Baca boleh,percaya jangan.Aku ambil ni dari satu artikel,tapi x tau la betul atau pon tidak.Baca tu bole la rasanya tp percaya pada yang maha esa ja ya.Apa-ap pon renung-renugkan dan selamat membaca.
Yang mana menggambarkan diri anda ?...WANITAWANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
- Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
- Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
- Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
- Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
- Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).
- Dilahirkan sebagai pemimpin
- Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
- Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
- Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
- Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
- Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
- Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
- Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
- Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
- Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Status : I'll rest at my home today.So,tired. :-(
No comments:
Post a Comment