Tuesday, August 11, 2009

Pengalaman Gunting Rambut

Salam

Hari ini aku nak cerita pasal pengalaman aku gunting rambut.Aku tak selalu pergi gunting rambut. Saja suka-suka biar rambut panjang. Ada gak kekadang teringin nak simpan rambut cam Rockers-Rockers tuh, kasi orang jeles. Tapi masalahnya aku rimas kalau rambut panjang sangat. bangun pagi serabut. pening kepala, dsb. Jadi, kalau aku terasa cam dah ‘tak boleh bla’, aku pegi gunting.


Radhi OAG


Dulu-dulu aku ada la jugak botakkan rambut. bukan apa, saja nak try. lagipun tengah boring time tuh. kalau ikut ukuran shaver no, nombor 1 kalau tak silap aku. kawan-kawan tengok rambut aku, diorang ingat aku buat operation. huh, lol. Botak ni ok jugak la. rasa dia best. sejuk dan aerodinamik. Sekarang ni rambut aku kalau tak pernah pendek kot, panjang sket aje la. Gitu-gitu je style rambut aku.(haha.Macam RadhiOaG)

Ada yang bagi suggestion kat aku, suh buat styling lah, highlight lah. yang suruh buat perm pun ade. hoho. Aku ni jenis old skool. Takde la beriye-iye nak stylo kan rambut ni. Potong gaya tu, gaya ni, gaya Emo (huh, rambut gaya Emo memang style zaman sekarang pon)

Kebiasaannya aku suka potong rambut kat area rumah aku. Malas nak jalan jauh-jauh. aku memang regular customer satu kedai neh. Loyal customer la kiranya. Location dia dekat ja ngan umah aku. Tokei dia memang kenal aku dengan ayah aku. Dulu kecik-kecik aku selalu datang situ dengan orang tua aku. Ada sekali tu rambut aku jadi eksperimen anak tokei kedai tu yang nak belajar gunting rambut. panas je hati bila tengok rambut aku ‘uneven’.

Beberapa tahun dah berlalu, aku saja-saja tukar kedai sebab haritu kedai yang aku pegi selalu tuh tutup. Balik kampung kut. tup tap, aku berubah angin, tukar kedai. pegi kedai yang baru tu.Saloon Stylelish. Sebab apa? lepas gunting rambut, dia mesti buat urut-urut punya. kasi ‘letup-letup’ kan leher, urut bahu, dsb. rasa loose aje. memang layan. Lagi satu kedai dia ada aircond dan amoi tu pon leh tahan juga la cantiknya ha ha ha.(Cuci mata sikit).Nama pon Saloon xkan la mamak kot.

Aku stay kat kedai tu dalam 2 ke 3 tahun je. Biasalah, pekerja dia bertukar. Jadi, orang baru ni tak ‘memahami’ rambut kita. Ala, cam hantar kereta kat mekanik la jugak. kalau regular, mekanik ni dah tahu selok belok kereta kita. Lebih kurang sama dengan rambut la jugak. Kekadang mamat yang gunting rambut aku ni ‘overzealous’ sangat sampai nak buat kasi detail. Lastnye, rambut aku yang tak ok.

Teringat aku kat strip cartoon lat. Dia cerita pasal tukang gunting rambut mamak. Dia nak style macam Elvis Preslie, sekali mamak tu potong gaya ala Charlie Chaplin. Hu hu.

Status : Blur + Bosan Tahap Gaban

Friday, August 7, 2009

Rahsia Di Sebalik Bibir

Salam

Hari ini hari jumaat,hari segala penghulu hari.Dihari yang baik ini aku nak cerita sedikit tentang jenis-jenis bibir.Dalam dunia ini terdapat banyak jenis bibir.Dari bibir sahaja kita boleh terpikat akan keindahannya.Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini aku nyatakan misteri bibir yang patut diketahui.Ini aku beratkan pada sebelah wanita ya.Contoh-contoh bibir yang dapat aku paparkan ada dibawah.Layan.ZazzzzzzzzzZ!!

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal


Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.

Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!

Bibir sentiasa terbuka


Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.

Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri .

Monday, August 3, 2009

Fesyen-Fesyen Terkini

Salam

Orang-orang tua selalu berkata kalau pagi-pagi muka dah masam mencuka,takde mood, tension adalah muka takdak rezeki. So manis-manis la muka tu supaya rezeki anda bertambah pada hari ini.haha.Kali ni aku rasa nak ketengahkan pasal fesyen-fesyen masa kini.Tapi apa yang aku nak ketengahkan ni macam pelik sikit la.Makin hari zaman semakin maju,tapi apa yang pelik manusia sekarang ni ialah pemakaian ataupon fesyen yang semakin maju menjadi fesyen yang amat pelik dan tidak boleh diterima masyarakat.

Sebagai contoh apa yang aku dapat tunjukkan ialah fesyen yang paling latest di Jepun masakini
.


Adakah Orang tua di Malaysia terima anak mereka berfesyen begini?



Bole diterima masyarakat setempat?bole kot..haha

Hantu atau Manusia?

Dah macam hantu malam Jumaat Keliwon dah ni.Nampak ganas.

Fesyen terkini di Jepun Atau Peminta sedekah?




Ini adalah segelintir fesyen-fesyen masakini yang dapat aku tontonkan dan tunjukkan.Mungkin dinegara lain lagi pelik atau lebih teruk.Apa yang lebih penting moga-moga negara Malaysia tidak ada yang berfesyen sebigini rupa.Kalu ada sekalipon mungkin boleh diubah dengan membawa mereka ini berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz.Insyaallah.Haha

Status : baru lepas edar Flyers ngan hazizul & ah-fai