Sunday, March 11, 2012

Tips percintaan bersama penconteng.

Penconteng pernah bagitahu untuk menjayakan sebuah siri percintaan, lu orang perlukan tiga benda.tarikan molekul, persamaan kuantum dan timing. Atas permintaan seorang puaka, penconteng akan terangkan dengan lebih padu dan mendalam apakah 3 benda yang penconteng bagitahu tadi. Semoga lu orang dan penconteng sendiri akan mendapat moral dari apa yang penconteng akan perkatakan.


Pertama sekali ialah tarikan molekul. Lu orang mesti tertarik pada pasangan lu orang. Tak kisah la apa benda sekalipon yang  lu orang tertarik. Mata bulat ke, bibir comel ke, pipi merah-merah ke, rambut melayang ke, bijak pandai ke, sopan santun ke, gaya tulisan ke, manja macam kucing ke yang penting lu orang tertarik.

Bila lu orang tertarik pada sesuatu yang ada pada seorang makwe atau pakwe, secara autometiknya lu orang akan jadi suka. Suka tu pulak boleh jadi cinta. Tapi ada satu benda yang lu orang perlu ambil notes, makwe atau pakwe tu jugak mestilah tertarik pada lu orang, kalau lu orang je tertarik tapi makwe tu tertolak tak jadi jugak ye dak ?

Kedua, persamaan kuantum.benda ni lebih melibatkan perasaan. Perasaan lu orang mesti sama dengan perasaan makwe/pakwe tersebut. Benda ni semua perlukan kimia. Kalau benda dalam hati lu orang tak sama dengan apa yang dalam hati orang yang lu suka, lu orang akan jumpa jalan yang sukar.

Yup, maybe dia tertarik pada lu tapi soal perasaan ni subjektif. Penconteng ambil penconteng sebagai contoh, penconteng tertarik pada ramai orang. Mila Kunis, Winona Ryder, Mary Stuart Masterson, awek keje kedai henset kat Alamanda, makwe Seven-E dan banyak lagi. Tapi tak semestinya penconteng ada perasaan kat diaorang. Melainkan Cik ampang.

Cilake.. macam mane entah penconteng nak terangkan ni. Macam ni la, penconteng mungkin suka diaorang secara zahir tapi bukan secara batiniah. Lu orang tak faham lu orang loser. Habis cerita. Bila lu dengan makwe/pakwe lu sama-sama tertarik, sama-sama ada perasaan, lu orang perlukan benda yang terakhir iaitu timing.

Penconteng dapat tahu pasal timing ni dari seorang puaka atau mangkuk yang lebih jahat dari penconteng. Untuk menamatkan percintaan lu orang ke jinjang pelamin atau ke akhir nyawa lu orang perlukan timing yang maha tepat. Timing memainkan peranan penting hubungan lu orang akan berjaya atau lu orang akan rabak akhirnya. Boleh jadi jugak lu orang akan hisap dadah atau bunuh diri kalau hati lu orang tak kental.

Boleh jadi lu orang sama-sama suka tapi sekarang makwe/pakwe tu nak pikir benda lain lagi. Boleh jadi pakwe tu nak hantar mak dia naik haji dulu so lu fedap tunggu last-last tak jadi apa. Maksudnya timing lu tak betul. Atau lu dah ready tapi makwe tu tak ready lagi, sekali lagi ia takkan hasilkan apa-apa.

Seorang puaka pernah usha sorang makwe ni. Masa puaka ni betul-betul suka, makwe ni tengah belajar lagi, so diaorang takde apa-apa. Bila makwe tu dah habis belajar dan dah ready puaka tu pulak tengah rabak dengan masalah family jadi dia tak pikir pasal makwe ni tadi. Bila dah dua-dua dah ready puaka ni tikam orang pulak so sekali lagi diaorang takde chance untuk bersama. Bila puaka ni dah jadi baik, makwe ni pulak dah jadi tunang orang.

Last-last puaka ni kenal sorang makwe dekat facebook. Kenal tiga bulan terus kahwin pastu. Maksudnya kalau timing betul memang takde hal, yang susah bila timing lu orang lari. Perlukan waktu yang tepat, keadaan yang tepat, orang yang tepat dalam percintaan.

Pendek kata, lu orang perlukan ketiga-tiga benda yang penconteng cakap tadi. Kalau salah satu takde lu orang kena percaya yang jodoh takde. Penconteng berdoa yang lu orang dapat cari ketiga-tiga benda tadi dalam hubungan lu dan seterusnya bahagia. Jika tidak sampai sudahlah tiada season finale dalam hubungan lu orang.




Penconteng harap penconteng akan terus kental walaupun tak jumpa tiga benda ni.heh.


Friday, March 9, 2012

3 cerita dlm satu entri. Cool jugak ye dak ?

i
tengah penconteng asyik melayan layang-layang di udara, datang sekumpulan makwe dekat dengan penconteng." main layang-layang sorang je ke ? ", tanya salah seorang sambil buat aksi gedik. Soalan macam cilake macam ni memang tak pernah membuka selera penconteng untuk menjawabnya. Penconteng bukak cap, tunjuk rambut pendek penconteng tanda hati penconteng sudah dimiliki. Makwe-makwe tadi mengeluh. Penconteng senyum puas.


ii
Malam tadi ketika penconteng sedang menikmati nasi goreng di sebuah kedai siam, ada seorang brader ni dah bikin hati penconteng panas. Cakap dalam telefon bukan main kuat mengalahkan guna pembesar suara. Dengan muka macam orang jahat citer Bukit Kepong, badan spesies beruang dan perasan gengster dah cukup buat semua orang menjeling benci.termasuk penconteng.

" demo ghoyak jah nok setel guano ?!! " kawe boley kasi ejah dengan budak-budak kawe ", cakap mangkuk tadi tu dengan suara kuat macam ifrit utama. Penconteng bangun terus pecahkan botol sos tanda protes. Terus mangkuk tadi pura-pura habis kredit.

iii
Sedang penconteng sibuk melayan peminat di facebook, tiba-tiba hati penconteng jadi rindu. Terus penconteng layan utube bertalu-talu dengan minuman terakhir di atas meja. Penconteng turun dapur buat air ribena. Penconteng syak hanya air ribena mampu mengubat kerinduan penconteng. Sengaja penconteng letakkan beberapa kiub ais tanda rindu penconteng itu sudah bertukar menjadi rindu dendam.

Dalam perjalanan naik semula ke atas rumah, penconteng ternampak sepasangan cicak sedang memadu kasih. Hati penconteng diserang cemburu. Penconteng ambil botol bedak terus tuju tepat kena salah sekor cicak tersebut. Entah jantan entah betina yang kena penconteng kurang pasti.

Penconteng duduk semula depan laptop. Baru penconteng nak buat aksi seterusnya tiba-tiba imaginary friends penconteng menyampuk, " sudah-sudah lah tu.. Cuba tengok kat phone, dah ada mesej dah ".




Satu senyuman manis tiba-tiba terukir di wajah inesen penconteng.





P/s: penconteng nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ampang sebab review blog penconteng. Sempena hari wanita yang masih dirasai ni, penconteng bagi sedari award tokoh Hari Wanita Sedunia. Pada sape-sape nak tengok siapa Cik ampang, sila terjah facebook  Cik Ampang sebelum penconteng jerut sorang-sorang..


Thursday, March 1, 2012

Dari berbual - Kisah Darma



Time penconteng kecik-kecik dulu, nak pergi mengaji memang agak mencabar. Laluan nak ke tempat tok guru ajar mengaji tu lagi mencabar dari laluan amazing race. Sebab tu kadang-kadang penconteng lagi betah duduk kat rumah dengar radio daripada pergi mengaji ni..

Masa tu jalan bukan bertar macam sekarang ni. Aman Shah pon tengah glamer lagi. Masa tu kalau ada orang sebut fesbuk mahu penconteng ingat fesbuk tu sejenis permainan rakyat. Dalam kampung penconteng, rumah tok guru ajar mengaji tu paling hujung sekali. Pesen tak nak orang kacau dia qiamulail agaknya.

Sebelum rumah tok guru ajar mengaji tu pulak, ada sebuah rumah yang cukup buat penconteng berdebar time nak lalu. Rumah tu dihuni oleh seorang brader yang cukup misteri. Penconteng kasi nama Darma la kat brader ni bagi menambahkan lagi elemen misterinya. Kang kasi nama daniel tak kena pulak dengan cerita.

Masa penconteng umur 7-8 tahun, Darma ni dah berumur 30-an penconteng agak. Pesen hidup sorang-sorang, Tak banyak bergaul. Muka memang barai habis, masa tu kalau orang guna simpulan bahasa buruk macam Darma memang takde sape-sape pon boleh bangkang..

Tapi satu keistimewaan Darma ni, suara dia sangat sedap Kalau penconteng yang taste tinggi ni cakap sedap memang betul-betul sedap la maknanya tu. Kalau dengar dia mengaji boleh meleleh air mata dibuatnya.

Ada satu masa tu, Darma ni dah hilang time masuk dalam hutan cari buluh. Orang kampung masa tu dah puas cari tak jumpa-jumpa jugak. Masa tu kalau Harian Metro dah ada mahu masuk page depan kes kehilangan Darma ni. Dua tiga minggu jugak la dia hilang dan tiba-tiba muncul balik..

Comeback yang Darma ni buat memang jadi buah mulut orang kampung. Darma dah mula berperangai lain macam. Cakap sorang-sorang, menyanyi sorang-sorang dan bila tengah berjalan pulak tangan dia tu dah macam gaya tengah pegang tangan orang..

Orang kampung kata Darma dah termasuk kampung bunian sebab tu jadi sewel macam tu. Kesian Darma, dah la sewel, buruk pulak tu. Oleh sebab itu, kecut perutnya jadinya bila nak melintas rumah Darma tu time nak pergi mengaji.

Kadang-kadang tengah lintas rumah Darma tu, terdengarlah Darma macam tengah cakap seseorang dalam rumah. Kadang-kadang dengar die menyanyi. Tapi lagu yang dia selalu nyanyi tu memang penconteng kasi double thumbs up.
Tak pernah penconteng dengar lagu sedap macam tu. Dia punya melodi tak macam melodi tipikal komposer melayu. Penconteng syak kalau bagi intro lagu tu je kat edry kru mahu dia givap terus buat buat lagu. Sedih sebab baru tahu lagu dia buruk rupanya kalau nak dibandingkan dengan lagu yang Darma nyanyi tu.

Suatu hari tu, baru penconteng dan budak-budak kampung penconteng nak melintas rumah Darma, kitaorang nampak Darma tengah elok duduk kat serambi rumah dia. Sorang pon tak jadi lintas, masing-masing menyorok belakang pokok puding. Mana yang ingat Tuhan tu terus baca muqaddam pelan-pelan.

Darma yang tengah elok duduk termenung pandang ke hutan depan rumah tiba-tiba berdiri tegak. Penconteng dan yang lain-lain mula berdebor. Darma mula turun dari tangga rumahnya dan kitaorang makin tak keruan..

" tunggu !!!!!!!!!!!! "

Dengar je jeritan Darma tu, semua pakat lari menyelamatkan diri. Tapi penconteng tak rasa takut sangat sebab kawan penconteng ramai lagi yang gemuk, kelajuan pon mestilah tak boleh lawan penconteng ye dak? Sambil berlari penconteng sempat menoleh ke belakang dan melihat Darma berlari tanpa memakai selipar masuk ke dalam hutan.

Malam tersebut merupakan malam terakhir penconteng melihat Darma. Sampai sekarang tak seorang pon yang tahu nasib Darma. Rumah dia pon dah lama runtuh. Penconteng syak dia dah berlari sampai ke hutan North Carolina nun.

Tapi malam tadi, tengah penconteng minum air tiba-tiba penconteng tersentak. Peluh dingin jatuh berderai-derai. Dada berdebar-debar satu lain macam. Spirit brader-brader hilang sama sekali.




Bila penconteng terdengar lagu yang Darma pernah nyanyi dulu sayup-sayup dibawak angin.




P/s: Darma, jangan gurau kasar dengan penconteng boleh ?