeris ke bahasa melayu. Baiklah tiba masa untuk melabuhkan badan yang sedang kepenatan. Hari pun dah subuh dah ni. satu malam mengarut depan p.c .. Sebelum artikel ini ditamatkan, terimalah hadiah dari penconteng dengan ucapan, sayangi bahasa kebangsaan kita.

bila ku meihat kedalam matamu, dapat ku rasakan cinta itu menolak,
tapi sayang bila ku dakap mu tidak kah kau tahu aku berasa begitu juga,
Tiada apa kekal selamanya, dan kita tahu hati akan berubah,
dan sangat sukar memegang lilin didalam kesejukan hujan november.
(lagu legend = november rain, artis legend = GUN N ROSES)

Friday, September 23, 2011

Editor Syawal September

Salam sayang.. salam bahagia.. salam peluk cium antara kita.. muahhxx muahxx terasa indah bahagia sungguh menconteng monitor di hari ke 24 syawal…

Stopppp!!!!!! Salah blog.. blog penconteng tak keluar ayat-ayat mengeletis seperti diatas.. hahaha  =)  

  Apa khabar pembaca semua? Makan ? minum? Dah semput belum merokok?  Terasa getah underwear dah meregang belum kerana pinggang membesar akibat melantak tak terkawal?  Check kiri kanan. Sandarkan badan ke kerusi, pandang depan dan  mari mulakan.  (macam budak kecik la korang buat betul-betul apa yang aku suruh)

Merindui ramadhan.. =) bangun sahur.. mula bekerja di pagi hari, di tempat baru, di negeri orang di seberang nun jauh disana ketika menjelangnya ramadhan. Bersahur dikala orang semenanjung masih nyenyak tidur. Berbuka bersama rakan tercinta setiap hari tanpa merasakan masakan mama di rumah sendiri. Hanya rakan-rakan menghiburkan hati dikala sunyi. menjadi penyanyi undangan di suatu tempat diundang oleh rakan penconteng disana. Pulang ke semenanjung pada akhir ramadhan Suasana riuh rendah bersedia untuk syawal. Masih gagal khatam al-quran dalam sebulan ramadhan (percubaan menarik, takde lah off side.. kira masuk kotak penalty jugak lah).

Daripada kecil, penconteng lebih menikmati ramadhan daripada hari raya itu sendiri. Itu ramadhan penconteng, ramadhan anda mungkin berbeza. 

Syawal bermula dengan mendapat sms di malam raya ketika  didalam perjalanan ke jalan tar.. hahahaha =) lu ingat ni diari ke nak cerita semua. 

September raya. Peluklah rakan mu yang sekian lama tak berjumpa, ciumlah tangan si tua yang sekian lama bersabar dengan perangai budak-budak baru nak naik macam kita dan senyumlah pura-pura bahagia didepan yang tersayang. Tiada apa yang perlu disegankan. Penconteng sering terbayang kebaikan seseorang setiap kali bersalaman dengan beliau. Mungkin anda terlupa, rakan anda ada disisi anda ketika anda kehilangan ahli keluarga. Berpeluh untuk anda ketika majlis kenduri dirumah anda. Menemankan anda ketika anda perlu sesorang untuk berbicara. Ingatlah kebaikan mereka kepada anda, dan peluklah.

Kita tak semuda yang kita sangka. Kita tak mampu memeluk dan mencium tangan semua orang, penconteng paham. Kepada mereka yang kita  rasa berhak, mengapa perlu segan silu? Jika sejurus selepas anda membaca post ini rakan anda pergi meninggalkan dunia ini,  ciuman kedahi jasad sudah tidak bermakna apa-apa lagi. (poyo lar aku, tak bertegur sapa gak ngan geng-geng lama.. hahahaha =) )

Sudah sekian lama tidak merapu merepek dalam kolum editor. Adanya kolum ini bermakna akan ada post-post seterusnya di bulan ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua. Kepada yang tidak menyokong, lu apa bikin masuk ini blog?.. hahaha =) chill semua.. Sekadar bacaan ringan di kala otak sedang sebu untuk berfikir.

   Tidur bersampin di petang raya,
   Menanti sms si baju ungu,
   Mahu dipimpin tak sama dunia,
   Cukupla sekadar menjadi kawanmu..

Janganlah gelak-gelak.  ehehe sekali-sekali jiwang apa ada hal kan? Teruskan melayari fahsha-radhio.blogspot.com. Lawatlah sekali sekala blog yang tersisih lalu terbuang tidak diperdulikan ini. Tak dapat lemang, kueyteow kembang pun kenyang juga. =) Tak berkelip-kelip lampu blog ini, kalau ada pelita menarik hati di laman blog  ambiklah buat penyuluh jalan. Walaupun nanti padam ditiup angin, penconteng gembira dapat meriahkan hari anda biarpun sebentar.

Fahsha - Bila Cinta

Kembali lagi bersama penconteng dalam segmen muzik dihati penconteng sentiasa. Bila kita hidup tanpa adanya muzik maka seseorang itu menjalani hidupnya seakan tiada kegembiraan dan kehidupannya begitu suram mungkin. ( Penconteng hanya memberi fakta yang ada dan pada siapa-siapa yang tidak setuju dengan fakta penconteng boleh la beredar dari blog penconteng dengan tinggalkan senyuman. Saya pon nak jaga juga air muka saya walau pon tak sehebat anda disana. :D)

Sejak kebelakangan ni penconteng banyak meluangkan masa dengan membaca blog rakan-rakan yang ada. kebanyakkannya mengisahkan tentang cinta dan meluahkan perasaan tentang keinginan bercinta. Sabar kepada semua. wakaka. Penconteng akan hiburkan anda dengan lagu jiwang yang menjadi kegilaan para gadis masa kini. Penconteng tidak hebat seperti pemain gitar yang handal dan mempunyai suara yang lunak merdu. Jadi kepada yang menonton tinggallah sedikit credit untuk penconteng. "__".

Dituju kepada gadis-gadis yang sedang bercinta dan dalam dilema.wakakaka (gua tak dapat bayang beb,kalau gua main lagu ni depan awek gua(kalau ada -off topic-). Mungkin tersembur air milo panas dekat muka gua. Serius !!!)

Fahsha - Bila Cinta

Wednesday, September 21, 2011

Menerangkan sesuatu dengan cara yang lebih POYO

Kembali lagi kepada segmen conteng.. hehe.. Masih  berharap  penconteng  sambung balik kolum “cinta…? perghh”.. lupakan.. asyik beritahu apa yang anda mahu, bila masa anda mahu menerima apa yang ingin diberitahu. <--Cantik bukan pusingan ayat berikut? Hehehe terimalah tip-tip seterusnya. Kali ini untuk tulisan seharian atau apa sahaja untuk menambahkah kecantikan ayat anda.

Kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak membaca blog ini, penconteng sekali lagi mengulangi perkataan ini “saya tak pandai, tapi tahulah sikit.. orang nak belajar takkan kita nak kedekut pulak” ..

Setiap orang mempunyai gaya masing-masing.. Penconteng lebih kepada gaya membawa pembaca bersama-sama termenung.. Anda memiliki gaya anda sendiri, sama ada cara gedik santai atau agresif sekalipun. Itu gaya anda. Namun suatu benda yang anda perlu tahu, kepoyoan ada disebalik hati nurani anda. Gunakan sebaik mungkin. =)

Poyo bagi sesetengah orang bermaksud menunjukkan kelebihan anda dengan cara terlampau. Penconteng sendiri tidak tahu maksud sebenar poyo itu sendiri.. Tapi anda pasti paham apa konsep poyo itu bukan?..  Jadi sesekali gunakan konsep itu dalam ayat anda (bukan bermaksud mempoyo diri anda, tetapi mempoyokan cara anda menerangkan sesuatu).

Baik.. mari mulakan..

  Ali minum kopi panas sambil menonton bola sepak. <--- ayat macam sangat biasa dan kosong bukan?

Mudah dan ringkas memang bagus dan memberi impak yang  tepat.  Tujuan anda terus membaca post ini sehingga ayat ini ialah kerana anda mahu tahu cara mempoyokan ayat, jadi mari kita mulakan.

       Tambahkan kepoyoan dengan menambah detail kepada keadaan diatas.
 [ali meminum kopi hitam panas berasap ketika sedang asyik melihat Chelsea dimalukan oleh Stoke City di televisyen ]

         Dengan cara memecahkan suatu suasana kepada beberapa ayat juga dapat menambahkan lagi kepoyoan ayat anda.
   [ali meminum kopinya.. sepanas kopi hitam diatas meja, begitu juga panas hati ali. Matanya tepat memandang televisyen, pasukan gergasi Chelsea ketinggalan dibelakang pasukan kerdil Stoke City.]

           a. anda boleh pilih untuk mempoyokan ayat untuk lebih menerangkan suasana dan fokus kepada suasana.
[ suram.. kopi ali terbiar diatas meja.. Chelsea masih ketinggalan dibelakang Stoke City. Televisyen terus terbuka.. ali terus menonton.. tiada apa yang bergerak, kecuali kipas dan watak-watak diatas paparan skrin]

b. atau mempoyokan ayat dengan lebih menerangkan kepada watak.
[kening ali berkerut.. dia tidak percaya pasukan pilihannya Chelsea tertinggal dibelakang pasukan bermasalah seperti Stoke City.. hatinya kecewa sehingga kopi dirasakannya tawar, skrin televisyen dihadapannya dirasakan begitu kecil.]

Setakat itu sahaja penconteng dapat memberikan sedikit cara untuk mempoyokan ayat anda. =) anda boleh share ke F.B atau ke mana-mana yang anda mahukan, kalau rasa sayang kat blog ini tinggalkan kredit sikit ke blog ini waktu anda share. Kalau tidak mampu untuk berbuat begitu, tidak mengapa. Penconteng menconteng bukan kerana nama.. Namun… jika ada yang mengutuk sila delete balik, saya pun nak jaga air muka saya. =) sehingga berjumpa lagi~

*papan kekunci tidak mengeluarkan bunyi.. jari-jemari penconteng kaku. Ketika cawan di bibirnya, air terjatuh ke baju dan sejuk ditiup angin kipas. Bingung. Kosong. Hatinya mencari sesuatu. Mungkin merindui seseorang. Mungkin penconteng hanya termenung kosong. Cicak masih memerhati dari siling, penconteng masih melihat skrin computer tidak bergerak..
-ayat sebenar sebelum dipoyokan [aku tengah takde idea nak tulis apa bila dah duduk termenung dan badan keletihan] ..poyo  bukan? =)

P/s : Penconteng bukan fan Chelsea. Sorry for all Chelsea fan Club. Penconteng =Manchester United. :D
(Poyo bukan ???)


Tuesday, September 20, 2011

cinta??? perghh... salah meja lah kawan... saya x reti lar.. part2

hahahaha kepada yang tidak mengikuti blog ini ,saya ada mewujudkan kolum mengarut membincangkan isu cinta. Ya, perbincangan lebih kepada penconteng dengan cawan, dimana hanya penconteng menyuarakan pendapat dan cawan duduk diam menunggu kopi o panas yang dikandungnya menjadi suam.. =) mari mulakan menconteng..

nak lebih paham,baca part 1 dahulu…….

(sambungan secara terus, tak paham lantak kau.. siapa suruh tak baca post yang dulu)

  ................. penconteng simpulkan, penconteng tidak memahami apa itu cinta sekarang kerana sudah lama penconteng tidak merasakannya. Dulu ketika masih belajar, teringat kelakuan rakan-rakan mempermainkan rakan lain yang membawa gf mereka lepak sekali di meja makan. Dengan tiada ribut dan tiada angin, tiba-tiba soalan "kau lagi sayang kitorang ke atau awek kau?" .. fussssss... tersembur air teh o ais dari mulut seorang rakan.. Yang aweknya memandang daring muka b.f.. "aku lagi sayang awek aku" dia menjawab sambil memandang muka awek nya yang gedik melampau itu..

Pucuk dicita ulam mendatang, bertabur semburan ungkit mengungkit dilakukan rakan-rakan lain.. "waktu kau susah, aku yang datang" "awek kau ada tak waktu kereta kau rosak?" "emm.. eloklah.. kitorang ni siapa kau nak sayang kan?" "lapar sama-sama, accident sama-sama, dah senang kau tinggalkan aku" dan berpuluh-puluh lagi ayat tuju-tuju mengenai muka rakan tersebut..

Penconteng hanya tergelak sakan melihat rakan yang terpaksa berpura-pura didepan aweknya.. sang awek seperti tidak rasa bersalah melihat b.f nya dibahan rakan-rakan, lagaknya seperti bangga pula.  Setelah dia menghantar pulang aweknya ke rumah, dia datang semula ke meja kami lepak.. "siot lar korang.. aku pilih korang sepuluh kali sebelum aku pilih awek aku siot~.. selagi dia belum jadi bini aku, member aku dulukan" .. emm.. ye ker??  hahaha

Sangat membenci perempuan yang melagakan b.f dengan kawan-kawan  b.f nya..  Jujur.. penconteng benci. (sorry.. off topic)

Jika kita memilih rakan-rakan lebih dari pasangan kita, dimana pulak letaknya cinta itu?.  didalam seluar dalam? kepala otak korang lah.. hahahaha itu nafsu serakah namanya.. chill.. gurau jer. 

Jadi penconteng mengambil keputusan, meletakkan nilai persahabatan dan cinta adalah dua keadaan yang berbeza... Aduh~ panjang-panjang tulis itu je nak bagitau? . hahahaha. memang korang salah meja lah, penconteng tak reti pasal cinta.

  Walaupun tidak berapa berkenan dengan perangai orang yang menggedik-gedik dengan pasangan, tetapi ada masa yang penconteng rela melihat kelakuan mereka. Gembira melihat rakan bahagia, melihat rakan tersenyum, melihat sahabat berubah dari selekeh menjadi tersangat pembersih dan melihat rakan berjuang untuk sesuatu. Tidak terdetik perasaan ingin jadi seperti itu, tetapi sekadar gembira kerana melihat rakan tersenyum.

  Berapa ramai antara kita terasa seperti perlu untuk bercinta? salahkah hidup bersendirian sehingga sampai waktu dan berkahwin terus dengan pasangan pilihan bila bersedia nanti?. 

"bro, boleh ke lu kawen dengan orang lu tak kenal?" emm.. soalan yang agak bijak.. kalau disoal seperti itu, penconteng hanya diam kaku.. Apa nak dijawabkan, orang yang bertanya sudah ada jawapan sendiri diotaknya.. apa jua yang kita jawab dia akan tetap berpegang kepada jawapan yang sudah di kimpal di sudut otak kiri beliau. haha

 Ya.. itu adalah salah satu halangan dalam percubaan mengelakkan diri dari melakukan sebarang perhubungan cinta. Ramai yang mengenali penconteng secara dekat mengetahui penconteng seorang yang suka menyendiri (in terms of coupling bullshit). Menghilangkan diri sebelum bibit-bibit cinta muncul. hahaha alasan penuh di poket, sehingga pernah menghilangkan diri begitu sahaja=) (dahulu penconteng pernah mencintai seseorang tetapi itu kisah lama dan menjadi kisah hitam dalam hidup penconteng…” gua pon lelaki bro..xkan nak layan hubungan sejenis!!!” –off topic- …tapi takkan kita nak kahwin dengan orang yang kita tidak kenal?.. Jadi mungkin suatu hari nanti dan tiba masa penconteng terpaksa mempunyai seorang teman wanita. 

 jika terpaksa, bukankah itu lari dari konsep cinta. haihh~~ tanpa rela..
 dialog sms yang mungkin berlaku, (situasi-tgh makan tengahari di tempat berbeza)

awek            = love u..
penconteng   = love u 2.
awek            = love u more..
penconteng   = love u more than love is..

 wakakakakakak... gua boleh bayang diri gua tengah berdialog macamtu.. Ikhlas ke tak belakang kira.. tapi mesti ayat jiwang bunga-bunga sakura keluar punya. Dengan member-member perempuan pun penconteng keluar ayat jiwang.. damn! i need to wear black t-shirt tomorrow.. makin lama makin pink jiwa ini..

 (tengah dengar lagu Papa Roach – Scar.. macam dekat sgt lagu ni dengan aku)..

Hmm.. tak kena dengan mood.. tukar lagu pulak.. alang-alang dah conteng pasal benda cinta, cari lagu kaw2 punya.. (hah~ leona lewis-bleeding love.). ambik sebijik.. i keep bleeding.. keeep keeep bleeding love~.. uikk... ada pulak pearl kacip fatimah kat peti ais.. hehehe just kiddin.. (aduh~ apehal pulak minah ni sms aku.. macam tau-tau je aku tengah mempermainkan soal jiwang2 ni)

Wei~ jauh dah tersasar dari perbincangan ni.. minum air, kita sambung balik.. 

Tak kelakar ke konsep percintaan yang semua dipaksa lalui oleh masyarakat kini? 

kita kata kita sayang, kita cinta.. kita sanggup susah senang.. Lepas 3 tahun kita putus, kita cari orang lain, kita cakap kita sayang lagi, kita cinta lagi.. kita sanggup susah senang lagi.. lepas 2 tahun kita putus???.. lagi??? .. cari lagi.. kumpul maksiat.. belum cukup 3 bakul lagi nak buat bekal.. -tesss, panahan tepat ke jantung...

Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem konvesional dalam percintaan ini. 

Tapi apa-apa pun, penconteng tetap akan …… [bersambung lagi.. hahahaha.. bila? Sukati penconteng lar bila.. teruskan mengikuti fahsha-radhio.blogspot.com.. sekadar bacaan ringan dikala otak sebu untuk berfikir.. =) thanks for all the email and suggestion.. bukan aku baca pun.. ehehehe ]

P/s : Penconteng juga ada hati pada seseorang. Doakan penconteng beranikan diri untuk mendekatinya. Mungkin sudah tiba masa untuk penconteng merasai sendiri apa itu cinta ??? hahaha


Monday, September 19, 2011

Raya Datang Lagi 2011

Kembali lagi ke segmen conteng bersama penconteng. Seperti sudah dijangka, permintaan meng “customkan” ucapan raya datang tanpa putus sama ada dari sms dan email. Penconteng agak kecewa kerana rata-rata pembaca sudah memahami konsep asas menulis ucapan sendiri namun masih agak lost apabila menghadapi event-event yang berbeza. Ok! Sebab permintaan dari anda kedengaran jujur dan tidak seperti ingin memperbodohkan penconteng yang sudah sedia tidak pandai. Kali ini penconteng akan berkongsi sedikit idea, dan bolehlah anda buat sendiri.. diulangi anda tulis sendiri.. (tiba-tiba terasa seperti seorang penulis yang ternama dan diagung-agungkan).

   Pantun.
Pantun merupakan permainan setiap orang dizaman dulu, malah sekarang tradisi berpantun masih berterusan dan terus kuat melekat dalam tradisi melayu di sesetengah negeri di selatan tanah air. Hari Raya di Malaysia disambut mengikut apa yang disuruh oleh islam, cara sambutan nya pula mengikut kebudayaan setempat. Jadi, pantun sangat sesuai digunakan untuk menulis ucapan sms raya.
   
Contoh 1- seloka
    “beduk berbunyi syawal menjelma, lapangnya dada sahabat tiba, sahabat tiba duit menjelma, beduk berbunyi aku tuntut hutang lama. *Selamat hari raya!!

 – Nampak? Permainan minda di sini. Cukup sopan berkias mengucapkan selamat sambil minta hutang..  anda hanya perlu meng “irama” kan hujung ayat anda, tak sama pedulik apa, pantun untuk diucap bukan ditulis.. yang penting bagaimana ia didengar. 

  Contoh 2 – Klasik.
  ------ malaslah nak tulis, lu orang pun tau kan pantun standard klasik hari raya.. forward je lar sms orang lain. Penconteng  tak campur..

      PARODY.
Memperbodohkan iklan, lagu , keadaan, movie, dan apa sahaja. Tulis balik situasi dan ucapkan selamat hari raya.

Contoh 1 – “ bangi,semalam. Seorang penyimbah rendang ke muka wanita sedang giat melakukan kegiatan jenayahnya itu. Terbaru, mangsa diketuk dibelakang tengkuk mengunakan buluh lemang sebelum disiram mukanya dengan kuah rendang.  Dengan ucapan hari raya, kami dari Harian Memutar terus memutar belitkankan fakta untuk anda. Selamat hari raya dan berhati-hati

Contoh2 – “Saya, pemegang gitar-gitar lama. Setelah diperkenankan oleh tuan empunya Santana 94 dan majlis penyimpan stokgitar lamal. Mengumumkan gitar itu tidak akan dijual. Selamat Hari raya.Maaf Zahir batin.

-paham tak parody?.. tak paham lantak  korang..  Nampak benda best sikit korang putar belit je jadi ucapan. Hehehe

  Jiwang.
  Waktu yang paling sesuai untuk bermaafan dan try merapatkan kembali hubungan. Guna kan balik semua tips wishes yang penconteng dah pernah bagi. 

 Contoh 1 = “dear diary, it’s been a while since i wrote you some. That’s mean syawal is coming to town. She no longer around, but still I want to tell her some. That’s I’m sorry, for things I’ve done all this time. Selamat hari raya. Wish she can read this. – close diary

Contoh2 = “I’m sorry if I ever treat you bad. Im sorry if I ever make you sad. Im wearing a purple baju melayu, wish I can celebrate this raya with you” 

  Yup.. sekali lagi ucapan dalam bahasa English dianggap lebih cool oleh remaja sekarang.. lantak korang lar.. raya cari rendang jugak.. dah belacan, belacan jugak.. bahasa melayu tak cool konon.. puuiiiiih~!!                       
Straight forward.
  Tak payah bunga.. tak payah lagu.. mudah dan ringkas.. korang boleh buat dalam bentuk kelakar atau formal atau kejam.. =) kejam paling style.. haha

 Contoh 1 = reply msg raya dengan “kiwak??? Dah raya ke.. siallah tak ganti puasa  tahun lepas lagi..ehh.. puasa tahun ni pun  dah abis ke?.. thanks bro ingatkan.. selamat hari raya, maaf zahir batin

Contoh 2 = formal lebih sesuai kot kalau nak send kat orang-orang besar atau pakcik-makcik “Saya Penconteng mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. bla bla bla.. blab la bla .. Maaf zahir batin

Contoh 3 = ni penconteng pernah send 2 tahun lepas tapi masih ada rakan-rakan yang ingat msg ni.. style kejam ini menjadi pilihan mereka. “apa maaf-maaf??? Tiada maaf bagimu.. nak mintak maaf datang rumah lar!!!.. main sms je.. no respect lar korang ni.. selamat hari raya. Tiada maaf bagimu

   Cukuplah setakat ini tips yang boleh diberi, kepada yang terbaca dan kata penconteng poyo.. sila keluar dari blog ni dengan sopan dan penuh bergaya.hahaha. Penconteng bagi tips sebab ada yang mintak, tak suka jangan baca.. jangan buat main dengan dosa dengan orang, pergilah bermaafan. Ingat ya, try gubah ayat sendiri.. try gubah ayat sendiri.. be original..

--puas menconteng.. jari melepuh..  dihina sudah, diangkat pernah..  ramadhan ku indah, syawal ku meriah.. walaupun sunyi, keluarga ku dihati. Conteng-conteng di lereng-lereng, serunding daging terasa masin.  Buah hati ku tak jauh, buah hatinya pula bukan aku. Levis siam sebagai teman, baju bundle memeluk badan. Andai benar contengan ku merobek hati, ampunkan daku seorang penulis basi. Ilmu penconteng  sedalam longkang, manakan lawan cik tuan ilmu tasik buatan. Niat dihati nak berkongsi-kongsi, apakan daya orang tak sudi. Jika benar tulisanku dekat dihati, terima kasih tidak terperi. Ampun maaf dari hati, seikhlas hati aku menanti. Keampunan mu wahai manusiawi. 

Selamat hati raya idul fitri.. Maaf Zahir Batin.

Dengan cinta,
Fahsha Muhammad

Saturday, September 17, 2011

cinta??? perghh... salah meja lah kawan...saya x reti lar.. part 1..


Bertemu kembali setelah sekian lama menyepikan diri selepas dilanda masalah dalaman.Haha. Now saya menggelarkan diri saya sebagai 'penconteng' kerana lebih kelihatan menarik dan lembut.Kolums sebelum ini mengisahkan tentang kisah percintaan dimana penconteng dan seorang gadis telah mengambil keputusan untuk membawa diri ke haluan masing-masing. tetapi itu sudah menjadi kisah silam dalam hidup penconteng. 
 Sudah setahun lebih berlalu, penconteng tidak tahu bagaimana ingin bercinta sudah.. kikikiki.

Jadi mari kita mulakan................

Dua minggu kebelakangan ini sibuk orang post pasal cinta di wall facebook masing-masing. Mood untuk berkasih sayang seakan kebetulan berlaku pada waktu yang sama untuk semua orang. Mungkin kerana banyak majlis perkahwinan berlangsung pada ketika ini memberikan suasana teruja untuk mereka berkongsi pendapat dan maklumat tentang cinta. (dah mengenyam sangat korang ni). hehehe aku akan gunakan peluang ini untuk mencari makan menulis sesuatu tentang cinta.

  oh, CINTA.. perghh.. geli bukan bunyinya?. (ya kak, budak lelaki tak boleh sebut benda ni. hilang cool).
Berkasih sayang, berpegangan tangan dikala berjalan-jalan sambil menghirup udara tapis penghawa dingin di dalam kompleks membeli-belah. perghh.. makin geli bukan?.. mari tambah lagi.. dan dikala sedang hampir waktu tidur menunggu panggilan si bunga. "sayang, selamat malam.. jaga diri baik-baik.. i love you.. muahhx~". sudah meremang bulu roma anda? ..dan ketika diri masih terasa disayangi membuatkan mata selesa untuk tidur tiba-tiba mendapat sms berbunyi "i miss you already!".. wargh!!!!!!!

jap.. tekak mual ..erkk.. serius,. memang mual, bukan tulis je..

  Kadang-kadang kita terpikir ke tidak macam mana kelakuan kita boleh ketahap sebegitu?. Yang budak-budak lelaki memang takkan mengaku pernah buat macamtu. Ketika penconteng sibuk menuturkan bahasa indah yang dipetik dari buku-buku lama seperti hikayat hang tuah (kumpulan teks), sastera sufi dan lain lain, teruk di tertawakan dengan perkataan seperti "jiwang lar lu mamat" "dalam hati ada tisu".. Tapi ketika mereka bersama dengan temannya, adui! drama melayu.. hehehe rilek.. Korang macho kan? .. dey sudarlar.. aku pun lelaki jugak. =)

  Apa yang penconteng tahu tentang cinta, yang pasti ZINA BUKAN CINTA.

  Apa lagi yang penconteng tahu tentang cinta, ya, sayang dan cinta ada tahap yang berbeza.

  Apa lagi?

  ...krickk krickkk (sunyi sehingga terdengar bunyi cengkerik dari luar tingkap rumah)


  Mungkin cinta seperti meletakkan sesuatu yang disayangi dekat dengan hati kita, walaupun dicaci dan dihina benda itu tetap kita pegang dengan kemas. melindungi benda itu dengan niat tidak mahu dirosakkan oleh tangan-tangan durjana, biarpun tangan durjana itu tangan kita sendiri.. Menyimpan rahsia kecacatan benda itu supaya tidak menjadi fitnah kepada orang lain. atau mungkin tidak.

  Tetapi dari apa yang dapat .. .. .. .. .. .. .. ..


  ----setakat ini dulu kolum [cinta? perghh... salah meja lar kawan.. saya x reti lar.] untuk minggu ini . Nantikan sambungannya setiap hujung minggu..  wahahahahaha amacam? sakit jiwa tak diperlakukan sebegini. =) serius beb.. minggu depan gua sambung balik.. dah tulis. saja simpan dalam draft dulu.. Terima kasih kerana sudi singgah.