Saturday, April 7, 2012

Dari Berbual - Rentak

" Enam tahun !! '', kata puaka di sebelah penconteng tiba-tiba. Penconteng dah mula rasa tak sedap hati. Selalunya kalau puaka ni cakap pesen macam tu maksudnya adalah hikayat yang dia nak ceritakan.

"Apa enam tahun ? ", kata peconteng melayankan saja puaka yang sedang membaling-baling batu ke pasir.

"Enam tahun gua tunggu dia. Sabar tak sabar la gua. Lu cakap mana nak cari lelaki macam gua ni ? Sabar, kuat agama, hensem, banyak duit pulak tu. ", kata puaka sambil menepuk-nepuk dada. Penconteng rasa macam nak mencarut tapi penconteng tahankan dulu. Takut-takut si puaka terus merajuk balik rumah..

" Lu dengar nasihat gua ni, kalau lu minat mana-mana makwe, lu cari dulu rentak cinta tu dulu. Nak cari rentak ni bukan kerja senang, mahu makan tahun-tahun jugak. ", sambung puaka serius sambil melukis-lukis di atas pasir dengan ranting kayu. Dia mula melukis gambar love yang agak besar.

Penconteng angguk perlahan..

" Benda ni lebih kurang sama macam nyanyi lagu karaoke. Kali pertama, kali kedua mungkin lu nyanyi tak ikut rentak lagi. Tapi percaya cakap gua, kalau lu teruskan nyanyi mungkin dalam percubaan keseratus ke keseribu ke lu dah dapat nyanyi dengan rentak yang betul. Lagi padu dari penyanyi asal lagu tu sendiri, " kata puaka dengan berspirit.

" Penting sangat ke benda rentak-rentak ni ? ", tanya penconteng sambil menahan rasa nak mencarut sebab puaka ni mengaku hensem sebentar tadi.

" Haah, lu jangan ambil mudah pasal rentak ni. Gua serius nak bagi nasihat kat lu ", jawab puaka sambil tiba-tiba berdiri dan melepaskan keluhan.

" Ok, gua dengar nasihat lu. Tapi apa-apahal pon gua nak tahu, lu cari-cari rentak sampai 6 tahun ni sekarang makwe tu dah suka kat lu la ek ? ", soal penconteng dengan hati membuak-buak dengan perasaan ingin tahu.




" Haram. !! ", jawab puaka ringkas.


Malam itu dengan bersaksikan awan biru di langit, seorang lagi puaka tewas dalam percintaan.

Friday, April 6, 2012

Dari Berbual - god of cookery.




Bila sebut pasal makanan dan masakan, kita akan terbayang golongan mak, chef yang kebanyakannya lelaki, pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Penconteng bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat, jangan risau, penconteng bukan ultras lelaki cuma penconteng nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.

Penconteng percaya golongan makwe terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan makwe sibuk membelek buku resipi, golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka. 

Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.

Fokus ketika memasak. Penconteng sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur, mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri. 

Berlainan dengan golongan makwe yang selalu melakukan kesilapan kedua, tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe, tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi, tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.

Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu, pisau, penapis, blender, bawang, periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.

Cuba bayangkan golongan makwe memasak. Lepas guna piring sebijik basuh, lepas ambil sos tiram simpan semula dalam peti ais, lepas tapis santan, basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan makwe telah membahagikan otak mereka. 

Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka, power jugak ayat  penconteng ni..

Penconteng harap golongan makwe yang membaca entri penconteng ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak, percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika penconteng menulis entri ini, penconteng baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini, penconteng belajar sesuatu, terlalu kreatif juga boleh membunuh.



Maggi goreng asam laksa misalnya..



P/s: Kalau lu orang kata lu orang sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak, lu orang gila !!!

Thursday, April 5, 2012

Songsang woii..!! songsang.. !!




*** Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Pengawasan ibu bapa diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun ***

Penconteng lelaki tulen, dibesarkan dalam sebuah keluarga bahagia yang serba sederhana. Dari kecik penconteng dididik orang tua suruh hormat kat orang lebih dewasa, " nanti hidup engko orang lebih berkat dan dihormati orang sekeliling ". 

Sebab orang tua penconteng, penconteng dapat hidup 24 tahun di muka bumi ni. Dari sesuap bubur, dari sebotol susu, dari selibas rotan, dari penampor cap tangan ( okay. yang ni tipu ), penconteng membesar jadi manusia. Minta saja apa pun, seboleh mungkin orang tua penconteng cuba penuhi. 

Akhirnya, berkat kesabaran dan pengorbanan orang tua penconteng, penconteng dapat masuk IPTA. Pung pang pung pang study, makan tahun lama dia, dapatlah penconteng segulung ijazah. Dari ilmu yang orang tua penconteng hantar penconteng belajar, dari pengalaman yang penconteng sauk selama bertahun-tahun hidup, penconteng berjaya dapat kerja bagus. 

Bertahun curi pengalaman kerja sana-sini, penconteng dipelawa untuk menjadi Personal Assistance kepada seorang menteri. Tak fikir banyak, penconteng sebat pelawaan tu, gaji pun lebat. Boleh berkelana merata tempat ikut boss. Tak ada apa yang boleh dibanggakan sangat, tapi penconteng bangga boleh buat orang tua  penconteng bangga. Pada mereka, berbaloi segala penat lelah membesarkan penconteng. 

Hari makan hari, bulan makan bulan, kesungguhan penconteng buat kerja membuatkan penconteng makin diyakini oleh boss. Segala apa kerja yang diberi, penconteng buat tanpa banyak songeh, iya, penconteng memang handal. Orang tua penconteng juga yang ajar penconteng semua benda ni. Buat apa benda sekalipun, biar berjaya, jadi yang terbaik dalam apa benda yang dibuat.

Boss penconteng ke Amerika, penconteng ikut sama. Boss penconteng ke Arab Saudi, penconteng pun ada sekali. Pendek kata, mana boss penconteng ada, situ jugalah penconteng ada. Boss penconteng masuk tv, penconteng pun tumpang sekaki enter frame. Pergi meninggal la orang nak cakap apa, yang penting orang tua  penconteng boleh cerita kat orang kampung nanti anak dia masuk tv. 

Makin lama penconteng kerja dengan boss penconteng, makin rapat penconteng dengan beliau. Dalam 24 jam sehari, boleh kata lebih separuh hari penconteng bersama boss penconteng. Penconteng pun dah anggap dia macam bapak penconteng sendiri, umur dia pun baya-baya bapak penconteng.

Satu hari yang kelam, boss penconteng panggil pergi rumah dia, ada hal urgent katanya. Sesampai penconteng di sana, boss penconteng jemput penconteng masuk. Anak bini dia tak ada kat rumah. Boss penconteng bagi kerja suruh siapkan, tak ada la banyak manapun. Penconteng buat kerja kat bilik boss penconteng. 

Tiba-tiba, boss penconteng datang dekat dengan penconteng, tanya benda pelik-pelik, penconteng pun jadi pelik. " Apa sangap sangat ke boss ni ? ", hati penconteng tertanya-tanya. Tak semena-mena boss penconteng cuba meraba kelelakian penconteng. Penconteng tepis dengan tangkas, jangan main-main, kecik-kecik dulu penconteng belajar silat cangkuk. Silat ni, sekali leher kena cangkuk, seminggu teleng pergi dia.

Boss penconteng tolak penconteng ke dinding, cuba lucut seluar penconteng. Penconteng kerah tenaga muda  penconteng melawan. Bukan susah mana pun. Mendenye badan muda kuat-kuat dengan orang tua pun tak boleh nak lawan ? Penconteng anak jantan woiii.!! Hari tu baru penconteng tahu yang boss penconteng ni agak songsang. Dulu penconteng dengar orang cakap saja, sekarang penconteng dah kena sendiri.

Penconteng hulur tangan kat boss penconteng nak angkat dia, dia bangun. Penconteng cakap kat boss penconteng, jangan main gila dengan penconteng. 

Penconteng ada cik ampang, penconteng ada impian besar. 

Kalau diri sendiri penconteng tak boleh nak pertahankan, macam mana penconteng nak jaga cik ampang penconteng, bakal bini penconteng ? 

Tak sekali-kali penconteng akan hanyut dengan benda-benda tak lurus macam tu. 

Penconteng ada hak nak pertahankan diri penconteng dari dinodai makhluk sama jantina. 

Penconteng ada mak bapak lagi, maruah dan air muka diorang penconteng nak kena jaga juga. Malu orang tua  penconteng kalau tahu penconteng kena tala dengan orang tua, sumpah malu.

Apa guna badan penconteng kuat-kuat, sikit punya tegap, dengan orang tua pun penconteng tak boleh lawan ? 

Boss penconteng tu dah la tak berapa sihat. Kadang-kadang bila sakit, nak jalan pun bini dia tolong pimpin. So mana logiknya kalau penconteng dinodai oleh boss penconteng yang uzur tu?

Penconteng anak jantan woii, penconteng muda, penconteng masih kuat. Segala kelebihan ada kat penconteng. Mana mungkin hidup penconteng digelapkan oleh peristiwa hitam macam dinodai boss sendiri ?

Otak letak kat kepala, bukan kat kepala lutut wooiiii...!! Faking !!

Apa macam ? Macam Kisah Benar kat TV3 ye dak ? keh keh keh..

P/s : Ingat !!! Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Sila percaya. Lu orang tak percaya lu orang boleh pergi meninggal.