Monday, January 30, 2012

First Time.


Baru-baru ni penconteng pergi makan kat kepsi. Orang beratur punyalah panjang tapi sebab hari tu penconteng lain macam punya gengster, selamba penconteng potong semua orang. Tengah penconteng fikir nak order apa, penconteng perasan sebelah kaunter kanan penconteng ada beberapa orang budak perempuan dalam umur 13-14 tahun tengah tersipu-sipu order kat makwe kepsi. 1st time datang kepsi gamaknya kata penconteng dalam hati.

" Nak Original ke Spicy ? ", tanya makwe kepsi kat budak-budak belum sampai umur untuk dipanggil makwe tu.

Budak-budak tu berbisik-bisik sama sendiri. Nak buat pilihan original ke spicy pun bukan main lama Mengalahkan nak jawab soalan objektif subjek kimia.

" Original dah la, kang pilih Spicy kena tambah duit pulak ", kata seorang budak bertudung biru jalur-jalur pada dua orang kawannya.

Sambil senyum nipis penconteng menyampuk," Ambil je spicy dik, kalau kena tambah duit abang bayar ".

Budak-budak perempuan belum sampai umur untuk dipanggil makwe tu senyum kagum pada penconteng.

Makwe Kepsi tersenyum manis.


Alaa, lu orang jangan nak eksyen sangat la. Lu orang masa 1st time datang fast food pun macam tu jugak la. Macam la penconteng tak tahu berapa ramai yang 1st time datang terus pergi duduk kat meja, ingatkan ada orang nak ambil order ye dak?

Tapi scene 1st time paling bangang penconteng pernah dengar ialah 1st time lalu tol. Ada 3 orang puaka ni 1st time nak naik Johor guna kereta dari Kolumpo. Punyalah eksaited masing-masing. Bila sampai je tol Sungai Besi yang patutnya kena ambil tiket je, selamba puaka yang drive turunkan cermin cakap ke makwe jaga tol..


" Kak, Johor tiga orang ", sambil pegang wallet..




P/s : Siapa pernah buat kerja bangang camni baik mengaku sekarang !!

Sunday, January 29, 2012

Meletakkan gula di sudut hati.



Minggu ni penuh dengan episod kurang menyenangkan. Minggu yang agak tragik dan sadis. Kalau ini bulan Oktober memang sesuai la lagu tragedi oktober dijadikan lagu tema. banyak benda yang tak masuk akal berlaku pada minggu ni. Dan penconteng tak mampu buat apa-apa melainkan menyedapkan hati sendiri.

Hari tu masa penconteng pergi merayau-rayau mencari informasi terkini terjumpa seorang kenalan lama yang bernama Lan ( bukan nama sebenar ). Lan ni dulu masa kecil-kecil punya la jahat. Semua benda jahat dia buat. Dia lagi jahat dari Majin Buu dan lagi keji dari Tiger Woods. Penconteng syak umur 12 tahun dia dah kehilangan terunanya. Dulu kalau ada moto, basikal, duit, tabung, besi buruk, selipar siapa-siapa yang hilang mesti Lan akan jadi suspek utama. Punyala dia jahat dan ditakuti sampai kalau ada budak-budak yang menangis malam-malam akan segera diam bila mak bapak sebut " shhh, senyap..kang Lan datang kang ".

Dan sekarang Lan yang jahat itu telah bertukar profesion. Menjadi seorang cikgu. Ya, cikgu. Puas penconteng lempang pipi penconteng kiri kanan dan ternyata ia bukan mimpi. Untuk sedapkan hati penconteng berkata pada diri sendiri yang mugkin Lan jadi cikgu sebab guna kabel kot. Atau pon dia kidnap anak pengarah jabatan pendidikan untuk dapatkan jawatan itu.

Belum sempat penconteng pulih daripada kejutan itu, penconteng dikejutkan lagi. Kali ini tentang seorang kenalan penconteng lagi. Yang mempunyai kebangangan yang tiada tandingannya. Serius, penconteng rasa IQ dia 1 digit je. Kalau tidak takkan la dia pernah kata dengan yakin yang baby dilahirkan melalui pusat..hahahha..Dan baru-baru ini kelihatan dia megah memandu Toyota Camry. Mengucap panjang penconteng. Langsung tak masuk akal macam mane dia boleh ada kereta macam tu. Kot dia ada Toyota Starlet sekalipon masih tak boleh diterima akal. Sekali lagi penconteng sedapkan hati dengan mengatakan mugkin kereta tu kereta curi.

Petang tadi penconteng keluar ke bandar. Untuk memulihkan semangat yang hilang. Kali ini penconteng terjumpa sorang lagi rakan. Yang mempunyai susuk wajah paling tidak menawan. Bukan penconteng yang kata, ramai orang yang kata dia memang tak hensem. Siapa-siapa yang rasa diri tak hensem tu kalau berdiri sebelah kawan penconteng ni mesti nampak dia macam Johnny Depp dan kawan gua itu pula macam makhluk dari Mars. Kalau kawan gua tu hensem pon hensem la sikit dari lembu. Errr, yang ni penconteng yang kata..hahahha.

Tapi tadi seorang gadis berada di sampingnya. Badan macam Heidi Klum. Muka pon macam Heidi Klum. Entah-entah memang Heidi Klum. " What the hell is going on !! ", jerit hati penconteng dalam bahasa omputih. Tak logik, tak padan, tak relevan. Rasa nak jirus pompuan tu dengan air bagi dia sedar sikit. tak tahu dah macam mana penconteng nak sedapkan hati penconteng ni jadi penconteng fikir yang baik-baik saja la. Mungkin pompuan tu ada masalah rabun dekat yang kronik.

Puas penconteng fikir dan fikir sebab dan alasan benda macam tu boleh berlaku. Mungkin Tuhan nak tunjukkan pada kita yang nothing is impossible. Tak ada benda yang mustahil selagi kita berusaha kan. So, walau bagaimana jahat, bangang, buruk sekalipon kita ni masih ada sinar baru di depan yang mungkin kita tak sedar. Selagi kita berusaha selagi itulah semua benda boleh jadi kenyataan.

Teringat kata-kata cikgu pendidikan seni penconteng semasa di sekolah rendah, " tanah liat yang ada di depan kamu ini akan jadi apa sahaja bentuk yang kamu inginkan. Selagi kamu berusaha untuk membentuknya ".
  

Thursday, January 26, 2012

Niat puasa bini mengandung.


Tengah lepak-lepak dengan rakan sebaya. Err, mungkin tak sebaya sangat. Lebih kepada rakan sekepala mungkin. Terpacul satu soalan maut dari kawan penconteng yang masih baru melangkah ke alam perkahwinan. Soalan yang buat penconteng rasa ragu-ragu nak menjawabnya.

 
" Lu tahu tak niat puasa bini mengandung camne ? "

 

Dem..! Lidah penconteng kelu tiba-tiba. Nak kata penconteng ni jahil takde la sangat. Tapi tak pernah pula penconteng dengar ada puasa bini mengandung. Ingatkan ada puasa bulan ramadhan, puasa ganti, puasa sunat dengan puasa nazar je. Penconteng buat muka serius sambil jawab soalan dengan soalan.

 

" Niat puasa bini mengandung ? Cuba lu spesifik sikit. Gua tak suka jawab soalan tak complicated ", tanya penconteng sambil menuguk segelas air.

 

" Abah gua suruh gua puasa sebab bini gua baru mengandung. Lama pula tu. Gua bab-bab puasa ni lemah sikit, puasa time bulan puasa pon gua selalu kalah dengan air paip, inikan nak puasa entah berapa lama ", jawab kawan penconteng dengan dahi berkerut.

 

Penconteng ikut sama kerutkan dahi. Puasa apa pula ni, tanya hati penconteng. Nak cakap tak tahu memang boleh buat malu. Penconteng tak boleh menyerah kalah awal-awal. Penconteng kena guna talian hayat.

 

" Errr. Cuba lu ulang balik ayat abah lu ? "

 

" Nak mula dari mana ? dari abah gua cerita pasal janda anak dua tu ke atau pasal abah gua kena tindih ? ", jawabnya kondifen.

 

" Err.. Lu skip pasal cerita janda dengan kene tindih tu. Gua nak dengar ayat abah lu pasal dia suruh lu puasa bini mengandung tu je. Kang tak pasal-pasal lu pula gua tindih laju-laju ", balas penconteng agak marah.

 

" Ooo. abah gua cakap macam ni, bini kau tu mengandung. Puasa dulu sebulan dua ni, tahan sikit diri tu. " , kata kawan penconteng sambil tersengih-sengih.

 




Cilake !! Penconteng nak lempang dulu baru jelaskan cakap abah dia ke atau penconteng nak lempang pastu balik terus ni. Menyirap betul cakap dengan budak dapat BM 6 ni.