Tuesday, January 3, 2012

Putus cinta kali pertama memang rabak.



Korang pernah putus cinta ? kompem semua orang pernah kan. Sape tipu mati nanti seksa. Seingat penconteng pengalaman pertama putus cinta dalam hidup penconteng terjadi semasa penconteng berumur 4-5 tahun. kalau tak silap, budak tu nama dia Suri..Tapi lu org jangan ingat suri anak Tom Cruise pulak. Penconteng terajang sorang-sorang karang.

Masa tu Suri ni memang menjadi kegilaan ramai sebab Suri ni putih orangnya, rambut panjang, pastu pergi mana-mana usung kucing dia. pemikiran penconteng masa tu anggap orang putih ni semua cantik. Tak kisah la buruk macam mane pon asal kulit putih kire dah menepati piawaian penconteng untuk jatuh cinta masa tu.

Zaman penconteng membesar scene main petang-petang ni meriah lagi. Tak macam sekarang, budak-budak semua lepak kat rumah. Kalau tak mengadap playstation, diaorang akan main binatang farmville dalam fesbuk. Sebab tu penconteng syak budak-budak sekarang cepat jadi gemuk, tak fit mcm budak-budak dulu.

Masa tu segala jenis permainan penconteng mesti nak bergandingan dengan Suri. Main polis entri penconteng kejar Suri dulu. Main sorok-sorok penconteng cari Suri dulu. Sanggup buat-buat tak nampak budak-budak lain selagi tak jumpa Suri. Cakap pasal main sorok-sorok ni penconteng kira handal jugak. Sekali penconteng menyorok bukan senang nak jumpa, tambahan pula dengan kaler kulit penconteng yang memang sesuai untuk aktiviti penyamaran.

Tapi sehandal-sehandal penconteng tetap tak boleh lawan sorang budak nama Mior ni. Skill menyorok dia dah capai tahap abadi. Penconteng syak tak ada sapa boleh pecah rekod Mior ni. Punya la terer dia menyorok sampai sekarang orang tak jumpa-jumpa lagi. Penconteng dengar mak dia siap suruh polis cari. Polis pon surrender.

Mior, kalau lu baca blog ni, bawa-bawa la keluar, penconteng mengaku lu memang champion. Sudah-sudah la tu menyorok, budak-budak yang sekali main dengan kita dulu tu pon ramai yang dah kahwin. Sambung cerita pasal Suri, pendek kata masa tu memang penconteng berjaya bergandingan dengan Suri dalam apa jenis permainan sekalipon kecuali satu permainan ni.

Main kawen-kawen. Tak tahu apa dosa penconteng. Hari-hari penconteng offer biarlah penconteng jadi ayah, Suri jadi mak. Tapi Suri mesti tak nak, dia nak juga budak nama Amat yang jadi ayah. Masa tu Amat ni baru lagi pindah area umah penconteng dari  mane entah. Jenis pakai baju ade poket banyak-banyak, lengan panjang pastu rambut cacak-cacak lagi. Tang mana yang hensem pon penconteng tak tahu.

Tak macam penconteng, setiap kali kuar main mesti tak pakai baju pastu muka penuh bedak. Buta tak buta la Suri, sexy dengan menjaga keterampilan macam penconteng ni pon die boleh tak nak. Penconteng cakap kat Suri kalau tak dapat jadi ayah pon tak apala, biarlah penconteng jadi orang jahat, boleh kidnap Suri. Dia tak nak juga, dia kata dia tahu penconteng sesuai jadi apa.

Bila penconteng tanya penconteng sesuai jadi apa, dia terus muncungkan bibir tunjuk kucing die. Penconteng terus menyirap. Cilake apa penconteng jadi kucing, budak Amat tu pulak sedap-sedap jadi ayah. Last-last penconteng ambil keputusan break dengan Suri terus balik rumah. Tapi diaorang ingat senang penconteng nak balik macam tu je. Sebelum balik, penconteng ambil batu baling kat Amat. Dengan Suri pon penconteng baling sekali. Biar diaorang tahu betapa remuknya hati penconteng masa tu.


Dalam perjalanan balik penconteng dah imagine Suri pujuk penconteng..

1 comment:

neeruza said...

haha..kejam gile. Nampak sangat bengang sampai tahap baling batu..HAHAHA. Best!