Thursday, March 1, 2012

Dari berbual - Kisah Darma



Time penconteng kecik-kecik dulu, nak pergi mengaji memang agak mencabar. Laluan nak ke tempat tok guru ajar mengaji tu lagi mencabar dari laluan amazing race. Sebab tu kadang-kadang penconteng lagi betah duduk kat rumah dengar radio daripada pergi mengaji ni..

Masa tu jalan bukan bertar macam sekarang ni. Aman Shah pon tengah glamer lagi. Masa tu kalau ada orang sebut fesbuk mahu penconteng ingat fesbuk tu sejenis permainan rakyat. Dalam kampung penconteng, rumah tok guru ajar mengaji tu paling hujung sekali. Pesen tak nak orang kacau dia qiamulail agaknya.

Sebelum rumah tok guru ajar mengaji tu pulak, ada sebuah rumah yang cukup buat penconteng berdebar time nak lalu. Rumah tu dihuni oleh seorang brader yang cukup misteri. Penconteng kasi nama Darma la kat brader ni bagi menambahkan lagi elemen misterinya. Kang kasi nama daniel tak kena pulak dengan cerita.

Masa penconteng umur 7-8 tahun, Darma ni dah berumur 30-an penconteng agak. Pesen hidup sorang-sorang, Tak banyak bergaul. Muka memang barai habis, masa tu kalau orang guna simpulan bahasa buruk macam Darma memang takde sape-sape pon boleh bangkang..

Tapi satu keistimewaan Darma ni, suara dia sangat sedap Kalau penconteng yang taste tinggi ni cakap sedap memang betul-betul sedap la maknanya tu. Kalau dengar dia mengaji boleh meleleh air mata dibuatnya.

Ada satu masa tu, Darma ni dah hilang time masuk dalam hutan cari buluh. Orang kampung masa tu dah puas cari tak jumpa-jumpa jugak. Masa tu kalau Harian Metro dah ada mahu masuk page depan kes kehilangan Darma ni. Dua tiga minggu jugak la dia hilang dan tiba-tiba muncul balik..

Comeback yang Darma ni buat memang jadi buah mulut orang kampung. Darma dah mula berperangai lain macam. Cakap sorang-sorang, menyanyi sorang-sorang dan bila tengah berjalan pulak tangan dia tu dah macam gaya tengah pegang tangan orang..

Orang kampung kata Darma dah termasuk kampung bunian sebab tu jadi sewel macam tu. Kesian Darma, dah la sewel, buruk pulak tu. Oleh sebab itu, kecut perutnya jadinya bila nak melintas rumah Darma tu time nak pergi mengaji.

Kadang-kadang tengah lintas rumah Darma tu, terdengarlah Darma macam tengah cakap seseorang dalam rumah. Kadang-kadang dengar die menyanyi. Tapi lagu yang dia selalu nyanyi tu memang penconteng kasi double thumbs up.
Tak pernah penconteng dengar lagu sedap macam tu. Dia punya melodi tak macam melodi tipikal komposer melayu. Penconteng syak kalau bagi intro lagu tu je kat edry kru mahu dia givap terus buat buat lagu. Sedih sebab baru tahu lagu dia buruk rupanya kalau nak dibandingkan dengan lagu yang Darma nyanyi tu.

Suatu hari tu, baru penconteng dan budak-budak kampung penconteng nak melintas rumah Darma, kitaorang nampak Darma tengah elok duduk kat serambi rumah dia. Sorang pon tak jadi lintas, masing-masing menyorok belakang pokok puding. Mana yang ingat Tuhan tu terus baca muqaddam pelan-pelan.

Darma yang tengah elok duduk termenung pandang ke hutan depan rumah tiba-tiba berdiri tegak. Penconteng dan yang lain-lain mula berdebor. Darma mula turun dari tangga rumahnya dan kitaorang makin tak keruan..

" tunggu !!!!!!!!!!!! "

Dengar je jeritan Darma tu, semua pakat lari menyelamatkan diri. Tapi penconteng tak rasa takut sangat sebab kawan penconteng ramai lagi yang gemuk, kelajuan pon mestilah tak boleh lawan penconteng ye dak? Sambil berlari penconteng sempat menoleh ke belakang dan melihat Darma berlari tanpa memakai selipar masuk ke dalam hutan.

Malam tersebut merupakan malam terakhir penconteng melihat Darma. Sampai sekarang tak seorang pon yang tahu nasib Darma. Rumah dia pon dah lama runtuh. Penconteng syak dia dah berlari sampai ke hutan North Carolina nun.

Tapi malam tadi, tengah penconteng minum air tiba-tiba penconteng tersentak. Peluh dingin jatuh berderai-derai. Dada berdebar-debar satu lain macam. Spirit brader-brader hilang sama sekali.




Bila penconteng terdengar lagu yang Darma pernah nyanyi dulu sayup-sayup dibawak angin.




P/s: Darma, jangan gurau kasar dengan penconteng boleh ?

No comments: